Saturday, April 30, 2011

Ibu Aminulrasyid Buat Laporan Dakwa Polis Cuba Tutup Kes

Ibu kepada Allahyarham Aminulrasyid Amzah,15, yang ditembak mati polis di Seksyen 11 Shah Alam, April tahun lepas pada Jumaat membuat laporan polis kerana mendakwa pasukan penguatkuasa itu mengeluarkan kenyataan fitnah dan cuba menutup kes kematian anaknya.
Norsiah Mohamad, 61, tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kira-kira pukul 10.30 pagi diiringi lima peguam.
Norsiah mendakwa selepas kematian anaknya, polis telah memfitnah anak dan keluarganya dalam suatu percubaan untuk menutup kes berkenaan dengan membuat kenyatan kononnya anaknya dan rakannya, Azamudin Omar yang berada dalam kereta itu adalah penjenayah.
Beliau juga mendakwa bahawa kenyataan polis yang menyatakan anaknya cuba merempuh anggota polis yang berada di tempat kejadian adalah palsu, dan bertujuan menutup kes ini.
Pada 25 April tahun lepas, Aminulrasyid mati setelah terkena tembakan yang dilepaskan polis di Seksyen 11, Shah Alam ketika cuba melarikan diri selepas kenderaan dipandunya terserempak dengan kereta peronda polis.- BERNAMA

Friday, April 29, 2011

ESKAY LAKSANAKAN ANGKAT SUMPAH

 trio Datuk T iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim muncul di Masjid Amru Ibni Al As, Bandar Baru Sentul bagi tujuan melakukan sumpah laknat berhubung isu rakaman video seks fitnah DSAI. 

Majlis itu bermula kira-kira jam 4.15 petang tadi dan tamat pada jam 4.25 petang. Hanya Eskay yang melafaz sumpah laknat bagi pihak dua yang lain.

Lafaz sumpahnya:
 "A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillah, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."


Majlis itu dilakukan dalam keadaan semua pintu ke ruang solat masjid itu ditutup dan dikawal ketat pihak polis.

Selepas selesai melakukan sumpah tersebut, Eskay, Rahim dan Shuib beredar dengan kawalan ketat pihak polis, melalui pintu belakang masjid.

Eskay teruskan angkat sumpah

Upacara angkat sumpah ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay yang dijadualkan berlangsung selepas solat Jumaat tadi, yang secara tiba-tiba dibatalkan, kini dikatakan akan diteruskan.
Terdahulu, Pengerusi Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, Abdul Razak Hussin mengesahkan bahawa ia dibatalkan.
Eskay yang ditemani oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim turut mengenakan pakaian kalis peluru.
Terdahulu keadaan selepas solat Jumaat menjadi agak tegang apabila sekumpulan jemaah memasuki ruang solat dan menuntut penangkapan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Laporan lanjut menyusul...

terkini: tiada sumpah laknat eskay - batal

Upacara angkat sumpah ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay yang dijadualkan berlangsung selepas solat Jumaat tadi, dibatalkan.
Ia disahkan oleh pengerusi masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, Abdul Razak Hussin.
Beliau juga meminta jemaah yang masih berkumpul dalam dewan solat supaya beredar.
Namun keadaan menjadi agak tegang sebaik sahaja selesai solat Jumaat tadi apabila sekumpulan jemaah memasuki ruang solat dan menuntut penangkapan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
Semalam, Shazryl Eskay mengumumkan beliau akan melakukan sumpah itu selepas solat Jumaat.
Bagaimanapun, beliau tidak kelihatan di masjid itu, 
Keadaan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul menjadi kecoh apabila penyokong PKR pimpinan ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin mula melaungkan takbir serta ungkapan "kami mahu qazaf, bukan sumpah" selepas solat Jumaat hari ini.
Keadaan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul menjadi kecoh apabila penyokong PKR pimpinan ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin mula melaungkan takbir serta ungkapan "kami mahu qazaf, bukan sumpah" selepas solat Jumaat hari ini.Berikutan itu berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara penyokong PKR dan wartawan di situ,

Keadaan tolak menolak berterusan di kalangan 500 orang yang berada di dalam masjid yang bergerak keluar ketika penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.

Memandangkan keadaan kecoh tersebut, pengerusi masjid berkenaan, Abdul Razak Husin naik ke atas mimbar untuk menenangkan keadaan.

terkini: sumpah ESKAY: kecoh dimasjid

 Keadaan di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul kecoh apabila sekumpulan orang memasuki ruang solat dan menuntut penangkapan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
Semalam Eskay memberitahu bahawa beliau akan mengambil sumpah laknat selepas solat Jumaat di sini, hari ini.
Tindakan Eskay ini bercanggah dengan fatwa, sekurang-kurang daripada tiga mufti setakat ini bahawa perlakuan zina tidak boleh dibuktikan dengan video sebaliknya melalui empat orang saksi.
Eskay semalam turut mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk turut serta mengangkat sumpah.

Laporan lanjut menyusul...

Pegawai Imigresen disogok RM2,000 sehari

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa amalan rasuah dan penyelewengan dalam kalangan pegawai penguat kuasa termasuk pegawai Jabatan Imigresen merupakan antara punca kebocoran di pintu masuk negara.
Menurut Laporan SPRM 2010, wujud segelintir pegawai Jabatan Imigresen hidup mewah dengan wang haram dan disyaki menerima sogokan antara RM2,000 sehari hingga RM60,000 sebulan.
"Apabila terdedahnya penglibatan mereka, didapati ada segelintir pegawai menerima sogokan sehingga RM60,000 sebulan di Jeti Penumpang Pulau Ketam di Pelabuhan Klang, Selangor.
"Terdapat juga penguat kuasa dipercayai dibayar sehingga RM2,000 sehari untuk memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram tanpa izin (PATI)," demikian menurut laporan itu.
Laporan tersebut diserahkan oleh Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamad kepada Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad di Parlimen semalam.
Sogokan yang diterima termasuklah untuk melepaskan warga asing yang pasportnya mempunyai cap palsu atau tiada dokumen perjalanan.
Berdasarkan laporan itu, daripada risikan SPRM Selangor, dianggarkan 1,000 hingga 1,500 PATI masuk ke negara ini setiap hari dan kira-kira 35 peratus daripada jumlah PATI itu membayar wang sogokan antara RM70 hingga RM100 seorang bagi mengelak prosedur pemeriksaan Imigresen.
Kadar bayaran levi pekerja asing Jabatan Imigresen adalah antara RM360 hingga RM1,800 setahun mengikut sektor pekerjaan. Yuran pemprosesan pas lawatan (kerja sementara) adalah antara RM60 hingga RM110 seorang.

Sivarasa: Anwar terpaksa jawab soalan tak relevan

Peguam Sivarasa Rasiah menyifatkan soalan yang diajukan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dipanggil memberi keterangan dirangka Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Ini berikutan katanya, corak soalan yang dikemukakan meragukan selain mendapati ianya tidak relevan dengan siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
"Gaya soalan yang ditujukan jelas ada campur tangan politik. Ini bukan polis yang buat tapi Gani Patail yang arahkan buat. Jadi macam-macam soalan ditanya dan ada yang tidak relevan dengan siasatan kes," kata beliau.

Beliau yang hadir bersama Anwar memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini berkata, polis seolah-olah tidak memberi tumpuan kepada laporan jenayah yang dibuat Ketua Pembangkang itu bulan lalu selepas trio 'Datuk T' menayangkan rakaman video seks.
Dalam kenyataannya kepada media, Sivarasa turut menegaskan kepada polis berhubung tindakan yang belum diambil terhadap kumpulan Datuk T itu yang secara jelas melakukan intimidasi jenayah dan penyebaran bahan lucah.

"Kenapa sampai sekarang selepas mereka mengakui membuat (jenayah), tiada apa-apa tindakan. Jadi itu yang kita beritahu mereka," ujarnya lagi.

Sivarasa turut memperlihatkan dokumen yang diserahkan oleh 'Datuk T' kepada Anwar sebagai bukti nyata perlakuan ugutan mendesak Ketua Umum dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail supaya meletakkan jawatan.

Rahim Tc wakilkan Eskay buat sumpah laknat

"Kalau diperlukan (mereka bersumpah), kenapa tidak?" kata Shazryl Eskay ketika ditanya sama ada Abdul Rahim dan Shuib akan turut bersumpah.

Rahim yang turut hadir dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama Shuib bagaimanapun menyampuk: 

"Eskay (bersumpah) wakili semualah."-malaysiakini

Wednesday, April 27, 2011

kes khalwat pengacara tv3 bang-bang boom

Fail siasatan kes khalwat pengacara Bang Bang Boom, Ahmad Azhari Mohamad Ali dengan seorang isteri orang telah dilengkapkan dan akan dihantar ke bahagian Pendakwaan Syariah Selangor untuk tindakanlanjut.
Sumber dari Bahagian Penguatkuasa Agama, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, di sini, mengesahkan perkara itu pada Rabu.
Sekiranya pihak pendakwaan berpendapat terdapat kes terhadap Ahmad Azhari, pengacara tersebut boleh didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di sini mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor.
Jika disabitkan bersalah, Ahmad Azhari boleh dihukum denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanyasekali.
Selain itu, sumber tersebut juga memberitahu pihaknya akan mengeluarkan surat untuk mengarahkan pengacara itu hadir ke pejabatpenguatkuasa bagi menyambung jaminan ke atas dirinya selepas gagal berbuat demikian pada Selasa.
Ahmad Azhari, 28, disiasat atas kesalahan berkhalwat yang dikatakan dilakukan di sebuah apartmen yang terletak di Ampang, dekat sini pada Oktober 2010.
Pada 15 Oktober 2010, Ahmad Azhari mengakui bahawa dia telah hadir ke pejabat agama untuk tujuan soal siasat pada 4 Oktober 2010.
Dia juga mengakui bahawa dia berada di tempat kejadian untuk membantuwanita tersebut mengemas barang kerana akan ke Kota Kinabalu, Sabah dan menafikan ada melakukan perbuatan yang melanggar hukum agama.

polis panggil anwar esok

Pasukan penyiasat Polis Bukit Aman akan mengambil kenyataan tambahan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim esok berhubung fitnah video lucah.

Ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat mengesahkan polis memohon untuk mengambil kenyataan itu esok jam 2.30 petang.

Kenyataan tambahan itu adalah berkaitan laporan polis Anwar  pada 22 Mac 2011 di IPD Dang Wangi ke atas individu-individu yang bertanggungjawab menayangkan rakaman video lucah di Carcosa Seri Negara sehari sebelum itu.

Individu-individu ini juga mengedarkan kenyataan bertulis kepada para wartawan dengan fitnah bahawa Datuk' Seri Anwar merupakan individu di dalam video lucah tersebut serta mengugut beliau supaya bersara dari politik.

Kenyataan akan dirakamkan oleh DSP Shanmugamoorthy di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, Petaling Jaya.

Tiga individu berkenaan adalah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Eskay Shazyl dan bekas bendahari Perkasa Shuib Lazim.   


POLIS MINTA DNA ESKAY

"Saya dipanggil pagi ini untuk disoal-siasat lanjut dan saya secara sukarela menyerahkan sampel DNA,” katanya.
NONEEskay, yang ditemui hari ini di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, berkata beliau juga ditanya mengenai beberapa soalan yang 'relevan dengan kes berkenaan'.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan soalan mahupun jawapan yang diberikan, sekadar memberitahu ia bagi 'memperkuatkan kes itu'.

Eskay juga tidak mahu menjelaskan mengapa beliau perlu memberikan sampel DNA kepada polis.

Ahli perniagaan itu tiba di ibu pejabat polis pada jam 10 pagi ini dan beredar pada kira-kira jam 1.15 tengahari.

PERINGATAN : News from Ampang Gleneagles Hospital

     PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA    News from Ampang Gleneagles Hospital Important news to pass it on 
Please spend 1 minute and read on... News from Gleneagles Hospital (Ampang) URGENT !!!!! from Gleneagles Hospital Limited   

Seven women  
 have died after inhaling a free perfume sample that was mailed to them. The product was poisonous. If you receive free samples in the mail such as lotions, perfumes, diapers etc. throw them away. 
The government is afraid that this might be another terrorist act. 
They will not announce it on the news because they do not want to create panic or give the terrorists new ideas. 
Send this to all your friends and family members. 

Tuesday, April 26, 2011

ADA KES TIDAK DISENARAIHITAMKAN JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lagi menyekat urusniaga pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor bagi kes-kes yang tidak dibawa ke mahkamah, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Jelaing Mersat.
Beliau berkata hanya kes-kes yang dibawa ke mahkamah dan kes jenayah yang berada dalam siasatan Polis Diraja Malaysia atau JPJ sahaja yang akan disenarai hitam lesen memandu dan kenderaan motor terbabit.
"Tindakan menyenarai hitam kenderaan dengan menyekat urusniaga pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor yang dilakukan oleh JPJ adalah selaras dengan kuasa di bawah Seksyen 17(1)(d) dan 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan.
"Tindakan ini diambil terhadap pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan lalu lintas," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Negara pada Isnin.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah yang ingin tahu mengenai kenderaan yang disenaraihitamkan oleh JPJ berdasarkan saman ekor sedangkan kesalahan belum disabitkan oleh mahkamah.
Menjawab pula soalan Senator Datuk Wan Hazani Wan Mohd Nor yang ingin tahu jumlah kenderaan yang disenaraihitamkan sejak 2009, Jelaing berkata sebanyak 119,330 lesen memandu dan 154,663 lesen kenderaan motor telah disenaraihitamkan pada tahun lalu.
Manakala pada tahun sebelumnya, sebanyak 122,794 lesen memandu dan 180,624 lesen kenderaan motor disenaraihitamkan. "Kita menjalankan tugas yang amat bermakna di mana kita mahu kurangkan jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya.
"Dengan adanya penyenaraian hitam kenderaan dan lesen memandu dan penguatkuasaan cara lain dapatlah membantu mengurangan kemalangan jalan raya," katanya. -BERNAMA

