Gambar dan video yang tersebar dalam media sosial bukan gambar Allahyarham Baharudin Ahmad, pemandu teksi yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung, semasa menyertai perhimpunan haram di ibu negara, Sabtu lepas.
Dalam satu kenyataan hari ini, Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata keputusan itu adalah hasil siasatan bagi mengenal pasti gambar dan video itu.
"Pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan gambar dan video di dalam media sosial untuk memberi gambaran bahawa seorang anggota perhimpunan yang kelihatan terbaring dan sesak nafas di atas jalan raya merupakan Baharudin," katanya.
Kenyataan itu turut mengepilkan gambar sebenar Baharudin.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh sebelum ini berkata Baharudin, 59, meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan bukannya berpunca daripada gas pemedih mata seperti didakwa pihak tertentu. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment