Tuesday, November 29, 2011

lelaki mati dalam lokap

police polis logoSeorang lelaki yang disyaki penagih dadah meninggal dunia selepas pengsan di pusat tahanan sementara Bukit Jalil petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki berumur 50 tahun itu ditemui pengsan di lokapnya pada 3.45 petang sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur oleh anggota polis yang bertugas.

"Bagaimanapun, doktor yang merawatnya mengesahkan lelaki itu meninggal dunia pada 4.14 petang di bilik kecemasan.

"Siasatan awal mendapati si mati tidak mengalami sebarang kecederaan luaran dan ditahan atas reman kes narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras sejak 23 Nov lepas," katanya dalam khidmat sistem pesanan ringkas malam tadi.-Bernama

Monday, November 28, 2011

jangan minta mati


Islam Melarang Umatnya Memohon Untuk Mati
Hadith:
RASULULLAH saw bersabda bermaksud: "Janganlah ada diantara kamu yang bercita-cita hendak mati. Sekiranya ia seorang yang baik mudah mudahan ia dapat menambahkan lagi kebaikan, dan sekiranya ia seorang yang jahat mudah mudahan ia dapat bertaubat kepada Allah."
Riwayat: Riwayat Hadith Al-Bukhari dan Muslim
Huraian Hadith:
1. Haram hukumnya bagi seseorang muslim bercita cita dan berdoa untuk mati apabila hidup didalam kesengsaraan dan menderita.
2. Setiap mukmin yang panjang umurnya mempunyai banyak peluang untuk ia beramal ibadat kepada Allah sebagai bekalan di akhirat nanti.
3. Islam tidak membenarkan umatnya bercita cita untuk mati, tetapi menggalakkan umatnya supaya bercita cita untuk menambahkan ilmu pengetahuan demi kemajuan ummah.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Saturday, November 26, 2011

Duit jatuh dari langit

Duit jatuh dari langit
Pelik tapi benar, itulah yang didakwa sebuah keluarga di Taman Kledang,SUNGAI SIPUT (U) apabila menyaksikan kejadian luar biasa duit syiling dipercayai jatuh dari langit.

Kejadian itu berlaku sejak seminggu lalu, apabila kanak-kanak berusia 10 tahun, S Vishnu Nair, mendakwa melihat satu cahaya dari langit dan selepas itu duit syiling mulai jatuh serta ia tidak diketahui dari arah mana.

Sehingga semalam, duit syiling yang jatuh di halaman rumah keluarga itu sudah berjumlah RM5.60 dan terdapat sekeping duit syiling dari India serta Singapura.

Agak mengejutkan ketika kunjungan Sinar Harian di lokasi turut menyaksikan kejadian duit syiling 20 sen tiba-tiba terjatuh.

Vishnu Nair berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 6.30 petang pada Khamis lalu dan ketika itu hujan renyai-renyai.

Menurutnya, terkejut dengan kejadian pelik itu, dia memberitahu kepada ibunya, tetapi ia dianggap satu pembohongan.

“Selepas memberitahu ibu, dia tidak percaya, saya terus membawa duit syiling 20 sen ke kedai runcit dan membeli gula-gula.

“Peliknya selepas itu duit syiling terjatuh termasuk 10 sen dan 5 sen, selepas itu ia disaksikan ibu serta ahli keluarga lain,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, kelmarin.

Katanya, kejadian berkenaan biasa berlaku pada waktu senja dan malam tetapi kadang-kala waktu siang juga pernah berlaku.

Sementara itu, ibunya, S Abirami, 29, berkata, perkara itu memang sukar dipercayai sehingga dia dan saudara mara melihat sendiri duit itu terjatuh tetapi tidak tahu dari mana datangnya.


Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 24, 2011















Bekas ASP dipenjara

Seorang bekas pegawai polis berpangkat ASP dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan didenda RM105,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan rasuah melibatkan RM21,000 tiga tahun lepas.
Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu terhadap Abdul Jalil Johari selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
"Selepas meneliti keterangan saksi-saksi pembelaan termasuk tertuduh, mahkamah mendapati pembelaan tertuduh tidak berasas dan tidak boleh dipercayai dan tertuduh didapati bersalah selepas saksi yang dikemukakan gagal mempengaruhi dan meyakinkan mahkamah," katanya.
Bagi pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM30,000, atau lima bulan penjara terhadap Abdul Jalil jika dia gagal membayar denda, manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM75,000, atau lapan bulan penjara jika dia gagal membayar denda.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman bagi kedua-dua pertuduhan berjalan secara serentak mulai hari ini.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi, dan jaminan terhadap tertuduh dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM20,000.Mengikut pertuduhan, Abdul Jalil, 56, yang sebelum ini bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, dituduh bersetuju menerima RM6,000 daripada Ketua Pegawai Eksekutif SPK Technology, Rio Kamal Yuhya Sharifuddin, sebagai dorongan untuk menarik balik tiga pertuduhan yang dihadapi anak perempuan Rio Kamal Yuhya, Rio Elani, yang didakwa mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Gallery Lounge, Hotel Dynasty, Jalan Ipoh di sini pada 11.30 malam, 1 April 2008.Bagi pertuduhan kedua, Abdul Jalil didakwa cuba memperoleh wang suapan RM15,000 daripada Rio Kamal Yuhya melalui perbualan telefon bagi tujuan yang sama pada 9.30 malam, 21 Mac 2008.
Kedua-dua pertuduhan itu adalah mengikut Seksyen 11(a) dan Seksyen 10(a)(bb)Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, atau mana-mana yang lebih tinggi.
Seramai 23 saksi dikemukakan pegawai pendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ali Akhbar Mohd Noor, manakala peguam Gurbachan Singh memanggil dua saksi pembelaan. - BERNAMA

Thursday, November 24, 2011

Anugerah AIM 18 Yuna ditarik balik

 Penyanyi popular negara yang mula mencipta nama negara di Amerika Syarikat, Yuna mengesahkan trofi Lagu Terbaik yang dimenanginya pada Anugerah Industri Muzik Ke-18 (AIM-18) dua minggu lalu ditarik balik.
Yuna yang merangkul trofi berkenaan menerusi lagu Penakut mengakui perkara itu menerusi laman Twitternya semalam.
Bagaimanapun penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Berita Harian 2010 itu enggan mengulas mengenai penarikan balik trofi, sebaliknya meminta persoalan dianjukan kepada penganjur iaitu Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), lapor Berita Harian.
Satu sidang media oleh penganjur akan diadakan di sini petang ini.
Laporan media sebelum ini menyebut ada dakwaan kononnya ada kesilapan pada perkiraan sehingga lagu Penakut diumumkan lagu terbaik keseluruhan AIM-18, sedangkan ia tidak pun memenangi lagu terbaik kategori yang ditandingi.
Lazimnya Lagu Terbaik akan dipilih daripada pemenang kategori Lagu Pop, Rock, Nasyid mahupun Etnik Terbaik.
Jika diikutkan, Lagu Terbaik AIM-18 sepatutnya menjadi rebutan antara Sedetik Lebih yang memenangi Lagu Pop Terbaik, Pelita (Rock), Pedoman (Nasyid) dan Joget Tak Senang Hati (Etnik).

Wednesday, November 23, 2011

UIA permainkan Tim.Menteri Pengajian Tinggi Saifuddin

Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menegaskan penangguhan majlis yang sepatutnya dihadiri Timbalan Menteri Pengajian Tinggi malam kelmarin adalah berdasarkan keputusan sebulat suara pengurusan pusat pengajian tinggi itu dan tidak melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi.
Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menegaskan penangguhan majlis yang sepatutnya dihadiri Timbalan Menteri Pengajian Tinggi malam kelmarin adalah berdasarkan keputusan sebulat suara pengurusan pusat pengajian tinggi itu dan tidak melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi.

