Monday, January 31, 2011

Adam hakim mahkamah tinggi syariah berkhalwat dengan Nurul


HAKIM Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, Adam Tumiran, 43, (kanan) dan pasangannya Nurul Izani Md Isa didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di Georgetown, hari ini atas tuduhan berkhalwat di kuarters kerajaan pada 5 Disember lalu. - Foto Ramdzan Masiam


Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, Adam Tumiran, 43, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di George Town hari ini terhadap tuduhan berkhalwat dengan Nurul Izani Md Isa di kuarters kerajaan dekat sini pada 5 Disember lepas.

Nurul Izani, 34, seorang penasihat kewangan yang bertugas di Kuala Lumpur, juga mengaku tidak tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya, yang menetapkan 22 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Kedua-dua tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM2,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Adam dan Nurul Izani dituduh melakukan kesalahan itu pada 2.05 pagi di rumah nombor 18B, kuarters kerajaan negeri, Jalan Masjid Negeri di George Town.

Adam dituduh mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Pulau Pinang manakala Nurul Izani dituduh mengikut Seksyen 27 (b) enakmen yang sama.

Kedua-dua seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Dalam prosiding hari ini, Ketua Pendakwa Syariah, Zulhairi Aziz memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk perbicaraan kerana ia membabitkan pegawai kanan perundangan dan untuk berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat.

"Akan timbul isu-isu perundangan yang luar biasa yang memerlukan penafsiran undang-undang yang lebih mendalam," katanya.

Bagaimanapun peguam bela Munawir Abdul Aziz memohon pihaknya diberi peluang mengemukakan hujahan balas berhubung isu memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Syariah kerana katanya Mahkamah Rendah Syariah juga perlu mendengar hujahan kedua-dua pihak sebelum memutuskan untuk memindahkan kes itu.

--Bernama

Rita Rudaini serabut


Krisis rumah tangga pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 24, dan pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 35, memasuki episod baru apabila satu pihak mengeluarkan kenyataan sudah menemui jalan damai manakala satu pihak lagi menafikannya dengan tegas, semalam.

Aidil yang dihubungi Harian Metro untuk mengesahkan laporan satu portal Internet mengenai Rita dikatakan sudah memohon maaf dengan mentuanya, mengakui perkembangan positif itu berlaku ketika isteri dan ibunya berjumpa selepas anak mereka, Airil Rayyan Rizkin, 2, dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, Khamis lalu. 

“Ibu saya menziarahi anak saya yang mengalami demam panas dan dia berbual panjang dengan Rita. Mereka sudah bermaafan antara satu sama lain. Bagaimanapun lebih baik persoalan mengenai perkara ini ditanya kepada Rita kerana dia yang mempunyai masalah dan bukannya saya,” katanya.

Malah, Aidil berkata dia juga menarik balik tindakan proses sulh yang difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah berhubung soal penjagaan anak yang dibuat sebelum ini.

“Saya akan menarik balik tindakan memfailkan proses sulh yang dibuat sebelum ini dalam masa terdekat dan bersyukur sekiranya apa yang berlaku sebelum ini tidak berpanjangan dan berakhir dengan baik dan selamat,” katanya.

Bagaimanapun Rita yang dihubungi pula, menafikan segala yang diperkatakan suaminya dan tidak mahu kenyataan diputar belit sehingga menimbulkan masalah kepadanya seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

“Mengapa saya memohon maaf sedangkan tiada satu kesalahan pun datang dari pihak saya. Mereka sekali lagi sudah mengubah cerita sebenar agar kesalahan nampak di pihak saya.

“Dalam hal ini saya perlu berhati-hati dan perlu membetulkan kembali kenyataan kerana bimbang ia bakal digunakan di mahkamah kelak. Saya ada saksi apa sebenarnya berlaku kerana ketika itu seorang wartawan kebetulan ada bersama dan dia boleh menjadi saksi,” katanya.

