Monday, July 12, 2010

Terkini:kes pukul penyanyi juara LG Starz: Cubaan memalukan Tom

Insiden Tom Diserang : "Ada Pihak Hendak Malukan Saya Depan Wartawan"

Wajah Tom cedera akibat dipukul lelaki yang meneyrangnya

PETALING JAYA: Juara program realiti MyStarz LG musim ketiga, Raja Farah Afzal Raja Ikram atau Tom,23, menganggap insiden diserang oleh ahli keluarga isteri bekas kekasihnya di hadapan pihak media, Ahad, adalah salah satu usaha untuk menjatuhkan maruahnya.

Tom berkata, perbuatan itu adalah tidak adil kerana pada mulanya keluarga wanita berkenaan berjanji untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dengan cara yang baik.

“Saya terkejut begitu ramai pihak media datang sehingga insiden saya dipukul itu dirakamkan. Ia memalukan saya tetapi saya menganggap saya tetap tidak bersalah,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang Ahad, Tom dipanggil oleh keluarga isteri kepada bekas kekasihnya untuk menyelesaikan sesuatu masalah melibatkan mereka. Perbincangan itu diadakan di Damansara Utama dekat sini.

Perbalahan itu dikatakan berpunca apabila keluarga wanita tersebut tidak berpuas hati selepas melihat komen Tom menerusi rancangan Melodi TV3, kononnya dia difitnah menjalinkan hubungan dengan suami orang.

Bagaimanapun dalam perbincangan yang diaturkan itu, ketika Tom hendak bercerita keadaan sebenar, dia telah diserang dengan cara dipukul dan ditendang oleh abang kepada isteri bekas teman.

Katanya, perbuatan ahli keluarga wanita berkenaan adalah tidak bermaruah kerana gagal menyelesaikan masalah dengan baik seperti yang diinginkan sebaliknya mahu perkara berkenaan diperbesarkan dengan adanya pihak media.

"Segala cerita yang mengatakan saya ada hubungan dengan suami wanita itu adalah satu fitnah walaupun lelaki berkenaan pernah menjadi kekasih saya sebelum dia berkahwin. Saya sedih belum sempat habis berbincang, salah seorang lelaki datang menendang saya.

“Kalau saya benar-benar buat salah, takkanlah isteri kepada bekas kekasih saya itu datang untuk menyelamatkan saya daripada terus dipukul oleh ahli keluarganya?” soal Tom.

Ini semua adalah fitnah nak jatuhkan saya. Mereka tidak puas hati dengan fitnah tersebut lantas memanggil wartawan agar menyaksikan perbincangan itu. Tapi belum pun sempat untuk berbincang perkara tidak diduga telah terjadi.

Kata Tom lagi, akibat insiden itu dia menjadi trauma dan tidak mungkin akan berbincang dengan keluarga berkenaan pada masa akan datang. "Saya cuba buat baik, tetapi ini yang dibalas mereka. Saya tidak ada kana mengena dengan masalah yang berlaku dalam keluarga tersebut tapi sayangnya saya pula yang menjadi seperti kambing hitam.

“Saya serahkan kepada masyarakat untuk menilai dan saya yakin kebenaran akan muncul satu hari nanti,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamaed ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menyiasat kes berkenaan.

Walau bagaimanapun sehingga hari ini tiada sebarang tangkapan dibuat -(sumber MSO)

Penyanyi Tom (Juara MyStarz LG)cedera diserang didepan balai polis

Perbincangan antara rakan lelaki juara program realiti MyStarz LG musim ketiga, Tom Raja Farah dengan ahli keluarga isteri lelaki itu bagi mencari penyelesaian terhadap isu rumah tangga mereka, semalam, berakhir dengan pergaduhan apabila berlaku tumbuk-menumbuk dan sepak terajang sehingga menyebabkan penyanyi itu serta beberapa individu lain cedera.

Pergaduhan berlaku kira-kira jam 5.30 petang di tepi jalan raya berhampiran sebuah restoran berdekatan Balai Polis Damansara itu menggemparkan orang ramai termasuk sekumpulan wartawan yang dijemput ahli keluarga isteri rakan lelaki Tom atau nama sebenar Raja Farah Afzal Raja Ikram, 25.