Menurut Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, UIA telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan program berkenaan, sebaliknya memutuskan untuk menangguhkan semua program dan majlis yang menyentuh Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sehingga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi kenyataan berkaitan undang-undang itu.
Difahamkan Najib akan membuat satu pengumuman berkenaan AUKU dalam waktu terdekat.
“Memang kami menangguhkan majlis berkenaan, tapi bukan kami batalkan terus, kami hanya menangguhkan majlis berkaitan AUKU sehingga Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan berkaitan akta tersebut.

Friday, November 18, 2011

NFC: SPRM serah aduan PKR ke Jenayah Komersial, bukannya IGP

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya telah merujuk aduan PKR berkaitan dengan pembelian kondominium menggunakan dana Pusat Fidlot Kebangsaan, projek yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kepada kepada polis kelmarin.
Bagaimanapun menurut jurucakap SPRM, aduan tersebut dipanjangkan kepada Pengarah Jabatan Jenayah Komersial susulan kenyataan dikeluarkan oleh pihaknya Isnin lalu.
“SPRM mengesahkan laporan berkaitan dengan NFC telah dihantar kepada Pengarah Jenayah Komersial pada 16 November 2011,” kata jurucakap itu dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.
Katanya, laporan itu dirujuk kepada polis untuk tindakan susulan atas nasihat Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM bahawa kes berkenaan seharusnya disiasat di bawah Kanun Keseksaan, yang mana terletak di bawah bidang kuasa polis.
“Laporan itu tidak harus disiasat oleh SPRM di bawah Akta SPRM 2009 sebagaimana dinasihati. Laporan itu dipanjangkan kepada Pengarah Jenayah Komersial dan bukannya Ketua Polis Negara,” kata jurucakap itu.
Jurucakap itu mengulas laporan semalam memetik Ketua Polis Negara bahawa belum menerima sebarang laporan daripada SPRM berkaitan isu projek NFC, yang dikaitkan dengan keluarga Shahrizat, Ketua Wanita Umno dan anggota Kabinet.
“Setakat ini, saya belum menerima apa-apa lagi,” kata beliau yang awalnya dikatakan kelihatan terkejut apabila diminta mengulas isu itu sambil memberitahu perkara berkenaan merupakan kes SPRM.
Bagaimanapun apabila dikatakan bahawa SPRM sudah memindahkan isu berkenaan kepada polis, Ismail berkata beliau perlu meneliti perkara tersebut sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Isnin lalu, SPRM berkata agensi itu tidak boleh menyiasat kes pembelian kondominium menggunakan dana projek NFC, sebaliknya menyerahkan polis.
Katanya aduan berkaitan hanya boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan, SPRM berkata setelah diteliti aduan diterima minggu lalu, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan telah mengaklasifikasikan perkara tersebut di bawah kesalahan Kanun Keseksaan dan bukannya satu kesalahan di bawah bidang kuasa suruhanjaya sepertimana termaktub dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Minggu lalu, PKR mendakwa NFC telah membayar hampir RM10 juta bagi membeli kondominium milik National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC).
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata apartmen mewah di One Menerung, Bangsar itu direkodkan oleh NFC, projek ternakan lembu yang dikurniakan kepada keluarga Shahrizat, sebahagian daripada “pinjaman” RM83 juta disalurkan kepada NMLC.
“Mereka kata akaun pinjaman RM250 juta bagi projek ini diteliti dengan ketat. Adakah kondominium ini bagi lembu untuk tinggal,” katanya.
Saifuddin berkata sebanyak RM9,758,140 telah dipindahkan dari akaun NFC di CIMB cawangan di Taman Tun Dr Ismail di sini kepada Bandar Raya Developments Berhad pada 2 Disember 2009 sebagai bayaran penuh hartanah itu.
Pada hari yang sama, anggota  Majlis Pimpinan Pusat PKR Fariz Musa juga membuat laporan mengenai pendedahan salah laku pecah amanah di NFC, di pejabat SPRM Shah Alam.
Dalam taklimat kepada beberapa media, Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail berkata NFC telah mereka strategi kewangannya sendiri yang termasuklah strategi pelaburan di bidang harta yang ia jangka dapat memberi pulangan tinggi dan stabil kepada syarikat.
Menjawab dakwaan PKR itu, katanya, pembelian dua unit kondominium One Menerung berharga RM6.9 juta tiap satu itu adalah satu keputusan komersial melindungi dana yang tidak digunakann untuk projek rumah sembelihan yang tergendala bukan kerana kesilapan NFC.
“Kami boleh memasukkannya ke dalam simpanan tetap namun menghadapi kerugian nilai kerana inflasi kami tinggi. Sementara menunggu projek itu dimulakan kami perlu mencari tempat meletakkan wang bagi satu tempoh supaya tidak mengalami kerosotan dan mendapat keuntungan hampir setiap tahun,” katanya.
Salleh, suami kepada Shahrizat berkata, yang terbaik sekali ialah membiarkan dana sebagai simpanan tetap yang akan kurang kontroversi tetapi tidak akan memberikan hasil yang dikehendaki syarikat daripada dana yang bersaiz sedemikian.