Rita yang kini hamil enam bulan juga hairan mengapa Aidil tidak menceritakan perkara sebenar bahawa dia datang melawat Rayyan hanya selepas dipaksa.

“Saya sedih apabila terpaksa berdepan dengan masalah anak seorang diri. Sudahlah saya berbadan dua dan sekarang tidak cukup rehat kerana menjaga Rayyan di hospital. Selama tiga hari di hospital Aidil langsung tidak datang menjengah anak.

“Apabila dia melawat bersama mentua saya sudah tidak dapat bersabar dan menceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Selama ini pun saya banyak bersabar dan telan segala perbuatan mereka terhadap saya,” katanya.

Rita berkata, Adil dan kelurganya memohon maaf ke atas kesalahan mereka, namun itu hanya berlaku selepas dipujuk oleh wartawan yang kebetulan berada di hospital berkenaan.

“Saya maafkan mereka tetapi ingin saya tegaskan ia membabitkan kedua-dua mentua saja. Ini kerana saya menghormati mereka sebagai orang yang lebih tua tetapi yang lain saya tidak akan maafkan,” katanya.

Rita juga menegaskan, kenyataan Aidil yang dia menarik balik permohonan hak penjagaan anak mereka sesuatu sukar diterimanya kerana pihak Mahkamah Syariah Seremban baru menghubunginya dan memaklumkan bawa Aidil mahu perbicaraan kes itu diteruskan.

“Sekarang saya tidak mahu fikir panjang mengenai perkara itu kerana perlu beri perhatian kepada kesihatan Rayyan dan kandungan saya. Terpulanglah kepada suami saya apa juga tindakan dilakukan sama ada mahu menarik kembali aduan atau tidak. Tolong jangan kacau dan menambah tekanan kepada saya lagi.

“Sebelum ini dia (Aidil) pernah kata mahu menarik kembali aduan tetapi sampai sekarang ia tetap diteruskan. Dengan saya dia kata sudah tarik tetapi mahkamah menghubungi saya dan memaklumkan dia mahu perbicaraan diteruskan. Saya malas mendengar penjelasan bercanggah daripadanya,” kata Rita.[hm]

syiling hospital serdang runtuh

 Siling berukuran di kawasan lobi utama Hospital Serdang dilaporkan runtuh tengah malam tadi, dipercayai insiden pertama seumpamanya yang berlaku di hospital itu sejak ia mula beroperasi pada Disember 2005.
Insiden yang berlaku kira-kira 12.30 malam itu telah mengakibatkan bahagian-bahagian dan serpihan siling bertaburan di kawasan lantai lobi.
Jurucakap hospital tersebut ketika dihubungi berkata tiada kecederaan yang berlaku kerana ketika kejadian tiada orang awam atau pelawat berada di sekitar lokasi.
"Kami juga telah kerahkan pengawal untuk menutup kawasan itu sebaik sahaja kejadian sampai kepada pengetahuan kami. Satu lencongan juga telah dibuat bagi tujuan keselamatan," katanya.
Jurucakap itu berkata satu siasatan terperinci sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Kerja-kerja pembersihan di sekitar kawasan kejadian telah dilakukan, katanya.- BERNAMA

