Thursday, June 23, 2011

marsha londoh tak kahwin lagi lah!


 “Saya mohon maaf kepada pembaca Harian Metro dan peminat dengan kenyataan dikeluarkan semalam kononnya saya sudah berkahwin dan sengaja merancang satu kejutan atau gimik.
“Semua itu salah faham dan tindakan langsung tidak disengajakan,” kata Marsha Milan Londoh bagi memperjelaskan kenyataannya dalam Harian Metro semalam yang dia berkahwin sehingga ada pihak beranggapan dia sengaja menimbulkan kontroversi.

Penyanyi berusia 26 tahun yang berasal daripada Sabah itu menyifatkan kenyataannya itu sesuatu yang tidak dirancang dan bukan niatnya.
Marsha bagaimanapun mengakui yang ada membuat beberapa kenyataan di laman sosial peribadi Twitter miliknya hingga membuatkan pihak media dan peminat tertanya-tanya statusnya. Malah sebelum itu, penyanyi berketurunan Dusun dan beragama Kristian itu menyatakan yang gambarnya lengkap dengan busana pengantin menarik minat banyak pihak mengetahuinya.

Hakikatnya, semua itu hanya babak dalam muzik video lagu barunya berjudul Bila yang menjalani penggambaran di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong Ahad lalu.

“Saya benar-benar tidak menyangka perkara ini menjadi isu besar kerana ia hanya satu penggambaran muzik video yang mengisahkan saya menjadi seorang pengantin.
“Namun bukan niat saya membuat gimik atau mengatur kejutan buat semua pihak kerana jika difikirkan semula, gambar di sebalik tabir pembikinan muzik video itu terlebih dulu dimuat turun di laman sosial Facebook. “Justeru saya menafikan beberapa kenyataan dan dakwaan dalam beberapa blog yang kononnya saya sengaja ingin membuat kejutan tapi ia tidak menjadi,” katanya. Pelakon drama siri Kum Kum The Series itu bagaimanapun menyifatkan perkara yang berlaku ini satu pengajaran buatnya buatnya sebagai seorang selebriti.

No comments:

Post a Comment

halaman