Saturday, July 16, 2011

Polis boleh menembak suspek tanpa bimbang sebab dilindungi undang-undang.

Ketua Penolong Pegawai, Bahagian Undang-Undang dan Pendakwaaan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Razali Basri, 54, memberitahu, seseorang anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang melepaskan tembakan atas sebab-sebab yang munasabah tidak perlu bimbang akan tindakan undang-undang kerana mereka dilindungi selagi ia dilakukan secara tidak sengaja. perkara tersebut terkandung di dalam Perintah Tetap Ketua Polis Negara dan dijadikan subjek di semua pusat latihan polis.
Berdasarkan perintah tersebut, semua anggota polis dibenarkan untuk menggunakan senjata api sewaktu menjalankan tugas di sekatan jalan raya atau semasa dalam operasi seperti operasi narkotik, JSJ, trafik atau tugas am bagi hanya untuk mempertahankan diri apabila nyawanya atau orang di dalam kawalannya berada dalam keadaan boleh mendatangkan kematian atau kecederaan parah.
Setiap anggota tidak perlu bimbang terhadap tindakan undang-undang asalkan mereka tidak sengaja atau atas sebab-sebab munasabah membunuh seseorang dalam keadaan mereka dipercayai tidak dapat menangkap orang itu hidup-hidup tanpa risiko kematian atau kecederaan parah kepada diri sendiri atau diri orang lain," katanya
Beliau yang memberi keterangan di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat sebagai saksi pembelaan ketiga terhadap Koperal Jenain Subi yang didakwa menyebabkan kematian pelajar, AminulRasyid Amzah.
Semasa disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar, Razali memberitahu Perintah Tetap KPN itu dibuat mengikut Seksyen 97 Akta Polis 1967 dan ia mestilah dilihat sebagai satu arahan berbanding panduan kepada anggota polis dalam menjalankan tugas.

No comments:

Post a Comment

halaman