Wednesday, April 6, 2011

pegawai kastam mati jatuh bangunan semasa disiasat SPRM

Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuahmembabitkan cukai tidak dibayar, dan dibebaskan dengan ikatjamin dua hari lalu, dipercayai jatuh dari tingkat ketiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane pagi ini.
NONEMangsa tersebut difahamkan adalah seorang pegawai kanan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.
Sementara itu, Star Onlinemelaporkan bahawa pegawai berkenaan difahamkan balik semula ke pejabat SPRM hari ini untuk menemui pegawai penyiasat.

Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.

Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata pengarah penyiasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Menurutnya, mayat pegawai kastam itu ditemui di tingkat bawah bangunan tersebut pada jam 10.15 pagi.

No comments:

Post a Comment

halaman