Showing posts with label tvs. Show all posts
Showing posts with label tvs. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

Ashraf sanggup dibunuh jika tak dapat tukar jantina


Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang gagal menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana selepas ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengakui tertekan dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya.

Bagaimanapun kata Ashraf, 25, ia tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus memperjuangkan hasratnya itu.

Sambil menyatakan mahu membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu, dalam sebak, Ashraf yang lebih mesra dipanggil “Aleesha” berkata, jika masyarakat tidak dapat menerima keadaannya berdasarkan pelbagai kutukan dan hinaan yang diterima termasuk menerusi laman sosial Facebook, dia rela dibunuh jika itu penyelesaian terbaik.

“Suka atau tidak, perjuangan perlu diteruskan sehingga semua wadah perundangan tiada lagi.

“Ramai mahu saya berdiam diri daripada masalah ini, tetapi saya mahu kehidupan yang aman,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.

Ashraf, yang ditemui di Kuala Terengganu, membuat permohonan menukar jantina di Mahkamah Tinggi 25 Mei lalu bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran, selain kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita dengan status lelakinya.

Menceritakan punca permohonannya ditolak, dia mengakui tidak mendapat bantuan perundangan yang kukuh ketika mengemukakan permohonan.

Malah katanya, ketika peguam Horley Isaacs menawarkan diri membantu, pendengaran kes itu sudah sampai penghujung.

Berkongsi kesedihan ditanggung anaknya itu, menurut laporan Berita Harian juga, ibu Ashraf yang mahu dikenali sebagai Mak Yah berkata masyarakat mudah melemparkan cacian kepada keluarganya tanpa memahami perasaan mereka, lapor The Malaysian Insider.

Mak Yah dari Kampung Telaga Daing, berkata sejak kes anaknya dilaporkan media, dia dan suami, Abdul Aziz mendapat kritikan dan cemuhan masyarakat yang melabelkan mereka ibu bapa tidak bertanggungjawab.

“Hinaan itu sangat pedih, seolah-olah kami membelakangkan Allah dengan menyokong keputusan Ashraf membuat pembedahan menukar jantina,” katanya sambil mengesat air mata dengan kain tudungnya.

Mak Yah berkata, walaupun ciri kewanitaan Ashraf dikesan sejak bayi, mereka tetap terkejut apabila mengetahui anak lelaki sulungnya itu membuat pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009.

“Ketika pembedahan itu, kami menunaikan haji di Mekah. Dia tidak pernah memberitahu ujian perubatan dan penilaian paras hormon yang dibuatnya di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur dua tahun sebelum itu.

“Disebabkan marah dan sedih dengan perbuatannya itu, kami menghalaunya dari rumah dan membakar semua baju perempuan, tetapi kami tahu dia yang bertukar menjadi perempuan selalu pulang ke rumah dan hanya tidur dalam kereta,” katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz yang juga bekas anggota tentera berkata, beliau selalu menekankan aspek disiplin kepada anaknya, tetapi buntu mencari jawapan masalah dihadapi Ashraf.

“Akhirnya, kami sekeluarga menerima hakikat dialami Ashraf dan tidak lagi hidup dalam penafian, tetapi kami disisihkan masyarakat,” kata Abdul Aziz.

“Mungkin masalah itu tidak serumit sekarang jika dari awal kami mendapatkan pandangan pakar berhubung keadaan Ashraf.

“Jika cara didikan dikatakan punca dia begini, kenapa dua anak angkat kami dan dua adik kandungnya tidak sedemikian,” katanya.


Wednesday, July 6, 2011

Penganalisas Jenayah cedera teruk ditetak


Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim cedera ditangan dan kaki setelah ditetak oleh seorang lelaki berasal dari Sabah, yang mengamuk dan mengamcam nyawa penghuni sebuah pangsapuri di Shah Alam malam tadi.

Bagaimanapun, lelaki itu ditembak mati oleh Kamal setelah lelaki itu bertindak agresif, menerkam kearahnya dengan sebilah parang. 

Tembakan itu turut mengenai seorang wanita warga Indonesia, namun dia hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar di pusat perubatan Selangor.

Kamal juga dibawa ke pusat rawatan itu untuk rawatan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, ia berpunca daripada pertengkaran lelaki itu dan rakan serumahnya di Rumah Pangsa Valensia seksyen 25 Shah Alam, Selangor semalam.