Sunday, January 30, 2011

tiada bukti jenain tembak aminurasyid

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa tiada bukti jelas menunjukkan bahawa anggota polis Koperal Jenain Subi adalah orang yang telah menembak remaja berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah sehingga menyebabkan kematiannya.
Peguam M.Athimulan yang mewakili Jenain berkata, berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan iaitu pakar forensik dan ahli kimia sebelum ini, mereka tidak dapat mengesahkan dari senjata mana anak peluru yang ditemui di dalam kepala mangsa dilepaskan.
"Ahli kimia tidak dapat menguji anak peluru terbabit berikutan ia rosak teruk dan dalam kes ini ada dua senjata MP5 iaitu satu dimiliki Jenain dan satu lagi dimiliki oleh Konstabel Mohd Izham Mahayadin. Tiada bukti forensik untuk mengaitkan bahawa anak peluru itu telah dilepaskan sama ada oleh senjata Jenain atau Mohd Izham.
"Adalah penting untuk disebut bahawa keterangan Mohd Izham bahawa beliau hanya melepaskan tembakan di Bulatan Kayangan dan dia juga dicabar bahawa dia juga berbuat demikian di Jalan Tarian 11/2 yang mana telah dinafikannya," katanya.
Athimulan memberikan hujahannya pada perbicaraan terhadap Jenain, 48, yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini, antara pukul 1.10 pagi hingga 2 pagi, 26 April lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Mengenai isu mens rea (niat hendak menyebabkan kematian), Athimulan berkata keterangan yang dikemukakan oleh saksi pendakwaan tidak langsung menunjukkan bahawa tertuduh mempunyai niat untuk menyebabkan kematian mangsa.
"Dalam keterangan saksi pendakwaan, tiada bukti menunjukkan ada tindakan menembak yang 'disengajakan' terhadap kereta Iswara dipandu mangsa. Dalam kes ini sasaran tembakan ialah pada bahagian bawah kereta Proton Iswara dan bukan terhadap orang yang berada di dalam kereta itu.
Athimulan berhujah, Seksyen 24 (1)(b) Akta Polis memberi kuasa kepada pihak polis untuk memberhenti atau memeriksa tanpa waran mana-mana kenderaan apabila mereka mempunyai alasan yang kukuh untuk mengesyaki bahawa kenderaan terbabit digunakan dalam sebarang kegiatan jenayah dan dalam kes itu kereta dinaiki Aminulrasyid disyaki terbabit dalam rompakan.
Peguam Salim Bashir yang juga mewakili Jenain pula berhujah bahawa mengikut peruntukan Seksyen 79 dan Seksyen 80 Kanun Keseksaan, tertuduh mempunyai niat baik dalam melaksanakan tugas sebagai anggota polis yang diberi kuasa dan tanggungjawab menjaga keamanan dan ketenteraman.
Beliau berkata Aminulrasyid juga telah memandu dengan cara yang berbahaya sehingga boleh mendatangkan kecederaan atau kematian kepada pengguna kenderaan lain pada masa itu.
"Saksi-saksi pendakwaan telah melihat sendiri bahawa pelakuan pemandu kereta Iswara BET 5023 yang mana bukan sahaja tidak mematuhi undang-undang jalan raya malah telah bertindak membelakangkan keselamatan diri dan orang lain dengan memandu secara melulu.
"Dalam persekitaran awal pagi yang masih gelap perbuatan kereta Iswara itu hanya boleh menjurus kepada anggapan bahawa pemandu tersebut adalah penjenayah tegar atau seorang yang baru melakukan kesalahan jenayah berat dan cuba melarikan diri dari penguatkuasa undang-undang," katanya.
Salim berkata tindakan Jenain pada hari kejadian hanyalah untuk memberhentikan kereta Proton Iswara dan menahan pemandunya tanpa apa-apa niat untuk mendatangkan kecederaan atau kematian ke atas pemandu atau sesiapa sahaja di dalam kereta tersebut, malah tertuduh berniat baik untuk menghentikan kereta dalam keadaan paksa serta dengan mengambil tindakan berhati-hati.
Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani yang mewakili pendakwaan pula berhujah bahawa tertuduh tidak wajar melepaskan tembakan memandangkan kereta Iswara itu berada dalam keadaan atau posisi yang tidak membahayakan semasa berada di Jalan Tarian 11/2.
Beliau berkata tangki minyak kereta Iswara itu juga telah bocor, tayarnya telah kempis, kelajuan kereta telah menurun kepada 60 ke 70 km sejam dan ia dilihat dalam keadaan terhuyung hayang serta tidak dapat dikawal.
Idham berkata kereta peronda MPV yang dinaiki tertuduh berada di belakang kereta peronda MPV yang dinaiki oleh Mohd Izham yang melihat dan mengetahui bahawa kereta Iswara itu telah ditembak di bahagian tayar oleh Mohd Izham semasa di Bulatan Kayangan lagi.
Beliau berkata kereta Proton Iswara juga tidak lagi menghimpit kedua-dua kereta peronda polis dan tiada sebarang tindakan yang membahayakan dilakukan oleh pemandu dan penumpang kereta itu seperti membalas tembakan atau mengeluarkan senjata ke arah kedua-dua kereta peronda polis tersebut.
"Tembakan yang dilepaskan oleh tertuduh iaitu sebanyak 21 das jelas menunjukkan niat tertuduh untuk mendatangkan kecederaan kepada mangsa yang mana tertuduh tahu boleh sebabkan kematian melalui kemalangan atau tembakan," katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar bersambung Isnin ini. - BERNAMA

