Monday, September 26, 2011

POLIS BELASAH PEMBERSIH SAMPAH

police polis logoBernama hari ini melaporkan seorang pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal mendakwa dipukul oleh anggota polis ketika sedang menjalankan tugas di sebuah taman perumahan di Kodiang, dekat Jitra, pada 11.30 pagi, Sabtu lalu
Mohd Ridzuan Mohd Noor, 23, berkata ketika kejadian dia sedang mengangkut sampah di kawasan itu dan dia menegur seorang lelaki yang tidak membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di situ."Saya hanya menegur supaya dia buang sampah ke dalam tong sampah. Mungkin dia tidak puas hati dengan teguran saya dan dia terus tinggikan suara dan masa tu berlaku pertengkaran mulut.

"Dia juga mengugut nak tembak saya kalau dia ada pistol sebelum dia beredar dari tempat itu," katanya ketika ditemui pemberita di Jitra hari ini.

Katanya, kira-kira 30 minit selepas kejadian pertengkaran mulut berlaku, dia didatangi lima lelaki lain yang datang dan memukulnya tanpa sebab.

"Depa (mereka) menendang saya hingga jatuh. Kemudian depa heret saya dengan tangan bergari bawa saya ke Balai Polis Kodiang dengan menaiki motosikal. Sampai di balai, saya dibawa masuk ke dalam sebuah bilik dan dipukul.

"Kemudian lelaki yang bertengkar dengan saya datang ke bilik itu dan turut memukul saya sebelum saya dibawa masuk ke dalam lokap tanpa sebab. Masa tu baru saya tau dia (lelaki yang bertengkar dengannya) adalah anggota polis," kata mangsa.

Dia berkata, dia ditahan di dalam lokap kira-kira setengah jam sebelum anggota polis tersebut melepaskannya.

"Selepas kejadian itu, saya pergi ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan dan doktor memberitahu pipi kiri, bahu dan tulang rusuk kiri ada kesan lebam. Saya juga membuat laporan polis tentang kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Ibrahim Mohamad Yusof ketika dihubungi berkata, beliau menerima laporan tentang kejadian itu.

"Kita sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan," katanya. 



Wednesday, September 21, 2011

tiga pegawai SPRM ditahan samun USD 300 ribu di KLIA

Kes rompakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berjumlah USD300,000 (RM900,000) keatas seorang pengurup wang melibatkan tiga orang pegawai SPRM.
Ketiga-tiga mereka dilucutkan daripada sebarang tugasan sementara menunggu hasil siasatan polis, menurut kenyataan SPRM.
Menurut suruhanjaya itu, pihaknya sedang membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan yang dijalankan berkaitan kes berkenaan..- BERNAMA

Thursday, September 15, 2011

Koperal Jenain didapati bersalah tembak Aminurasyid


Koperal Jenain Subi didapati bersalah menyebabkan kematian pelajar Aminulrasyid Amzah akhir April tahun lalu, kes yang menarik perhatian seluruh negara mengenai soal pematuhan peraturan oleh anggota pasukan keselamatan sendiri.
Dalam keputusannya hari ini, Hakim Latifah Mohd Tahar memutuskan bahawa penggunaan senjata oleh Jenain, yang berakhir dengan 21 tembakan, satu tindakan keterlaluan dan tidak wajar untuk menghentikan kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid.
Anggota polis itu dikenakan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen.
Latifah membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Jenain, 48, didakwa melakukan kesalahan itu antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.
Kesalahan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
Kes kematian Aminulrasyid, 15, mendapat liputan meluas dan kecaman masyarakat selepas remaja itu mati terkena tembakan di kepalanya ketika dikejar anggota peronda yang sebelum itu mengarahkan dia yang memandu kereta Proton Iswara, berhenti.
Seramai 39 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Remaja 14 tahun mati kena baling topi keledar oleh polis

“Salah tetap salah. Buat masa ini saya serahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” kata Che Kassim Darus, 49, bapa Mohd Solihin, 14, yang meninggal dunia pagi semalam, selepas lebih sebulan koma akibat cedera parah di kepala terkena topi keledar dipercayai dibaling anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, dekat Perlis, 6 Ogos lalu. 

Che Kassim berkata, anak keduanya itu disahkan meninggal dunia di Hospital Tunku Fauziah (HTF), Kangar pada jam 7.43 pagi semalam selepas dipindahkan dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, Selasa lalu.

Harian Metro pada 10 Ogos lalu melaporkan Mohd Solihin cedera parah di kepala selepas terjatuh dari motosikalnya akibat terkena topi keledar berkenaan. Dalam kejadian jam 9.40 malam itu, remaja yang sudah tidak bersekolah dikatakan menunggang motosikal sendirian manakala dua rakannya menunggang motosikal di belakang apabila dia terjatuh. Rakannya mendakwa ternampak seorang daripada dua anggota polis di situ membaling objek dipercayai topi keledar. 

