Seorang penarik kereta terbunuh selepas dirempuh sebuah lori ketika beliau memberhentikan keretanya di lorong kecemasan di Km 351 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Tapah awal pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Roslan Bek Ahmad berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 2.15 pagi, S.Ananthan, 25 berasal dari Taman Sri Buloh, Sungai Buloh, Selangor.
Kejadian berlaku ketika lori berkenaan dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar kereta Ananthan yang sedang berhenti di lorong kecemasan, katanya.
Roslan berkata, mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.
Pemandu lori terbabit hanya cedera ringan dan membuat laporan polis berhubung kejadian itu, katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment