Friday, May 25, 2012

Nora Danish mabuk hingga terselak nampak seluar dalam


Nora Danish bertopi

Geng Wan Tongek curi motosikal ditumpaskan Polis

 Polis menumpaskan geng curi motosikal dikenali sebagai 'Geng Wan Tongek, yang bergiat aktif di sekitar Ampang, dengan tertangkapnya tiga lelaki Rabu lepas.
   
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata ketiga-tiga lelaki berusia antara 19 dan 25 tahun itu ditahan di Kampung Indah di sini.
   
Beliau berkata dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Indah 2, Kampung Indah, yang dipercayai dijadikan bengkel haram itu, polis turut merampas lapan motosikal, 11 rangka motosikal serta pelbagai komponen motosikal yang dipercayai barang curi.
   
Tangkapan dibuat oleh pasukan Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Ampang susulan aduan orang awam. Kesemua suspek didapati baru dibebaskan daripada tahanan di bawah Ordinan Darurat, dua bulan sebelum ini, katanya pada sidang media di sini hari ini. 
   
Amiruddin berkata ekoran rampasan itu, polis berjaya menyelesaikan 10 kes curi motosikal di kawasan Ampang Jaya sejak enam bulan lalu.
  
"Kesemua mereka adalah penganggur. Hasil penahanan mereka, polis menemui semula pelbagai motor dan barangan aksesori motosikal yang dipercayai dicuri bernilai keseluruhan RM60,000," katanya.
   
Beliau berkata mereka ditahan reman sehingga Ahad ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 29(1) Kanun Keseksaan.
   
Sementara itu, Polis Ampang Jaya menumpaskan satu lagi kumpulan, yang terdiri daripada tiga lelaki tempatan, kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah.
   
Amiruddin berkata polis turut menemui pelbagai barang curi termasuk komputer riba, telefon bimbit, kamera, jam tangan, beberapa kad kredit dan kunci kereta di sebuah rumah di Taman Bukit Cheras pada kira-kira 1 pagi semalam.
   
Hasil siasatan lanjut, polis menemui dua buah kereta jenis Naza Ria dengan nombor pendaftaran palsu yang dilaporkan hilang sebelum ini di Ampang.
   
Menurutnya, kesemua suspek mempunyai kes jenayah lampau, termasuk kes dadah dan pecah rumah.
   
"Mereka ini juga didapati positif dadah (daripada hasil ujian air kencing)," katanya. - Bernama

Lelaki tempatan dibunuh, kepala hancur perut terburai di Kapar Klang.

Kepala hancur, perut terburai akibat ditetakPasukan Forensik melakukan pemeriksaan terhadap mayat mangsa yang dibunuh di sebuah ladang kelapa sawit, di Klang semalam.


Seorang lelaki dibunuh kejam apabila kepalanya hampir hancur ditetak manakala perutnya terburai, dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Akob, Bukit Kapar, semalam.

Mayat mangsa berusia dalam lingkungan 40-an itu ditemui terbaring seorang pemilik ladang, kirakira jam 8.30 pagi semalam. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong berkata, polis dari Balai Polis Kapar dikejarkan ke lokasi selepas menerima maklumat daripada pemilik ladang berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati terdapat lebih lima kesan tetakan yang dalam di kepala mangsa. Perutnya juga terburai. “Senjata yang digunakan penjenayah tidak ditemui di lokasi kejadian,” katanya semalam.

Menurutnya, mangsa dipercayai dibunuh kurang 24 jam berdasarkan keadaan darah yang masih baru. Mohamad Shukor berkata, mayat mangsa ditemui memakai baju hitam, seluar hijau dan berjaket coklat serta berkasut kanvas.

“Mangsa merupakan warga tempatan, namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui,” katanya.

Beliau berkata, polis menyiasat motif pembunuhan dan masih mengesan penjenayah yang terlibat. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Wednesday, May 23, 2012

