Wednesday, March 2, 2011

ramai pengawal keselamatan tertipu

Ramai pengawal keselamatan ditipu dan tertipu oleh syarikat pengawal keselamatan. Selain dibayar gaji yang rendah dan berbagai potongan. Ada pengawal keselamatan yang bekerja sehingga lebih 48 jam namun tidak dikira sebagai lebih masa sebaliknya sebagai kiraan jam biasa.
Pada hari kelepasan am juga gaji dibayar mengikut kadar biasa. Banyak syarikat kawalan keselamatan memotong bayaran untuk pakaian seragam melebihi dari pakaian yang diberi. Contohnya baju seragam akan dikenakan potongan rm100 (sebagai deposit) untuk sehelai yang sepatutnya dibekalkan untuk 2 pasang. Manakala apabila pakaian tersebut dipulangkan semula, wang tersebut tidak dikembalikan dengan pelbagai alasan.
Sungguh menyedihkan gaji pengawal yang terpaksa bekerja selama 30 hari penuh hanya dibayar gaji asas dibawah Rm300 walaupun iklan yang ditawarkan kononnya gaji sehingga RM 1200.
Kebanyakkan pengawal keselamatan juga tidak dilindungi insuran. Dalam hal ini nampak sangat  kebanyakan syarikat kawalan keselamatan seperti lintah darat.
Pihak kerajaan sepatutnya tidak memandang sebelah mata kepada pengawal keselamatan. Kasihanilah mereka.
Sebenarnya banyak perkara penindasan yang berlaku kepada pengawal keselamtan oleh majikan mereka namun tiada sesiapa yang berani mengemukakannya kerana bimbang tiada pekerjaan. Lagipun mereka ini golongan yang tiada berpendidikan dan usia yang menghampiri senja.
Nyatanya syarikat mengaut keuntungan yang tinggi hasil titik peluh pengawal yang diperbodohkan.

No comments:

Post a Comment

halaman