Friday, April 29, 2011

ESKAY LAKSANAKAN ANGKAT SUMPAH

 trio Datuk T iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim muncul di Masjid Amru Ibni Al As, Bandar Baru Sentul bagi tujuan melakukan sumpah laknat berhubung isu rakaman video seks fitnah DSAI. 

Majlis itu bermula kira-kira jam 4.15 petang tadi dan tamat pada jam 4.25 petang. Hanya Eskay yang melafaz sumpah laknat bagi pihak dua yang lain.

Lafaz sumpahnya:
 "A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillah, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."


Majlis itu dilakukan dalam keadaan semua pintu ke ruang solat masjid itu ditutup dan dikawal ketat pihak polis.

Selepas selesai melakukan sumpah tersebut, Eskay, Rahim dan Shuib beredar dengan kawalan ketat pihak polis, melalui pintu belakang masjid.

No comments:

Post a Comment

halaman