Thursday, November 17, 2011

Penagkapan terbaru 10 lelaki diSabah guna ISA

Walaupun perdana menteri mengumumkan akan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), akta itu terus digunakan terhadap sekumpulan lelaki di Sabah kerana didakwa terbabit dengan kegiatan militan.

Bagaimanapun, memetik sumber, laporan akhbar tidak sepakat sama ada 10 atau sebelas orang ditahan bawah akta kontroversi itu.

NONEDifahamkan, penahanan kumpulan terbabit dilakukan pasukan petugas khas (operasi/ antipengganas) Bukit Aman hasil maklumat risikan, lapor Berita Hariandan The New Straits Times.

Sumber memaklumkan, antara yang ditahan antara Isnin hingga semalam, terdapat juga warga Filipina dan Indonesia.

"Semua mereka ditahan mengikut ISA yang masih terpakai kerana akta berkenaan belum dimansuhkan bagi membantu siasatan," sumber dipetik sebagai berkata.

Penahanan itu dilapor ekoran maklumat bahawa militan menggunakan Tawau sebagai tempat transit senjata daripada Filipina dan mereka dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar - juga dikenali kumpulan Kaltin - yang beroperasi dari Kalimantan.

Pihak berkuasa juga difahamkam bahawa kumpulan itu merekrut warga tempatan dan menghantarnya berlatih di negara jiran.

Penahanan itu telah dimaklumkan kepada keluarga masing-masing melalui surat (atas).

Pesuruhjaya polis Sabah Datuk Hamza Taib ketika dihubungi enggan mengulas penahanan tersebut kerana kes itu dikendalikan Bukit Aman, lapor harian berbahasa Melayu itu lagi.

Perdana menteri malam hari Malaysia mengumumkan akan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Sementara itu, maklumat pada Twitter polis menyatakan usaha-usaha menghidupkan gerakan militan dikesan dan tujuh warga Malaysia dan enam warga asing ditahan bawah Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 di Sabah.

Friday, November 11, 2011

"Padan muka dia' kat chef wan dengan malu.