Pertemuan itu dibuat beberapa jam selepas ahli keluarga isteri rakan lelaki penyanyi itu mengadakan sidang media di kediaman mereka bagi memberi penjelasan susulan kenyataan Tom, rakan lelakinya dan isteri lelaki itu yang mendakwa mereka difitnah dalam satu program hiburan di televisyen, tengah hari semalam.

Ketika sidang media berlangsung, suami wanita itu menghubungi seorang ahli keluarga isterinya bagi menyatakan hasrat untuk bertemu di rumah mereka, tetapi mengubah lokasi ke Balai Polis Damansara beberapa minit kemudian.

Pihak keluarga wanita itu bersama wartawan kemudian pergi ke Balai Polis Damansara tetapi Tom enggan bertemu, sebaliknya mahu berjumpa seorang demi seorang ahli keluarga berkenaan di sebuah restoran berdekatan.

Ketika ditemui di lokasi itu, Tom sempat menyatakan dia tidak menyangka ahli keluarga wanita berkenaan sanggup berkasar kerana dia menjaga anak perempuan mereka yang sarat mengandung dengan baik.

Pada awal pertemuan itu, suasana tenang apabila kedua-dua pihak berbincang dengan baik namun tanpa diduga, tiba-tiba Tom yang kelihatan sedang duduk berbual dengan seorang ahli keluarga isteri rakan lelakinya diserang oleh seorang lelaki.

Akibat serangan itu, Tom jatuh terbaring di atas jalan raya, namun lelaki terbabit masih cuba menyerangnya manakala rakan lelaki penyanyi itu bersama seorang lagi kawannya turut bergaduh dengan anggota keluarga lain sehingga menggemparkan orang ramai yang berada di situ

Bagaimanapun, pergaduhan itu dapat dileraikan apabila beberapa ahli keluarga lain menenangkan keadaan manakala Tom bersama dua rakan lelakinya bergegas ke Balai Polis Damansara yang terletak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

Susulan kejadian, kedua-dua pihak membuat laporan di Balai Polis Damansara, manakala Tom yang ditemui sejurus selesai membuat laporan enggan mengulas insiden berkenaan kerana tidak mahu mengganggu siasatan polis.

“Mungkin saya akan membuat kenyataan media secara rasmi tapi tidak tahu bila. Buat masa sekarang saya tidak mahu komen apa-apa, biar polis jalankan siasatan dulu,” katanya yang cedera di pipi kanan, perut dan paha kiri.

Terdahulu pada sidang media, bapa angkat kepada isteri rakan lelaki Tom yang enggan namanya disiarkan berkata, mereka sudah lama mengetahui ‘hubungan sulit’ penyanyi itu dengan suami anak angkatnya sejak berada di Taiping, Perak lagi.

“Kami hanya mendiamkan diri kerana sedar kami hanya keluarga angkat tapi siapa mampu menahan sabar apabila kami mendapat tahu anak perempuan yang kami jaga umpama anak sendiri sejak berusia setahun didera suami dan teman wanitanya.

“Kami cuba mengesan tempat tinggal mereka di sini tapi gagal sehinggalah mendapat tahu anak angkat saya itu melahirkan anak sulung di Hospital Sungai Buloh pada 29 Jun lalu.

“Pelbagai cerita tidak elok kami dengar mengenai apa yang berlaku antara penyanyi itu dengan suami anak angkat saya, malah anak angkat saya itu sendiri menceritakan segala-galanya mengenai dia dipukul menerusi SMS dan panggilan telefon, namun disebabkan takutkan suami, dia enggan membuat laporan polis,” dakwanya.

Ibu angkat wanita itu, Norliza Shamsuddin, 53, pula berkata hatinya terguris apabila menonton program televisyen mengenai kenyataan Tom dan suami anak angkatnya.-(sumberHMO)

Penyanyi diserang

CERITA SEBELUMNYA...

Tom Nafi Pukul Isteri Kekasih, Buat Hubungan Terlarang


Rasanya, ramai pelayar Internet yang sudah sedia maklum identiti artis realiti yang didakwa sedang berkasih dengan suami orang. Malah dituduh tergamak memukul isteri kekasihnya yang dikatakan sarat mengandung. Lebih dahsyatnya, artis berkenaan dan kekasihnya didakwa melakukan hubungan terlarang di depan wanita malang itu selepas itu.


Tom, juara My Starz LG 3, selepas lebih seminggu mendiamkan diri, akhirnya tampil di Melodi(TV3) semalam untuk menjelaskan segala tuduhan yang telah dilemparkan kepadanya.

