Tuesday, July 5, 2011

polis tak benarkan peguam jumpa tahanan ordinan darurat


Walaupun selepas berbincang lebih kurang sejam, namun pihak polis tetap bertegas tidak membenarkan peguam mahupun keluarga menemui enam individu yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat (EO).
Edmund bersama K.Arumugam, Yudhistira Dorai, Fatimah Ismail dan Amer Hamzah Arshad hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini untuk berjumpa anak guam mereka, namun tidak dibenar berbuat demikian oleh polis.Edmund berkata, peguam akan memfailkan habeas corpus dan akan datang semula esok dengan memfailkan afidavit serta membawa bersama pesuruhjaya sumpah, supaya polis memberikan jawapan kepada permintaan mereka.
Menurutnya lagi, peguam dan keluarga tahanan mempunyai sebab untuk bertemu mereka yang ditahan.
“Kami memberitahu dua tahanan mempunyai kes di mahkamah esok dan untuk dibawa ke mahkamah esok dan Satu tahanan kami juga difahamkan akan menghadapi peperiksaan di universiti esok,” ujarnya.
Selain itu, beliau memberitahu bahawa polis hanya memberi alasan tangkapan dibuat ekoran mendakwa tahanan mengancam ketenteraman awam walaupun tiada bukti yang kukuh dikemukakan.
“Kami beritahu bahawa mereka tidak mengancam keselamatan negara, tidak ada apa-apa bukti atau perkara yang dijumpai atau keterangan kukuh mengatakan mereka  yang ditahan mengancam ketenteraman awam, mereka sebenarnya hanya aktivis-aktivis politik dengan satu parti politik yang didaftarkan.
“Kami memberi alasan-alasan yang kukuh mengapa kami mesti berjumpa dengan anak guam kami di bawah Perlembagaan Persekutuan dan juga Kanun acara jenayah, semua rakyat yang ditahan berhak dibela dan peguam mesti diberi akses kepada mereka secepat mungkin,” ujarnya.
Ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Michael Jeyakumar dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditangkap semula mengikut (EO) sebaik mereka dibebaskan bersama lima lagi individu lain pada 2 Julai lalu.
Antara ahli lain yang ditangkap semula itu adalah timbalan pengerusi PSM, M. Saraswathy, ahli jawatankuasa pusat Choo Chon Kai, M Sukumaran, setiausaha bahagian Sungai Siput, A. Letchumanan dan pemimpin pemuda Sarat Babu.
Keenam-enam mereka adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditangkap di plaza tol Sungai Dua pada 25 Julai lalu ketika menaiki bas menuju ke Pulau Pinang bagi menyertai siri kempen “Udah La Tu Bersaralah'
Kesemua mereka diwakili 20 peguam bela.

Monday, July 4, 2011

Bicara Bunuh Sosilawati Bermula Hari Ini


Perbicaraan terhadap seorang peguam P. Pathmanabhan yang didakwa membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu yang hilang bersamanya bermula di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin.
Pathamanabhan dibicarakan bersama tiga pekerja ladang, R. Thilaivalagan, R. Matan dan R. Kathavaravan.
Sejak pukul 7.30 pagi, perkarangan mahkamah dipenuhi oleh petugas media yang perlu mendaftar untuk mengikuti prosiding.
Semua tertuduh didakwa membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohamad, 38; peguam, Ahmad Kamal Abdul Karim, 32, dan pemandu, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Tertuduh didakwa melakukan jenayah itu pada antara pukul 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010, di lot 2001,Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, dekat sini.
Semua mangsa dilaporkan hilang sebelum dibunuh selepas dikatakan ke Banting untuk bertemu seorang peguam bagi urusan pembelian tanah.
Pada pukul 9 pagi, anggota polis membawa masuk barang-barang kes termasuk atap zink.
Pada prosiding ini, barisan pendakwaan dibarisi Timbalan- Timbalan Pendakwa Raya, Shaiful Edris Zainudin dan Idham Abd Ghani yang diketuai Ishak Mohd Yusoff.
Barisan pembelaan pula diwakili oleh peguam-peguam Manjeet Singh Dhillon, Pushpa Ratnam, Gurbachan Singh, Amer Hamzah Arshad, Ravi Nekoo dan Datuk Ng See Teong.
Berdasarkan ucapan pembukaan yang dibacakan Ishak, perbicaraan dijangkakan akan melibatkan 36 saksi, termasuk dua pekerja ladang, A. Sarawanan dan U. Suresh yang telah mengaku salah atas tuduhan melupuskan bahan bukti pembunuhan itu.
Ishak juga memberitahu, salah seorang anak Sosilawati yang merupakan individu terakhir bertemu dengan mangsa turut akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Sunday, July 3, 2011

Anak Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Iskandar Abdul Samad seorang pelajar semester kedua sebuah IPTA telah ditumbuk, disepak dan ditikam bertubi-tubi di sebuah pangsapuri di Seberang Jaya yang disewanya bersama 2 orang pelajar lain.di Pulau Pinang awal pagi Rabu lalu

Menurut Iskandar, pada lebih kurang jam 3 pagi, lima orang lelaki berjaya memasuki pangsapuri itu setelah mengaku diri mereka anggota Polis.
Katanya, setelah dibenarkan masuk, mereka telah menggari 2 orang rakan anak beliau dan terus menyerang dan menikam anaknya.
"Selepas mencederakan beliau, mereka telah membawa lari komputer riba, telefon bimbit dan dompetnya," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Pada pendapat beliau, menurutnya, kejadian itu bukan kes rompakan biasa kerana ia boleh didasarkan kepada tiga sebab.
"Pertama, mereka datang ke pangsapuri itu bertujuan untuk mencari anak saya dengan memanggil nama penuhnya.
"Kedua, mereka hanya menyerang anak saya dan tidak rakan-rakannya.
"Ketiga, mereka hanya membawa lari barang-barang anak saya dan tidak rakan-rakannya," katanya.

