Friday, October 12, 2012

Porsche Panamera RM 1juta dilarikan dari showroom

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata kereta jenis Porsche Panamera berwarna emas itu dilarikan pada kira-kira 9 pagi oleh seorang lelaki yang sebelum itu berpura-pura untuk berjumpa seorang kakitangan di bilik pameran tersebut.
   
"Setelah itu, lelaki berpakaian kemas dan bertopi itu kemudiannya naik ke tingkat satu dan menggeledah meja sebelum menemui sampul sampul surat yang mengandungi kunci kereta berkenaan.
   
"Suspek kemudiannya turun dan keluar dari ruang pameran sambil menekan kunci bagi mengesan lokasi dan setelah menjumpai kereta itu dia terus memecut menuju ke arah Bukit Bintang," katanya.
   
Beliau berkata kereta yang belum didaftarkan itu diletakkan di luar ruang pameran bersama enam lagi kenderaan lain untuk dihantar ke satu lagi pusat pameran di Glenmarie, Shah Alam, Selangor.
   
Berikutan itu, polis sedang mencari Mohd Azri Mohd Kassim, 31, beralamat terakhir di 1801-C1, Blok C, Armanee Condominium, Damansara Perdana dekat sini bagi membantu siasatan.
   
Pemuda itu mempunyai rekod jenayah lampau antaranya tiga kes curi kereta dan dua kes samun dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu curi kenderaan, katanya. - Bernama

Tuesday, October 9, 2012

Tiada Perbicaraan Berhubung Scorpene Di Perancis - Yves Charpenel


Seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.
Yves Charpenel berkata media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan.
"Saya sedar mengenai semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu (organisasi) di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.
Charpenel, yang juga bekas ketua pendakwaan di Perancis dan kini seorang pendakwa negeri dan anggota eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA), berada di sini untuk menghadiri persidangan dan mesyuarat agung tahunan IAACA yang berakhir semalam.
Berikutan satu aduan Suaram, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mengenai hak asasi manusia, yang difailkan pada 2009 mengenai sebuah syarikat Perancis yang didakwa memberi rasuah kepada sebuah firma Malaysia untuk urus niaga kapal selam itu, beliau mendedahkan bahawa dua "hakim siasatan" bebas memulakan siasatan mereka awal tahun ini.
Charpenel berkata di Perancis, seperti negara-negara yang mengamalkan kedaulatan undang-undang, semua siasatan dibuat sepenuhnya secara rahsia.
Beliau berkata adalah hak bagi sesiapapun untuk memfailkan aduan dan berikutan sifat rahsia siasatan itu, sesetengahnya beralih untuk mengadu kepada media.
Beliau menjelaskan bahawa untuk kes-kes tertentu di Perancis, Kementerian Keadilan akan meminta seorang hakim bebas, meminta "hakim siasatan" untuk menyiasat.
"Dia hanya seorang penyiasat. Ini adalah sistem lama yang bermula sejak era Napolean. Jika hakim siasatan mahu seseorang pergi ke Malaysia, dia perlu memohon dengan kerajaan anda kerana kami ada apa yang dipanggil Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama. Kerajaan Malaysia boleh kata 'ya' atau 'tidak'. Ia perlu diputuskan oleh pihak berkuasa Malaysia. "Seorang hakim siasatan Perancis tidak boleh membawa bagasinya, menaiki kapal terbang dan pergi ke Malaysia dan meminta seseorang menjawab soalan-soalannya.
"Ini adalah mustahil, ianya bertentangan dengan undang-undang Perancis dan ia juga bertentangan dengan undang-undang antarabangsa," kata Charpenel. Beliau menjelaskan di Perancis, seperti di tempat-tempat lain, perjalanan undang-undang tidak boleh ditentukan oleh media.Seperti yang dikatakannya, "Di Perancis, masa keadilan berbeza daripada masa media.
"Sudah tentu, media perlu data-data, maklumat, berita. Ia adalah semula jadi tetapi siasatan itu agak berbeza. Ia adalah sama, sama ada di Perancis atau di Malaysia. "Dan ia menjadi rahsia. Kami kini dalam langkah pertama, mungkin, kami dapat satu lagi langkah, mungkin tidak, dan ia adalah terlalu awal untuk bercakap lagi.
Ditanya mengenai laporan media bahawa peguam-peguam Perancis yang mewakili Suaram dalam saman itu akan datang ke Malaysia untuk memberi taklimat kepada anak guamnya, Charpenel berkata mana-mana peguam dari mana-mana negara, bebas untuk berbuat demikian kerana dia dibayar oleh anak guamnya.
"Dia bebas bercakap dengan media, itu adalah kebebasan atau hak asasi manusia. Tetapi dia bukan seorang pendakwa. Dia juga bukan seorang hakim siasatan. Dia bukan seorang pegawai."
Pada April tahun ini, ahli-ahli politik pembangkang tempatan di sini malah telah meminta pegawai Malaysia untuk memberi keterangan di Paris atau berdepan pemulauan dalam Kesatuan Eropah.
"Perbicaraan adalah satu perbicaraan dengan semua peraturan. Siasatan adalah adalah satu perkara lain," kata Charpenel mengenai maklumat salah yang dijana oleh portal-portal berita tertentu berhubung dakwaan bahawa satu perbicaraan sudahpun berjalan.
Sabtu lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Ketua Audit Negara menjelaskan urus niaga Scorpene dijalankan mengikut prosedur perundangan.-BERNAMA