Menyifatkan semua yang dilaporkan di media massa sebagai tuduhan melampau dan fitnah, serta cerita yang dikhabarkan dari sebelah pihak saja, Tom mendedahkan meskipun sebelum ini pernah berkasih dengan lelaki tersebut, tetapi semua itu merupakan cerita lama, sebelum lelaki itu bergelar suami orang.

"Kami dah berkawan belasan tahun, dari zaman sekolah sampai sebelum kahwin. Walaupun sekarang dia dah kahwin, kami masih berkawan rapat. Apa-apa hal, masalah, diorang akan cerita kat Tom."

Jadi, bagaimana boleh timbul tuduhan melampau seperti yang telah dilaporkan? "Apa yang Tom tahu, keluarga dia (isteri) tak suka dengan suami dia. Macam-macam cara diorang buat untuk putuskan hubungan mereka, dari bercinta sampai berkahwin. Dah ada anak pun masih lagi kacau-kacau," cerita Tom.

Tambahnya, suatu hari, apabila isteri lelaki itu mengadu sakit, dia telah menghantarnya ke hospital. Ketika itu, dia turut menghubungi keluarga wanita tersebut bagi memaklumkan mereka bahawa anak mereka telah dimasukkan ke hospital.

"Bila diorang dapat tahu Tom ada sekali, diorang pun nak kaitkan Tom bersubahat sama," katanya yang tidak menolak kemungkinan namanya diheret sekali kerana statusnya sebagai selebriti.

"Dan kebetulan, sebelum ini kami pernah 'couple'. Mungkin dengan cara itu diorang (keluarga perempuan) nak putuskan hubungan mereka (suami isteri), jadikan Tom sebagai orang ketiga. Kalau benarlah Tom telah mendera isterinya dan laporan polis sudah dibuat, mengapa Tom belum lagi ditangkap pihak polis?"

Mengenai isu dia mengangkat tangan ke atas wanita tersebut, Tom menegaskan dia "tidak pernah pukul, jentik malah nak tengking sikit pun tak pernah". Sebaliknya, semenjak mereka suami isteri duduk bersamanya, hubungan mereka semakin rapat.

Orang dengki
Untuk membuktikan apa yang dikatakannya itu bukan cakap-cakap kosong dari pihaknya saja, Tom siap membawa wartawan Melodi, Nas Ahmad untuk berjumpa pasangan terbabit.

Tatkala ditanya Nas tentang kesahihan cerita yang dilaporkan oleh media massa terhadap Tom, wanita tersebut menjawab, "Mungkin ada orang dengki kot atau tak puas hati dengan suami atau saya."

Suaminya pula menegaskan tuduhan yang dia memukul isteri dan selepas itu melakukan hubungan terlarang dengan Tom sebagai "tidak pernah wujud".

"Apa yang dilaporkan itu tak betul langsung, tak wujud benda-benda itu," sebelum isterinya menambah, "Hubungan itu wujud tapi cerita-cerita itu tak wujud."

Dedah lelaki itu lagi, sebelum ini sudah ada pelbagai cerita tentang dirinya, termasuk pernah dituduh keluarga isterinya sebagai penagih dadah.

"Sampai sekarang dapat zuriat pun ada cerita tak enak. Diorang kata ada 'report' polis tapi tuan badan pun tak 'report'," katanya.

Tambah isterinya, "Saya tak nak suami saya malu. Saya nak jelaskan keadaan. Saya bahagia dengan pilihan saya. Memanglah rumahtangga ada masalah tapi kena sesuaikanlah."

Sebelum mengakhiri perbualan, suami berkenaan memohon agar keluarga isterinya hentikanlah jika terdapat sebarang perancangan selepas ini untuk membuat cerita lain. Jika tidak, kemungkinan dia pula yang akan membuat laporan polis.


uami orang. Malah dituduh tergamak memukul isteri kekasihnya yang dikatakan sarat mengandung. Lebih dahsyatnya, artis berkenaan dan kekasihnya didakwa melakukan hubungan terlarang di depan wanita malang itu selepas itu.

Tom, juara My Starz LG 3, selepas lebih seminggu mendiamkan diri, akhirnya tampil di Melodi tengah hari tadi untuk menjelaskan segala tuduhan yang telah dilemparkan kepadanya.

