Showing posts with label mk. Show all posts
Showing posts with label mk. Show all posts

Thursday, October 6, 2011

Seorang saja anggota polis langgar SOP?

Seorang anggota polis telah dikenalpasti melanggar garis panduan operasi polis (SOP) ketika cuba menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 di Hospital Tung Shin pada 9 Julai lalu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussien dan Ketua Polis Negara Tan Ismail Omar mengesahkan tindakan tatatertib akan diambil ke atas anggota itu tidak lama lama lagi.
Dalam laporan siasatannya yang didedahkan semalam, Kementerian Kesihatan mengesahkan meriam air polis telah ditembak ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat meletak kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama Hospital Tung Shin

Monday, September 26, 2011

POLIS BELASAH PEMBERSIH SAMPAH

police polis logoBernama hari ini melaporkan seorang pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal mendakwa dipukul oleh anggota polis ketika sedang menjalankan tugas di sebuah taman perumahan di Kodiang, dekat Jitra, pada 11.30 pagi, Sabtu lalu
Mohd Ridzuan Mohd Noor, 23, berkata ketika kejadian dia sedang mengangkut sampah di kawasan itu dan dia menegur seorang lelaki yang tidak membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di situ."Saya hanya menegur supaya dia buang sampah ke dalam tong sampah. Mungkin dia tidak puas hati dengan teguran saya dan dia terus tinggikan suara dan masa tu berlaku pertengkaran mulut.

"Dia juga mengugut nak tembak saya kalau dia ada pistol sebelum dia beredar dari tempat itu," katanya ketika ditemui pemberita di Jitra hari ini.

Katanya, kira-kira 30 minit selepas kejadian pertengkaran mulut berlaku, dia didatangi lima lelaki lain yang datang dan memukulnya tanpa sebab.

"Depa (mereka) menendang saya hingga jatuh. Kemudian depa heret saya dengan tangan bergari bawa saya ke Balai Polis Kodiang dengan menaiki motosikal. Sampai di balai, saya dibawa masuk ke dalam sebuah bilik dan dipukul.

"Kemudian lelaki yang bertengkar dengan saya datang ke bilik itu dan turut memukul saya sebelum saya dibawa masuk ke dalam lokap tanpa sebab. Masa tu baru saya tau dia (lelaki yang bertengkar dengannya) adalah anggota polis," kata mangsa.

Dia berkata, dia ditahan di dalam lokap kira-kira setengah jam sebelum anggota polis tersebut melepaskannya.

"Selepas kejadian itu, saya pergi ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan dan doktor memberitahu pipi kiri, bahu dan tulang rusuk kiri ada kesan lebam. Saya juga membuat laporan polis tentang kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Ibrahim Mohamad Yusof ketika dihubungi berkata, beliau menerima laporan tentang kejadian itu.

"Kita sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan," katanya. 



Monday, August 8, 2011

KHIR TOYO DIARAH BELA DIRI

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo bagi membela dirinya berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.khir toyo mansion 060709 06

Hakim Datuk Mokhtaruddin Baki berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan terdapat kes prima facie ke atas Khir.

Beliau kemudian menetapkan 26 hingga 30 September ini untuk pembelaan yang dijangka mengemukakan sembilan saksi.

Wednesday, August 3, 2011

Kes Sarbaini: Pelakon lagak ngeri akui susah untuk terjun

Pelakon lagak ngeri, Mohd Haslin Azriff Ramley memberitahu inkues kematian pegawai kastam Ahmad Sarbaini Mohamad bahawa agak sukar untuk keluar dari tingkap - tempat mangsa didakwa jatuh - dan beliau mengambil masa tiga hingga empat minit untuk berbuat demikian.
Saksi ke-31 inkues itu menjelaskan walaupun mempunyai pengalaman dalam melakonkan adegan lagak ngeri, namun perasaan gementar dan takut tetap ada ketika cuba keluar dari tingkap berkenaan.
NONE

Wednesday, July 13, 2011

Wanita mengandung tak boleh jadi guru?


Keputusan mahkamah bahawa tindakan kerajaan menolak permohonan wanita mengandung Norfadilla Ahmad Saikin sebagai guru sandaran sebagai tidak berperlembagaan disifatkan sebagai lonjakan besar ke arah kesetaraan jantina.

Menurut Kumpulan Bertindak Bersama untuk Kesetaraan Jantina (JAG), mahkamah buat pertama kalinya mengakui bahawa Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan harus dibaca bersama-sama.

NONE"Apa yang dianggap sebagai 'diskriminasi terhadap wanita' dan ' diskriminasi jantina' tidak pernah diputuskan sehinggalah kes Noorfadilla," kata gabungan enam NGO wanita di seluruh negara itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Zaleha Yusuf semalam memutuskan tindakan kerajaan menolak permohonan Norfadilla (kiri) menjadi guru kerana beliau mengandung tidak berperlembagaan, tidak sah dan terbatal.

Hakim berkata Kementerian Pendidikan dan kerajaan tertakluk kepada Cedaw dan perisytiharaan Konvesyen Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Norfadilla, 29 mengheret kerajaan ke mahkamah bagi mendapatkan perintah bahawa kehamilan tidak boleh digunakan sebagai alasan tidak menerimanya sebagai guru sandaran tidak terlatih (GSTT) dan membatalkan memo penempatannya semula.

Dalam kenyataan hari ini, JAG menyifatkan keputusan mahkamah semalam menghantar isyarat jelas dan tegas bahawa penarikan kerja disebabkan kehamilan merupakan satu bentuk diskriminasi jantina dan bertentangan dengan perlembagaan.
"Undang-undang yang jelas kini, wanita mempunyai hak untuk bekerja apabila mereka mengandung," katanya.
JAG dianggotai All Women's Action Society (AWAM), Perak Women for Women (PWW), Sabah Women Action Resource Group (SAWO), Sisters In Islam (SIS), Women's Aid Organisation (WAO) dan Women's Centre For Change, Pulau Pinang (WCC).

Friday, July 1, 2011

kilang lynas tidak selamat?

Laporan New York Times baru-baru ini yang memetik memo dalaman oleh jurutera sekarang mahupun yang telah meninggalkan syarikat itu bahawa pembinaan kilang Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng, Pahang adalah 'bahaya' dan mempunyai masalah rekabentuk.

NONEArtikel itu mendakwa memo berkenaan memaparkan beberapa kecacatan dengan jurutera menghuraikan rekahan struktur, poket udara dan kebocoran di kebanyakan 70 tangki konkritnya.

Tangki itu dijadualkan untuk menyimpan bahan radioaktif selepas nadir bumi berkenaan yang dibawa dari Australia Barat dicampur dengan asid untuk merawatnya.

Ia juga mendakwa sistem paip keluli yang dibina untuk kilang tersebut adalah menggunakan keluli standard dan tidak sesuai bagi memindahkan bahan berkenaan. Tangki simpanan pula dibina daripada konkrit konvensional yang sepatutnya didirikan dengan gentian polimer yang kurang kemungkinannya akan retak.

Friday, June 24, 2011

PERKASA SOKONG DATUK T DEMO KECOH DI MAHKAMAH

Kira-kira 100 orang yang tidak kenali berhimpun di luar perkarangan bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta, pagi ini. 

datuk t supporters in court 1Kehadiran mereka adalah bagi menyatakan sokongan mereka kepada trio 'Datuk T' yang mengaku bertanggungjawab dalam kes tayangan video lucah di Hotel Carcosa Seri Negara pada Mac lalu.



Sambil memegang kain rentang dan sepanduk 'Hidup Datuk T' dan 'Kami Sokong PERKASA', mereka juga melaung-laungkan sokongan kepada Datuk T.

