Friday, February 4, 2011

POLIS NAFI ROMPAK & TAMPAR CINA KEDAI DI SG BULOH

arjunaidi mohamedPenolong Pesuruhjaya Arjunaidi Mohamed semalam menafikan anggotanya mencuri RM20,000 dan beberapa barangan lain seperti yang didakwa wanita itu, yang hamil lapan bulan.

Menurut Arjunaidi, polis hanya merampas RM15,900 sebagai sebahagian daripada penyiasatan.

Para penyiasat mengesyaki wang itu, yang masih dalam simpanan polis, mungkin hasil keuntungan haram.

Arjunaidi mengesahkan polis memang memotong jeriji kedai tersebut selepas Chow enggan membukanya, tetapi sedang menyiasat tuduhan bahawa dia ditampar.



Dalam laporan polisnya Selasa lalu, Chow (kanan) berkata, polis merampas RM20,000, enam botol minuman keras, rokok, oren mandarin, beberapa kartun minuman tin, 30 SIM kad sim dan sistem CCTV di kedainya.NONE

[mk]

No comments:

Post a Comment

halaman