Tuesday, May 10, 2011

Guru lepas gian seks pada anak murid



Guru sunyi noda pelajar

Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my
kerana kesunyian akibat berjauhan dengan isteri, seorang guru gagal mengawal nafsunya lalu merogol pelajarnya sendiri berusia 15 tahun selepas mempelawa mangsa datang ke rumahnya dengan alasan mengulang kaji pelajaran.













Kejadian berlaku di rumah guru berusia 33 tahun itu iaitu di kuarters sebuah sekolah menengah di Jerantut pada kira-kira jam 3.30 petang, Khamis lalu.
Menurut sumber, sebelum kejadian guru terbabit dikatakan menghubungi ibu mangsa dan mempelawa mangsa datang ke rumahnya dengan alasan mahu membantunya belajar dan tawaran itu diterima baik ibu mangsa tanpa sebarang prasangka.

Katanya, mangsa pergi ke rumah gurunya itu yang terletak tidak jauh dari rumahnya dengan ditemani rakan, namun rakannya terus pulang selepas menghantarnya.

“Pada mulanya guru itu mengajar mangsa tugasan sekolah, namun dipercayai gagal mengawal nafsunya dan terus memeluk mangsa dari belakang sebelum merogolnya.

polis diarah siasat isu agama kristian

 Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarah untuk menjalankan siasatan terperinci dan memanggil mereka yang terlibat berhubung dakwaan wujudnya usaha pihak tertentu mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata siasatanakan dijalankan secara menyeluruh sepertimana arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya setakat ini polis menerima sembilan laporan mengenai perkara itu iaitu empat di Pulau Pinang, dua di Alor Setar, Kedah dan masing-masing satu di Kuantan (Pahang), Ipoh (Perak) dan Sepang (Selangor).
"Saya telah mendapat makluman dari semasa ke semasa dan ketika ini pihak polis masih melengkapkan siasatan.
"Tumpuan ketika ini adalah untuk menyiasat apakah benar wujud perkara seperti yang dilaporkan dan juga mengenai keputusan pihak akhbar berkenaan yang memainkan isu sensitif seperti ini," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin. Sebuah akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan mengenai majlis pertemuantertutup paderi seluruh negara di Pulau Pinang yang antara lain didakwa membawaagenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan.
Hishammuddin berkata perkara yang dilaporkan itu amat sensitif dan semuapihak mesti memahami ia tidak wajar dibangkitkan kerana boleh membawa kepadakacau bilau dan kegusaran di kalangan rakyat.
"Pada peringkat ini, kita masih selum boleh membuat sebarang rumusan atau menuduh mana-mana pihak berdasarkan laporan yang telah diterbitkan oleh pihak akhbar.
"Perdana Menteri sendiri dalam maklum balas kepada pihak media semalam telah meminta supaya semua pihak bertenang dan tidak mengeksploit dakwaan tersebut kerana ia tidak akan memberi apa-apa faedah kepada sesiapa pun," katanya.
Katanya perkara itu juga menuntut kesedaran supaya pengamal media turut mengambil pendekatan yang lebih sensitif dan bertanggungjawab lebih-lebih lagi dalam negara majmuk seperti Malaysia. Hishammuddin berkata adalah mustahak bagi semua pengamal media memahami betapa penting agar nilai dan sensitiviti berkaitan isu-isu agama, kaum dan sebagainya diberi pertimbangan utama ketika membuat sebarang laporan.
Katanya pihak polis akan meneruskan siasatan dengan mengambil kira segala aspek dan kemungkinan termasuk perbezaan maklumat yang direkodkan di kalangan mereka yang terlibat berbanding dengan apa yang dilaporkan oleh akhbar berkenaan.
Beliau berkata tidak ada sesiapa pun yang wajar dan berhak membuat apa-apa kesimpulan pada ketika ini kerana siasatan masih diteruskan.
"Saya mahu pihak polis mendapatkan maklumat sebenar dan sahih tentang apa sebenarnya yang telah berlaku dan ia perlu dilakukan dengan telus dan tegas," katanya.
Katanya Malaysia berpegang kepada peruntukan Perlembagaan yang menetapkanIslam adalah agama rasmi dan di samping itu, agama-agama lain bebas dianuti.
"Semua pihak perlu bertenang dan tidak perlu berasa risau dengan apa yangdilaporkan.
"Kerajaan memberi jaminan bahawa setiap daripada rakyat di negara ini bebasmelakukan apa sahaja seperti yang termaktub di bawah Perlembagaan dan keselamatan mereka juga terjamin," katanya.- BERNAMA