14 perompak micro-chip rm 11.5juta ditangkap


Anggota polis membawa keluar sebahagian daripada 14 orang lelaki selepas mendapat tahanan reman selama enam hari dari Mahkamah Majistret di sini, Isnin. Mereka ditahan bagi membantu siasatan kes rompakan cip mikro unit pemprosesan komputer (CPU) yang bernilai RM11.5 juta di sebuah kilang di kawasan Perusahaan Perai Bukit Tengah. -Foto BERNAMA. 

Monday, October 8, 2012

Pergaduhan besar di kem PLKN Marang

Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang di Kem PLKN Cenderawasih Cador, Pengkalan Berangan, Marang.
Gara-gara dituduh memecah masuk lokar rakan, dua kumpulan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) seramai 36 orang bergaduh sehingga mendatangkan kecederaan, petang semalam.
ACP-K-Manoharankejadian tersebut berpunca apabila satu kumpulan pelatih menuduh ahli kumpulan lain mencuri barang, sehingga menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan kedua-dua kumpulan berkenaan.

“Kumpulan berkenaan seramai 27 orang kemudiannya bertindak menyerang kumpulan satu lagi yang terdiri daripada sembilan orang dan ada daripadanya bersenjatakan kayu, hingga menyebabkan kecederaan.

“Kesembilan mereka cedera dan lebam di badan. Ekoran kejadian itu, satu laporan polis dibuat, sebelum polis bertindak menahan 27 orang pelatih itu untuk siasatan lanjut,

 Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata,  yang ditahan direman selama empat hari bermula semalam dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.-FARAH SHAZWANI ALI (SH)

RM 11.5 juta micro-cip yg dirompak ditemui semula

Polis Pulau Pinang malam ini berjaya menemui semula 90 peratus daripada keseluruhan cip mikro unit pemprosesan komputer (CPU) bernilai RM11.5 juta yang dilaporkan hilang dalam satu rompakan di sebuah kilang di kawasan Perusahaan Perai Bukit Tengah, di sini awal pagi ini. 
   
Jurucakap polis berkata penemuan cip mikro di sebuah rumah di Kampung Pongsu Seribu, Kepala Batas dekat sini hasil daripada penahanan lima lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun di sekitar negeri ini.
   
"Susulan kejadian itu kita melancarkan operasi mengesan mereka yang dipercayai terlibat.  
   
"Berdasarkan keterangan dan maklumat yang diperolehi, polis berjaya menahan lima lelaki terbabit dan menemui semula 90 peratus cip mikro berkenaan," katanya kepada pemberita. 
   
Laporan sebelum ini menyebut lapan lelaki bersenjatakan pedang samurai melarikan sejumlah cip dalam rompakan di kilang tersebut. 
   