Kamal Afendi yang berada di pejabatnya yang juga terletak berhampiran dengan lokasi kejadian bergegas ke sana untuk membantu mententeramkan keadaan.

4 anggota polis turut berkejar ke rumah pangsa berkenaan, namun mereka diserang lelaki terbabit.


Wednesday, June 22, 2011

penduduk kpg baru k.l ditipu kementerian wilayah persekutuan


Wakil pemilik dan pewaris Kampung Baru hadir ke parlimen hari ini mendesak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) menarik semula Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2010 sebelum sesi bacaan kedua di parlimen.

Gesaan berikutan dakwaan cadangan penggubalan akta tersebut dilakukan oleh kementerian itu tanpa dipersetujui oleh pemilik tanah malah dianggap tidak menghiraukan kepentingan penduduk.

Bercakap kepada media di lobi parlimen, ahli parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub menggesa kerajaan supaya mengambilkira pendirian pemilik tanah sebelum membentangkan cadangan pindaan bacaan kali pertama di parlimen.

Katanya, pemilik dan pewaris tanah telah bersepakat untuk menolak sebarang cadangan menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru sekaligus menolak rang undang-undang itu.

"Kami ahli parlimen Pakatan Rakyat membawa mesej ini daripada pemilik dan pewaris tanah bahawa apa sahaja yang berkaitan tanah Kampung Baru hendaklah mengambilkira kepentingan dan persetujuan pemilik dan bukannya wakil badan bukan kerajaan yang mempunyai kepentingan sendiri," kata Salahuddin.

Beliau dalam kenyataannya turut mempersoal cadangan mewujudkan Perbadanan Kampung Baru walhal pentadbiran kawasan itu telah diurus secara sah di bawah Lembaga Pentadbiran MAS (Malay Agricultural Settlement).

Seterusnya Salahuddin mendakwa sekiranya rang undang-undang tersebut diluluskan parlimen maka enakmen dan Lembaga Pentadbiran Kampung Baru (MAS) turut akan terhapus.

Bantahan dari pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru sebelum ini menjurus kepada peruntukan rang undang-undang yang diangggap menindas dan akhirnya akan menggadaikan tanah yang telah diwarisi lebih dari 100 tahun.

Ini kerana mereka mendakwa kementerian itu tidak menghiraukan cadangan pindaan daripada penduduk lalu terus membentangkan rang undang-undang tersebut di parlimen untuk bacaan kali pertama pada Disember 2010.

Alasan bantahan tersebut berikutan jaminan yang diberikan kepada pemilik tanah oleh kerajaan tidak menepati kehendak penduduk Kampung Baru justeru mendesak kementerian itu meminda beberapa perkara yang difikirkan tidak wajar.

Antara cadangan yang dianggap keliru dalam cadangan pindaan tersebut termasuk-
 
1. Keanggotaan Perbadanan

- Ditambah keanggotaan bagi jawatan Timbalan Pengerusi yang mana tiada dalam RUU asal

- Dua (2) wakil tuan tanah Kampung Baru telah diganti dengan lima (5) wakil NGO

2. Majlis Penasihat

- Nasihat Majlis Penasihat hanya akan dikaji, diteliti dan diambilkira jika sesuai

3. Akta Pengambilan Tanah 1960

- Peruntukan berkaitan penggunaan Akta ini ditarikbalik tetapi tidak bermakna Akta ini tidak boleh digunapakai dalam proses pembangunan Kampung Baru

4. Pemansuhan dan Pembubaran Lembaga Pentadbiran MAS

- Peruntukkan ini telah ditarikbalik tetapi lebih banyak menimbulkan persoalan seperti yang disebut sebelum ini.

Antara pewaris tanah yang hadir turut menyuarakan kekesalan terhadap tindakan kerajaan membelakangi penduduk Melayu di Kampung Baru.

"Banyak sangat penipuan. Kami sebulat suara membantah perkara ini. Saya minta ahli parlimen bantu. Ini tanah kami dan kami ada hak," kata Mohamad Hassan di lobi parlimen.

Saturday, June 18, 2011

Felda tipu peneroka sejak 15 tahun dulu


 Hari ini sekumpulan peneroka Felda tersebut telah mengemukakan saman berhubung dakwaan penipuan bayaran untuk hasil sawit yang melibatkan kerugian melebihi RM 344 juta sepanjang 15 tahun lamanya.