Monday, May 9, 2011

Rumah Setiausaha Agung Umno Terbakar


Rumah banglo Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terbakar di tingkat empat dipercayai berpunca dari pendingin hawa di bilik tidur anak lelakinya awal pagi tadi. -foto BERNAMA



Rumah Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor rosak dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada kerosakan alat pendingin hawa.
Beliau berkata insiden berkenaan berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi Ahad di banglo empat tingkat miliknya yang terletak di Lorong 5, Taman Duta di sini.
"Saya sedang tidur sebelum anak saya Tengku Muhammad Hafis yang berusia 15 tahun kejutkan dari tidur, dia mengadu sebuah pendingin hawa di biliknya terbakar.

Friday, May 6, 2011

Pelakon didakwa cabul pelajar

seorang pelakon era 70-an yang membintangi drama "Langit tidak selalu cerah", Mokhtaruddin Mohd Saad, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang terhadap pertuduhan mencabul seorang pelajar.

Mokhtaruddin, 56, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Muhammad Najib Ismail.

Tertuduh yang juga pengasas kepada pertubuhan Raudah iaitu sebuah badan kebajikan, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap pelajar perempuan berusia 13 tahun, di Asrama Raudah di No 336, Batu 11, Gombak pada 2.30 petang, 1 Mei lalu.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana antara dua, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Hamzah mencadangkan Mokhtaruddin diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan kemudian menetapkan 17 Jun ini untuk sebutan lantik peguam.

Anak lelakinya, Datuk Mohd Bismi Adira selaku penjamin membayar jaminan itu.

- Bernama

Ibu Dakwa Ditipu Anggota Polis Untuk Bebaskan Anak

Mohar Mohd Ali dan ibunya, Rani Rahmah Ismail menunjukkan salinan slip bayaran 'jaminan' dan laporan polis yang dibuat mereka


Seorang ibu mendakwa ditipu sebanyak RM13,000 oleh anggota polis yang menahan dua anaknya yang dipercayai terbabit dengan kes curi motosikal dengan alasan wang tersebut adalah bagi menjamin anak-anaknya.
Rani Rahmah Ismail, 59, berkata kedua-dua anaknya iaitu Mohamad Ramadan Mohamed Ali, 22, dan Mohd Rafe, 20, ditahan pada 8 Mac lepas di kediaman mereka di Batu Caves, Gombak.
"Seramai enam anggota polis mendakwa anak saya perlu ditahan untuk membantu siasatan tapi tidak memberitahu untuk kes apa mereka ditahan," katanya kepada pemberita di pejabat peguam di sini, Khamis.
Beliau berkata dua minggu selepas anak-anaknya ditahan, beliau menerima panggilan telefon daripada seseorang yang dipercayai anggota polis yang menahan kedua-dua anaknya dan meminta wang RM30,000 sebagai wang jaminan untuk membebaskan anak-anaknya.
"Masa mereka meminta RM30,000, saya mengatakan tidak mampu untuk membayar. Tiga hari selepas itu mereka telefon lagi dan meminta hanya RM13,000 dan seminggu selepas itu saya memberikan wang tersebut melalui akaun bank," katanya.
Rani Rahmah berkata selepas wang dimasukkan ke dalam bank, anggota polis tersebut meminta supaya beliau datang ke Balai Polis Rawang untuk membawa pulang anak-anaknya.Namun di balai polis berkenaan, anggota di situ menafikan bahawa anak-anaknya telah dibebaskan.
"Sehingga hari ini, anak-anak saya masih juga tidak dibebaskan walaupun wang telah diserahkan," tambahnya.
Seorang lagi ibu yang anaknya turut ditahan kerana kes yang sama, Maznah Yusof, 41, berkata beliau juga mendapat panggilan yang sama namun tidak melayannya.
Peguambela bagi keua-dua yang ditahan itu, Fadiah Nadwa Fikri berkata beliau menganggap perkara itu sebagai satu kegiatan rasuah di kalangan anggota polis dan akan memberi masa 24 jam kepada pihak polis untuk membebaskan kedua-dua anak guamnya.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Rahim Abdullah ketika dihubungi berkata, beliau tidak dimaklumkan tentang kejadian tersebut namun akan membuat siasatan lanjut. "Kami akan menyiasat tentang angota polis yang didakwa meminta wang jaminan tersebut," tambahnya. -BERNAMA