Chef riz Duta Makanan Malaysia  Datuk Redzuawan Ismail, yang popular dikenali sebagai Cef Wan menggunakan laman sosial Facebook untuk melahirkan rasa kecewa dan memarahi anak lelakinya, Mohd Nadzri Redzuawan atas kesilapan memberi maklumat berkaitan dirinya dalam program MasterChef Malaysia.
Program itu disiarkan oleh Astro Ria sejak 22 Oktober lalu.
Menurut Cef Wan, tindakan memberi maklumat ‘berlebihan yang tidak sepatutnya’ bukan sahaja memalukan Nadzri, yang turut dikenali sebagai Cef Riz, malah keluarga personaliti TV itu.
Cef Wan memberitahu peminat dan pengikutnya bahaw beliau hanya mengetahui mengenai isu Cef Riz malam tadi apabila ditemu bual menerusi program televisyen AS, The Today Show.
“Apabila saya diberitahu berita tentang anak saya, saya memberitahu dia bahawa ia bukan sahaja memalukan dia tetapi juga (mengaibkan) saya dan keluarga, dia mesti meminta maaf kepada orang ramai dan menerima kesilapan dan berhadapan dengan kesan,” kata Cef Wan.
Bintang program Best Wan siaran Asian Food Channel ini tidak mempertahankan tindakan anaknya.
Sebaliknya tegas beliau, “biar orang bertindak ke atasnya,  padan muka dia.”
“Sebagaimana saya selalu mahu bertindak jujur tentang apa yang saya perkatakan, saya memberitahu dia malam tadi bahawa ini tindakan paling buruk berbanding seorang guru menangkap anak muridnya berbohong di kelas. Amat memalukan,” katanya lagi.
Cef Wan juga berkata: “Sebagai seorang ayah, saya tidak boleh selalu bertanggungjawab ke atas anak-anak saya yang dah besa-besar ini punya perbuatan.”
Cef Riz, salah seorang juri program itu, merupakan satu-satunya anak lelaki Cef Wan.

Wednesday, November 9, 2011

MasterCheF Malaysia (TV Astro)-Juri hakim anak Chef wan tipu ptofile?


Mohd Nadzri Redzuawan atau lebih popular dikenali sebagai Cef Riz merupakan salah seorang hakim program televisyen MasterChef Malaysia Tetapi Cef Riz kini berhadapan dengan dilema ekoran dakwaan beberapa pihak bahawa dia memberi butiran palsu mengenai pengalaman kerjayanya Dalam profil MasterChef yang diperoleh dari laman web Astro Ria dia mendakwa pernah bekerja di dua restoran terkenal di Amerika Syarikat tetapi pemeriksaan menunjukkan sebaliknya Anak kepada selebriti tempatan Redzuawan Ismail yang popular dengan panggilan Cef Wan mendakwa pernah bekerja sebagai chef de cuisine — yang turut dikenali sebagai ketua cef — di restoran milik Mario Batali Babbo di New York ketika berusia 22 tahun Batali merupakan seorang cef Amerika yang terkenal dan memiliki restoran di New York Los Angeles Las Vegas dan Singapura serta pernah muncul dalam siri televisyen Iron Chef America Dakwaan ini tidak betul Encik Nadzri tidak pernah bekerja dengan Babbo kata pengarah komunikasi Batali Pamela Lewy dalam respons menerusi e-mel semalam  - The Malaysianinsider

Tuesday, November 8, 2011

Polis Ambil Keterangan Penganjur Program Seksualiti Merdeka


Polis mengambil keterangan seorang daripada penganjur program kontroversi 'Seksualiti Merdeka 2011' di pejabat Tenaganita, di sini, Isnin.
Empat anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields mengambil keterangan Pang Khee Teik kira-kira 4 petang tadi.Turut diambil keterangan ialah bekas presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga serta aktivis wanita Maria Chin Abdullah dan Pengarah Eksekutif Tenaganita Irene Fernandez.
Pang ketika ditemui pemberita, berkata beliau turut menyerahkan sepucuk surat kepada anggota polis berkenaan untuk disampaikan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
"Kami memohon untuk bertemu Ketua Polis Negara bagi menjelaskan matlamat kami dan juga menunjukkan kami tidak lakukan apa yang didakwa meTerbitkan Catatandia," kata Pang.
Aktivis Datin Paduka Marina Mahathir yang turut berada di pejabat Tenaganita, mempertahankan penganjuran program itu dengan alasan program bertujuan mempertahankan hak asasi manusia.
"Dua tahun lepas saya melancarkan program ini, namun tidak timbul sebarang masalah...sebenarnya program itu bertujuan memberi pendidikan kepada kumpulan yang terpinggir," katanya. -BERNAMA

Sunday, November 6, 2011

Pembunuhan Sosilawati: Spesimen Tulang Tiada DNA?


Perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, dikejutkan dengan persoalan bahawa spesimen yang berkemungkinan besar tulang manusia yang dijumpai dalam siasatan kes tersebut tidak mempunyai asid deoksiribonukleik (DNA).
Perkara itu ditimbulkan oleh peguam Manjeet Singh Dhillon kepada saksi pendakwaan ke-63, Dr Nurliza Abdullah, 46, berdasarkan keterangan Pakar Perunding Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang terdahulu mengesahkan bahawa 30 daripada 2,030 spesimen yang dijumpai telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi mendapatkan DNA.
Tambah saksi, bagi tujuan tersebut, Pengarah Bahagian Forensik, jabatan terbabit, Lim Kong Boon telah mengambil 18 spesimen pada 15 September 2010 manakala baki 12 spesimen lagi diambil pada 21 September tahun yang sama oleh ahli kimia, Nor Aidora Saedon.

Wednesday, November 2, 2011

Wanita dicabul 11 anggota polis dilokap dan didakwa

Wong bee fong demonstrating how she was molested by policeBee Fong mendakwa bahawa beliau ditahan semasa sekatan jalan oleh polis di Taman Connaught, Kuala Lumpur kerana disyaki memandu ketika dalam keadaan mabuk.Selepas berunding, dakwanya, beliau meminta anggota polis untuk mengembalikan lesen memandunya dan mengeluarkan saman.

Bagaimanapun, anggota polis berkenaan didakwa enggan berbuat demikian dan sebaliknya meminta rasuah sebanyak RM3,000.

Beliau kemudiannya memandu ke arah balai polis Batu 9 balai di Cheras, tetapi berkata sebuah kereta Proton Wira berwarna perang mengekorinya dan memaksanya mengubah haluan ke bangunan Pasukan Gerakan Awam.

Semasa Bee Fong keluar dari keretanya, 11 anggota polis didakwa menghampiri dirinya dan mula meraba tubuhnya.

Tujuh tahun yang lalu, seorang pengurus akaun (Bee Fong) membuat aduan bahawa dirinya dicabuli oleh 11 anggota polis tetapi mendakwa langsung tidak dimaklumkan berhubung sebarang siasatan.

Namun, kira-kira tengah malam, semalam, pihak polis akhirnya bertindak - tetapi sebaliknya wanita itu pula ditahan.

Beliau terpaksa bermalam di lokap polis sementara menunggu dihadapkan ke mahkamah hari ini atas pertuduhan menghalang polis daripada melaksanakan tugas.
Wong Bee Fong, 39, dikatakan menghalang tugas L/Kpl Mohd Faudzi Abdul Aziz di ibu pejabat Pasukan Gerakan Awam di Batu 9, Cheras, kira-kira jam 2.30 pagi pada 13 Ogos, 2004.
Bee Fong didakwa mengikut Seksyen 186, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman tiga bulan penjara atau denda RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Menurut peguam, beliau dibenarkan ikat jamin RM2,000 yang dibayar oleh majikannya.

"Apayang terjadi kepada negara hari ini? Mereka (polis) boleh memaklumkan kepada beliau mengenai pertuduhan berkenaan tetapi sebaliknya menangkap beliau di tengah-tengah malam," katanya kepada Malaysiakini.

"Sudahlah dirinya dicabul kehormatannya, sekarang beliau terpaksa meringkuk di lokap pula.”