Friday, January 21, 2011

ORANG ISLAM KENA TAHU INI

Bacaan Selain Azan Di Pembesar Suara Patut Dihentikan
Ditulis oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
15/01/2011   Share 



Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan -selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah 'perjuangan mempertahankan Islam'. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;
1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.
2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.
3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.
4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa'id al-Khudri:
"Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: "Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat" (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.
Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:
"Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya". (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).
Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.
5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:
"Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar". ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).
Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?
6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.

ROSMAH MANSUR TAK PEDULI

Kepada pengkritik beliau, Rosmah berkata: "Bagi saya, jika mereka mahu bersungut, saya tidak ada isu. Biarkan saja. Saya hanya lakukan ini sebagai isteri seorang pemimpin.

Jadi, biar mereka kata apa yang mereka nak kata, tapi saya rasa bahawa lawatan ini sangat berfaedah bukan sahaja kepada kita tetapi kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau malah parti apapun yang mereka wakili," katanya menyentuh mengenai lawatannya terutama ke Oman.

"Saya berada di sini bukan untuk mewakili seksyen tertentu masyarakat tetapi kami di sini mewakili rakyat Malaysia," kata Rosmah menjelaskan bahawa beliau dan anggota rombongannya diterima baik di Muscat dan pemerintah Oman, Sultan Qaboos Bin Said, sendiri mengambil berat lawatan itu.


Dalam lawatan itu, Rosmah disertai beberapa anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti). 

Beliau merupakan tetamu kerajaan Oman, kali pertama dalam tempoh 20 tahun seorang kenamaan Malaysia diberi keistimewaan itu.
- Bernama

Wednesday, January 19, 2011

jutaan ringgit lesap RAMAI DITIPU ROYALTYFX.com

Pelaburan ratusan ribu malah mungkin mencecah jutaan ringgit lesap berikutan penutupan laman web royaltyfx.com oleh pengendalinya. Dipercayai ramai pelabur terpedaya dan tertipu dengan skim pelaburan cepat kaya yang berasaskan perniagaan forex itu. Pengendalinya dipercayai telah mengaut jutaan ringgit hasil pelaburan  orang ramai.

inilah pamplet yang diebarkan kepada orangramai  melalui emai.l:

RoyaltyFx- Khas untuk mereka yang meminati pelaburan dalam FOREX. Untuk menyertai kami, anda tidak perlu mahir dalam bidang FOREX dan tidak perlu monitor market. Semua urusan trading kami yang lakukan


Modal minima RM37 satu lot
Pembayaran keuntungan setiap minggu
Purata Keuntungan 20% -30% sebulan
Dilindungi oleh stop loss, jadi risiko kerugian yang sangat kecil
Modal boleh dikeluarkan semula bila-bila masa sahaja
Boleh melakukan penambahan lot bila-bila masa sahaja
Bayaran keuntungan setiap hari sabtu
http://www.royaltyfx.com/index.php?id=idaman


Tuesday, January 18, 2011

UMI AFILDA MASIH GILAKAN ANWAR


tulis Azwan dalam twitternya.....Selain dari itu, Azwan juga menulis beberapa mesej lain dalam Twitternya  terhadap Ummi Hafilda...tetapi  bahasanya terlalu kasar.

sangat pantasnye polis bertindak

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, polis telahpun menyelesaikan siasatan mengenai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda Shuhaimi Shafiei berhubung dakwaan bahawa beliau menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam blognya pada 30 Disember lepas.



