Tuesday, November 29, 2011

lelaki mati dalam lokap

police polis logoSeorang lelaki yang disyaki penagih dadah meninggal dunia selepas pengsan di pusat tahanan sementara Bukit Jalil petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki berumur 50 tahun itu ditemui pengsan di lokapnya pada 3.45 petang sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur oleh anggota polis yang bertugas.

"Bagaimanapun, doktor yang merawatnya mengesahkan lelaki itu meninggal dunia pada 4.14 petang di bilik kecemasan.

"Siasatan awal mendapati si mati tidak mengalami sebarang kecederaan luaran dan ditahan atas reman kes narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras sejak 23 Nov lepas," katanya dalam khidmat sistem pesanan ringkas malam tadi.-Bernama

Monday, November 28, 2011

jangan minta mati


Islam Melarang Umatnya Memohon Untuk Mati
Hadith:
RASULULLAH saw bersabda bermaksud: "Janganlah ada diantara kamu yang bercita-cita hendak mati. Sekiranya ia seorang yang baik mudah mudahan ia dapat menambahkan lagi kebaikan, dan sekiranya ia seorang yang jahat mudah mudahan ia dapat bertaubat kepada Allah."
Riwayat: Riwayat Hadith Al-Bukhari dan Muslim
Huraian Hadith:
1. Haram hukumnya bagi seseorang muslim bercita cita dan berdoa untuk mati apabila hidup didalam kesengsaraan dan menderita.
2. Setiap mukmin yang panjang umurnya mempunyai banyak peluang untuk ia beramal ibadat kepada Allah sebagai bekalan di akhirat nanti.
3. Islam tidak membenarkan umatnya bercita cita untuk mati, tetapi menggalakkan umatnya supaya bercita cita untuk menambahkan ilmu pengetahuan demi kemajuan ummah.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Saturday, November 26, 2011

Duit jatuh dari langit

Duit jatuh dari langit
Pelik tapi benar, itulah yang didakwa sebuah keluarga di Taman Kledang,SUNGAI SIPUT (U) apabila menyaksikan kejadian luar biasa duit syiling dipercayai jatuh dari langit.

Kejadian itu berlaku sejak seminggu lalu, apabila kanak-kanak berusia 10 tahun, S Vishnu Nair, mendakwa melihat satu cahaya dari langit dan selepas itu duit syiling mulai jatuh serta ia tidak diketahui dari arah mana.

Sehingga semalam, duit syiling yang jatuh di halaman rumah keluarga itu sudah berjumlah RM5.60 dan terdapat sekeping duit syiling dari India serta Singapura.

Agak mengejutkan ketika kunjungan Sinar Harian di lokasi turut menyaksikan kejadian duit syiling 20 sen tiba-tiba terjatuh.

Vishnu Nair berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 6.30 petang pada Khamis lalu dan ketika itu hujan renyai-renyai.

Menurutnya, terkejut dengan kejadian pelik itu, dia memberitahu kepada ibunya, tetapi ia dianggap satu pembohongan.

“Selepas memberitahu ibu, dia tidak percaya, saya terus membawa duit syiling 20 sen ke kedai runcit dan membeli gula-gula.

“Peliknya selepas itu duit syiling terjatuh termasuk 10 sen dan 5 sen, selepas itu ia disaksikan ibu serta ahli keluarga lain,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, kelmarin.

Katanya, kejadian berkenaan biasa berlaku pada waktu senja dan malam tetapi kadang-kala waktu siang juga pernah berlaku.

Sementara itu, ibunya, S Abirami, 29, berkata, perkara itu memang sukar dipercayai sehingga dia dan saudara mara melihat sendiri duit itu terjatuh tetapi tidak tahu dari mana datangnya.


Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 24, 2011















Bekas ASP dipenjara

Seorang bekas pegawai polis berpangkat ASP dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan didenda RM105,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan rasuah melibatkan RM21,000 tiga tahun lepas.
Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu terhadap Abdul Jalil Johari selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
"Selepas meneliti keterangan saksi-saksi pembelaan termasuk tertuduh, mahkamah mendapati pembelaan tertuduh tidak berasas dan tidak boleh dipercayai dan tertuduh didapati bersalah selepas saksi yang dikemukakan gagal mempengaruhi dan meyakinkan mahkamah," katanya.
Bagi pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM30,000, atau lima bulan penjara terhadap Abdul Jalil jika dia gagal membayar denda, manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM75,000, atau lapan bulan penjara jika dia gagal membayar denda.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman bagi kedua-dua pertuduhan berjalan secara serentak mulai hari ini.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi, dan jaminan terhadap tertuduh dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM20,000.Mengikut pertuduhan, Abdul Jalil, 56, yang sebelum ini bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, dituduh bersetuju menerima RM6,000 daripada Ketua Pegawai Eksekutif SPK Technology, Rio Kamal Yuhya Sharifuddin, sebagai dorongan untuk menarik balik tiga pertuduhan yang dihadapi anak perempuan Rio Kamal Yuhya, Rio Elani, yang didakwa mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Gallery Lounge, Hotel Dynasty, Jalan Ipoh di sini pada 11.30 malam, 1 April 2008.Bagi pertuduhan kedua, Abdul Jalil didakwa cuba memperoleh wang suapan RM15,000 daripada Rio Kamal Yuhya melalui perbualan telefon bagi tujuan yang sama pada 9.30 malam, 21 Mac 2008.
Kedua-dua pertuduhan itu adalah mengikut Seksyen 11(a) dan Seksyen 10(a)(bb)Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, atau mana-mana yang lebih tinggi.
Seramai 23 saksi dikemukakan pegawai pendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ali Akhbar Mohd Noor, manakala peguam Gurbachan Singh memanggil dua saksi pembelaan. - BERNAMA

Thursday, November 24, 2011

Anugerah AIM 18 Yuna ditarik balik

 Penyanyi popular negara yang mula mencipta nama negara di Amerika Syarikat, Yuna mengesahkan trofi Lagu Terbaik yang dimenanginya pada Anugerah Industri Muzik Ke-18 (AIM-18) dua minggu lalu ditarik balik.
Yuna yang merangkul trofi berkenaan menerusi lagu Penakut mengakui perkara itu menerusi laman Twitternya semalam.
Bagaimanapun penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Berita Harian 2010 itu enggan mengulas mengenai penarikan balik trofi, sebaliknya meminta persoalan dianjukan kepada penganjur iaitu Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), lapor Berita Harian.
Satu sidang media oleh penganjur akan diadakan di sini petang ini.
Laporan media sebelum ini menyebut ada dakwaan kononnya ada kesilapan pada perkiraan sehingga lagu Penakut diumumkan lagu terbaik keseluruhan AIM-18, sedangkan ia tidak pun memenangi lagu terbaik kategori yang ditandingi.
Lazimnya Lagu Terbaik akan dipilih daripada pemenang kategori Lagu Pop, Rock, Nasyid mahupun Etnik Terbaik.
Jika diikutkan, Lagu Terbaik AIM-18 sepatutnya menjadi rebutan antara Sedetik Lebih yang memenangi Lagu Pop Terbaik, Pelita (Rock), Pedoman (Nasyid) dan Joget Tak Senang Hati (Etnik).

Wednesday, November 23, 2011

UIA permainkan Tim.Menteri Pengajian Tinggi Saifuddin

Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menegaskan penangguhan majlis yang sepatutnya dihadiri Timbalan Menteri Pengajian Tinggi malam kelmarin adalah berdasarkan keputusan sebulat suara pengurusan pusat pengajian tinggi itu dan tidak melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi.
Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menegaskan penangguhan majlis yang sepatutnya dihadiri Timbalan Menteri Pengajian Tinggi malam kelmarin adalah berdasarkan keputusan sebulat suara pengurusan pusat pengajian tinggi itu dan tidak melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi.

Menurut Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, UIA telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan program berkenaan, sebaliknya memutuskan untuk menangguhkan semua program dan majlis yang menyentuh Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sehingga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi kenyataan berkaitan undang-undang itu.
Difahamkan Najib akan membuat satu pengumuman berkenaan AUKU dalam waktu terdekat.
“Memang kami menangguhkan majlis berkenaan, tapi bukan kami batalkan terus, kami hanya menangguhkan majlis berkaitan AUKU sehingga Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan berkaitan akta tersebut.