Saman yang difailkan oleh kumpulan peneroka ini menamakan Felda sebagai defendan pertama dan Felda Palm Industries sebagai defendan kedua atas dakwaan pecah amanah dan menipu. 

peneroka Felda Jengka Pahang nyata sekali ditindas oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Felda apabila agensi itu menyeleweng kadar perahan gred (KPG) yang sepatutnya diterima oleh peneroka.





Wednesday, May 11, 2011

amaran POLis

Amaran Polis, Jangan Timbul Kecoh Bantah Projek Lynas

Polis akan memantau dan bertindak tegas terhadap mana- mana pihak yang membuat bantahan, demonstrasi atau ceramah terhadap pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi di Gebang, Pahang.
Ketua Polis Pahang, Datuk Saifuddin Abdul Ghani berkata polis setakat ini memantau setiap bantahan yang rancak diadakan beberapa pihak sebelum ini.
"Saya minta mana-mana pihak supaya akur pada undang-undang dan jangan buat yang bukan-bukan," katanya
Projek memproses tanah jarang yang dibawa dari Australia itu mendapat tentangan banyak pihak berikutan dikhuatiri mendedahkan bahan radioaktif 'Thorium' kepada alam sekitar dan penduduk setempat.
Thorium merupakan bahan asli radioaktif yang dilombong bagi sebagai 'minyak' reaktor nuklear.
Operasi memproses Thorium dari lombong Mount Weld itu dijadualkan bermula September depan di bawah seliaan Lynas Corporation.
Lynas Corporation adalah syarikat Australia yang mempunyai lombong di Kwinana, Mount Weld, Australia Barat. 
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, kadar 0.16 peratus Thorium atau 61 'becquerel' atau Bq per gram akan berakumulasi seiring dengan masa dan tahap pengeluaran tanah jarang yang diproses.
Maka peratusan pelepasan bahan radioasi itu berkemungkinan akan dihasilkan pada kadar yang lebih banyak. 
Dalam pada itu, Ahli politik Australia, Robin Chapple mengutuk cadangan syarikat Lynas Advanced Materials Plant mahu membuang bahan radioaktif ke kawasan komuniti perikanan di Gebang.
Robin Chapple menegaskan kepimpinan Ketua Menteri Australia Barat, Barnett tidak harus bersubahat dalam membuang sisa radioaktif di negara lain, termasuk Malaysia.
“Saya kutuk cadangan Lynas untuk membuang bahan radioaktif itu ke kawasan komuniti perikanan di Pahang," ujar Chapple.
Chapple yang juga ahli Majlis Perundangan Australia Barat berkata, pengendalian yang tidak betul akan menyebabkan penduduk sekitar akan mengalami radiasi yang diakibatkan oleh mineral Thorium.
Kebimbangan terhadap isu pembuangan sisa bahan radioaktif ini semakin menekan apabila kerajaan persekutuan pimpinan Perana Menteri Najib Razak meluluskan pembinaan loji tersebut.

Sunday, May 1, 2011

cd seks anwar tersebar

Ahli Parlimen Kapar Persoal Kewujudan CD Seks Dari Thailand
Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam mahu Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyiasat bagaimana  sebuah cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman aksi seks penuh dari Thailand yang diterimanya semalam boleh disebarkan sedangkan polis telah mengambil salinan asal video tersebut.

Manikavasagam menyatakan video itu merupakan video sama diwar-warkan media arus perdana yang didakwa sebagai mirip ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengesahkan telah menonton CD itu empat kali, dan menegaskan lelaki yang dimaksudkan bukan Anwar.

“Saya telah melihat VCD ini tiga kali dan saya juga menonton sekali lagi pagi ini. Tetapi, sah si pelakunya bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rupa bentuk fizikal dan rambutnya semua berbeza. Ini adalah CD penuh, jadi mahu minta polis menyiasat dan saya juga ada menyatakan dalam laporan polis bahawa Datuk T telah memberi CD asal kepada polis, tetapi kemudian CD ini masih disebarkan?" soal beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi pagi tadi dan turut ditemani Naib Presiden PKR, N. Surendran, yang juga seorang peguam. 

Manikavasagam yang juga Ahli Parlimen Kapar kewujudan CD itu membuktikan bahawa polis tidak boleh dipercayai dan mahu satu badan bebas menyiasat kes ini. 