Beliau berharap pihak Peguam Negara dapat mengambil tindakan selanjutnya dengan segera untuk menentukan sama ada Shuhaimi melanggar undang-undang sedia ada dan perlu didakwa di mahkamah atau sebaliknya.
"Dan jika terdapat kelewatan dalam siasatan polis, bahawa kita tidak memberikan peluang sepenuhnya kepada mereka bagi membawa perkara itu ke depan, saya harap polis akan beri kerjasama penuh," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan tugas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu di sini, Isnin.
Hishammuddin berkata, lebih 20 laporan polis berhubung perkara tersebut.

Wednesday, January 12, 2011

POLIS MENGGANAS?

KES 1
Seorang saksi yang mendakwa melihat seorang lelaki dipukul sehingga mati ketika dalam tahanan polis, hari ini membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.
NONEDengan diiringi peguam daripadaLawyers for Liberty, N Surendran dan Fadiah Nadwa Fikri, saksi berkenaan, A Sargunan tampil di balai polis Dang Wangi membuat laporan, petang tadi.
Krishnan, 36 tahun, seorang juruelektrik ditahan di Taman Miharja pada 3 Januari lalu kerana disyaki terbabit dengan kegiatan dadah dan direman selama empat hari di balai polis Bukit Jalil.
Menurut saksi, mendiang dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, tiga hari kemudian selepas mengadu sakit perut.

Namun, Krishnan diisytiharkan mati keesokan hari. Pihak hospital melaporkan mendiang mati kerana mengalami luka dalam perut.
NONE
Isteri mendiang P Revathi, 38, bagaimanapun menolak laporan itu sebagai mencurigakan.

Selepas meninggal, bedah siasat dibuat tanpa izin saya. Siapa yang benarkan hospital buat post-mortem? Saya ada enam orang anak, siapa mau tanggung mereka sekarang ini?" soal beliau.

Keluarga mangsa memfailkan satu laporan polis di balai Jinjang, semalam.

Menurut Revathi, tiada seorang daripada ahli keluarga yang mengetahui suaminya ditahan polis. Mereka hanya mengetahui mengenai kematian Krishnan daripada seorang saksi kejadian.
Dakwanya, di bilik mayat, beliau terkejut melihat kesan koyak pada rusuk mangsa yang disertai lebam pada mata, dan belakang tubuh yang dipercayai akibat kesan dipijak.

KES 2
Lima anggota polis hari ini dihadapkan ke mahkamah majistret Petaling Jaya hari ini berhubung dakwaan membelasah ahli perniagaan Chia Buang Hing, 35.

NONEDaripada lima anggota itu, empat konstabel didakwa mengikut seksyen 323, Kanun Keseksaan kerana dakwaan mencederakan mangsa.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu ke atas Chia di balai polis Kota Damansara daripada jam 12.30 pagi hingga 3 pagi pada 19 Disember tahun lalu.

Keempat-empat mereka adalah Konstabel Mohd Azwan Hassan, Konstabel Norzali Rosle, Konstabel Ahmad Saifullah Osman dan Konstabel Alizulhafiz Abdul Ghafar.
Mohd Azwan dan Norzali menghadapi pertuduhan kedua atas akta yang sama kerana mencederakan Chia di Jalan PJU 3/15, Persiaran Tropicana, Petaling Jaya antara jam 11.30 malam 18 Disember hingga 12.30 awal pagi hari keesokannya.

Keempat-empat mereka mohon dibicarakan. Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
NONESeorang lagi anggota yang didaakwa adalah lans korporal Mohadi Adam.
Beliau turut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama atas tuduhan mengingkari suatu arahan undang-undang di bawah Seksyen 20 (3) Akta Polis 1967, dengan mengetahui bahawa dengan keingkaran itu telah menyebabkan bencana kepada Chia.

