Thursday, March 10, 2011

seluar dalam saiful lembap

Perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung pagi tadi dengan mahkamah mendengar keterangan dari pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira.


Menurut Pereira, pada jam 8.30 petang 29 Jun 2008, beliau pergi ke rumah pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Bandar Utama dan mengambil sehelai seluar hitam, sehelai seluar jenama Levi dan sehelai kemeja tangan panjang berwarna hijau.

Katanya, Saiful ada bersamanya dapabila dia menunjukkan barang-barang tersebut.

Barang-barang dikenal pasti oleh saksi di mahkamah.

Hadirin kedengaran ketawa ketika seluar dalam Saiful ditunjukkan pada mahkamah.

Pereira berkata, sehelai lagi seluar dalam berwarna biru-hitam diambil dari rumah teman wanita Saiful, yang telah dicuci.

Katanya, ketika itu seluar dalam itu lembab.

No comments:

Post a Comment

halaman