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata lelaki itu dipercayai berusia antara 20 hingga 40 tahun memecah masuk gudang kilang berkenaan melalui pagar belakang kira-kira pukul 2.30 pagi. - Bernama

Saturday, October 6, 2012

Pengawal Keselamatan Dituduh Rompak RM1.23 Juta


Penyelia, Pengawal Keselamatan Dituduh Rompak RM1.23 Juta, Lepaskan Tembakan
TAIPING: Seorang penyelia syarikat swasta dan seorang pekerja syarikat keselamatan pada Jumaat dihadapkan ke Mahkamah Majistret terhadap pertuduhan merompak RM1.23 juta dan melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian seorang pemandu van pada 18 Sept lepas.
Cheah Cheong Tatt, 23, dan Mohd Hafizuddin Zainal Abidin, 25, didakwa dengan niat bersama merompak RM1,235,715 milik Safeguards G4S Sdn Bhd dan melepaskan tembakan dari senjata api dalam kejadian rompakan itu di hadapan pasaraya Giant,Jalan Tekah, Aulong di sini antara 2.20 petang dan 3.25 petang, 18 Sept lepas.
Mereka dituduh melepaskan tembakan itu dengan niat hendak menyebabkan kematian kepada Hasnul Hafis Saad, 28, yang merupakan pemandu van syarikat keselamatan itu yang membawa wang tunai berkenaan.
Cheah dan Mohd Hafizuddin didakwa mengikut Seksyen 3, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan dibaca bersama Seksyen 34, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua mereka selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Solehah Noratikah Ismail.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 6 Dis ini untuk sebutan semula kes itu bagi pihak pendakwaan mendapatkan laporan bedah siasat dan dokumen berkaitan.
Cheah dari Kulim, Kedah diwakili peguam C.P. Ang manakala Mohd Hafizuddin dari Sungai Siput, Perak tidak diwakili peguam bela. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim. BERNAMA

Friday, September 14, 2012

Pemilik Butik Dakwa Dipukau Lelaki Arab, Rugi RM7, 000


Seorang pemilik butik mendakwa dipukau seoranglelaki Arab dan kehilangan RM7,000 dalam kejadian di Taman Permint Indah disini, lewat petang Rabu.
Nurlida Mohd Nor, 41, ketika ditemui pemberita di sini, hari ini mendakwalelaki itu melarikan beg tangannya mengandungi wang tersebut yang diletakkan dibawah kaunter bayaran butik miliknya itu.
"Kira-kira pukul 6.30 petang lelaki itu memasuki butik bersama isterinyaberusia lewat 30an serta dua anak perempuannya. Lelaki itu berpura-pura memilih beberapa pakaian wanita untuk dihadiahkan kepada adiknya.
"Lelaki itu tanya sama ada saya terima wang dollar Amerika, saya jawab sayaterima wang ringgit dan lelaki itu yang bertentang mata dengan saya meminta izinkeluar selama 10 minit untuk menukar wang," katanya.
Beliau berkata dirinya kemudian terasa seolah-olah dipukau kerana tidak tahuapa-apa lagi selepas itu, sebelum mendapati keluarga Arab tersebut sudah tiadadalam butiknya.
Nurlida berkata anaknya berusia tujuh tahun yang turut berada di butiknyaberkata dia ternampak beg tangan miliknya dibawa lelaki itu namun tidak mampuberkata apa-apa.
"Saya kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungunkira-kira jam 8 malam (semalam)," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Dahlan Mohd Noor ketikadihubungi berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.
"Saya minta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polisberhampiran," katanya. BERNAMA

Wednesday, July 18, 2012

SEPANG:Pegawai Polis Maut Terjun Daripada Menara Telekomunikasi


Seorang pegawai polis membunuh diri dengan terjun daripada menara telekomunikasi berhampiran ibu pejabat polis daerah Sepang di sini, Rabu.
Pegawai polis yang berasal daripada Sabah itu dipercayai memanjat menara setinggi 60 kaki (18 meter) pada pukul 10.15 pagi sebelum terjun ke bawah 15 minit kemudian.
Bagaimana motif kejadian dan identiti mangsa masih belum dikenalpasti. -Mstar