Monday, April 25, 2011

Polis Hapus Sistem Perangkap Kelajuan, Kata Timbalan IGP

Polis tidak lagi menjalankan tugas secara bersembunyi dalam operasi melibatkan lalu lintas, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.
"Kita tidak lagi menyorok balik tiang, kita saman terus dan kalau sudah kena saman jangan lupa bayar," katanya ketika mengadakan sesi dialog dengan 1,000 belia India pada Majlis Sehari Bersama Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini Sabtu.
Khalid membuat kenyataan itu apabila seorang peserta dialog mengutarakan mengenai kekerapan kehadiran polis di jalan raya sejak kebelakangan ini menyebabkan pemandu lebih berdisiplin berbanding sebelum ini di mana ada anggota polis yang menyorok di hujung jalan dan kemudian keluar dari persembunyian dan menahan pesalah trafik.
Khalid kemudian memberitahu sidang media bahawa kehadiran anggota polis secara ketara dalam operasi lalu lintas telah dimulakan tidak berapa lama dahulu.
"Jangan terkejut bila kena saman...kita tidak seharusnya menyorok, kita akan keluar dan menguatkuasakan undang-undang," katanya.
Selain daripada peningkatan kehadiran polis bagi meningkatkan disiplin pemandu, pemandu juga diingatkan bahawa polis juga menggunakan kamera dan beberapa alat lain untuk mengesan kesalahan mereka, katanya.
Mengenai usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) membanteras gejala samseng di kalangan masyarakat India di Selangor, Khalid berkata selain didakwa di mahkamah, polis juga melakukan tindakan pencegahan.
"Tahun lepas 300 orang telah kita tahan di bawah undang-undang pencegahan, tindakan terhadap gangsterism dibuat secara berterusan itu sebab tidak ada kumpulan kartel jenayah atau mafia yang berkuasa di negara ini," katanya.
Khalid juga berkata PDRM tidak lagi melihat belia dan persatuan belia sebagai pelanggan sebaliknya melihat belia sebagai rakan dan persatuan belia sebagai rakan kongsi.
Liputan media terhadap isu negatif yang melibatkan golongan belia seperti rempit, buang bayi, pergaulan bebas, penagihan dadah dan pil-pil khayal semakin menguatkan perasaan kurang senang masyarakat terhadap belia kita pada hari ini tetapi persepsi negatif ini perlu diperbetulkan, katanya. - BERNAMA

Friday, April 22, 2011

Kerajaan Tidak Telus Isu Tanah Jarang

Penjelasan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadhillah Yusof mengenai projek pembinaan kilang tanah jarang di Gebeng, Kuantan mengundang persepsi negatif berhubung ketelusan maklumat yang disalurkan kepada rakyat.
Malah, tindakan berdolak-dalik ketika menjawab soalan Senator Mohammed Najeeb Abdullah di Dewan Negara kelmarin menggambarkan kementerian itu semakin tertekan, kata aktivis DAP Charles Santiago.
Charles yang dihubungi Tv Selangor berkata kerajaan kini sedang mencari jalan untuk menjelaskan kepada rakyat tentang lesen membina kilang yang dikeluarkan kepada Lynas (M) Sdn Bhd walaupun bantahan telah dibuat.
Katanya, kementerian di bawah pimpinan Perdana Menteri Najib Razak cuba memandang rendah tahap kesedaran rakyat mengenai bahayanya kesan radioaktif kepada penduduk dan persekitaran mereka khususnya di Pahang.
"Jelas ia bukan sahaja isu Lynas tetapi termasuk isu tenaga nuklear, nampaknya kerajaan hendak main-main dengan rakyat.
"Apabila dicabar dengan fakta-fakta lain, mereka tidak dapat berikan penjelasan yang boleh diterima rakyat," kata beliau.
Kementerian menerusi Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA), telah mengeluarkan lesen penempatan tapak dan pembinaan kilang kepada Lynas di Gebeng, Pahang.
Tempoh sah lesen penempatan tapak dan pembinaan itu bermula 19 September 2009 hingga 18 September 2011.
Timbalan Menterinya kemudian menjelaskan lesen pengeluaran penuh tidak akan dikeluarkan jika Lynas tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.
"Seterusnya penilaian lebih ketat akan dijalankan bagi pengeluaran lesen pengendalian untuk memastikan sisa yang dihasilkan kelak akan diuruskan dengan baik dan selamat, di samping memenuhi kriteria asal kertas cadangan yang telah dikemukakan,"
Ahli parlimen Klang itu kemudian mendakwa kerajaan tidak mengamalkan sikap telus sejak dari awal cadangan projek tanah jarang itu dikemukakan di bawah Plan Transformasi Ekonomi (ETP) Najib Razak.
Katanya, menteri telah bersetuju untuk berbincang dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat namum sebaliknya Perdana Menteri sendiri mengumumkan cadangan tersebut tanpa pengetahuan rakyat.  
"Kalau ini berlaku maka kepercayaan terhadap kerajaan Malaysia tidak begitu baik di rantau ini khususnya pelabur. Isu ini berkait dengan persekitaran. Sebelum meluluskan mana-mana projek mesti berunding dengan rakyat termasuk NGO dan persatuan profesional," katanya lagi.

sarbani mati mengejut?

