Saturday, April 30, 2011

Ibu Aminulrasyid Buat Laporan Dakwa Polis Cuba Tutup Kes

Ibu kepada Allahyarham Aminulrasyid Amzah,15, yang ditembak mati polis di Seksyen 11 Shah Alam, April tahun lepas pada Jumaat membuat laporan polis kerana mendakwa pasukan penguatkuasa itu mengeluarkan kenyataan fitnah dan cuba menutup kes kematian anaknya.
Norsiah Mohamad, 61, tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kira-kira pukul 10.30 pagi diiringi lima peguam.
Norsiah mendakwa selepas kematian anaknya, polis telah memfitnah anak dan keluarganya dalam suatu percubaan untuk menutup kes berkenaan dengan membuat kenyatan kononnya anaknya dan rakannya, Azamudin Omar yang berada dalam kereta itu adalah penjenayah.
Beliau juga mendakwa bahawa kenyataan polis yang menyatakan anaknya cuba merempuh anggota polis yang berada di tempat kejadian adalah palsu, dan bertujuan menutup kes ini.
Pada 25 April tahun lepas, Aminulrasyid mati setelah terkena tembakan yang dilepaskan polis di Seksyen 11, Shah Alam ketika cuba melarikan diri selepas kenderaan dipandunya terserempak dengan kereta peronda polis.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

halaman