Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor turut terkandas di Kaherah berharap kerajaan segera berusaha untuk membawa kesemua pelajar dan rakyat Malaysia keluar dari negara itu apabila hampir semua penerbangan keluar dari ibu negara Mesir itu dibatalkan akibat keadaan kucar-kacir yang berlarutan sejak beberapa hari lalu.
Keadaan di Mesir kucar-kacir berikutan suasana politik yang tidak menentu di negara itu akibat demonstrasi jalanan mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.
Sejak Selasa lepas, beberapa demonstrasi jalanan dilapor di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura.
Daripada 11,319 pelajar Malaysia di negara itu, 6,135 sedang mengikuti jurusan pengajian Islam dan selebihnya dalam bidang perubatan.
Mohamad Ezam berkata, beliau berada di Kaherah sejak beberapa hari lalu bagi mempromosikan buku terbaru tulisannya, Islam dan Rasuah.
Mahadi bin Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadibz telah
dimasukkan dalam Investor Alert List oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
-
Mahadi bin Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadibz telah
dimasukkan dalam Investor Alert List oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
8 months ago
No comments:
Post a Comment