 Polis sudah melengkapkan siasatan berhubung laporan kematian mengejut (SDR) pegawai kastam Ahmad Sarbani Mohamed, dan kertas siasatan akan diserah kepada pejabat Peguam Negara selewat-lewatnya minggu ini atau minggu hadapan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata penelitian penuh yang dijalankan beberapa pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan jabatan kimia merumuskan bahawa punca kematian pegawai kastam itu pada 6 April lepas adalah kerana kecederaan parah di kepala selepas terjatuh dari tempat tinggi.
Ditanya sekiranya wujud unsur jenayah dalam kejadian di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah di Jalan Cochrane itu, beliau berkata siasatan masih tertumpu kepada SDR dan tiada peruntukan undang-undang lain yang digunapakai.
Beliau meminta supaya segala spekulasi mengenai kejadian itu dihentikan kerana siasatan di bawah SDR sudah dilengkapkan dan terpulang kepada pihak Peguam Negara sekiranya merka hendak mengambil tindakan lanjut.
"Saya berpuas hati dengan hasil siasatan ini, kami sudah peroleh laporan lengkap termasuk segala bukti, keterangan dari 48 saksi dan lakonan semula di tempat kejadian," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Ulang Tahun Pasukan Kor Kadet Polis ke-41 di Tasik Titiwangsa di sini.
Ahmad Sarbani, 56, yang bertugas di Pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan pejabat SPRM itu setelah dilaporkan pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai kastam.. - BERNAMA

Thursday, April 21, 2011

zed zaidi dapat jodoh melalui facebook

 Pelakon Zed Zaidi, 31, atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil bakal menamatkan zaman bujangnya dengan Natalia Mustafa Kamal, 28, pada 29 April ini.
Majlis akad nikah akan diadakan di Restoran Felda Villa, di sini dengan tetamu terdiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Kedua-dua pasangan kemudiannya akan diraikan dalam satu majlis resepsi pada 7 Mei di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur dengan tema moden tradisional.
Menurut Zed, dia tidak melakukan upacara pertunangan sebaliknya terus melangsungkan acara ijab kabul.
“Acara pernikahan nanti akan dibuat secara sederhana sahaja dengan dihadiri keluarga kami sahaja. Mereka minta agar dibuat secara tertutup manakala majlis resepsi baru kami menjemput rakan-rakan dan media,” ujarnya.
Bercerita tentang detik perkenalannya dengan wanita tersebut yang juga ahli perniagaan, Zed memberitahu mereka bermula sebagai rakan Facebook sehinggalah kemudian bertukar menjadi rakan perniagaan sebelum hadirnya bibit-bibit cinta.
“Kami kenal di laman sosial Facebook sejak tahun 2008. Selepas itu saya tolong dia usahakan perniagaan dalam talian miliknya.
“Pada asalnya kami hanya rakan biasa sahaja sehinggalah selepas menunaikan umrah tahun lalu, saya mendapat petunjuk dialah calon yang paling sesuai untuk saya,” katanya.
Zed Zaidi bersedia bergelar suami.
Tambah Zed, Natalia merupakan seorang gadis yang memahami dan sentiasa setia dengannya.
“Dia sangat memahami kerjaya saya sebagai pelakon kerana dia pun dahulu pernah bekerja di TV3.
“Lagipun dia antara kawan yang sentiasa ada di sisi saya serta sanggup mendengar masalah saya,” ujarnya.
Ditanya tentang persiapan perkahwinan, Zed berkata, dia sedang dalam beberapa fasa terakhir untuk majlis tersebut.
“Semuanya keluarga sudah uruskan, saya sudah bercuti sejak 15 April lalu untuk urusan perkahwinan. Sekarang hanya tinggal beberapa perkara sahaja lagi yang belum selesai. Insya-Allah semua akan berjalan lancar,” ujarnya yang akan memberi tujuh dulang hantaran kepada pihak perempuan.
Zed turut merancang untuk membuka sebuah francais makanan bersama isterinya selepas bergelar suami isteri nanti.

tukar tiub giat kempen anti restoran mamak

artikel ini dipetikcedok bulat-bulat 100% dari blog tukartiub.blogspot.com


JANGAN MAKAN KEDAI MAMAK KIMMA - KEDAI MAMAK KOTOR




NOTA:


dari semua surat yang diterima
jelas menunjukkan:

- hampir semua kedai mamak kotor
- hampir semua menyamar sebagai kedai islam
- hampir semua menggunakan ayat quran untuk tipu melayu
- ada yang dimiliki oleh hindu
- ada yang dimiliki oleh cukong
- ada pekerja hindu


nota:
orang melayu wajib waspada
apabila masuk kedai mamak

malah pemimpim kimma sendiri
adalah penipu apabila dia menngatakan
bahawa dia akan dibayar 5 juta ringgit jika
masuk ke dalam pakatan rakyat
dan akan dibayar juta ringgit jika semua
ahli kimma masuk ke dalam pakataz rakyat

nota:
dari zaman kerajaan melayu melaka lagi
mamak mamak telah membuat angkara
sila baca SALALATUL SALATIN i.e Sejarah Melayu
ada ditemui watak Kitul dan Keling Mendelair
yang kerjanya bawa porak peranda dalam alam melayu