Monday, July 16, 2012

KUALA TERENGGANU: Sarjan polis terima rasuah RM500


Seorang anggota polis wanita berpangkat sarjan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, Ahad selepas mengaku bersalah menerima suapan RM500 daripada seorang suspek penyalahgunaan dadah pada September tahun lepas.
Ketika menjatuhi hukuman itu, Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin turut memerintahkan Esah Ismail, 52, dari Kelantan, dikenakan hukuman penjara 10 bulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Mengikut fakta kes, Esah yang juga pegawai penyiasat kes di Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, dituduh menerima suapan daripada Zambri Sharifuddin yang didapati positif dadah selepas ujian air kencing dan meminta wang sebanyak RM1,000 untuk 'adjust' keputusan air kencing Zambri.
Namun bertindak atas aduan, ibu kepada tujuh anak itu ditangkap dalam satu kes perangkap oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Terengganu dan Esah didapati menerima wang perangkap berjumlah RM500 berdasarkan nombor siri wang perangkap adalah sama dengan senarai wang bertanda.
Tertuduh ditangkap dalam pukul 6.20 petang di Kedai Denova Beauty (Avon), Jalan Haji Jusoh, Jertih, Besut pada 11 Sept tahun lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Dalam rayuannya, Esah yang sebelum ini mempunyai rekod bersih sepanjang 31 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia dan pernah dianugerahi Pingat Jasa Kebaktian oleh Sultan Kelantan pada 2006, berkata beliau telah insaf dan memohon maaf kepada semua pihak atas perbuatannya itu.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Raya SPRM Zainal Ayop manakala Esah diwakili peguam Zamri Mat Nawang. -BERNAMA

Thursday, July 12, 2012

Polis Kenal Pasti Individu Hantar "Imam Mahadi" Ke Bangunan JPM


Polis telah mengenal pasti individu yang bertanggungjawab menghantar seorang lelaki dan seorang wanita di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lepas sebelum mereka mengamuk.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata, individu tersebut dikesan melalui siasatan polis sejurus selepas kejadian itu.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu terbabit kerana dikhuatiri akan menjejaskan siasatan.
"Kita sekarang sedang mencari pemilik kenderaan yang menghantar pasangan itu. Kita juga turut menyiasat latar belakang lelaki dan wanita yang mengamuk itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.
Pada hari berkenaan, Khalil Afandi Hamid, 47, yang mengaku dirinya "Imam Mahadi" dan pasangannya yang bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging mengamuk di perkarangan Kompleks B, JPM di Putrajaya.
Dalam kejadian 2.30 petang itu, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita berkenaan, bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama. - BERNAMA


kemaskini: Polis mengesahkan dua individu yang mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya kelmarin dihantar ke lokasi itu oleh isteri dan suami masing-masing.
Identiti mereka yang menghantar dua suspek itu dikenal pasti oleh polis berdasarkan siasatan yang dilakukan susulan kejadian itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan perkara itu, namun beliau enggan mengulas lanjut.-Utusan Malaysia

Tuesday, July 10, 2012

IPOH: Penyamun bas ditahan polis

Polis tahan empat lelaki rampas bas di IpohPolis tahan empat lelaki rampas bas di IpohPolis tahan empat lelaki rampas bas di IpohPolis tahan empat lelaki rampas bas di Ipoh
Polis menahan empat lelaki dipercayai terlibat dalam kes merampas bas milik syarikat Perak Transit Sdn Bhd dan mencederakan pemandu bas berkenaan, Khamis lepas.
   
Empat suspek berusia antara 26 dan 28 tahun itu ditahan di hadapan sebuah restoran di Medan Kidd di sini, awal pagi semalam.
   
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias berkata hasil siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara kedua-dua pihak dan ia tidak melibatkan unsur gangsterisme atau pun samun.
   
"Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.
   
Beliau berkata keempat-empat lelaki itu direman selama tujuh hari sehingga15 Julai ini bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 pagi, bas berkenaan dilarikan sekumpulan empat lelaki di persimpangan lampu isyarat di Jalan Sultan Yusof pada 5 Julai lepas, selepas membelasah pemandunya T. Manirajah, 50.
   
