Showing posts with label kd. Show all posts
Showing posts with label kd. Show all posts

Tuesday, July 5, 2011

polis tak benarkan peguam jumpa tahanan ordinan darurat


Walaupun selepas berbincang lebih kurang sejam, namun pihak polis tetap bertegas tidak membenarkan peguam mahupun keluarga menemui enam individu yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat (EO).
Edmund bersama K.Arumugam, Yudhistira Dorai, Fatimah Ismail dan Amer Hamzah Arshad hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini untuk berjumpa anak guam mereka, namun tidak dibenar berbuat demikian oleh polis.Edmund berkata, peguam akan memfailkan habeas corpus dan akan datang semula esok dengan memfailkan afidavit serta membawa bersama pesuruhjaya sumpah, supaya polis memberikan jawapan kepada permintaan mereka.
Menurutnya lagi, peguam dan keluarga tahanan mempunyai sebab untuk bertemu mereka yang ditahan.
“Kami memberitahu dua tahanan mempunyai kes di mahkamah esok dan untuk dibawa ke mahkamah esok dan Satu tahanan kami juga difahamkan akan menghadapi peperiksaan di universiti esok,” ujarnya.
Selain itu, beliau memberitahu bahawa polis hanya memberi alasan tangkapan dibuat ekoran mendakwa tahanan mengancam ketenteraman awam walaupun tiada bukti yang kukuh dikemukakan.
“Kami beritahu bahawa mereka tidak mengancam keselamatan negara, tidak ada apa-apa bukti atau perkara yang dijumpai atau keterangan kukuh mengatakan mereka  yang ditahan mengancam ketenteraman awam, mereka sebenarnya hanya aktivis-aktivis politik dengan satu parti politik yang didaftarkan.
“Kami memberi alasan-alasan yang kukuh mengapa kami mesti berjumpa dengan anak guam kami di bawah Perlembagaan Persekutuan dan juga Kanun acara jenayah, semua rakyat yang ditahan berhak dibela dan peguam mesti diberi akses kepada mereka secepat mungkin,” ujarnya.
Ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Michael Jeyakumar dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditangkap semula mengikut (EO) sebaik mereka dibebaskan bersama lima lagi individu lain pada 2 Julai lalu.
Antara ahli lain yang ditangkap semula itu adalah timbalan pengerusi PSM, M. Saraswathy, ahli jawatankuasa pusat Choo Chon Kai, M Sukumaran, setiausaha bahagian Sungai Siput, A. Letchumanan dan pemimpin pemuda Sarat Babu.
Keenam-enam mereka adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditangkap di plaza tol Sungai Dua pada 25 Julai lalu ketika menaiki bas menuju ke Pulau Pinang bagi menyertai siri kempen “Udah La Tu Bersaralah'
Kesemua mereka diwakili 20 peguam bela.

Thursday, June 9, 2011

syamil ditembak polis jarak dekat

Laporan forensik dedah Syamil dibunuh dari jarak dekat

 Remaja mangsa tembakan Polis, Muhammad Syamil Hafiz Shapiei dibunuh dari jarak dekat, kata Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran.

Bukti itu katanya, berdasarkan laporan yang dikeluarkan Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
Menurut Surendran, berasaskan laporan itu juga, besar kemungkinan Syamil berada dalam kedudukan melutut atau mencangkung, ketika remaja itu ditembak.
“Mangsa yang ditembak di bahagian dahi dan dada sebenarnya berada pada jarak yang dekat dengan berkedudukan lebih rendah daripada penembak,” kata Surendran.
“Luka berbentuk bulat selaras dengan luka tembakan masuk pada bahagian dahi di antara kedua-dua kening berdiameter 0.5 cm.
“Terdapat lebam dan luka lelas mengelilinginya, kawasan berukuran 1×1.5 cm. Arah  tembakan 45 darjah ke belakang ke kanan dan tembus.
“Manakala pada bahagian sebelah kanan dada, 2.5 cm dari puting kanan, dari tulang tengah dada 7.5 cm berdiameter 0.5 cm,” kata Surendran memetik laporan itu.