nota:
sila baca memoir abdullah sidi
ada menyatakan peranan mamak membuat
huru hara - hinnga terjadi pembunuhan
di muar/batu pahat

nota:
terakhir sila rujukan ucapan mb selangor
3 bulan dahulu tentang KITUL


AKAN DIMASUKAN KEMBALI















ALIRAN AIR DI DAPOR















PLASTIK UNTUK ISI SEKALI LAGI





SURAT SURAT DARI PENYOKONG KEMPEN ANTI KIMMA


satu hari aku mkn kat nasi kandar nih dengan member2, punya sedap makan "nasi arab" (kononnya lah..) tibe2 sakit perut, cilakak, kas-kas banyak sgt lah nih.. masuk je tandas, chitt!! air pun takde!! aku tnye lah pekerja dari chennai ni mana lagi tandas, dia tunjuk dapur..aku masuk2 je..ya ampunn!!! ini ke dapur dorg!! takat hari tuh je lah aku makan kedai dorg.... korg tgok la sendiri ape kes... luar berselirat ayat Quran...dalam berselirat perut ayam! KIMMAK btul!!
korg rasa korg tau kedai mana nih??? alah...kat kawasan "dollah ZZZZ..."


-reformist-

NOTAL:
gambar diatas ialah disebuah restoran mamak
di kepala batas - dihantar oleh pembaca tt]


INI KOMEN TERBARU:

kebanyakan kedai mamak menggunakan mandram
Oleh Tanpa Nama pada TERUSKAN KEMPEN ANTI RESTORAN KIMMA pada 21:25

kedai mamak ni ada persatuan diorang dan rasanya persatuan ni tak sehaluan dengan kimma. so, ada kedai mamak yg kuat kimma, ada yg sahih bangkang kimma. kena pastikan juga. kimma ni persatuan mamak bukan persatuan kedai mamak.
Oleh Tanpa Nama pada TERUSKAN KEMPEN ANTI RESTORAN KIMMA pada 20:21

suatu petang sewatu pulang dari kerja aku singgah lah minum kat kedai mamak depan pintu keluar syarikat tmpt aku bekerja...aku pesan susu ais.masa aku terpandang tukang bancuh air tetiba dia terbersin.tanpa basuh tangan dan lap hidung dia teruskan kerja nya.aku tak minum dah kat kedai tu.cuma kadang2 aku singgah beli rokok.mamak tu tanya kenapa aku dah tak singgah macam selalu.aku bagi alasan aku masak kat rumah je...tadi aku tak beli rokok kat situ dah.lebih rela pergi stesyen minyak untuk beli rokok...
Oleh piut ngah layor pada TERUSKAN KEMPEN ANTI RESTORAN KIMMA pada 20:21

alternatif kepada restoren puKIMMA pengotor penipu untuk sesi ngeteh selain dari McD apco. 1)haji muhamad chan restoran(original hainamese restaurant-tepi balai polis kelana jaya 2)haji sharin low restoran(best punya)-ampang,bukit antarabangsa 3)groupbase caterer restaurant(terbaek)-belakang lorong jalan tanjung 15,bandar sri damansara(cari sekolah cina dulu) 4)bawah menara orked sentul(pagi sahaja) 5)sentul boulevard 6)gerai kari kaki ayam sentul-belakang panggung tamil sentul jalan ipoh,dangdut lama. 7)belakang kedai borong barang dapur-bandar baru sungai buloh(malam sahaja) 8)Mee Ghulam-depan McD seksyen 4,kota damansara(nie orang kedah punya)
Oleh dukun melayu pada TERUSKAN KEMPEN ANTI RESTORAN KIMMA pada 19:06


WAHAI MAMAK MAMAK SEMUA, KAMU NK MENIAGA KE, KAMU NAK MENGAMPU UMNONGOK, BE END??? SEPATUTNYA, KALU MENIAGA, BUATLAH CARA NK MENIAGA...JGN LETAKKAN SOKONGAN KPD MANA2 PARTI... SBB ITU, CUBA KAMU BILANG, BERAPA RUGI KAMU KALAU SEMUA RAKYAT YG SOKONG PAKATAN RAKYAT, BOIKOT KEDAI KAMU...SEDANGKAN KAMU TAHU YG ORG2 BESAR UMNONGOK BUKANNNYA MAKAN KAT KEDAI KAMU TU...DIORG, ORG BERDUIT...YG MAKAN KT KEDAI KAMU TU ORG2 BIASA YG RAMAINYA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT... LU MAMAK FIKIR2LAH SENDIRI. JGN KERANA MULUT, BISNES BINASA LAK..(PSL ORG BOIKOT)
Oleh MENGAMPU PON AGAK2LAH pada TERUSKAN KEMPEN ANTI RESTORAN KIMMA pada 18:07

