Tuesday, March 8, 2011

paramugara curi h/phone

 Seorang lelaki warga Malaysia yang juga kakitangan kabin syarikat penerbangan komersial, diberkas pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai kerana mencuri telefon bimbit milik seorang penumpang.
Laman web Khaleej Times semalam, menyatakan suspek diberkas selepas didapati mencuri iPhone milik wanita warga Russia. 
Menurut laporan itu, kejadian berlaku pada jam 4 petang, 8 Februari lalu apabila polis Dubai dimaklumkan berhubung kes kecurian di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai.

Difahamkan mangsa, pelancong wanita Russia membuat laporan kehilangan barang berharga sekitar jam 4 petang ketika dia dalam perjalanan pulang ke negara asalnya.

Berdasarkan laporan, mangsa mendakwa membuka dan meletakkan telefon iPhone bersama tali pinggang serta beg galas miliknya ketika melalui alat pengesan logam.

No comments:

Post a Comment

halaman