Berikutan itu, mangsa dipercayai terpelanting dan menyebabkan bahagian belakang kepalanya bengkak dan tidak sedarkan diri ketika dibawa ke HTF sebelum dipindahkan ke HSB selepas keadaannya kritikal.

Che Kassim berkata, walaupun sedih tetapi dia reda dengan pemergian anak kedua daripada sembilan beradik itu kerana jika dia terus hidup, keadaannya teruk kerana terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Ditanya mengenai sebarang tindakan yang akan diambil berhubung kejadian itu, Che Kassim enggan mengulas kerana belum mahu memikirkan perkara itu. Jenazah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felcra Lubuk Sireh petang semalam. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Deros mengesahkan menerima laporan mengenai kematian mangsa.

Katanya, pasukan forensik polis akan menyiasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa dan sehingga kini mengklasifikasikan kes kematian mengejut. 

“Mengenai laporan keluarga mangsa kononnya mangsa maut akibat dibaling topi keledar anggota polis, kami menyerahkan laporan berkenaan kepada penasihat undang-undang Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman,” katanya.
Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2011/09/remaja-koma-dibaling-topi-keledar-oleh.html#ixzz1XzZxDu9C“Salah tetap salah. Buat masa ini saya serahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” kata Che Kassim Darus, 49, bapa Mohd Solihin, 14, yang meninggal dunia pagi semalam, selepas lebih sebulan koma akibat cedera parah di kepala terkena topi keledar dipercayai dibaling anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, dekat Perlis, 6 Ogos lalu. 

Che Kassim berkata, anak keduanya itu disahkan meninggal dunia di Hospital Tunku Fauziah (HTF), Kangar pada jam 7.43 pagi semalam selepas dipindahkan dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, Selasa lalu.

Harian Metro pada 10 Ogos lalu melaporkan Mohd Solihin cedera parah di kepala selepas terjatuh dari motosikalnya akibat terkena topi keledar berkenaan. Dalam kejadian jam 9.40 malam itu, remaja yang sudah tidak bersekolah dikatakan menunggang motosikal sendirian manakala dua rakannya menunggang motosikal di belakang apabila dia terjatuh. Rakannya mendakwa ternampak seorang daripada dua anggota polis di situ membaling objek dipercayai topi keledar. 

Berikutan itu, mangsa dipercayai terpelanting dan menyebabkan bahagian belakang kepalanya bengkak dan tidak sedarkan diri ketika dibawa ke HTF sebelum dipindahkan ke HSB selepas keadaannya kritikal.

Che Kassim berkata, walaupun sedih tetapi dia reda dengan pemergian anak kedua daripada sembilan beradik itu kerana jika dia terus hidup, keadaannya teruk kerana terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Ditanya mengenai sebarang tindakan yang akan diambil berhubung kejadian itu, Che Kassim enggan mengulas kerana belum mahu memikirkan perkara itu. Jenazah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felcra Lubuk Sireh petang semalam. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Deros mengesahkan menerima laporan mengenai kematian mangsa. 
“Mengenai laporan keluarga mangsa kononnya mangsa maut akibat dibaling topi keledar anggota polis, kami menyerahkan laporan berkenaan kepada penasihat undang-undang Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman,” katanya.