kedai mamak ni mmgla ramai org melayu masuk.biasanya org akan ketagih nk makan lagi.ketagihan ini disebabkan oleh benda2 kotor yang dimasukkan dalam makanan.yang aku tahu diorang ambik air mandi waktu pagi untuk wat masak.sebab tu la ketagih.kan arak tu air kencing syaitan.sebab tu ketagih.sama gak rokok.benda2 kotor ni yang buat kita ketagih....
Oleh Tanpa Nama pada TERUSKAN KEMPEN ANTI RESTORAN KIMMA pada 11/04/20

puak kimma nie.... sukusakat eeeeeee... susakat tok det.... sukusakat songkok labuh.... restoran depa semua puak jenih gelap..... mlm saja ramai melayu bodoh dok tunggu kedai depa..... tengok bola laa...gusti laa..... lepaih tu dok oder ayaq...capati roti komtar nasik kandaq n lain2... cukup pengotoq....... puak jenih nie memang haprak......
Oleh bangau pada TERUSKAN KEMPEN ANTI RESTORAN KIMMApada 11/04/20

ni aku nak cerita pasal sebuah restoran mamak kat Shah Alam sek 27,Restoran Sri Bunga.Kedai sungguh Islamic,sana-sini tergantung ayat2 Quran.Tapi..tapi..tapi..pemiliknya seorang hindu tapi lesen pinjam seorang mamak.Restoran tu mmg makanan tak halal langsung,macamane aku tahu ,melalui seorang pekerja Indonesi yg mmg kuat pegangan agama.Aku pernah survey sendiri sah mmg tak halal,sbb tukang masaknya Hindu yg ade nandek kat dahi.Bos seta anak2nya menyamar Islam,slalu bagi salam kat org ISlam kononya dia tuu org Islam.Skang restoran tuu dah ditutup dan akan dibuka balik dicorner yg lagi satu.
Oleh Tanpa Nama pada TERUSKAN KEMPEN ANTI RESTORAN KIMMA pada 11/04/20

Sebab utama otak orang melayu masih ditahap rendah atau B*d*h, kerana terlalu bergantung pada restoran mamak. Makan pagi buatan tangan berbulu mamak, makan tengah hari buatan kaki tak pakai selipar mamak, makan malam nasi kangkang mamak. Tengok bagaimana orang melayu ditipu mamak al-kutty selama 20 tahun, kata cerca keji pun orang melayu sangka kata nasihat berhikmah, "melayu jenis bangsa yang perlu kepada tongkat", "orang melayu mudah lupa",dan ..... Rembat duit berjuta pun, orang melayu masih panggil bapa kemodenan,
Oleh kalbunUMNO pada TERUSKAN KEMPEN ANTI RESTORAN KIMMA pada 11/04/20

Salam. Aku dgn bini dah laam gak tak makan kat rest. mamak nih...KIMMA or tak, aku tetap tak masuk...akt Rest. 25 Jam (fuh!kita 24 jam, depa 25 jam) kat Bandar Universiti, Parit Raja, aku dah serik dah... Kain itulah wat lap tangan, kain itulah lap tempat buat roti canai...dan aku pon tak sure dia lap apa lagi...kat pekan Parit Raja lak, lain orang kira, lain harga kadang2..
Oleh aBg_rOnGak pada TERUSKAN KEMPEN ANTI RESTORAN KIMMA pada 11/04/20

kat sri iskandar ada restoran mamak yang sediakan tepung roti canai guna kaki je... restoran kari kepala ikan yg terkenal kt ipoh plak, kotor gile... bahan mentah makanan diletak skali dalam bilik tido pekerja... dengan tandas kotor...
Oleh Tanpa Nama pada TERUSKAN KEMPEN ANTI RESTORAN KIMMA pada 11/04/20

salam nak cita sket pasal sedara saya ni. dia ada penyakit misteri kalau masuk kedai yang guna sihir dia mesti muntah. So ceritanya selepas makan kat kedai nasi kandar kayu. Terus sakit perut...lepas tu muntah. Dah dua kali. Dia bukan tok bomoh atau ustazah. Tapi boleh tengok benda-benda(Bukan selalu). Kadang2 je dia nampak. So dalam kedai kayu tu dia nampak monyet dan anjing hitam kat area dapur . Kitaorang dah lama tak makan kedai mamak. nak percaya pun tak pa, tak percaya pun tak pa. Tapi ni cerita benar.
Oleh Tanpa Nama pada TERUSKAN KEMPEN ANTI RESTORAN KIMMA pada 11/04/20