Lapan Warga Pakistan Fail Saman Kerajaan Tuntut RM40 Juta


 Lapan lelaki warga Pakistan, pada Rabu, memfail saman terhadap dua pengarah syarikat pengangkutan, menteri dalam negeri dan kerajaan Malaysia serta lapan yang lain bagi menuntut ganti rugi RM40 juta terhadap dakwaan antaranya dengan salah, menculik dan mengurung mereka.
Tuntutan ganti rugi itu juga atas kerosakan harta benda, penderaan, salah tangkapan dan ugutan.
Lapan plaintif itu ialah Rajid Ali, Rahman Sadieq, Waqar Ali Abdul Rahman, Abdul Samad, Akmal Hussain, Syed Waqar Ali, Khalid Hussain dan Imran Khan.
Mereka diwakili peguam Ravi Sodhi dan memfail saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Watsons Peters & Mohd Fuad.
Kesemua plaintif yang berusia antara 22 dan 41 tahun itu menamakan 12 defendan antaranya dua pengarah syarikat VK Transport Sdn Bhd iaitu N. Kuppan, 56, dan K. Homanath, 21, syarikat VK Transport Sdn Bhd, menteri dalam negeri, Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah Kuala Lumpur, R. Jevan, 37, dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.
Dalam pernyataan tuntutan itu, plaintif mendakwa mereka disalah tangkap untuk tempoh 12 hari kerana disyaki melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Mereka mendakwa insiden berkenaan menyebabkan mereka mengalami kerugian, kerosakan dan penderaan mental.
Mereka memohon ganti rugi sebanyak RM40 juta, ganti rugi teladan, faedah, kos dan juga lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah. - BERNAMA

Polis tumpaskan geng samun dan curi kereta selangor


Polis menahan lapan lelaki berusia antara 20 hingga 28 tahun dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun dan curi kereta di sekitar Selangor, semalam.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahalan berkata mereka ditahan pada pukul 9.30 pagi di sebuah hotel di Ipoh  dan polis menemui lima buah kereta curi di kawasan letak kereta hotel berkenaan.
Beliau berkata kereta jenis Proton Wira, Toyota Hilux, Mitsubishi dan dua buah BMW yang ditemui itu dilaporkan dicuri dan disamun di Cheras dan Petaling Jaya.
"Sebelum ini, polis trafik yang membuat rondaan di sekitar bandar raya ini mendapati mereka dalam keadaan mencurigakan lalu membuat siasatan dan mendapati mereka terlibat dalam kegiatan menyamun dan mencuri kereta," katanya pada sidang media di Ipoh, hari ini.
Beliau berkata kumpulan itu bergerak dari satu negeri ke negeri lain untuk melakukan samun kerana polis turut menemui beberapa bilah parang di dalam sebuah kereta yang ditemui itu. Mereka direman seminggu untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

Bersih 3. Kerajaan saman S.Ambiga dan 9 lain


Kerajaan telah memfailkan saman terhadap Pengerusi Bersama Bersih S. Ambiga dan sembilan yang lain terhadap kerugian RM122,000 yang dikatakan ditanggung semasa Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April.
Saman tersebut mendakwa Penganjur Bersih Bersih 3.0 telah gagal untuk mengawal orang ramai dengan berkesan dan gagal untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan perhimpunan tersebut berjalan secara aman.
Saman itu ditetapkan untuk sebutan pada 13 Jun sebelum Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Prasad Sandosham Abraham.
Saman itu telah difailkan pada 15 Mei tetapi writ saman disampaikan kepada Ambiga, Rabu.

Rumah Urut: Selangor akan rampas premis

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakan merampas premis yang dijadikan tempat operasi rumah urut yang tidak sah itu boleh dilaksanakan berdasarkan undang-undang sedia ada.
Katanya kerajaan negeri memandang serius isu kewujudan rumah urut yang berleluasa di negeri itu dan memberi amaran bahawa risiko menjalankan perniagaan rumah urut haram tidak hanya akan ditanggung oleh pengendali malah pemilik premis.

Jumlah rumah urut yang semakin bertambah di Selangor membimbangkan banyak pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwapusat-pusat urut tumbuh bagai cendawan sehingga merebak ke kawasan penempatan setinggan sejak kebelakangan ini.
Menurut mereka, di kawasan Pandan Indah sahaja, terdapat lebih 80 pusat urut dan lebih 200 pusat urut beroperasi di Klang selain berpuluh-puluh lagi di Kuchai Lama, Damansara dan Ampang Jaya.
Sebuah akhbar berbahasa Melayu pada Selasa melaporkan bahawa di Kuala Selangor terdapat enam pusat urut beroperasi dalam satu kawasanperdagangan yang baru dibuka manakala pusat urut juga dibuka di kawasan luar bandar iaitu tiga di Sekinchan, Sungai Besar (dua) dan masing-masing satu di Sabak Bernam dan Tanjong Karang.

halaman