Suspek kemudiannya mengarahkan semua penumpang turun sebelum melarikan bas berkenaan.
   
Bas itu ditemui tersadai selepas merempuh tiang elektrik berdekatan Kompleks Islam Perak di Jalan Lim Bo Seng, di sini. - Bernama

Monday, July 9, 2012

Kenyataan Polis berkaitan dua penyerang (mengamuk) di JPM Putrajaya


Lelaki amuk di JPM dakwa 'Imam Mahadi'
Kereta Perodua Kancil mengalami kerosakan selepas diserang oleh lelaki yang mendakwa dirinya ‘Imam Mahadi’.
Pada 9/07/2012 jam l/kurang 1430 hrs bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA Saspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.

mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan.saspek lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.bila berada di dalam perkarangan kompleks B kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.

anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat darinpusat kawalan daerah polis putrajaya.apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai.

kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.anggota MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan saspek.anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh saspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.

kedua-dua saspek telah dibawa ke hospital PUTRAJAYA dapati saspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala saspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan.saspek lelaki telah meninggal di hospital.siasatan awal dapati saspektelah menggelarkan dirinya sebagai 'IMAM MAHADI ' manakala saspek perempuan masih menerima rawatan di hospital PUTRAJAYA.



sumber: PDRM

Putrajaya: dua merusuh di JPM serorang ditembak mati

Seorang lelaki dan wanita, dipercayai pasangan suami isteri, cedera ditembak selepas membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi meninggal dunia.

Satu kenyataan akhbar berhubung maklumat lanjut kes akan dimaklumkan sebentar lagi oleh Pusat Media Kuala Lumpur.
Difahamkan, pengawal keselamatan cuba menghalang mereka,namun kedua-duanya bertindak ganas dan memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan terbabit.

Cubaan polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas tidak diendahkan, sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan dan mengenai mereka.

Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri.

Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Kira-kira jam 2.30 petang sepasang lelaki dan perempuan telah menyerang kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya Parcel B.

Setakat ini belum ada pengesahan daripada pihak polis.

Pasangan itu menyelusup masuk kompleks JPM tetapi cara mereka melepaskan diri memasuki kompleks itu yang menempatkan pejabat Perdana Menteri masih belum dipastikan.

Menurut maklumat yang diperoleh, kejadian berlaku ketika kakitangan awam sedang pulang selepas keluar makan tengah hari.

Malah maklumat yang diperoleh juga menunjukkan selepas tiga kali amaran, tiga das tembakan dilepaskan oleh pihak polis di mana penjenayah lelaki telah ditembak di lengan dan kaki manakala perempuan terkena tembakan di kaki.

Motif serangan belum diketahui dan kereta polis juga diserang dan sebuah kereta Kancil milik orang awam juga turut dipecahkan cerminnya.-SH

Dua polis rompak 4 mat bangla


Dua anggota polis didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya kerana merompak empat Bangladesh menggunakan pistol.
Junaidi Awang, 33, dan Rasli Zainol Abidin, 40, dan dua yang lain yang masih bebas dituduh merompak Md Shafiqul Sheikh, Md Moshiur Rahman, Borhan Uddin Molla, dan Al Amien, dengan wang tunai RM592.
Kesalahan itu didakwa berlaku di aras bawah tanah Apartment Sri Ara di Jalan PJU 1A/5, Ara Damansara pada pukul 12.30 pagi pada 11 Julai tahun lepas.
Kedua-dua mereka tidak diwakili peguam, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum sehingga 20 tahun penjara dan denda, jika disabit kesalahan.
Hakim, Balqis Aini Mohd Ali membenarkan ikat jamin RM5000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan Ogos 10 untuk sebutan kes.- Ms

