Thursday, March 3, 2011

Pelakon jelita Ema AKma yunus ditipu kekasih



Pelakon Emma Akma Yunus,42, tidak akan berdiam diri sebaliknya akan mengambil tindakan berupa saman malu terhadap pelakon tambahan Raffi Husin, 24 yang cuba melemparkan pelbagai tuduhan palsu terhadapnya di dalam beberapa buah akhbar, Rabu.
Emma Akma berkata tindakan itu terpaksa dibuat kerana dia berasa malu dan kecewa dengan perbuatan tidak bertanggungjawab lelaki yang sebelum ini dikatakan kekasihnya itu.
"Perkara ini tidak boleh didiamkan kerana dia telah menjatuhkan maruah saya apabila menafikan hubungan cinta kami. Malah dia juga menuduh saya dengan pelbagai dakwaan seperti saya yang tergila-gilakannya.
“Saya mempunyai bukti yang kukuh iaitu mesej-mesej yang dihantar kepada saya selama ini bukan atas dasar seorang kawan sebaliknya kekasih,” katanya kepada mStar Online.
Emma diminta mengulas kenyataan pelakon lagak ngeri tersebut dalam akhbar yang cuba menafikan hubungan mereka.
Dalam kenyataan itu juga Raffi mengatakan bahawa Emm Akma sebenarnya tergila-gilakan dia termasuklah dengan rela hati menjaganya di hospital selepas insiden kebakaran ketika penggambaran filem Bara Jiwa, baru-baru ini.
Emma turut menganggap pelakon tersebut cuba mencari publisiti murah dengan “menjual nama Emma Akma” bagi mendapat tempat dalam dunia seni.
Dia juga menjelaskan segala kenyataan yang diberikan Raffi adalah tidak benar sebaliknya berniat jahat iaitu untuk mencari publisiti dengan sekelip mata supaya kehadirannya mendapat tempat sebagai seorang pelakon.
Tambah Emma, selama ini segala perbelanjaan harian termasuk bayaran sewa rumah pelakon itu ditanggungnya kerana Raffi tidak mempunyai pendapatan tetap.
“Dia hanya ingin mempergunakan saya sahaja termasuk menggunakan duit saya. Sebelum ini saya sudah dengar tentang keburukannya yang suka mengikis duit perempuan.
“Malah saya dapat tahu ada juga laporan yang dibuat pihak-pihak tertentu kepada Persatuan Seniman mengenai perangai buruk Raffi yang gemar mempergunakan perempuan untuk kepentingannya.
“Tapi ketika itu atas dasar cinta saya tidak peduli perkara itu sehinggalah ia betul-betul terjadi kepada saya dan perkara ini saya tidak akan diamkan,” katanya kesal.
Bagi Emma, tindakan Raffi mencari publisiti murahan itu bukan sahaja menjatuhkan maruahnya sendiri, malah membuktikan bahawa dia seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Mengulas tentang persepsi keluarga lelaki tersebut, Emma mendakwa sebelum ini dia mempunyai hubungan baik dengan keluarga Raffi terutama sekali ibunya.
Namun sebaliknya berlaku apabila masing-masing ingin membersihkan nama lelaki tersebut dan menganggap tidak mengetahui tentang hubungan cinta mereka.
“Saya tidak faham kenapa dia melibatkan keluarga? Jika dia rasa keluarga dia malu, bagaimana dengan keluarga saya?
“Sebelum ini ibu dia yang merayu agar saya menjaga Raffi di hospital untuk beberapa hari dan mereka tahu tentang hubungan kami. Tapi mengapa mereka juga menafikannya?
“Malah ibunya turut merayu agar bukti rakaman kecurangan Raffi tidak disebarkan kepada umum,” katanya yang akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu, Khamis (hari ini).
Emma Mahukan Kontroversi
1. Sejauh manakah hubungan Raffi dengan Emma selama ini?
Sebenarnya kami adalah kawan baik. Kenyataan yang mengatakan kami adalah pasangan bercinta, datang daripada dia sebaliknya saya tidak pernah mengaku. Bila Emma mengatakan yang dia bengang kerana saya curang dengannya, saya terkejut.
2. Kalau Emma bukan kekasih Raffi, mengapa sebelum ini bila Emma membuat kenyataan sedemikian Raffi tidak membantah dan menjelaskan hal sebenar?
Memang sebelum ini dia selalu mengaku yang saya kekasih dia dan kebanyakan majlis yang dihadiri, saya turut menemaninya. Tapi dia kata kenyataan itu sekadar untuk menjadikan sedikit kontroversi, jadi saya ikutkan saja.
3. Kenapa selalu kehulu-hilir bersama Emma selama ini?
Saya mengikutnya ke majlis pun sebab dia menghantar SMS kepada saya dengan berkata, "Raffi di mana? Sibuk tak?" dan saya pun cakaplah yang saya tak sibuk. Kemudian dia akan berkata "wartawan nak jumpa awaklah Raffi". Saya pun ikut sajalah. Memang waktu itu saya berterima kasih sangat kepada Emma yang cuba untuk membantu saya. Tapi bila keluar di akhbar, nama Emma pula yang naik dikontroversikan. Itu maksudnya bukan saya yang terhegeh-hegeh.
Lagi satu dia selalu mengajak saya ke mana-mana dengan berkata wartawan nak jumpa saya. Saya pun tak faham apa tujuan dia.
4.Kalau bukan berkasih, kenapa tak jelaskan pada Emma yang kamu ada kekasih lain?
Sebenarnya saya masih solo. Masa saya terlantar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat melecur gara-gara insiden kebakaran ketika penggambaran filem Bara JiwaJ anuari lalu, memang ada beberapa wanita yang datang menjenguk saya, tetapi mereka sekadar kawan biasa sahaja.
Bayangkan, bila Diana Danielle melawat saya dengan memberikan hadiah patung kepada saya, Emma mula cemburu. Sedangkan perhubungan kami tidak lebih daripada seorang teman.
Sebelum ini, dia pernah berkata mahu berkahwin dengan saya sedangkan waktu itu kami baru saja lima bulan kenal. Saya menolak kerana mahu fokus dengan kerjaya.
5. Benarkah dakwaan Emma bahawa Raffi suka mengambil kesempatan terhadapnya?
Andai benarlah saya mengambil kesempatan terhadap Emma, kenapa perlu dia berkawan dengan saya? Siapa yang mengambil kesempatan terhadap siapa sekarang ini? Lagipun saya masih ada wang simpanan sendiri untuk mengeluarkan perbelanjaan harian.
Simpanan itu juga datangnya daripada hasil pendapatan sebagai seorang pengurus sebuah syarikat minyak dan gas di Labuan. Pada masa yang sama, saya turut meminta wang daripada ibu bapa saya jika terdesak. Tapi biasalah kalau kami saling belanja makan, sekali sekala.
6. Apa tindakan Raffi selepas ini?
Entahlah. Saya cuma mahu membersihkan nama saya sahaja. Saya harap Emma tidak berkelakuan melebihi batas. Saya sayang Emma, tetapi tidak lebih dari kawan.

No comments:

Post a Comment

halaman