Wednesday, September 14, 2011

Pengurus Besar KTMB dituduh terima rasuah RM33,000


Seorang pengurus besar bahagian urusan jalan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dituduh menerima rasuah berjumlah RM33,000 lima tahun lalu.
Tajuddin Mohd Yussof, 54, dituduh melakukan lima kesalahan rasuah apabila menerima suapan dalam bentuk cek berjumlah RM6,600 bagi setiap transaksi ketika berkhidmat sebagai Pengurus Besar Pengurusan Projek KTMB pada 2006.
Tertuduh didakwa melakukan lima kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan apabila menerima lima keping cek antara bulan Mac hingga Oktober pada tahun 2006 bagi membayar pinjaman overdraf Syarikat Intiwangi Sdn Bhd iaitu syarikat miliknya.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menerima sekeping cek Bank Muamalat Malaysia bernilai RM6,600 pada 27 Mac 2006 di RHB Bank Jln Tun H.S Lee daripada Pengarah Syarikat Sureman Sdn Bhd yang mempunyai hubungan tugas rasmi dengannya dimana syarikat tersebut diberikan kontrak KTMB berkaitan pembaikpulihan landasan kereta api antara Stesen Gemas dan Stesen Kerdau (Fasa 2) serta Yard Tumpat.
Tertuduh ketika itu adalah Pegawai Penguasa Projek KTMB.
Cek tersebut bagi membayar pinjaman overdraf RHB syarikat miliknya, Syarikat Intiwangi Sdn Bhd.
Sementara itu, di bawah tuduhan kedua, tertuduh didakwa menerima sekeping cek Maybank bernilai RM6,600 pada 30 Jun 2006 di RHB Bank Jln Tun H.S Lee daripada Pengarah Syarikat Sureman Sdn Bhd yang mempunyai hubungan tugas rasmi dengannya dimana syarikat tersebut diberikan kontrak KTMB berkaitan pembaik pulihan landasan kereta api di antara Stesen Gemas dan Stesen Kerdau (Fasa 2) serta Yard Tumpat.
Tertuduh ketika itu adalah Pegawai Penguasa Projek KTMB.
Cek tersebut bagi membayar pinjaman overdraf RHB syarikat miliknya, Syarikat Intiwangi Sdn Bhd.
Dalam pada itu, di bawah tuduhan ketiga, dia tertuduh didakwa menerima sekeping cek Maybank bernilai RM6,600 pada 31 Julai 2006 di RHB Bank Jln Tun H.S Lee daripada Pengarah Syarikat Sureman Sdn Bhd yang mempunyai hubungan tugas rasmi dengannya di mana syarikat tersebut diberikan kontrak KTMB berkaitan pembaikpulihan landasan kereta apa antara Stesen Gemas dan Stesen Kerdau (Fasa 2) serta Yard Tumpat.
Tertuduh ketika itu adalah Pegawai Penguasa Projek KTMB. Cek tersebut bagi membayar pinjaman overdraf RHB syarikat miliknya, Syarikat Intiwangi Sdn Bhd.
Pertuduhan keempat menyebut tertuduh didakwa menerima sekeping cek Maybank bernilai RM6,600 pada 14 September 2006 di RHB Bank Jln Tun H.S Lee daripada Pengarah Syarikat Sureman Sdn Bhd yang mempunyai hubungan tugas rasmi dengannya dimana syarikat tersebut diberikan kontrak KTMB berkaitan pembaik pulihan landasan kereta api antara Stesen Gemas dan Stesen Kerdau (Fasa 2) serta Yard Tumpat.
Tertuduh ketika itu adalah Pegawai Penguasa Projek KTMB. Cek tersebut bagi membayar pinjaman overdraf RHB syarikat miliknya, Syarikat Intiwangi Sdn Bhd.
Selain itu, tertuduh didakwa menerima sekeping cek Maybank bernilai RM6,600 pada 6 Oktober 2006 di RHB Bank Jln Tun H.S Lee daripada Pengarah Syarikat Sureman Sdn Bhd yang mempunyai hubungan tugas rasmi dengannya dimana syarikat tersebut diberikan kontrak KTMB berkaitan pembaikpulihan landasan kereta api antara Stesen Gemas dan Stesen Kerdau (Fasa 2) serta Yard Tumpat .Tertuduh ketika itu adalah Pegawai Penguasa Projek KTMB. Cek tersebut bagi membayar pinjaman overdraf RHB syarikat miliknya, Syarikat Intiwangi Sdn Bhd.
Tertuduh tidak mengaku salah bagi kesemua lima pertuduhan yang dibacakan ke atasnya.
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Rozilah Bt Salleh menetapkan wang jaminan RM12,000.00 dengan seorang penjamin dan 14 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula.
Tertuduh juga dinasihatkan melantik seorang peguam.
SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria.
Jika sabit kesalahan dibawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau denda atau keduanya sekali.

Tuesday, September 13, 2011

trafik terganggu sekitar KL


Keadaan trafik di sekitar ibu kota bergerak perlahan berikutan beberapa jalan utama ditutup secara berperingkat mulai hari ini hingga Jumaat sempena sambutan kemerdekaan negara dan Hari Malaysia.
Jurucakap Trafik Jalan Bandar berkata trafik perlahan sehingga pukul 10 pagi juga disebabkan terdapat pelajar sekolah rendah bercuti kerana peperiksaan bertulis Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula pada Selasa.
"Sekiranya pelajar sekolah tidak bercuti hari ini, kemungkinan berlaku kesesakan teruk di sekitar ibu kota kerana ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah dan orang ramai berpusu-pusu ke tempat kerja," katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.
Beliau berkata jalan utama yang ditutup bermula pukul 8.15 pagi melibatkan Jalan Travers, Jalan Mahameru, Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara), Jalan Lembah, Jalan Perdana (Masjid Negara), Bulatan Hishamuddin, Jalan Tembusu, Jalan Cenderasari, Jalan Kinabalu, susur Bukit Aman dan Jalan Raja.
Turut ditutup ialah Jalan Leboh Pasar Besar, Jalan Lebuh Ampang dan Jalan Tun Perak, Bulatan Dato Onn, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Munsyi Abdullah, Jalan Dang Wangi dan Jalan Mahkamah Persekutuan. -BERNAMA

