Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis tidak lagi berminat berunding atau berbincang dengan mana-mana penganjur perhimpunan pada 9 Julai ini selepas nasihat diberikan kepada pemimpin masing-masing sejak kelmarin dan semalam.
Utusan Malaysia Online memetik beliau sebagai berkata mereka yang berkeras untuk meneruskan dan menyertai perhimpunan itu bakal dikenakan tindakan tegas termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
PDRM juga tidak menolak kemungkinan untuk menangkap penganjur sebelum 9 Julai ini sebagai langkah mengagalkan perhimpunan itu diadakan, katanya.
Ketika ditanya sama ada polis juga akan menahan mereka yang memakai baju Patriot, beliau berkata: "Apa saja yang menunjukkan sokongan terhadap perhimpunan itu, baik kuning, merah, hijau, biru, kelabu, mana sahaja yang menggambarkan seperti memberi sokongan pada perhimpunan haram, kita akan ambil tindakan".

Walau apa pun halangan, Bersih akan tetap diteruskan- Maria Chin
Perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini akan tetap diteruskan meskipun pihak polis menegaskan akan memastikan perhimpunan itu tidak akan berlaku.Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya akan cuba memohon untuk mengadakan dialog kali kedua bersama pihak polis.Namun sekiranya gagal, katanya, perhimpunan itu akan tetap diteruskan.“Kita juga menjamin keselamatan peserta kerana Bersih sendiri sudah menyediakan 5000 petugas untuk mengawal keselamatan dan perarakan juga tidak akan melebihi 2 hingga 3 jam,” kata Maria.
Namun sekiranya gagal, katanya, perhimpunan itu akan tetap diteruskan.
“Kita juga menjamin keselamatan peserta kerana Bersih sendiri sudah menyediakan 5000 petugas untuk mengawal keselamatan dan perarakan juga tidak akan melebihi 2 hingga 3 jam,” kata Maria.
No comments:
Post a Comment