Wednesday, June 8, 2011

astro pula naikkan harga


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru kerajaan supaya mendedahkan sama ada tindakan Astro untuk menaikkan harga bagi pakej televisyen berbayar adalah mengikut perjanjian yang ditetapkan.
Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, pengguna perlu diberitahu apakah perkara yang dipersetujui dengan Astro bagi membolehkan pemegang lesen tunggal bagi penyiaran televisyen berbayar itu menaikkan harga perkhidmatannya.
"Sedangkan kadar tol juga perlu dipersetujuan oleh kerajaan dalam perjanjian... Kalau kerajaan tidak ambil tindakan serius, kami akan boikot Astro," katanya lagi dalam satu sidang media hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan berhubung tindakan Astro untuk menaikkan harga bagi pakej perkhidmatannya sehingga RM15 sebulan yang didakwa tidak mesra pengguna.
astro satellite dishSebaliknya, Astro perlu mencontohi langkah yang diambil kerajaan yang tidak menaikkan harga bahan api terbeban demi kepentingan rakyat.
"Jika kerajaan boleh tangguh kenaikan harga, kenapa Astro tidak tunjuk rasa terima kasih kerana dapat monopoli, tangguh kenaikan harga yang ingin dibuat.
"Pulangan daripada yuran langganan saya sudah cukup untuk menampung kos operasi. Apa yang mereka mahu adalah untuk tambah keuntungan, bukan untuk tampung kos operasi," katanya lagi.

Wednesday, May 4, 2011

pembelian pesawat rm86juta untuk taib mahmud penuh dengan rasuah dan salah gunakuasa




Mohamed Asharat Ramzan Ali (kiri), 48  bekas pengurus besar syarikat penerbangan milik kerajaan negeri - Hornbill Skyways Sdn Bhd - memberitahu mahkamah bahawa pembelian pesawat jet bernilai RM86 juta untuk kegunaan menteri besar Tan Sri Abdul Taib Mahmud penuh dengan kepinccangan, rasuah dan salah guna kuasa.
mohamed asharat 220910Menurut keterangan 34 muka surat Asharat kepada Mahkamah Industri di Kuala Lumpur, syarikatnya itu telah membeli pesawat jet bisnes Cessna Citation X yang dibina oleh Cessna Aircraft Company yang berpangkalan di Amerika Syarikat sebagai "aset negeri", sebelum menyertai syarikat itu pada 15 Mac 2005.

Dakwanya, pembelian itu juga membabitkan komisyen yang dihuraikannya berjumlah "US$250,000 sebagai elaun jualan" dalam dokumen yang berkaitan.

"(Harga pembelian) kira-kira RM74 juta. Jika faedah ditambah bagi pinjaman RM45 juta dari Ambank, jumlah kos adalah kira-kira RM86 juta," kata Asharat.


Asharat juga berkata pengurus kewangan Shirley Wee, yang terbabit secara langsung dalam pembelian itu mendesak agar pesawat dihantar lebih cepat daripada 28 Julai 2005, meskipun ia perlu melalui beberapa prosedur pentadbiran.

Wednesday, April 27, 2011

POLIS MINTA DNA ESKAY

"Saya dipanggil pagi ini untuk disoal-siasat lanjut dan saya secara sukarela menyerahkan sampel DNA,” katanya.
NONEEskay, yang ditemui hari ini di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, berkata beliau juga ditanya mengenai beberapa soalan yang 'relevan dengan kes berkenaan'.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan soalan mahupun jawapan yang diberikan, sekadar memberitahu ia bagi 'memperkuatkan kes itu'.

Eskay juga tidak mahu menjelaskan mengapa beliau perlu memberikan sampel DNA kepada polis.

Ahli perniagaan itu tiba di ibu pejabat polis pada jam 10 pagi ini dan beredar pada kira-kira jam 1.15 tengahari.

halaman