Thursday, September 8, 2011

Penyanyi Marsha Londoh pengsan telan pil


Rakan terdekat penyanyi Marsha Milan Londoh, 28, iaitu Afeeq Abdul Wahab, 25, menjelaskan bekas pelajar Akademi Fantasia 3 (AF3) itu tidak mengambil pil secara berlebihan sebagaimana yang didakwa sebaliknya trauma akibat kemalangan yang berlaku.
Afeeq berkata, Marsha dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pagi Rabu, setelah didapati rebah di kawasan kondominium yang didiaminya di Jalan Klang Lama dekat sini selepas insiden berkenaan.
"Saya masih belum mendapatkan penjelasan yang sebenar daripada Marsha sendiri tetapi difahamkan sebelum dia rebah, dia telah keluar membeli makanan berdekatan dengan kawasan kediamannya dan telah mengalami kemalangan kecil sehingga menyebabkan dahi serta matanya mempunyai kesan lebam dan luka.
"Marsha masih boleh memandu pulang ke rumah seperti biasa. Bagaimanapun, selepas meletakkan keretanya di kawasan parkir, dia pengsan ketika berjalan kaki ke rumahnya.
"Memandangkan Marsha mengalami masalah penyakit tekanan darah rendah, dia mungkin trauma dengan kemalangan yang ditimpa sehingga membuatkan dia rebah," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Penyanyi berasal dari Tamparuli, Sabah itu dilaporkan sebuah akhbar Khamis yang tidak sedarkan diri di rumahnya akibat menelan sebanyak 30 biji pil.
Dia kini menerima rawatan di wad trauma dan kecemasan PPUM dan masih lagi belum bersedia menerima sebarang pelawat.
Bagaimanapun Afeeq menafikan tindakan Marsha yang kononnya mahu membunuh diri dan laporan yang disiarkan di sebuah akhbar.
"Laporan yang dikeluarkan mengenai Marsha ternyata salah kerana dia bukannya jenis yang emosional sehingga ingin membunuh diri.
"Saya telah bertemu Marsha pagi tadi (Khamis) dan doktor meminta Marsha untuk berehat sebaik yang mungkin.
"Selepas dia sembuh daripada traumanya itu, dia akan membuat sidang media bagi menjelaskan isu tersebut," ujarnya.

Wednesday, September 7, 2011

gadis remaja melayu mati dibakar


Polis tidak menolak kemungkinan remaja perempuan yang ditemui mati dalam keadaan 80 peratus rentung di tepi jalan berhampiran sebuah loji kumbahan di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang dekat sini kelmarin dibakar ketika masih hidup.
Hasil bedah siasat mendapati tiada kesan luka pada tubuh badan mangsa yang dipercayai berusia 17 hingga 18 tahun kecuali kesan kebakaran.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata mangsa dipercayai mati akibat kebakaran serius di bahagian hadapan tubuhnya selain dibakar di bahagian bahu, dada, muka dan bawah pusat.
“Namun kita sedang menunggu keputusan Jabatan Kimia bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa dan juga identitinya,” katanya dipetik Bernama Online.
Mangsa seorang yang berkulit kuning langsat, berambut lurus paras bahu dan mempunyai ketinggian 162 sentimeter, memakai rantai tangan emas di pergelangan tangan kiri serta memakai subang emas halus.
Amiruddin berkata mangsa turut memakai pakaian yang dibuat daripada kain nipis dipercayai baju kurung berwarna hijau dan bercorak hitam.
“Mangsa bagaimanapun dilihat seperti tidak berpakaian kerana pakaian mangsa turut hangus terbakar di bahagian hadapan dan hanya tinggal cebisan kain di bahagian belakang badannya.
“Minyak tanah dipercayai digunakan sebagai bahan untuk membakar mangsa kerana terdapat bau minyak tanah di cebisan kain dan juga lokasi kejadian,” katanya.
Beliau berkata tempoh kematian mangsa dan sama ada mangsa mati dibakar di lokasi itu atau di tempat lain belum diketahui.
Amiruddin meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga seperti yang dinyatakan agar tampil ke Balai Polis Ampang Jaya atau yang berhampiran bagi membantu siasatan dan proses pengecaman mayat.
Beliau berkata semalam polis menerima empat laporan orang hilang dan satu daripada mereka telah membuat pengecaman tetapi negatif manakala yang lain akan melakukannya dalam masa terdekat.

halaman