Friday, October 15, 2010

KES SOSILAWATI: TERTUDUH DIHUKUM PENJARA 7 TAHUN

Dua lelaki hari ini dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Datok di Banting atas tuduhan melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

K Sarawanan, 19, dan U Suresh, 26, yang masing-masing menghadapi empat pertuduhan melupuskan bahan bukti, didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan.

Majistret Hurman Hussain menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap.

Mereka merupakan antara lapan orang yang ditahan di antara 9 dan 12 September lalu bagi membantu siasatan polis berikutan laporan kehilangan Sosilawati pada 30 Ogos lalu.

Pada Rabu, peguam N Patmanabhan, pekerja ladang T Thilaiyalagan, 19, R Matan, 20, dan R Khatavarayan, 30, didakwa di mahkamah yang sama atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai Bank CIMB Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsudin, 44.

- Bernama

KES SOSILAWATI: TERTUDUH KE PENJARA SG.BULUH

KATHAVARAYAN (depan), Matan (tengah) dan Thilaiyalagan (belakang) ketika dibawa
ke Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting kelmarin.


Selepas 46 hari ditahan reman dalam lokap polis bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga rakannya, peguam N. Pathmanabhan kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Peguam berusia 41 tahun itu dipindahkan ke Penjara Sungai Buloh selepas dia bersama tiga pekerjanya, R. Kathavarayan, 30, R. Matan, 20, dan T. Thilaiyalagan, 19, didakwa atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik itu dan tiga lelaki lain di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, Selangor kelmarin.

Keempat-empat tertuduh tersebut tiba di kompleks penjara itu kira-kira pukul 1 petang kelmarin.

Selain Sosilawati yang menjadi mangsa bunuh, pemandunya, Kamarudin Shansudin, 44, peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, turut menerima nasib yang sama dengan Sosilawati.

Pathmanabhan, graduan undang-undang dari Universiti Bond, Australia, ditahan pada 11 September lalu bersama tujuh yang lain ekoran laporan kehilangan Sosilawati dan tiga rakannya ketika mereka ke Banting bagi melakukan satu urusan perniagaan.

Sebelum didakwa kelmarin, peguam itu bersama tiga pekerja ladang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan lokap Balai Polis Putrajaya.(Berita Kosmo)

Thursday, October 14, 2010

kes sosilawati; 3 dibebas

Polis semalam membebaskan seorang wanita dan dua lelaki yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Menurut laman web Polis Diraja Malaysia dalam fFacebook, pembebasan wanita itu dibuat dengan bon mahkamah manakala dua lelaki berkenaan dengan jaminan polis selepas empat suspek kes itu didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting di Selangor, pagi semalam.

Difahamkan wanita itu, Jesyntha Clarene Isreal, 27, dan adik lelaki Patmanabhan serta seorang lagi lelaki, dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, tengah hari semalam.

Dua suspek lain masih ditahan reman sehingga esok.

Laporan Perbicaraan liwat Anwar Ibrahim

"Terdapat tanda-tanda ada inisiatif daripada pihak atasan,” kata Karpal.

Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata beliau memandang berat perkara berkenaan.

Hakim Zabidin membenarkan Karpal mengemukakan permohonan menghina mahkamah itu.

Mahkamah bersambung dengan saksi pendakwa yang ketiga iaitu Dr Siew Sheue Feng.

9.58am: Dr Siew, 40, berkata beliau telah mengendalikan antara 200 hingga 300 kes forensik. Dia juga telah mengendalikan kira-kira 20 kes liwat.

Katanya, dia merawat Saiful Bukhari pada 28 Jun tahun lalu di jabatan kecemasan hospital berkenaan.

10.06am: Dr Siew berkata polis memberi taklimat kepada mereka berhubung kes berkenaan.

Ketiga-tiga doktor itu - Dr Siew, Dr Khairul Nizam dan Dr Razali - kemudian membincangkan tugas masing-masing dalam memberikan rawatan dan mengendalikan kes.

"Saya diberi tanggungjawab kendalikan spesimen yang diambil dari mangsa,” katanya.

"Saiful beri kebenaran untuk dirinya diperiksa dan gambar dirakamkan di bahagian kemaluannya. Kebenaran juga diberikan untuk mengambil spesimen.”

Dr Siew berkata Saiful menceritakan bahawa dia diliwat 'beberapa' kali oleh seorang individu berprofil tinggi - kali terakhir adalah pada 26 Jun 2008.

"Individu berprofil tinggi itu tidak menggunakan kondom.”

Karpal kemudian memohon jumlah kali Saiful dakwa dirinya diliwat itu dikeluarkan.

10.15am: Hakim Mohamed Zabidin memutuskan bilangan kali Saiful memaklumkan kepada doktor yang dia diliwat dikeluarkan kerana ia tidak dicatatkan dalam borang pendakwaan.

10.35am: Dr Siew berkata Dr Mohd Razali menceritakan bahawa dia mengambil calitan kapas di kawasan sekitar dubur Saiful. Katanya, Dr Razali juga mengambil contoh calitan dari kawasan peri-anal.

Menurut saksi itu, rakannya Dr Khairul Nizam pula mengambil sampel darah dari Saiful dan menggunakan calitan kapas untuk mengambil sampel dari puting Saiful.

10.39am: Semua sampel dimasukkan ke dalam bekas plastik dan ditutup rapi serta ditandatangani oleh Saiful dan tiga doktor berkenaan.

Dr Siew bersetuju siasatan awal menunjukkan tiada tanda-tanda kecederaan di badan mahupun di kawasan dubur Saiful.

10.49am: Dr Siew berkata sampel daripada empat calitan kapas menunjukkan kehadiran air mani. Calitan kapas itu diambil dari sekitar kawasan dubur iaitu bahagian atas, bawah dan juga peri-anal.

"Ini menunjukkan ada kesan tusukan zakar berikutan penemuan sampel air mani lelaki,” katanya.

10.54am: Dr Siew mengakhiri keterangannya dan beredar dari kandang saksi. Peguam Karpal Singh memaklumkan beliau berhak menyoal-balas doktor dari HKL kemudian hari nanti.

Mahkamah berehat seketika.

11.13am: Giliran seorang lagi doktor dari HKL memberi keterangan - Dr Khairul Nizam Hassan sebagai saksi seterusnya.

11.19am: Dr Khairul Nizam, 40 berkata beliau telah mengendalikan 20 kes liwat dan merawat Saiful pada 28 Jun 2008.

Ketika itu, Saiful memakai kemeja putih yang berlengan panjang dan jaket hitam.

9:41am
Mahkamah mula bersidang dengan hakim Datuk Mohamad Zabidin mengambil tempatnya.

9:47am: Karpal berkata tindakan menghina mahkamah akan dikenakan ke atas Rahimi berhubung kenytaannya kepada media.

"Dia adalah saksi potensi kami. Kami bimbang, mungkin lebih ramai akan paling tadah.


Kes Aminurasyid: tertuduh mahir guna senjataapi

Seorang saksi pendakwaan ke-10 memberitahu Mahkamah Sesyen, Koperal Jenain Subi yang menghadapi tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah pada 26 April lalu merupakan seorang yang mahir menggunakan senjata api.

Mohd. Sani Mohd. Hassan, 51, memberitahu, beliau membuat rumusan itu berdasarkan pemarkahan latihan menembak yang dijalankan pada tiga siri latihan menembak yang diadakan iaitu dua sesi pada tahun lalu dari 5 hingga 7 Oktober dan 23 hingga 30 November.

Satu sesi lagi pada 13 hingga 15 Mac tahun ini. Sem

ua latihan menembak itu diadakan di Lapang Sasar Jeram, Kuala Selangor dan Kuala Kubu Bahru, Hulu Selangor.

“Orang kena tuduh mahir mengendalikan senjata api dan beliau ahli tembak berdasarkan markah latihan menggunakan sub-mesingan Heckler & Koch MP5 (SMGHKMP5),” katanya di hadapan Hakim Latifah Mohd. Tahar.

Dalam kejadian pada 26 April lalu, Aminulrasyid mati terkena tembakan semasa dia dan rakannya cuba melarikan diri daripada dikejar oleh kereta peronda polis di Jalan Tarian, Seksyen 11 di sini.

Ekoran insiden itu, Koperal Jenain Subi, 48, daripada Unit Kereta Peronda IPD Shah Alam didakwa telah menyebabkan kematian remaja berkenaan.

hanya 4 dari 8 orang didakwa bunuh sosilawati

PATHMANABHAN tiba di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting untuk mendengar pertuduhan membunuh Sosilawati dan tiga lelaki lain semalam.

Selepas genap sebulan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, peguam N. Pathmanabhan serta tiga pekerjanya dibawa ke Mahkamah Majistret Telok Datok di sini semalam bagi menghadapi tuduhan membunuh jutawan kosmetik tersebut dan tiga rakannya pada bulan Ramadan lalu.

Tiga lagi tertuduh yang didakwa bersama N. Pathmanabhan, 41, ialah pekerja ladang milik peguam berkenaan iaitu T. Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Kathavarayan, 30.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh yang kelihatan tenang semasa pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Malaysia untuk Pathmanabhan dan bahasa Tamil untuk tiga yang lain.

Kesemua tertuduh didakwa dengan empat tuduhan yang dibacakan berasingan iaitu membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamarudin Shansudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara pukul 8.30 malam dan pukul 9.45 malam 30 Ogos lalu iaitu pada hari ke-20 Ramadan.

Mereka berhadapan dengan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Majistret Hurman Hussain menetapkan 16 Disember depan untuk sebutan semula kes setelah membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff yang memerlukan tempoh dua bulan bagi mendapatkan laporan kimia.

Wednesday, October 13, 2010

mangsa liwat Anwar dan kisah rahimi dan wong chee keong

Selangordaily.com melaporkan seorang lelaki bernama Rashid telah membuat satu laporan polis terhadap salah laku seks Anwar Ibrahim.

Rashid dikatakan telah membuat laporan polis pagi tadi di Shah Alam.

Jika tidak silap kami Rashid adalah seorang bekas banduan yang pernah sama-sama menjalani hukuman dengan Anwar di penjara Sungai Buloh.

Semasa di dalam penjara Rashid bertindak sebagai tukang urut Anwar. Selepas keluar penjara (tidak pasti siapa dulu dibebaskan) Rashid diambil bekerja di rumah Anwar.

Wan Azizah tidak berpuashati (cemburu) dengan kehadiran Rashid dan mengarahkan Anwar mengeluarkan Rashid dari rumahnya dalam tempoh 24 jam.

Selepas dikeluarkan dari rumahnya, Rashid diletakkan di pejabat PKR di PJ. Selepas pru ke 12 pada 2008, Anwar memindahkan Rashid ke kondominium dimana Saiful diliwat.

Kami akan berusaha untuk mendapatkan butiran lanjut.

seorang lelaki bernama Rashid telah membuat satu laporan polis terhadap salah laku seks Anwar Ibrahim.

Rashid dikatakan telah membuat laporan polis pagi tadi di Shah Alam.

Jika tidak silap kami Rashid adalah seorang bekas banduan yang pernah sama-sama menjalani hukuman dengan Anwar di penjara Sungai Buloh.

Semasa di dalam penjara Rashid bertindak sebagai tukang urut Anwar. Selepas keluar penjara (tidak pasti siapa dulu dibebaskan) Rashid diambil bekerja di rumah Anwar.

Wan Azizah tidak berpuashati (cemburu) dengan kehadiran Rashid dan mengarahkan Anwar mengeluarkan Rashid dari rumahnya dalam tempoh 24 jam.

Selepas dikeluarkan dari rumahnya, Rashid diletakkan di pejabat PKR di PJ. Selepas pru ke 12 pada 2008, Anwar memindahkan Rashid ke kondominium dimana Saiful diliwat.

Kami akan berusaha untuk mendapatkan butiran lanjut.

Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong enggan mengesah atau menyangkal dakwaan balas bahawa Rahimi Osman - bekas pembantu ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim - tidak dipaksa atau dikurung.

Wee (bawah, kiri) berkata peranannya dalam hal ini hanya terhad sebagai pesuruhjaya sumpah yang menyaksikan Rahimi menandatangani satu akuan bersumpah pada 29 Jun 2008.

