Tuesday, April 12, 2011

Krisis Nuklear : Jepun Tingkat Tahap Kecemasan Ke Tahap Tujuh

Jepun akan menaikkan penilaian kecemasan nuklear kepada maksimum tujuh pada skala antarabangsa, sekali gus meletakkan ia setaraf dengan Chernobyl.

Kyodo dan NHK melaporkan, kerajaan Jepun kini menaraf insiden itu pada lima tetapi akan menaikkannya kepada tujuh.

Loji nuklear Fukushima Daiichi rosak teruk akibat gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac dan melepaskan radiasi sejak itu walaupun pengendalinya berusaha menstabilkannya. – AFP

No comments:

Post a Comment

halaman