Wednesday, May 4, 2011

pembelian pesawat rm86juta untuk taib mahmud penuh dengan rasuah dan salah gunakuasa




Mohamed Asharat Ramzan Ali (kiri), 48  bekas pengurus besar syarikat penerbangan milik kerajaan negeri - Hornbill Skyways Sdn Bhd - memberitahu mahkamah bahawa pembelian pesawat jet bernilai RM86 juta untuk kegunaan menteri besar Tan Sri Abdul Taib Mahmud penuh dengan kepinccangan, rasuah dan salah guna kuasa.
mohamed asharat 220910Menurut keterangan 34 muka surat Asharat kepada Mahkamah Industri di Kuala Lumpur, syarikatnya itu telah membeli pesawat jet bisnes Cessna Citation X yang dibina oleh Cessna Aircraft Company yang berpangkalan di Amerika Syarikat sebagai "aset negeri", sebelum menyertai syarikat itu pada 15 Mac 2005.

Dakwanya, pembelian itu juga membabitkan komisyen yang dihuraikannya berjumlah "US$250,000 sebagai elaun jualan" dalam dokumen yang berkaitan.

"(Harga pembelian) kira-kira RM74 juta. Jika faedah ditambah bagi pinjaman RM45 juta dari Ambank, jumlah kos adalah kira-kira RM86 juta," kata Asharat.


Asharat juga berkata pengurus kewangan Shirley Wee, yang terbabit secara langsung dalam pembelian itu mendesak agar pesawat dihantar lebih cepat daripada 28 Julai 2005, meskipun ia perlu melalui beberapa prosedur pentadbiran.

Sunday, May 1, 2011

cd seks anwar tersebar

Ahli Parlimen Kapar Persoal Kewujudan CD Seks Dari Thailand
Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam mahu Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyiasat bagaimana  sebuah cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman aksi seks penuh dari Thailand yang diterimanya semalam boleh disebarkan sedangkan polis telah mengambil salinan asal video tersebut.

Manikavasagam menyatakan video itu merupakan video sama diwar-warkan media arus perdana yang didakwa sebagai mirip ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengesahkan telah menonton CD itu empat kali, dan menegaskan lelaki yang dimaksudkan bukan Anwar.

“Saya telah melihat VCD ini tiga kali dan saya juga menonton sekali lagi pagi ini. Tetapi, sah si pelakunya bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rupa bentuk fizikal dan rambutnya semua berbeza. Ini adalah CD penuh, jadi mahu minta polis menyiasat dan saya juga ada menyatakan dalam laporan polis bahawa Datuk T telah memberi CD asal kepada polis, tetapi kemudian CD ini masih disebarkan?" soal beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi pagi tadi dan turut ditemani Naib Presiden PKR, N. Surendran, yang juga seorang peguam. 

Manikavasagam yang juga Ahli Parlimen Kapar kewujudan CD itu membuktikan bahawa polis tidak boleh dipercayai dan mahu satu badan bebas menyiasat kes ini. 

“Saya tidak yakin dengan polis (lagi) kerana jika CD asal sudah diserahkan, maka bagaimana (salinan) boleh ada untuk disebarkan? Saya telah minta supaya sebuah badan bebas dibentuk untuk siasatan,” 

Sementara itu, Surendran menambah, sampul surat yang mengandungi CD itu hantar dari Thailand kerana berdasarkan setem dan cop yang terdapat pada sampul surat terbabit. 

“Tanda pos pada sampul surat adalah dari Thailand, jadi adalah jelas mereka di belakang cuba untuk mengelak pergerakan mereka dikesan. Mereka sangat takut bahawa kami akan mengesan siapa di belakangnya kerana jika anda ikut kesemua kaitan ini, anda akan lihat bahawa ia menunjukkan Umno dan BN," kata beliau lagi.

halaman