Friday, July 6, 2012

Pegawai SPRM didenda RM2.275juta dan penjara 13 tahun keranan rasuah


Seorang Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihukum penjara 13 tahun dan denda berjumlah RM2.275 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan rasuah tiga tahun lepas.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman itu ke atas M. Mohan, 39, selepas mendapati pihak pembelaan gagal Seorang Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihukum penjara 13 tahun dan denda berjumlah RM2.275 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan rasuah tiga tahun lepas.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman itu ke atas M. Mohan, 39, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan munasabah.
Bagi pertuduhan pertama, Mohan dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan denda RM1.25 juta atau 60 bulan penjara jika gagal membayar denda, penjara 13  tahun dan denda RM1 juta atau 50 bulan penjara jika gagal membayar denda itu bagi pertuduhan kedua dan penjara 13 tahun dan denda RM25,000 atau lapan bulan penjara jika gagal membayar denda bagi pertuduhan ketiga.
Bagaimanapun tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara 13 tahun selepas Hakim Azhaniz Teh memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak daripada tarikh jatuh hukum hari ini.
Peguam yang mewakili Mohan, R.Ratha Kirushnan, memohon kepada mahkamah supaya hukuman penjara dan denda ke atas anak guamnya ditangguhkan sementara menunggu rayuan.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nik Azrin Zairin Nik Abdullah berkata tiada keadaan istimewa yang membolehkan hukuman ke atas tertuduh ditangguhkan walaupun dia telah berkhidmat selama 18 tahun dengan SPRM.
Hakim Azhaniz Teh kemudian membenarkan hukuman penjara itu ditangguhkan tetapi menetapkan hukuman denda perlu dibayar pada hari ini selain mengarahkan tertuduh diikat jamin RM50,000.
Bagi pertuduhan pertama, Mohan didakwa meminta bagi dirinya suapan wang tunai RM250,000 daripada A. Sinnaiah sebagai dorongan untuk tidak meneruskan siasatan ke atas Sinnaiah, yang disyaki memberi rasuah kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa secara rasuah bersetuju menerima suapan wang tunai RM200,000 daripada Sinnaiah sebagai dorongan untuk  melakukan perkara yang sama.
Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan di pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam, antara 11 pagi dan 1 tengah hari pada  22 Okt 2009.
Mohan juga menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu memperoleh untuk dirinya suapan wang tunai RM5000 dari orang yang sama sebagai dorongan untuk melakukan perkara yang sama di Restoren Sri Paandi Corner. Pandan Indah, Ampang antara 11pagi dan 12 tghari pada 25 oktober 2009- Bernama

Pelajar simpan mayat bayi dalam beg sekolah


Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun telah menyimpan beg rakan sekelasnya untuk 17 jam tanpa menyedari di dalamnya terdapat mayat bayi yang baru dilahirkan.
Rakan sekelas itu telah diserahkan sebuah beg sejurus selepas rakannya melahirkan bayi perempuan di hostel sekolah berkenaan kira-kira pukul 1 pagi pada Selasa.
Doktor yang mendapat tahu mengenai kelahiran itu telah merawat gadis berkenaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini, apabila dia mengadu sakit perut.
“Satu pemeriksaan mengesahkan bahawa dia telah melahirkan bayi,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K. Manoharan pada Khamis.
“Pelajar perempuan itu memaklumkan bahawa dia menyimpan bayi itu di dalam beg sekolahnya.”
Doktor meminta pelajar itu untuk memanggil rakannya untuk membawa beg berkenaan ke hospital.
“Mereka menjumpai mayat bayi perempuan di dalam beg. Rakan pelajar itu mengalami trauma apabila difahamkan dia telah membawa beg yang mengandungi mayat seorang bayi,” kata Manoharan kepada pemberita.
Polis telah merampas gunting yang digunakan untuk memotong tali pusat bayi itu.
Manoharan berkata, bedah siasat menunjukkan bahawa bayi tersebut berjaya dilahirkan tetapi mempunyai kesan lebam di kepala dan terdapat air pada paru-parunya.
“Kami masih menyiasat punca kematian. Kes ini akan sedang disiasat atas sengaja menyebabkan kematian bayi,” kata beliau, sambil menambah pihak polis sedang mengesan bapa kepada bayi berkenaan atas tuduhan melakukan hubungan seks dengan perempuan bawah umur. 

Thursday, July 5, 2012

IPOH:Pemandu bas ekspres maut, 11 penumpang cedera


Seorang pemandu bas terbunuh manakala kesemua 11 penumpang bas itu cedera apabila kenderaan mereka naiki itu terbabit dalam kemalangan dengan dua buah lori di Km303.6 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Kampar awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Abdul Aziz Salleh berkata, mangsa yang terbunuh ialah Azizan Hamid, 51, dari Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Azizan yang mengalami cedera parah di kepala meninggal di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi.
Abdul Aziz berkata, kedua-dua pemandu lori itu hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital yang sama.
Kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 2.45 pagi, ketika bas Seri Maju itu yang membawa 11 penumpang sedang dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur apabila ia merempuh belakang sebuah lori yang tiba-tiba berhenti di lorong kecemasan.
Pada masa yang sama, bas tersebut dirempuh pula dari belakang oleh sebuah lori yang mengekorinya.
Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat turut dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam bas. - Bernama

Wednesday, July 4, 2012

Geng Nuar Rantau Panjang Penyamun perogol bersiri penuntut IPT diburu polis


gambar hiasan


Polis memburu dua suspek ahli kumpulan Geng Nuar Rantau Panjang yang dipercayai terbabit dalam kes rogol dan samun penuntut di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sekitar negeri ini.

Kejadian pertama berlaku pada 25 Jun lalu apabila seorang penuntut wanita yang sedang bertemu dengan teman lelakinya di sebuah kompleks kerajaan diculik dan dilarikan oleh empat lelaki kira-kira jam 1 pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, kumpulan terbabit yang menaiki sebuah kereta jenis Toyota Vios membawa mangsa ke sebuah rumah papan di Rantau Panjang, Klang sebelum dirogol bergilir-gilir dan kemudiannya disamun.

Menurutnya, kejadian kedua berlaku pada 29 Jun lalu kira-kira jam 11 malam, apabila seorang penuntut IPTA sekitar Shah Alam dirogol dan disamun ketika dalam perjalanan untuk membeli makanan.

Menurutnya, suspek turut merogol mangsa dua kali sebelum meninggalkannya dan susulan laporan dibuat, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Shah Alam berjaya menahan seorang suspek dipercayai terlibat dalam kes tersebut-SH

Polis koma ditembak polis


 Kes seorang anggota polis menembak rakan setugasnya akibat perselisihan faham ketika menonton perlawanan akhir bola sepak Piala Euro 2012 menerusi skrin besar sebuah premis hiburan di Johor Baharu awal pagi semalam merupakan satu kes jenayah.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata ini kerana kes itu melangkaui disiplin pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan boleh disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
"Kes itu akan disiasat oleh Polis Kontinjen Johor Baharu berdasarkan cadangan atau keputusan Jabatan Siasatan Jenayah kontinjen itu sendiri," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas kejadian itu.
Sehubungan itu beliau menasihatkan setiap pegawai dan anggota PDRM supaya bijak dan berhemah ketika menggunakan senjata api walau dalam keadaan apa sekalipun.
"Penggunaan senjata api ini tidak boleh disalah gunakan kerana ia (penggunaan senjata api) tertakluk kepada peraturan PDRM yang telah ditetapkan.
"Antaranya, pistol atau senjata api hanya diguna ketika menjalankan tugas-tugas rasmi serta perlu dipulangkan dan disimpan semula di tempat khas apabila tidak digunakan," katanya.
Dalam kejadian itu seorang konstable polis yang koma akibat terkena tembakan empat das yang dilepaskan rakan setugasnya selepas mereka berselisih faham ketika menonton perlawanan akhir bola sepak Euro 2012 antara Sepanyol dan Itali semalam. - BERNAMA