"Rahimi hanya menyatakan dalam akuan bersumpah itu bahawa dia bimbangkan keselamatan dirinya. Tidak ada (di dalamnya) yang melibatkan orang lain," kata Wee kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Rahimi menjadi tumpuan Rabu lalu, apabila dia menuduh peguam Latheefa Koya dan yang lain, menahannya di Hotel Quality, Shah Alam dan memaksanya untuk menandatangani akuan bersumpah palsu.

ibrahim Ali: Saya tak ada hal lucut datuk

Apapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka,” kata Ibrahim Ali dalam reaksinya ketika gelaran datuk ditarik balik oleh sultan Kelantan hari ini.Mengulas lanjut, Ibrahim berkata beliau tidak terkejut dengan keputusan berkenaan dan menyifatkan tindakan itu sebagai trend di Kelantan.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali tidak kecewa berhubung keputusan Istana Kelantan menarik balik anugerah gelaran Darjah Jiwa Mahkota Kelantan (DJMK) yang membawa gelaran Datuk Paduka daripadanya, sebaliknya menyifatkan tindakan berkenaan sebagai perkara kecil.


Apa cerita nie..Pak Brahim..Sultan pun murka dengan mu...
bayangkan bila ibrahim ali tak ada gelaran datuk....
hampeh....apa pun tak laku...
Ish..Ish...Ish...jangan kuat temberang....

kes aminurashid; kereta ditembak bertalu-talu

JENAIN (tengah) diiring keluar selepas perbicaraan kes Aminulrasyid

di Mahkamah Sesyen Shah Alam ditangguhkan semalam

.Mahkamah Sesyen di sini semalam dimaklumkan bahawa berbelas-belas kesan tembakan dirakam pada bahagian belakang kereta Proton Iswara yang dipandu Aminulrasyid Amzah pada hari mangsa (Aminulrasyid) ditembak mati enam bulan lalu.

Seorang jurufoto polis, Detektif Lans Koperal Ahmad Zamzami Abdul Wahab, 25, yang bertugas di Cawangan Foto Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dalam keterangannya berkata, gambar-gambar tersebut diambil di antara pukul 2 dan 6 pagi 26 April lalu iaitu pada hari kejadian.

Dia yang merupakan saksi pendakwaan kedua (SP2) bagi kes Aminulrasyid, 15, yang ditembak mati semasa dikejar oleh sebuah kereta peronda polis turut memberitahu, antara gambar yang dirakam termasuk belakang kereta iaitu bawah but sebelah kiri, ekzos dan tempat letak barang bahagian luar kereta.

“Turut diambil gambar ialah lampu isyarat sebelah kanan, rim tayar belakang sebelah kanan, plat nombor pendaftaran, bawah tangki minyak dan lain-lain,” katanya di hadapan Hakim Latifah Mohd. Tahar.

Menurutnya, dia juga ada merakamkan foto sebilah parang yang terletak di bawah tempat duduk penumpang hadapan kereta Proton Iswara itu.

“Selepas anggota forensik selesai membuat tanda, saya diarah oleh pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Ahmad Fauzi untuk merakamkan gambar di tempat kejadian.

“Antara gambar yang diambil dengan menggunakan kamera digital ialah gambar jalan, pokok yang dilanggar, keadaan dalam kereta, kelongsong peluru dan mangsa. Sebanyak 41 keping gambar dirakamkan,” ujarnya.

pembunuh sosilawati didakwa hari ini

NONEPeguam, N Pathmababhan dan tiga yang lain dituduh di Mahkamah Majistret di sini, sebentas tadi atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
N. Pathanabhan diiringi polis ke Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting di Selangor, Rabu. Peguam itu dan tiga lagi didakwa atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yg dilaporkan hilang bersamanya. Turut didakwa ialah T.Thilaiyalagan, R.Matan dan R.Kathavarayan.

Dua peguam yang mewakili dua peguam adik beradik yang menjadi suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain tiba di Mahkamah Majistret Telok Datuk, pagi ini.

Amer Hamzah Arshad dan Ravi Nekoo tiba kira-kira jam 8.30 pagi yang dijangka bagi mewakili dua anak guamnnya bersama dua suspek lain yang dilaporkan akan didakwa di mahkamah hari ini.

halaman