Friday, November 18, 2011

NFC: SPRM serah aduan PKR ke Jenayah Komersial, bukannya IGP

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya telah merujuk aduan PKR berkaitan dengan pembelian kondominium menggunakan dana Pusat Fidlot Kebangsaan, projek yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kepada kepada polis kelmarin.
Bagaimanapun menurut jurucakap SPRM, aduan tersebut dipanjangkan kepada Pengarah Jabatan Jenayah Komersial susulan kenyataan dikeluarkan oleh pihaknya Isnin lalu.
“SPRM mengesahkan laporan berkaitan dengan NFC telah dihantar kepada Pengarah Jenayah Komersial pada 16 November 2011,” kata jurucakap itu dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.
Katanya, laporan itu dirujuk kepada polis untuk tindakan susulan atas nasihat Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM bahawa kes berkenaan seharusnya disiasat di bawah Kanun Keseksaan, yang mana terletak di bawah bidang kuasa polis.
“Laporan itu tidak harus disiasat oleh SPRM di bawah Akta SPRM 2009 sebagaimana dinasihati. Laporan itu dipanjangkan kepada Pengarah Jenayah Komersial dan bukannya Ketua Polis Negara,” kata jurucakap itu.
Jurucakap itu mengulas laporan semalam memetik Ketua Polis Negara bahawa belum menerima sebarang laporan daripada SPRM berkaitan isu projek NFC, yang dikaitkan dengan keluarga Shahrizat, Ketua Wanita Umno dan anggota Kabinet.
“Setakat ini, saya belum menerima apa-apa lagi,” kata beliau yang awalnya dikatakan kelihatan terkejut apabila diminta mengulas isu itu sambil memberitahu perkara berkenaan merupakan kes SPRM.
Bagaimanapun apabila dikatakan bahawa SPRM sudah memindahkan isu berkenaan kepada polis, Ismail berkata beliau perlu meneliti perkara tersebut sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Isnin lalu, SPRM berkata agensi itu tidak boleh menyiasat kes pembelian kondominium menggunakan dana projek NFC, sebaliknya menyerahkan polis.
Katanya aduan berkaitan hanya boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan, SPRM berkata setelah diteliti aduan diterima minggu lalu, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan telah mengaklasifikasikan perkara tersebut di bawah kesalahan Kanun Keseksaan dan bukannya satu kesalahan di bawah bidang kuasa suruhanjaya sepertimana termaktub dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Minggu lalu, PKR mendakwa NFC telah membayar hampir RM10 juta bagi membeli kondominium milik National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC).
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata apartmen mewah di One Menerung, Bangsar itu direkodkan oleh NFC, projek ternakan lembu yang dikurniakan kepada keluarga Shahrizat, sebahagian daripada “pinjaman” RM83 juta disalurkan kepada NMLC.
“Mereka kata akaun pinjaman RM250 juta bagi projek ini diteliti dengan ketat. Adakah kondominium ini bagi lembu untuk tinggal,” katanya.
Saifuddin berkata sebanyak RM9,758,140 telah dipindahkan dari akaun NFC di CIMB cawangan di Taman Tun Dr Ismail di sini kepada Bandar Raya Developments Berhad pada 2 Disember 2009 sebagai bayaran penuh hartanah itu.
Pada hari yang sama, anggota  Majlis Pimpinan Pusat PKR Fariz Musa juga membuat laporan mengenai pendedahan salah laku pecah amanah di NFC, di pejabat SPRM Shah Alam.
Dalam taklimat kepada beberapa media, Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail berkata NFC telah mereka strategi kewangannya sendiri yang termasuklah strategi pelaburan di bidang harta yang ia jangka dapat memberi pulangan tinggi dan stabil kepada syarikat.
Menjawab dakwaan PKR itu, katanya, pembelian dua unit kondominium One Menerung berharga RM6.9 juta tiap satu itu adalah satu keputusan komersial melindungi dana yang tidak digunakann untuk projek rumah sembelihan yang tergendala bukan kerana kesilapan NFC.
“Kami boleh memasukkannya ke dalam simpanan tetap namun menghadapi kerugian nilai kerana inflasi kami tinggi. Sementara menunggu projek itu dimulakan kami perlu mencari tempat meletakkan wang bagi satu tempoh supaya tidak mengalami kerosotan dan mendapat keuntungan hampir setiap tahun,” katanya.
Salleh, suami kepada Shahrizat berkata, yang terbaik sekali ialah membiarkan dana sebagai simpanan tetap yang akan kurang kontroversi tetapi tidak akan memberikan hasil yang dikehendaki syarikat daripada dana yang bersaiz sedemikian.

halaman