Saturday, July 2, 2011

suami stim gila

Hanya kerana bengang isteri tidak mahu tinggal bersama, seorang lelaki berusia lewat 30-an menikam isterinya beberapa kali dengan pisau kecil selain menumbuk leher wanita terbabit, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, wanita berusia 36 tahun itu membuat laporan polis berhubung tindakan suaminya menyerangnya di rumah keluarganya di Pandan Jaya.

Menurut sumber, bertindak atas laporan mangsa, polis menghubungi lelaki terbabit supaya tampil memberikan keterangan di menyebabkan dia berang.
“Mungkin marah dengan isterinya yang membuat laporan terhadapnya menyebabkan dia mengekori mangsa ketika dalam perjalanan pulang ke rumah,” katanya.

Difahamkan, sebaik mangsa turun dari teksi, lelaki terbabit memaki-hamun mangsa dan menikam tangan kiri mangsa bertubi-tubi. Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Friday, July 1, 2011

tindakan tegas terhadap perhimpunan bersih

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis tidak lagi berminat berunding atau berbincang dengan mana-mana penganjur perhimpunan pada 9 Julai ini selepas nasihat diberikan kepada pemimpin masing-masing sejak kelmarin dan semalam.
NONEUtusan Malaysia Online memetik beliau sebagai berkata mereka yang berkeras untuk meneruskan dan menyertai perhimpunan itu bakal dikenakan tindakan tegas termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). 

PDRM juga tidak menolak kemungkinan untuk menangkap penganjur sebelum 9 Julai ini sebagai langkah mengagalkan perhimpunan itu diadakan, katanya.

Ketika ditanya sama ada polis juga akan menahan mereka yang memakai baju Patriot, beliau berkata: "Apa saja yang menunjukkan sokongan terhadap perhimpunan itu, baik kuning, merah, hijau, biru, kelabu, mana sahaja yang menggambarkan seperti memberi sokongan pada perhimpunan haram, kita akan ambil tindakan".




Walau apa pun halangan, Bersih akan tetap diteruskan- Maria Chin

Perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini akan tetap diteruskan meskipun pihak polis menegaskan akan memastikan perhimpunan itu tidak akan berlaku.
Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya akan cuba memohon untuk mengadakan dialog kali kedua bersama pihak polis.
Namun sekiranya gagal, katanya, perhimpunan itu akan tetap diteruskan.
“Kita juga  menjamin keselamatan peserta kerana Bersih sendiri sudah menyediakan 5000 petugas untuk mengawal keselamatan dan perarakan juga tidak akan melebihi 2 hingga 3 jam,” kata Maria.
 

penyanyi tomok bernikah

Tomok Dan Rahayu Selamat Bernikah

Dengan sekali lafaz, penyanyi Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 27, kini sah menjadi suami kepada pramugari Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Rahayu Abbas, 32, pada pukul 9.30 malam di Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur, malam Jumaat.
Pasangan ini dinikahkan oleh Pegawai Pentadbir Agama dan Pendaftar Kanan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Daim Jaluli berwalikan bapa Rahayu, Abas Mohd Saidon.
Pada majlis itu, Rahayu menerima mas kahwin berjumlah RM300 beserta sembilan dulang hantaran termasuklah wang hantaran sebanyak RM12697.11.
Manakala pihak lelaki pula menerima sebanyak 11 dulang hantaran.
Kedua-dua mempelai kelihatan cukup berseri apabila mengenakan pakaian nikah berwarna krim rekaan Hatta Dolmat.
Dianggarkan seramai 200 tetamu termasuklah keluarga, dan rakan media memeriahkan majlis nikah bertemakan bidadari itu
Sementara itu, pasangan ini akan melangsungkan tiga resepsi perkahwinan iaitu sebelah pihak perempuan di lokasi yang sama (2 Julai), majlis bersama-sama rakan media di Saloma Bistro, Kuala Lumpur (6 Julai) dan resepsi sebelah pihak lelaki di rumah keluarga Tomok di Alam Damai, Cheras (9 Julai).

kilang lynas tidak selamat?

Laporan New York Times baru-baru ini yang memetik memo dalaman oleh jurutera sekarang mahupun yang telah meninggalkan syarikat itu bahawa pembinaan kilang Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng, Pahang adalah 'bahaya' dan mempunyai masalah rekabentuk.

NONEArtikel itu mendakwa memo berkenaan memaparkan beberapa kecacatan dengan jurutera menghuraikan rekahan struktur, poket udara dan kebocoran di kebanyakan 70 tangki konkritnya.

Tangki itu dijadualkan untuk menyimpan bahan radioaktif selepas nadir bumi berkenaan yang dibawa dari Australia Barat dicampur dengan asid untuk merawatnya.

Ia juga mendakwa sistem paip keluli yang dibina untuk kilang tersebut adalah menggunakan keluli standard dan tidak sesuai bagi memindahkan bahan berkenaan. Tangki simpanan pula dibina daripada konkrit konvensional yang sepatutnya didirikan dengan gentian polimer yang kurang kemungkinannya akan retak.

halaman