Showing posts with label tstar. Show all posts
Showing posts with label tstar. Show all posts

Thursday, June 30, 2011

Isteri Salleh Yaakob derita dalam bahagia

Salih Yaacob Mengaku Tiga Isterinya Terasa Hati

 Pelawak Salih Yaacob menyedari tiga isterinya yang lain agak kurang senang apabila isteri keempatnya, Samihah Sheikh Amy (Emi), 25, yang baru dikahwini lebih menonjol berbanding mereka.
Menurut Salih, walaupun isteri pertama sehingga ketiganya iaitu Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat, 42 dan Norfara Wahida Sulaiman, 32, tidak meluahkan perasaan tersebut tetapi sebagai suami dia dapat merasai perkara itu.
"Saya sedar mereka rasa kurang selesa apabila Emi lebih menonjol. Bukan senang nak jaga hati mereka tetapi saya akan perjelaskan setiap hal yang saya lakukan di luar.
"Lagipun, bukan saya yang mahu tonjolkan Emi, pihak media yang kerap bertanyakan tentang dia, saya jawab macam biasa. Malah mereka (media) juga ada membuat temu bual dengannya," kata Salih yang ditemui selepas pelancaran program Salih Yaccob Show, I Follow di PJLA Theater, Jaya One, di sini, Rabu.
Tambah Salih, sejak bergelar isteri keempat, Emi agak terkejut kerana sering diberi perhatian dan kerana itu dia enggan mengambil gambar dengan pihak media.

Friday, April 15, 2011

Tentera nafikan Raja Petra: Kol Azmi digantung tugas

Kementerian Pertahanan pada Jumaat menafikan wujudnya maklumat berkaitan dengan pembunuhan model Mongolia, Altantunya Shaaribu yang dirujuk sebagai laporan risikan oleh pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dalam akuan bersumpah (SD) yang dikemukakan tiga tahun lalu.
Raja Petra dalam pendedahan eksklusifnya kepada TV3 Rabu lalu mendakwa, maklumat tersebut diperoleh daripada beberapa sumber termasuklah, daripada Kolonel Azmi Zainal Abidin yang juga orang nombor dua dalam unit risikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika itu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tengah hari tadi, Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin menegaskan bahawa maklumat yang disampaikan oleh Kolonel Azmi kepada Raja Petra adalah palsu dan tidak pernah wujud dalam simpanan ATM.
Azizan berkata Kolonel Azmi yang dimaksudkan oleh Raja Petra adalah seorang pegawai Tentera Darat dan beliau telah melepaskan jawatan Timbalan Ketua Anggota Tentera Cawangan Khas sejak 14 Januari 2008.
Beliau kini sedang bertugas di Markas Tentera Darat.
"Tindakan Kolonel Azmi adalah bersifat peribadi dan tiada sebarang kaitan dengan ATM," katanya.
Azizan menegaskan satu Lembaga Siasatan akan ditubuhkan secepat mungkin bagi menyiasat dakwaan yang dilaporkan itu.
"Hasil siasatan akan dijadikan asas terhadap tindakan yang akan diambil oleh ATM," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata pegawai kanan Tentera Darat itu telah dilepaskan daripada sebarang tugas rasmi sehingga siasatan terhadap beliau selesai.

Saturday, April 9, 2011

Berjuta ringgit dalam akaun pegawai kastam

Suruhanjaya Pencegahan Rasuan (SPRM) mengesan jutaan ringgit dalam beberapa akaun milik pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia termasuk sekurang-kurangnya RM2 juta di dalam akaun seorang Pengarah Kastam yang sudah bersara.
Sumber memberitahu, pasukan petugas yang menyiasat kes terbabit percaya sebuah syarikat terkenal telah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun bekas pengarah tersebut sebagai habuan ketika masih memegang jawatan berkenaan.
Mereka memberitahu, lebih ramai pegawai yang berbelanja mewah di luar kemampuan juga sudah dikenal pasti.
"Usaha sedang dilakukan untuk membekukan akaun mereka. Penyiasatan semakin berhasil apabila lebih banyak maklumat mengenai aktiviti haram ini timbul.
"Kami tidak akan memperlahankan (operasi) kerana maklumat menunjukkan berbilion ringgit lagi masih ada di luar sana," kata sumber itu.
Menurutnya lagi, pasukan petugas itu, walaupun 'diserang' pelbagai pihak berikutan kematian Timbalan Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, yang ditemui mati di ibu pejabat SPRM di sini, Rabu pagi, tidak akan menghentikan penyiasatan tersebut.
Sumber berkata, beberapa pasukan meneruskan pencarian di negeri-negeri lain dan tidak menolak kemungkinan lebih banyak tangkapan akan dibuat.
SPRM dengan kerjasama beberapa agensi lain berjaya menahan lebih 60 pegawai kanan Jabatan Kastam dan merampas jutaan ringgit, jongkong emas dan barangan milik berharga seperti kereta dan jam tangan mewah daripada mereka.
Serbuan dilaksanakan di beberapa pelaburan seluruh negara terutama Pulau Pinang, Pelabuhan Klang, Kuantan, Johor dan Sabah berikutan maklumat bahawa sindiket dengan 'kaki' dalam banyak organisasi membabitkan kerugian lebih RM10 bilion menerusi pengelakan cukai dan penggelapan wang.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, siasatan awal membabitkan kes kematian Ahmad Sarbani menunjukkan kecederaannya konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi.
Beliau berkata, polis telah menerima laporan bedah siasat dan menghantarnya ke makmal jenayah untuk analisis lanjut.
"Makmal itu dijangka dapat menyimpulkan hasil keputusan analisis menjelang hujung minggu depan. Kami juga telah merakamkan kenyaraan daripada enam pegawai SPRM untuk membantu siasatan," katanya.

halaman