Tuesday, July 3, 2012

Rompakan bersiri mesin ATM - RM 1.17 juta lesap di Carrefour Wangsa Maju


 Polis, pada Selasa, menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes kecurian wang tunai berjumlah RM1.17 juta dari empat mesin juruwang automatik (ATM) di aras 1 pasar raya Carrefour, Wangsa Maju di sini, Ahad lepas.
Pasukan khas yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah kini sedang mengumpul maklumat dan masih melakukan siasatan terperinci bagi menyelesaikan kes berkenaan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata polis telah mengenal pasti suspek yang terlibat dan akan merakamkan keterangan beberapa orang saksi.
"Kita akan ambil keterangan mereka yang terlibat, dari pengawal keselamatan, pihak bank dan pekerja yang bertanggungjawab memasukkan wang ke dalam mesin ATM, saya percaya kita akan dapat menangkap suspek dalam masa terdekat," katanya dalam sidang media selepas melancarkan majalah Tinta Kor Suksis Universiti Malaya, di sini, Selasa.
Berhubung penahanan seorang warga Mesir, 31, berkaitan kes itu semalam, beliau berkata pihak polis telah membebaskan lelaki itu hari ini kerana tiada bukti kukuh untuk mensabitkan penglibatan warga Mesir itu.
"Kita telah bebaskan dia (warga Mesir) tiada alasan untuk tahan dengan lebih lanjut," katanya.
Mohmad berkata polis masih mengenal pasti sama ada beberapa kejadian kecurian wang di mesin ATM akhir-akhir ini dilakukan kumpulan sama berdasarkan modus operandi yang sama.
"Kita masih tidak dapat sahkan sama ada ia dilakukan kumpulan yang sama, kita masih siasat, masih terlalu awal untuk buat rumusan," katanya.
Kes rompakan Ahad lalu merupakan kes kelapan rompakan mesin ATM dilaporkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini yang membabitkan jumlah kerugian keseluruhan hampir RM1.8 juta.
Pada 22 Jun lepas, sekumpulan lelaki tempatan dikenali geng Oxy-gas menggunakan alat pencair besi mencuri mesin ATM bernilai RM80,000 dilarikan di pasar raya Giant, Taman Permata.
* 14 Jun, mesin ATM di Stesen Komuter Subang Jaya kerugian RM47,900 apabila dilarikan empat lelaki bertopeng menggunakan tali lebar dan kenderaan pacuan empat roda.* 1 Jun, mesin ATM di Bandar Baru Salak Tinggi kerugian RM37,520 dilarikan sekumpulan lelaki menggunakan kabel.* 26 Mei, sebuah mesin ATM di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Universiti rugi lebih RM61,000 apabila penjenayah menggunakan mesin mencairkan besi.* 25 Mei, sebuah mesin ATM di sebuah kompleks membeli-belah di Balakong, dekat sini, dilarikan dengan nilai RM200,000 setelah ia digerudi penjenayah.* 29 April, sebuah mesin ATM di di Mid Point, Ampang kerugian RM190,000 selepas diumpil oleh penjenayah. - BERNAMA

Anggota Polis parah ditembak


 Seorang anggota polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah Ibupejabat Polis Daerah Nusajaya bertarung nyawa selepas ditembak empat kali di luar sebuah pusat hiburan di Nusa Bestari pagi tadi.
Konstabel Snilus Lembik, 24, yang berasal dari Salim, Sibu, Sarawak ditembak apabila seorang lelaki merampas pistolnya dan menembak bahagian perutnya sebanyak empat kali.

Kejadian berlaku kira-kira 4 pagi apabila dikatakan timbul satu pergaduhan antara mangsa dengan lelaki tersebut yang dipercayai mabuk selepas minum di pusat hiburan itu yang terletak di tingkat satu premis berkenaan, ketika\ berlangsung perlawanan akhir Piala Euro 2012 antara Sepanyol dan Itali.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Supt Noor Hashim Mohamed yang mengesahkan kejadian itu berkata polis sampai ke tempat kejadian beberapa minit selepas dimaklumkan mengenai pergaduhan itu.

"Kita telah menahan suspek yang berusia 20-an itu," katanya.

Menurut beliau, Snilus yang kini berada di dalam keadaan koma ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah di sini. Kes diklasifikasikan sebagai cubaan bunuh di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, ibu bapa Snilus sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan akan tiba di Lapangan Terbang Senai malam ini. Snilus yang masih bujang telah bertugas sebagai anggota polis hampir tiga tahun. - Bernama

halaman