keling2 nie rapat dengan umno ada sebab. dah kata pariah, tetap mahathir jugak! kahkahkahkah *KIMMA merayu untuk dapatkan status Bumiputra Malaysian Indian Muslims are not happy with the Barisan Nasional again. However the Kimma does not represent the entire Indian Muslim community in Malaysia, WFOL.tv was told. In the 33rd annual general assembly of the Malaysian Indian Muslim Congress (Kimma), its president Syed Ibrahim Kader threatened to withdraw support for the BN, again. Overall, Syed Ibrahim Kader seems to be struggling to keep Kimma as a relevant component. Fighting tirelessly to become a component member of the BN, the Kimma leadership was told earlier last year that they were better off joining the Malaysian Indian Congress (MIC) or the People's Progressive Party (PPP). "We cannot guarantee that the Indian Muslim community will be around to support the BN government forever," said Syed Ibrahim Kader at the assembly at Putrajaya. He claimed the community's efforts for the BN in the by-elections and general elections had not been recognised. "We don't have a representative in the Senate. It is disappointing that another community, which is much smaller than we are, is in the Senate. "We do not have a direct channel to air the grouses of the 750,000 Indian Muslims in the country," he said. He wanted the party of 80,000 members to be accepted into the BN after being rejected seven times. The Kimma's main aim is to enlist the Indian Muslim community as Bumiputera's in Malaysia. This means they will benefit from the 'Bumi' status under the New Economic Plan (NEP) which offers a plethora of facilities to Musilms and non-Muslims listed as Bumi. To achieve this, the Kimma want its members to be allowed to register under the UMNO, which the UMNO presidents in the past - before the arrival of Najib Tun Razak - rejected on the basis that they were 'Indians' and had to join other BN component parties instead. This had prompted the Kimma to stage protests (silent and at times through press conferences or by sending out press releases) but to no avail. The UMNO remains, until today, adamant in persisting that the Kimma members are 'Indians' and would not be allowed to join the UMNO. On the otherhand, Syed Ibrahim said party leaders had been working tirelessly to remind members not to be enticed by the false promises of Pakatan Rakyat, which he claimed had offered Kimma members positions in their state governments. Our information is that many of the former Kimma members have taken up some positions within the Party Keadilaan Rakyat (PKR) where they are welcomed. Kimma is said to have 80,000 members but this cannot be verified as many members of the Indian Muslim community contacted by WFOL.tv says they are not members of the Kimma. :D Two years ago, there was an attempt by the Kimma to take over the PPP and impose a Muslim leadership within the party. The attempt failed, sources said thus closing the doors temporarily to the Kimma to join the BN, once again. *bangang punya keling!
Oleh Tanpa Nama pada TERUSKAN KEMPEN ANTI RESTORAN KIMMA pada 11/04/20

Nuffnang Ads

artikel diatas tiada kena-mengena dengan editorial apakes (drdogol.blogspot.com)

video seks: pelaku dikenali

Polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang berada dalam rakaman video seks dikaitkan dengan seorang pemimpin politik pembangkang dan juga lokasi video itu dirakam.

Menurut sumber, wanita itu adalah seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota berusia 26 tahun yang juga seorang warga China.

“Polis sudah merakam percakapan wanita terbabit bagi membantu siasatan berhubung video seks yang mengaitkan ahli politik pembangkang itu,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat dilakukan, wanita itu turut mendedahkan lokasi rakaman video seks berkenaan dilakukan.

“Rakaman itu dilakukan di sebuah kondominium di pinggir ibu kota. Sebaik mengenalpasti lokasi rakaman itu dilakukan, sepasukan pegawai dan anggota polis ke lokasi berkenaan bagi meneruskan siasatan,” katanya.

Bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan, pasukan penyiasat yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, dikatakan membawa rakaman berkenaan kepada pusat penyiaran terkemuka di luar negara untuk dianalisis, pada 4 April lalu.

Sumber itu berkata, pihak berkuasa percaya berdasarkan kepakaran dan keupayaan teknologi serta pengalaman dimiliki pusat penyiaran berkenaan mampu mengenalpasti pelaku yang berada dalam video seks berkenaan sekali gus menyelesaikan persoalan individu sebenar yang berada dalam video berkenaan.

Polis sudah melengkapkan kertas siasatan itu dan diserahkan kepada pejabat peguam negara pada 9 April lalu.







Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2011/04/pelacur-ini-rupa-rupanya-pelajar-kolej.html#ixzz1K75Gnyqv

Wednesday, April 20, 2011

Video seks: Peguam negara arah polis semak semula kertas siasatan



Polis akan menyerahkan semula laporan kertas siasatan kes video seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin Pakatan Rakyat kepada Pejabat Peguam Negara dalam waktu terdekat, kata Tan Sri Ismail Omar.
Bercakap kepada pemberita di Bukit Mertajam hari ini, Ketua Polis Negara berkata kertas siasatan kes berkenaan yang dihantar pada minggu lepas telah dipulangkan semula oleh Pejabat Peguam Negara untuk semakan semula.
“Ada sedikit semakan yang perlu dibuat dan itu adalah perkara biasa.
“... dan kita memang mahu siasatan berhubung kes video seks itu disegerakan,” kata beliau dalam laporan Utusan Online yang memetik laporan Bernama.
Siasatan itu dijalankan selepas rakaman video seks dipertontonkan kepada wakil media terpilih 21 Mac lalu.

halaman