Ibu Syamil, yang mengalirkan air mata ketika hadir di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini cuba ditenangkan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin
Justeru KEADILAN menuntut Peguam Negara  mendakwa mereka yang terlibat untuk dihadapkan ke mahkamah.
Muhammad  Syamil Hafiz Shapiei, 15, Mohd Khairul Nizam Tuah, 20, dan Mohd Hanafi Omar, 22, maut ditembak polis dalam kejadian pada awal pagi 13 November tahun lalu di Glenmarie, Shah Alam.
Pihak polis sebelum ini mendakwa kesemua remaja  itu sebagai ‘penjenayah tegar ‘ yang kononnya dikenali sebagai ‘geng minyak’.

Tuesday, April 19, 2011

Wikileaks: Media Malaysia lapor kehilangan enjin tudm tidak betul


Laman Web pemberi maklumat WikiLeaks sekali lagi menimbulkan kegemparan apabila mendakwa media di Malaysia membuat laporan palsu mengenai kehilangan enjin pesawat TUDM yang hilang pada 2008.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh kabel diplomasi Amerika Syarikat, seorang anggota kementerian luar negeri telah memberitahu kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa media tradisonal di Malaysia telah membuat banyak kesilapan tentang fakta kehilangan enjin jet F5 berkenaan.
Antara lain, laporan media tradisional Malaysia yang mendakwa enjin itu dijual kepada satu syarikat antarabangsa berpusat di Amerika Selatan.
“Mereka mungkin tak tahu lokasi atau disuruh merahsiakan info ini sehingga polis menghabiskan siasatan. Malaysia juga tidak memberikan penjelasan yang cukup, kenapa, selepas dua tahun, perkara ini tiba-tiba menjadi pengetahuan umum,” kata kabel tersebut.
Kabel itu turut menyatakan bahawa terdapat laporan portal berita berkecuali yang melaporkan bahawa enjin itu mungkin dijual ke Timur Tengah, terutamanya Iran, sebagaimana yang dinyatakan pihak polis di awal laporan media.
Ia turut mendedahkan bahawa Peguam Negara, Abdul Ghani Patail  berada dalam keadaan defensif ketika ditanya mengenai hubungan dengan Iran, dan semua laporan mengenai kemungkinan enjin yang hilang itu berada di Timur Tengah atau Iran hilang daripada paparan media tradisional.
Kedutaan AS di Malaysia turut melaporkan kepada kerajaan AS, bahawa mereka sukar untuk mempercayai penjelasan kerajaan mengenai kehilangan enjin jet buatan AS itu.
“Kami berkongsi ketidakpercayaan yang dicetuskan di dunia blogger mengenai kes dan penjelasan kerajaan mengenai orang di belakang skandal ini,” kata kabel  itu lagi.
Mengikut kabel tersebut , Kementerian Pertahanan  ketika itu turut didakwa cuba mengelak daripada memberikan penjelasan bagaimana kes itu dikendalikan.
Menurutnya, media tradisional di Malaysia turut berbohong melaporkan kerajaan meminta bantuan AS dalam menyelesaikan skandal kehilangan enjin berkenaan kerana ia tidak pernah dibuat melalui kemneterian luar.
Kabel bertarikh 10 Januari 2010 itu ditulis kaunselor politik, Brian McFeeters dan ditandatangani Duta AS James Keith.
Ia turut menamakan pegawai Malaysia yangmendedahkan maklumat itu kepada kedutaan AS adalah Mohamed Radzi Jamaluddin, pembantu setiausaha jabatan Amerika dari Kementerian Luar Negeri.
Sebanyak 3 kabel didedahkan WikiLeaks minggu lepas, menyentuh mengenai skandal kehilangan enjin jet F5. Enjin J85-21 yang dibuat oleh General Electric digunakan dalan Northrop F-5 jet ringan sejak 1970 masih digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (RMAF).
Berita kehilangan engin jet tersebut mula didedah oleh Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi pada 19 Disember 2009, selepas hampir dua tahun kehilangannya, ketika kementerian pertahanan di bawah Datuk Seri Najib Razak.

halaman