Showing posts with label tmi. Show all posts
Showing posts with label tmi. Show all posts

Wednesday, September 7, 2011

gadis remaja melayu mati dibakar


Polis tidak menolak kemungkinan remaja perempuan yang ditemui mati dalam keadaan 80 peratus rentung di tepi jalan berhampiran sebuah loji kumbahan di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang dekat sini kelmarin dibakar ketika masih hidup.
Hasil bedah siasat mendapati tiada kesan luka pada tubuh badan mangsa yang dipercayai berusia 17 hingga 18 tahun kecuali kesan kebakaran.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata mangsa dipercayai mati akibat kebakaran serius di bahagian hadapan tubuhnya selain dibakar di bahagian bahu, dada, muka dan bawah pusat.
“Namun kita sedang menunggu keputusan Jabatan Kimia bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa dan juga identitinya,” katanya dipetik Bernama Online.
Mangsa seorang yang berkulit kuning langsat, berambut lurus paras bahu dan mempunyai ketinggian 162 sentimeter, memakai rantai tangan emas di pergelangan tangan kiri serta memakai subang emas halus.
Amiruddin berkata mangsa turut memakai pakaian yang dibuat daripada kain nipis dipercayai baju kurung berwarna hijau dan bercorak hitam.
“Mangsa bagaimanapun dilihat seperti tidak berpakaian kerana pakaian mangsa turut hangus terbakar di bahagian hadapan dan hanya tinggal cebisan kain di bahagian belakang badannya.
“Minyak tanah dipercayai digunakan sebagai bahan untuk membakar mangsa kerana terdapat bau minyak tanah di cebisan kain dan juga lokasi kejadian,” katanya.
Beliau berkata tempoh kematian mangsa dan sama ada mangsa mati dibakar di lokasi itu atau di tempat lain belum diketahui.
Amiruddin meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga seperti yang dinyatakan agar tampil ke Balai Polis Ampang Jaya atau yang berhampiran bagi membantu siasatan dan proses pengecaman mayat.
Beliau berkata semalam polis menerima empat laporan orang hilang dan satu daripada mereka telah membuat pengecaman tetapi negatif manakala yang lain akan melakukannya dalam masa terdekat.

Wednesday, August 3, 2011

Najib tidak mahu hadir mahkamah jadi saksi kes Anwar


Empat termasuk Najib dan isterinya enggan ditemu bual peguam Anwar

UMPUR, 3 Ogos — Empat daripada 25 saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mahu muncul di mahkamah untuk memberi keterangan jika sepina dikeluarkan ke atas mereka
.
Empat saksi itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar), isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.
“Mereka enggan datang ke mahkamah, untuk ditemu bual oleh (pasukan) pembela melainkan mereka diberikan sepina,” kata Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden hari ini.
Temu bual biasanya akan diadakan untuk menentukan sama ada seseorang saksi boleh digunakan untuk memberi keterangan ketika perbicaraan.
Juga difahamkan bahawa seorang lagi saksi, Hasanuddin Abdul Hamid berkata dia hanya bersetuju untuk ditemu bual jika peguamnya turut hadir bersama.
“Kami menerima surat pemakluman mengenai keengganan mereka untuk ditemu bual dan mereka hanya akan muncul di mahkamah jika dikeluarkan sepina,” kata peguam Anwar Sankara Nair.

Sunday, July 24, 2011

Nazri Aziz: Teoh Beng Hock mati sebab SPRM tak ikut prosedur dan keterlaluan


 “Apabila berlaku keadaan macam ini kita kena teima hakikat bahwa ada perkara-perkara yang tidak patut dilakukan, Kematian melibatkan Teoh tidak berlaku kalau sisatan dijalankan mengikut standard siasatan yang telah ditetapkan dan menepati piawaian yang memuaskan.” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz. 
Katanya, hasil siasatan suruhanjaya itu juga mendapati bahawa tiga pegawai penyiasat yang terbabit dalam kes ini telah menggunakan taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan keterlaluan ke atas Teoh yang didapati melanggar prosedur sedia ada.
Putrajaya memperakui bekas setiausaha politik DAP Teoh Beng Hock tidakmati dua tahun lalu jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mematuhi prosedur-prosedur siasatan yang sewajarnya dengan betul.
Nazri juga berkata, kerajaan perlu mengakui bahawa sudah tentu ada kelemahan dalam sistem semasa.
“Jangan nafi. Saya bukan tidak hendak mempertahankan pegawai-pegawai ini tetapi saya percaya dan tahu ada perkara yang berlaku.
“Berdasarkan laporan yang kita baca jelas menunjukkan bagaimana siasatan dijalankan secara berterusan,” katanya yang turut mahu SPRM membetulkan diri.
“Dunia dahulu mungkin berbeza, orang tak banyak buat aduan, aliran maklumat juga sangat perjalan, tetapi sekarang apa saja berlaku sekelip mata, semua orang tahu. Mereka mesti berubah,” katanya lagi.
Suruhanjaya siasatan terdiri daripada lima anggota diketuai oleh seorang hakim telah menjalankan prosiding siasatan selama 50 hari dan memanggil 70 saksi.