Menyifatkan semua yang dilaporkan di media massa sebagai tuduhan melampau dan fitnah, serta cerita yang dikhabarkan dari sebelah pihak saja, Tom mendedahkan meskipun sebelum ini pernah berkasih dengan lelaki tersebut, tetapi semua itu merupakan cerita lama, sebelum lelaki itu bergelar suami orang.

"Kami dah berkawan belasan tahun, dari zaman sekolah sampai sebelum kahwin. Walaupun sekarang dia dah kahwin, kami masih berkawan rapat. Apa-apa hal, masalah, diorang akan cerita kat Tom."

Jadi, bagaimana boleh timbul tuduhan melampau seperti yang telah dilaporkan? "Apa yang Tom tahu, keluarga dia (isteri) tak suka dengan suami dia. Macam-macam cara diorang buat untuk putuskan hubungan mereka, dari bercinta sampai berkahwin. Dah ada anak pun masih lagi kacau-kacau," cerita Tom.

Tambahnya, suatu hari, apabila isteri lelaki itu mengadu sakit, dia telah menghantarnya ke hospital. Ketika itu, dia turut menghubungi keluarga wanita tersebut bagi memaklumkan mereka bahawa anak mereka telah dimasukkan ke hospital.

"Bila diorang dapat tahu Tom ada sekali, diorang pun nak kaitkan Tom bersubahat sama," katanya yang tidak menolak kemungkinan namanya diheret sekali kerana statusnya sebagai selebriti.

"Dan kebetulan, sebelum ini kami pernah 'couple'. Mungkin dengan cara itu diorang (keluarga perempuan) nak putuskan hubungan mereka (suami isteri), jadikan Tom sebagai orang ketiga. Kalau benarlah Tom telah mendera isterinya dan laporan polis sudah dibuat, mengapa Tom belum lagi ditangkap pihak polis?"

Mengenai isu dia mengangkat tangan ke atas wanita tersebut, Tom menegaskan dia "tidak pernah pukul, jentik malah nak tengking sikit pun tak pernah". Sebaliknya, semenjak mereka suami isteri duduk bersamanya, hubungan mereka semaki

Untuk membuktikan apa yang dikatakannya itu bukan cakap-cakap kosong dari pihaknya saja, Tom siap membawa wartawan Melodi, Nas Ahmad untuk berjumpa pasangan terbabit.

Tatkala ditanya Nas tentang kesahihan cerita yang dilaporkan oleh media massa terhadap Tom, wanita tersebut menjawab, "Mungkin ada orang dengki kot atau tak puas hati dengan suami atau saya."

Suaminya pula menegaskan tuduhan yang dia memukul isteri dan selepas itu melakukan hubungan terlarang dengan Tom sebagai "tidak pernah wujud".

"Apa yang dilaporkan itu tak betul langsung, tak wujud benda-benda itu," sebelum isterinya menambah, "Hubungan itu wujud tapi cerita-cerita itu tak wujud."

Dedah lelaki itu lagi, sebelum ini sudah ada pelbagai cerita tentang dirinya, termasuk pernah dituduh keluarga isterinya sebagai penagih dadah.

"Sampai sekarang dapat zuriat pun ada cerita tak enak. Diorang kata ada 'report' polis tapi tuan badan pun tak 'report'," katanya.

Tambah isterinya, "Saya tak nak suami saya malu. Saya nak jelaskan keadaan. Saya bahagia dengan pilihan saya. Memanglah rumahtangga ada masalah tapi kena sesuaikanlah."

Sebelum mengakhiri perbualan, suami berkenaan memohon agar keluarga isterinya hentikanlah jika terdapat sebarang perancangan selepas ini untuk membuat cerita lain. Jika tidak, kemungkinan dia pula yang akan membuat laporan polis. (Sumber gdc)



Sunday, July 11, 2010

Angelina Jolie dan Brad Pitt ajar anak agama islam

Angelina Jolie Ajar Anak-anak Agama Islam

PASANGAN pelakon Hollywood Angelina Jolie (gambar) dan Brad Pitt mengaku memberikan pendidikan agama kepada anak-anak mereka.

Jolie tidak membataskan pendidikan itu pada satu atau dua agama sahaja, malahan enam anaknya mendapat pendedahan terhadap semua bentuk agama yang ada.

