Thursday, October 14, 2010

Kes Aminurasyid: tertuduh mahir guna senjataapi

Seorang saksi pendakwaan ke-10 memberitahu Mahkamah Sesyen, Koperal Jenain Subi yang menghadapi tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah pada 26 April lalu merupakan seorang yang mahir menggunakan senjata api.

Mohd. Sani Mohd. Hassan, 51, memberitahu, beliau membuat rumusan itu berdasarkan pemarkahan latihan menembak yang dijalankan pada tiga siri latihan menembak yang diadakan iaitu dua sesi pada tahun lalu dari 5 hingga 7 Oktober dan 23 hingga 30 November.

Satu sesi lagi pada 13 hingga 15 Mac tahun ini. Sem

ua latihan menembak itu diadakan di Lapang Sasar Jeram, Kuala Selangor dan Kuala Kubu Bahru, Hulu Selangor.

“Orang kena tuduh mahir mengendalikan senjata api dan beliau ahli tembak berdasarkan markah latihan menggunakan sub-mesingan Heckler & Koch MP5 (SMGHKMP5),” katanya di hadapan Hakim Latifah Mohd. Tahar.

Dalam kejadian pada 26 April lalu, Aminulrasyid mati terkena tembakan semasa dia dan rakannya cuba melarikan diri daripada dikejar oleh kereta peronda polis di Jalan Tarian, Seksyen 11 di sini.

Ekoran insiden itu, Koperal Jenain Subi, 48, daripada Unit Kereta Peronda IPD Shah Alam didakwa telah menyebabkan kematian remaja berkenaan.

No comments:

Post a Comment

halaman