Friday, March 4, 2011

Anuar Zain syok rela dicium pelok apa saja..

 Penyanyi terkenal Anuar Zain, 41, yang bakal mengadakan persembahanAmazingly Anuar Zain April's Affair sempena Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Sime Darby pada 6 April depan, rela diperlakukan apa sahaja oleh peminatnya sekalipun aksi tersebut kurang disenangi segelintir pihak.




"Sebagai penyanyi, mereka (peminat) adalah keutamaan saya. Saya rela diperlakukan dengan apa juga reaksi spontan mereka," jawabnya sambil menguntumkan senyuman.
Tambah penyanyi yang kini popular dengan lagu Sedetik Lebih itu, dia tiada sebarang masalah dengan keterujaan mereka walaupun ke tahap melakukan aksi yang dianggap keterlaluan oleh segelintir pihak.
Bukan saya mahu galakkan atau sokong peminat bertindak memeluk dan melakukan aksi yang mungkin dianggap keterlaluan, cuma ia berlaku secara spontan dan tidak boleh dielakkan.
"Acara begini hanya berlangsung setahun sekali dan sememangnya untuk meraikan para peminat daripada golongan setiausaha, jadi biarlah.
"Saya rela dan tidak kisah pun selagi tindakan itu masih boleh dikawal, tidak mengganggu persembahan dan tidak melanggar batas," katanya yang dijangka menyampaikan sepuluh buah lagu dalam majlis itu.

No comments:

Post a Comment

halaman