Koperal polis tembak diri sendiri

 Seorang anggota polis cedera setelah dipercayai tertembak diri sendiri dengan sepucuk pistol di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di Seremban 2 i, petang semalam.
Kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira pukul 3.30 petang ketika anggota berpangkat koperal dari cawangan trafik itu berada seorang diri di situ.
Dia dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untut mendapat rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil, lapor Bernama Online.
Ketua Polis Negeri Datuk Osman Salleh ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tetapi enggan mengulas.


Tuesday, November 1, 2011

15 laporan polis dibuat oleh guru yang terancam..tetapi polis tak ambil peduli


Sejak bulan Februari lalu, seorang guru di Sungai Nibong, Pulau Pinang, telah membuat tidak kurang daripada 15 laporan polis yang mendakwa bahawa bekas teman lelaki beliau menyerangnya secara fizikal, tetapi dakwanya, pihak berkuasa gagal bertindak.

Dakwanya, serangan bermula selepas dia berpisah dengan lelaki itu. Ini termasuk dipukul, cuba dicekik dan juga cubaan untuk membakar rambutnya.

Guru, berusia 29 tahun itu juga mendakwa dia ditipu sebanyak RM15,000 sebelum menamatkan  hubungan selama enam tahun mereka.

NONELaporan terakhir dibuat di balai polis Jelutong pada 16 Ogos lalu dan dia juga telah menyerahkan kepada pihak polis sesalinan gambar lelaki itu dan ugutan yang dihantar menerusi mesej teks telefon bimbit.

Dalam satu mesej teks, katanya, bekas teman lelakinya menulis: “B ****, jika awak tidak tarik balik laporan atau terus buat laporan, awak akan berakhir di penjara. Tidak lama lagi periksa kereta awak, awak akan ditangkap kerana memiliki dadah.”

"(Polis) tidak menyoal dia ... Saya telah hilang kepercayaan (terhadap mereka)," katanya selepas membawa masalahn itu kepada peguam dan juga ADUN Batu Uban S Raveentharan.

Pada sidang akhbar hari ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Raveentharan berkata guru itu bimbangkan keselamatan dirinya.
Integriti polis

Ini kerana lelaki itu dikatakan mampu mengetahui dengan serta-merta setiap kali laporan polis dibuat ke atas dirinya.
Sebaik sahaja dia keluar dari balai polis, dia akan menerima mesej teks yang menyatakan, “Ini adalah nombor laporan polis, apa yang awak mahu lakukan sekarang?”

NONE"Mengapa boleh ada kebocoran di balai polis ...? Siapakah ejen yang menjual maklumat kepada penyerang? Integriti polis kini dipersoalkan," kata Raveentharan.

"Selepas 15 laporan polis, mengapa tiada tangkapan dibuat? Sama ada pihak polis tidak tahu melakukan tanggungjawab atau mereka tidak mahu untuk menangkapnya."

Raveentharan seterusnya mendakwa suspek berkenaan dipercayai mempunyai pengaruh yang kuat kerana mampu menghalang polis daripada mengambil tindakan.

Sambil memberikan contoh, katanya seorang pegawai polis dari Farlim telah bersetuju untuk membantu pengadu.
Peguam juga diancam

Tetapi selepas beliau berjumpa dengan guru itu di balai polis, katanya: "Di luar balai ini, saya hanya rakyat biasa, saya juga takut dengan keselamatan saya."

Raveentharan mendakwa dirinya sendiri juga telah menerima ancaman kerana mewakili guru itu.

NONE"Dia letakkan notis pada cermin kereta saya dan mengancam nyawa anak saya yang berusia 11 tahun," katanya.

"Dia juga tahu sekolah dan kelas di mana anak saya sedang belajar."

Ketika dihubungi, ketua polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaacub (kiri) dalam satu mesej teks berkata bahawa beliau sedang berada di luar negara, tetapi akan mengkaji perkara itu apabila kembali minggu depan.

Pada masa yang sama, katanya, usaha-usaha sedang dijalankan bagi memastikan bahawa guru itu dilindungi.

halaman