“Saya tidak yakin dengan polis (lagi) kerana jika CD asal sudah diserahkan, maka bagaimana (salinan) boleh ada untuk disebarkan? Saya telah minta supaya sebuah badan bebas dibentuk untuk siasatan,” 

Sementara itu, Surendran menambah, sampul surat yang mengandungi CD itu hantar dari Thailand kerana berdasarkan setem dan cop yang terdapat pada sampul surat terbabit. 

“Tanda pos pada sampul surat adalah dari Thailand, jadi adalah jelas mereka di belakang cuba untuk mengelak pergerakan mereka dikesan. Mereka sangat takut bahawa kami akan mengesan siapa di belakangnya kerana jika anda ikut kesemua kaitan ini, anda akan lihat bahawa ia menunjukkan Umno dan BN," kata beliau lagi.

Friday, April 29, 2011

Eskay teruskan angkat sumpah

Upacara angkat sumpah ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay yang dijadualkan berlangsung selepas solat Jumaat tadi, yang secara tiba-tiba dibatalkan, kini dikatakan akan diteruskan.
Terdahulu, Pengerusi Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, Abdul Razak Hussin mengesahkan bahawa ia dibatalkan.
Eskay yang ditemani oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim turut mengenakan pakaian kalis peluru.
Terdahulu keadaan selepas solat Jumaat menjadi agak tegang apabila sekumpulan jemaah memasuki ruang solat dan menuntut penangkapan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Laporan lanjut menyusul...

terkini: tiada sumpah laknat eskay - batal

Upacara angkat sumpah ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay yang dijadualkan berlangsung selepas solat Jumaat tadi, dibatalkan.
Ia disahkan oleh pengerusi masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, Abdul Razak Hussin.
Beliau juga meminta jemaah yang masih berkumpul dalam dewan solat supaya beredar.
Namun keadaan menjadi agak tegang sebaik sahaja selesai solat Jumaat tadi apabila sekumpulan jemaah memasuki ruang solat dan menuntut penangkapan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
Semalam, Shazryl Eskay mengumumkan beliau akan melakukan sumpah itu selepas solat Jumaat.
Bagaimanapun, beliau tidak kelihatan di masjid itu, 
Keadaan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul menjadi kecoh apabila penyokong PKR pimpinan ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin mula melaungkan takbir serta ungkapan "kami mahu qazaf, bukan sumpah" selepas solat Jumaat hari ini.
Keadaan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul menjadi kecoh apabila penyokong PKR pimpinan ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin mula melaungkan takbir serta ungkapan "kami mahu qazaf, bukan sumpah" selepas solat Jumaat hari ini.Berikutan itu berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara penyokong PKR dan wartawan di situ,

Keadaan tolak menolak berterusan di kalangan 500 orang yang berada di dalam masjid yang bergerak keluar ketika penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.

Memandangkan keadaan kecoh tersebut, pengerusi masjid berkenaan, Abdul Razak Husin naik ke atas mimbar untuk menenangkan keadaan.

Sivarasa: Anwar terpaksa jawab soalan tak relevan

Peguam Sivarasa Rasiah menyifatkan soalan yang diajukan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dipanggil memberi keterangan dirangka Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Ini berikutan katanya, corak soalan yang dikemukakan meragukan selain mendapati ianya tidak relevan dengan siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
"Gaya soalan yang ditujukan jelas ada campur tangan politik. Ini bukan polis yang buat tapi Gani Patail yang arahkan buat. Jadi macam-macam soalan ditanya dan ada yang tidak relevan dengan siasatan kes," kata beliau.

Beliau yang hadir bersama Anwar memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini berkata, polis seolah-olah tidak memberi tumpuan kepada laporan jenayah yang dibuat Ketua Pembangkang itu bulan lalu selepas trio 'Datuk T' menayangkan rakaman video seks.
Dalam kenyataannya kepada media, Sivarasa turut menegaskan kepada polis berhubung tindakan yang belum diambil terhadap kumpulan Datuk T itu yang secara jelas melakukan intimidasi jenayah dan penyebaran bahan lucah.

"Kenapa sampai sekarang selepas mereka mengakui membuat (jenayah), tiada apa-apa tindakan. Jadi itu yang kita beritahu mereka," ujarnya lagi.