"Brad dan saya membesarkan anak-anak kami untuk menghargai sesama manusia," ujar ibu kepada Maddox, Pax, Zahara, Shiloh dan si kembar Vivienne dan Knox itu kepada majalah Parade.

Jolie dan Pitt memperkenalkan semua agama yang ada di dunia ini kepada enam anak mereka dengan menyediakan rak yang memuatkan pelbagai buku dan kitab agama di rumah mereka.

"Kami ada Injil, al-Quran dan semuanya. Kami juga mengajak anak kami ke gereja, kuil, menghadiri upacara ajaran Buddha, pergi masjid, mengajar mereka tentang semua kepercayaan," katanya pada Sabtu.

Menurut Jolie, walau apapun agama yang dipilih oleh anak-anaknya kelak, dia tidak akan membantah.

"Pilihannya (agama) terletak pada tangan mereka," ujarnya.(sumber MSO)

Saturday, July 10, 2010

Penyanyi rock Ella akan berkahwin dengan lelaki muda

Keluarga Restu Hubungan Ella & Elan

PETALING JAYA: Ratu rock negara, Norzila Aminuddin,44, atau Ella telah membawa kekasihnya, Elan Hasyim Abd. Rahman,28, bertemu keluarganya di Klang, Selangor beberapa bulan lalu untuk mendapat restu sebelum berkahwin., Elan berkunjung ke rumah mereka untuk mengenali ahli keluarga Ella selain meminta kebenaran berkawan dengan penyanyi itu.

“Ya... benar gosip mengatakan Ella sudah ada teman baru. Mereka sudah setahun berkenalan. Lelaki itu pun sudah datang ke rumah untuk berkenalan dengan keluarga kami.

"Kami tiada masalah dah merestui hubungan itu,” kata seorang ahli keluarga Ella yang minta dirahsiakan namanya.

Menurut sumber itu lagi, keluarganya menerima baik hasrat Elan untuk menjadi kekasih kepada Ella dan mendoakan agar mereka cepat berumah tangga.

Katanya, Ella juga sedang memikirkan hasrat itu tetapi keputusan untuk berumah tangga bukan dalam waktu terdekat.

“Dia pun ada cakap hendak kahwin tetapi belum memikirkan secara serius mengenai tarikh itu,” katanya.

Elan yang berasal dari Perak berkenalan dengan Ella ketika bekerjasama sewaktu menghasilkan kulit album kompilasi Ella pada tahun lalu.

Bermula dari situlah cinta mereka bersemi sehinggalah kedua-duanya dikatakan menjalinkan hubungan serius.

Kira-kira tiga tahun lalu Ella pernah membuat kejutan apabila mengumumkan hasrat untuk berumah tangga dengan lelaki muda tetapi sayangnya hasrat itu tidak terlaksana sehinggalah muncul gosip baru apabila dia dikaitkan dengan Elan.(sumber MS)

Friday, July 9, 2010

Kah..kah..kah..kapal selam..tak boleh menyelam!


ini..ape cerite..apa cerite...cerite ape...
beli besi buruk?.....
tolong bagitau...bagitaulah...
dongeng apa?....
hang nadim?....

Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein and Kinabatangan MP Datuk Bung Moktar Radin share a moment. — Foto Bernama

KDN tubuh jawatankuasa pantau berita palsu

July 09, 2010

PUTRAJAYA, 9 Julai — Kementerian Dalam Negeri telah menubuhkan jawatankuasa untuk merangka strategi komunikasi kerajaan selain menangani berita palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata jawatankuasa itu turut dianggotai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim manakala Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri adalah urusetianya.

“Selama ini kerajaan tidak mengambil tindakan undang-undang yang tegas tetapi kali ini kerajaan berpendapat, jika pembohongan dan berita palsu ini dibiarkan berterusan, pihak tidak bertanggungjawab ini akan menganggap tindakan mereka betul dan rakyat akan terus tertipu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hishammuddin berkata bahawa pada mesyuarat pertama jawatankuasa itu tiga hari lepas, dua ketetapan telah diambil iaitu mewujudkan satu pasukan bertindak tahap tinggi dan mengadakan mesyuarat jawatankuasa itu sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.

Mesyuarat pertama jawatankuasa itu, yang turut dihadiri Nazri dan Rais, membincangkan juga pindaan undang-undang, latihan untuk pegawai penyiasat, layanan terhadap saksi dan definisi “berita palsu”.

