Polis sedia membuka kembali kertas siasatan berhubung kes kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock sekiranya terdapat sebarang keterangan baru atau bukti yang memerlukan siasatan dijalankan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, polis akan menjalankan siasatan jika pihaknya menerima sebarang keterangan baru daripada mana-mana pihak.
"Berikutan mahkamah telah memutuskan penghakiman terbuka, PDRM akan menyiasat jika ada sebarang keterangan atau bukti baru dikemukakan.
"Bagaimanapun, sehingga semalam, belum ada pihak yang tampil dengan bukti, keterangan atau laporan baru," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini
Keputusan mahkamah menolak kemungkinan bahawa Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah itu bagaimanapun tidak diterima oleh ahli keluarga dan penyokong mendiang.
No comments:
Post a Comment