Sivarasa turut memperlihatkan dokumen yang diserahkan oleh 'Datuk T' kepada Anwar sebagai bukti nyata perlakuan ugutan mendesak Ketua Umum dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail supaya meletakkan jawatan.

Wednesday, April 27, 2011

polis panggil anwar esok

Pasukan penyiasat Polis Bukit Aman akan mengambil kenyataan tambahan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim esok berhubung fitnah video lucah.

Ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat mengesahkan polis memohon untuk mengambil kenyataan itu esok jam 2.30 petang.

Kenyataan tambahan itu adalah berkaitan laporan polis Anwar  pada 22 Mac 2011 di IPD Dang Wangi ke atas individu-individu yang bertanggungjawab menayangkan rakaman video lucah di Carcosa Seri Negara sehari sebelum itu.

Individu-individu ini juga mengedarkan kenyataan bertulis kepada para wartawan dengan fitnah bahawa Datuk' Seri Anwar merupakan individu di dalam video lucah tersebut serta mengugut beliau supaya bersara dari politik.

Kenyataan akan dirakamkan oleh DSP Shanmugamoorthy di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, Petaling Jaya.

Tiga individu berkenaan adalah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Eskay Shazyl dan bekas bendahari Perkasa Shuib Lazim.   


Friday, April 22, 2011

Kerajaan Tidak Telus Isu Tanah Jarang

Penjelasan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadhillah Yusof mengenai projek pembinaan kilang tanah jarang di Gebeng, Kuantan mengundang persepsi negatif berhubung ketelusan maklumat yang disalurkan kepada rakyat.
Malah, tindakan berdolak-dalik ketika menjawab soalan Senator Mohammed Najeeb Abdullah di Dewan Negara kelmarin menggambarkan kementerian itu semakin tertekan, kata aktivis DAP Charles Santiago.
Charles yang dihubungi Tv Selangor berkata kerajaan kini sedang mencari jalan untuk menjelaskan kepada rakyat tentang lesen membina kilang yang dikeluarkan kepada Lynas (M) Sdn Bhd walaupun bantahan telah dibuat.
Katanya, kementerian di bawah pimpinan Perdana Menteri Najib Razak cuba memandang rendah tahap kesedaran rakyat mengenai bahayanya kesan radioaktif kepada penduduk dan persekitaran mereka khususnya di Pahang.
"Jelas ia bukan sahaja isu Lynas tetapi termasuk isu tenaga nuklear, nampaknya kerajaan hendak main-main dengan rakyat.
"Apabila dicabar dengan fakta-fakta lain, mereka tidak dapat berikan penjelasan yang boleh diterima rakyat," kata beliau.
Kementerian menerusi Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA), telah mengeluarkan lesen penempatan tapak dan pembinaan kilang kepada Lynas di Gebeng, Pahang.
Tempoh sah lesen penempatan tapak dan pembinaan itu bermula 19 September 2009 hingga 18 September 2011.
Timbalan Menterinya kemudian menjelaskan lesen pengeluaran penuh tidak akan dikeluarkan jika Lynas tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.
"Seterusnya penilaian lebih ketat akan dijalankan bagi pengeluaran lesen pengendalian untuk memastikan sisa yang dihasilkan kelak akan diuruskan dengan baik dan selamat, di samping memenuhi kriteria asal kertas cadangan yang telah dikemukakan,"
Ahli parlimen Klang itu kemudian mendakwa kerajaan tidak mengamalkan sikap telus sejak dari awal cadangan projek tanah jarang itu dikemukakan di bawah Plan Transformasi Ekonomi (ETP) Najib Razak.
Katanya, menteri telah bersetuju untuk berbincang dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat namum sebaliknya Perdana Menteri sendiri mengumumkan cadangan tersebut tanpa pengetahuan rakyat.  
"Kalau ini berlaku maka kepercayaan terhadap kerajaan Malaysia tidak begitu baik di rantau ini khususnya pelabur. Isu ini berkait dengan persekitaran. Sebelum meluluskan mana-mana projek mesti berunding dengan rakyat termasuk NGO dan persatuan profesional," katanya lagi.

Thursday, April 14, 2011

khalid timbalan kpn


Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Khalid Abu Bakar telah dilantik sebagai timbalan ketua polis negara yang baru.

Beliau menggantikan Datuk Seri Husin Ismail yang bersara.