Hishammuddin juga berkata Kementerian Dalam Negeri akan melaksanakan apa yang dinamakan “Liga Balai” untuk mengukur tahap prestasi dan perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat oleh setiap balai di seluruh negara.

“Balai-balai polis yang menunjukkan prestasi cemerlang akan diberikan penghargaan dan pengiktirafan manakala anggota serta pegawainya akan diberikan insentif.

“Insentif ini adalah sebagai rangsangan untuk memupuk budaya kerja cemerlang dan persaingan sihat di kalangan anggota dan pegawai,” katanya. — Bernama


Thursday, July 8, 2010

Bila silap kenyataan Menteri asyik persalah pegawai kerajaan

Kerajaan hari ini menjelaskan kekeliruan berhubung pemberian lesen judi sukan yang ditimbulkan di Dewan Rakyat adalah kesilapan pegawai-pegawai kementerian kewangan.

Menurut timbalan menteri kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai kemelut itu berpunca akibat kurang pemeriksaan yang teliti di kalangan pegawainya.

“Pegawai kementerian tidak menyemak jawap dengan betul,” katanya ketika dihubungi oleh Malaysiakini.

Senator itu menjelaskan terdapat 40 soalan berhubung judi sukan yang dikemukakan kepada kementerian kewangan yang perlu dijawap pada sesi parlimen kali ini yang bermula 7 Jun lalu.

“Pegawai berkenaan telah menyediakan jawapan sebelum ini. Seperti yang anda ketahui, terdapat perubahaan keputusan selepas itu,” katanya yang merujuk pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bulan lalu yang kerajaan telah menarik balik pemberian lesen judi itu.

Lim berkata beliau pagi ini telah menulis kepada ahli parlimen yang menimbulkan isu berkenaan bagi menjelaskan keadaan.

Katanya, kementerian tidak perlu menarik balik jawapan yang diberikan kerana kenyataan yang diberi adalah dalam bentuk bertulis dan tidak dibacakan di dalam Dewan Rakyat.

“Kita tidak cuba mengelirukan sesiapa. Tidak ada apa lagi yang perlu dijelaskan berhubung perkara itu dan saya telah memberikan jawapan kepada semua mereka.

Dalam jawapan Datuk Najib Razak kepada Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) semalam, perdana menteri berkata kerajaan akan menawarkan lesen kepada Ascot Sports Sdn Bhd untuk perkhidmatan pertaruhan kerana syarikat itu telah diberikan kelulusan sebelum ini untuk menjalankan aktiviti berkenaan.

Kesilapan jawapan yang diberikan itu bukan perkara baru kerana sebelum ini dalam jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz kepada Sim Tong Hin (DAP - Kota Melaka) berkata bangunan Parlimen akan berpindah ke Putrajaya.

Namun, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor kemudiannya menjelaskan ia hanya cadangan dan kerajaan belum membuat sebarang keputusan.

Mohd Nazri, kemudiannya membuat permohonan maaf dan menyalahkan salah tafsir di kalangan pegawainya sebagai punca kesilapan itu. (sumber MK)

Saturday, July 3, 2010

Penyanyi dan seorang nenek ditangkap berjudi


Penyanyi tergamam

Seorang penyanyi lelaki berusia 40-an hanya mampu tergamam ketika diberkas sepasukan anggota polis ketika leka berjudi di sebuah kafe siber di sini, malam kelmarin.

Penyanyi utama sebuah kumpulan muzik yang mencipta nama sekitar awal 90-an itu ditahan dalam Ops Dadu dilakukan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman.

Dalam operasi bermula jam 8 malam itu, empat pegawai bersama 15 anggota polis melakukan serbuan serentak di kafe siber di Diamond Square dan Plaza Idaman, Gombak di sini.

Ketua Operasi, Superintendan Maszely Minhad berkata, serbuan disasarkan di kawasan berkenaan dipercayai menjadi tumpuan kaki judi menghabiskan masa sambil bermain judi pertaruhan di Internet.

Menurutnya, hasil serbuan itu, seramai 58 individu berusia antara 28 dan 64 tahun diberkas.

“Malah, seorang nenek berusia 58 tahun turut diberkas dalam serbuan itu ketika dipercayai leka berjudi. Namun ketika ditahan, wanita warga emas itu memberi alasan sedang menunggu cucunya,” katanya.
(sumber hmo)

halaman