Thursday, April 14, 2011

polis: lelaki dalam vidro seks sudah dikenali


 Polis telah mengenal pasti lelaki dalam aksi seks rakaman video yang didedahkan oleh “Datuk T” bulan lalu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini.
Bagaimanapun Ismail berkata pihaknya tidak akan mendedahkan identiti individu berkenaan.
Justeru tambah Ismail, kertas siasatan berkaitan video seks itu akan selesai minggu depan.
Kata Ismail, polis kini dalam proses mengenal pasti pemilik tangan Omega yang menurut “Datuk T” adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kami sedang mengenal pasti siapa pemilik jam tangan (Omega) yang diserahkan kepada polis,” kata beliau kepada pemberita.
Apabila ditanya mengenai wanita tidak dikenali dalam aksi seks itu juga telah disoal siasat, Ismail berkata, “polis telah bercakap dengan setiap orang yang terlibat dalam video seks.”
Tiga “Datuk T” iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuaib Lazim yang disoal siasat polis dilaporkan telah menyerahkan jam tangan Omega kepada polis.

Friday, April 8, 2011

Mesyuarat kabinet : Mana penting suruhanjaya diraja untuk video seks atau kematian sarbani


Tumpuan dijangka beralih kepada Kabinet yang mengadakan mesyuarat mingguan pagi ini sama ada akan membincangkan desakan penubuhan suruhanjaya diraja siasatan.
Ketika wujud polemik mengenai keperluan sebuah suruhanjaya diraja berhubung pendedahan rakaman video seks lebih dua minggu lalu, didakwa melibatkan aksi seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kematian Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbani Mohamed, 56, kelmarin juga mencetuskan desakan ke arah itu.
Pagi kelmarin, Ahmad Sarbani, yang ditahan semalaman 1 April lalu untuk membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram, ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini.
Isu video seks menjadi perhatian selepas rakamannya yang didakwa diambil akhir Februari lalu dipertontonkan kepada media pada 21 Mac lalu oleh “Datuk T”.
Kedua-dua kes  itu masih disiasat polis.
Mengulas desakan pembangkang supaya suruhajaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat kematian Ahmad Sarbani, Nazri berkata, ia tidak menjadi masalah jika melibatkan kepentingan awam sekali gus membersihkan imej SPRM.
“Sekiranya pembangkang mahu suruhanjaya ditubuhkan, maka penubuhan suruhanjaya diraja juga perlu untuk menyiasat rakaman video seks membabitkan Ketua Pembangkang.
“Saya akan bangkitkan dalam mesyuarat jemaah menteri esok (hari ini) kerana apa yang penting kebenaran dan siasatan polis terlebih dahulu,” kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.
Semalam, Nazri turut menerima dua memorandum Perkasa yang meminta kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat video aksi seks itu.
Memorandum kedua pula mahu kerajaan menubuhkan sama ada suruhanjaya diraja atau mengadakan inkues bagi menyiasat kematian Ahmad Sarbani.
Presiden Persatuan Bekas Kastam Malaysia Datuk Abdul Rahman Manan juga mahukan satu suruhanjaya diraja diwujudkan untuk menyiasat insiden melibatkan kakitangan kastam itu.
“Kematian yang berlaku di pejabat SPRM itu adalah yang kali kedua dan ramai meragui cara kematian mangsa. Oleh itu, suruhanjaya ini perlu diwujudkan bagi menjaga imej SPRM dan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” katanya.
Bagaimanapun semalam di Sarawak, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan tiada cadangan buat masa ini untuk mengadakan satu suruhanjaya diraja walaupun kematian melibatkan premis SPRM.
Sebuah suruhanjaya diraja sedang menyiasat kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock dan tanggungjawabnya dijangka selesai dalam waktu terdekat.
Laporan media juga memetik Transparency International Malaysia (TI-M) mahukan supaya satu inkuiri bebas berhubung kematian Ahmad Sarbani.
Presidennya TI-M Datuk Paul Low berkata, inkuiri itu juga perlu meliputi prosedur operasi, proses dan garis panduan yang diamalkan SPRM dalam menyiasat kes rasuah.
Kata beliau, sesiapa jua yang berada di bawah tanggungjawab SPRM sama ada saksi, suspek atau pelawat perlu diberi perlindungan asas pada setiap masa.
“Kami juga mahu supaya dilaksanakan dengan segera syor,” katanya dalam satu kenyataan.

halaman