Thursday, March 24, 2011

datuk eskay silap skrip

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berjumpa dengan ketiga-tiga individu  yang mendalangi video seks fitnah sebelum mereka tampil mengakui bertanggungjawab atas rakaman itu semalam, kata Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat Nik Nadzmi Nik Ahmad. 
Pertemuan antara Najib, Pengerusi Risda Rahim Thamby Chik,  ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Shuaib Lazim  dikatakan berlangsung  di Bangunan Parlimen petang semalam.  
Ia  menguatkan hujah bahawa penyiaran video fitnah untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membabitkan konspirasi politik tertinggi Umno, kata Nik Nadzmi.
“PKR  dimaklumkan bahawa Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO di pejabatnya di Parlimen petang semalam, maka Perdana Menteri memang berada di Parlimen ketika ketiga-tiga dalang ini dilihat di Parlimen semalam,” kata beliau.
“Perkara ini menimbulkan tanda tanya yang serius mengenai setakat manakah pembabitan pimpinan kerajaan dalam pembikinan dan penayangan video seks ini, yang melanggar beberapa peruntukan undang-undang secara jelas,” tambah beliau.
Seperkara lagi yang menguatkan wujudnya konspirasi berkenaan adalah ketangkasan pertubuhan bukan kerajaan upahan Umno seperti Pekida mengadakan tunjuk perasaan menuntut penubuhan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat rakaman itu. 
Tuntutan itu dibuat walaupun  Rahim dan juak-juaknya belum pun menuntut penubuhan badan itu. Mereka hanya berbuat demikian selang beberapa jam setelah PKR membongkar identiti mereka sebagai dalang di sebalik rakaman lucah fitnah itu.       
Nik Nadzmi  menegaskan keengganan kerajaan bertindakan tegas dan segera ke atas semua dalang yang terbabit,  hanya menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa sekali lagi ada penglibatan pimpinan kerajaan yang serius  di dalam konspirasi ini, seperti mana yang berlaku pada  tahun 1998. 
“Demi membersihkan namanya dan UMNO, Perdana Menteri perlu membuat kenyataan segera mengenai hasil perbincangannya dengan ketiga-tiga dalang video seks yang memalukan Malaysia ini,’ kata Nik Nadzmi.
Dalam pada itu pengakuan Datuk Eskay  bahawa dia turut dirakam dalam video seks fitnah  hanya menguatkan hujah bahawa ahli perniagaan itu sendiri terbabit dalam rakaman berkenaan dan bukannya “menjumpai” video itu di sebuah hotel, kata  NIk Nazmi. 
“Ini mengesahkan teori bahawa lelaki yang pada awalnya dilihat sedang mengaturkan sesuatu di dalam bilik dan disyaki bertanggungjawab memasang alat perakam adalah Dato’ Eskay sendiri,” kata beliau .
“Ia juga selari dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Datuk  Johari Abdul (Ahli Parlimen Sungei Petani) semalam bahawa si pelaku tahu perbuatan seks akan dirakamkan kerana pada awalnya dia dirakam bersama-sama seorang lelaki lain yang disyaki sedang menyiapkan peralatan rakaman,” kata Nik Nadzmi.
Datuk Johari yang menyaksikan video itu Isnin lalu memberitahu wartawan, beliau yakin 100 peratus orang yang dirakam mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur Cina bukan Datuk Seri Anwar. 
Selain faktor paras bentuk badan (termasuk perut) yang tidak menyerupai Anwar, Johari juga merujuk kepada “pelakon” video yang mirip muka Anwar memasuki bilik berkenaan ketika ketika peralatan rakaman video itu di pasang oleh seorang lelaki lain. 
Semalam, Eskay mengakui beliau sendiri muncul dalam rakaman itu untuk menguatkan dakwaannya bahawa video itu tidak diolah dalam apa bentuk jua. 
Namun pengakuan Datuk Eskay itu menimbulkan keraguan besar kepada jalan cerita asalnya  iaitu beliau kononnya disuruh oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil jamnya yang tertinggal, lalu terjumpa peralatan rakaman semasa mencari jam tersebut, tambah beliau .
“Jelas bahawa itu pembohongan kerana dia sendiri mengaku bahawa dia adalah lelaki terbabit yang disyaki bertanggungjawab memasang alat rakaman di permulaan rakaman video tersebut. Dakwaannya kononnya dia terjumpa video itu adalah penipuan semata-mata dan tidak masuk akal,” kata Nik Nadzmi.

halaman