Chia sebelum ini juga mendakwa anggota polis berkenaan bukan sahaja menyerang tetapi merompak wang tunai RM13,000 daripadanya
[MK}

Tuesday, January 11, 2011

KONFLIK AJL: KEPUTUSAN M>NASIR DIPERTIKAI

Ketika ketua juri Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) M.Nasir mempertahankan keputusannya memilih lagu Tolong Ingatkan Aku nyanyian Ana Rafalli sebagai pemenang pertandingan itu, salah seorang panel juri melihat keputusan berkenaan sebagai kurang tepat.
Komposer Azmeer berkata, dia sama sekali tidak bersetuju dengan keputusan itu dan secara tidak langsung menandakan Ana Raffali tidak layak untuk diangkat sebagai pemenang.
“Secara jujurnya saya tidak bersetuju dengan kemenangan itu. Siapakah artis yang saya rasa layak menjadi pemenang biarlah saya rahsiakan dulu buat sementara waktu,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini Isnin.
Dalam AJL25 malam Ahad lalu, Ana Rafali yang turut mencipta dan menulis lirik laguTolong Ingatkan Aku diumumkan sebagai juara AJL25 yang melayakkannya menerima wang tunai RM35,000.
Lagu Hanyut nyanyian Faizal Tahir disebut-sebut sebagai juara AJL25 namun sekadar meraih anugerah persembahan terbaik.
Kemenangan itu menimbulkan perdebatan sehingga ramai penonton di stadium meninggalkan kerusi masing-masing sebaik sahaja keputusan diumumkan.
Ketika diminta mengulas kenapa lagu berkenaan tidak boleh diangkat sebagai juara, Azmeer enggan memberi sebarang komen sehinggalah apabila dia mendengar pendapat M.Nasir dalam Imbasan AJL25 pada malam Selasa (malam ini).
Sorotan mengenai pertandingan berkenaan akan disiarkan secara langsung menerusi TV3 pukul 11 malam.
Selain M.Nasir dan Azmeer, juri kali ini terdiri daripada Habsah Hassan, Acis, Pacai, Amy (Search) dan Andy (Flop Poppy).
Penyanyi Amy Search pula berkata, dia hanya terlibat menilai dari aspek vokal dan bukannya melibatkan lagu yang dipertandingkan.
Lagu Cinta Sempurna nyanyian Yuna berjaya menyentuh jiwa penonton dengan persembahan memukau.
Bagaimanapun secara peribadi Amy turut terkejut dengan keputusan itu kerana dia lebih mengharapkan penyanyi Yuna yang membawa lagu Cinta Sempurna diangkat sebagai juara dengan alasan lagu berkenaan menusuk hati.
Bersifat jujur - M.Nasir
Sementara itu M.Nasir pula berkata lagu nyanyian Ana Raffali itu bersifat sensitif, peribadi dan jujur.
Persembahan lagu Pelita daripada kumpulan A.P.I turut berjaya menarik perhatian penonton.
“Lagu itu mempunyai rasa. Itu yang penting dan yang kita cari sebenarnya. Sama ada betul atau salah, keputusan itu dibuat dengan penuh kesedaran, penuh pengetahuan muzik, cita rasa dan pembaharuan.
“Lagu ini dikategorikan sebagai lagu terbaik tetapi mungkin penonton rasa lagu ini tidak ‘besar’. Saya melihat kepada kekuatan lirik dan lagunya. Ada kebanyakan lagu yang lemah pada lirik atau lagu dan kedua-duanya,” kata M. Nasir pada sidang media selepas acara itu di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, malam Ahad lalu.
Biarpun keputusan sudah dilakukan, M. Nasir sedar pasti ada pihak yang akan membuat pertikaian.
“Saya suka pesona melodi dan kejujuran lagu ini berbanding lagu lain. Lirik lagu Tolong Ingatkan Aku lain dari yang lain dan bagus.
“Sebagai ketua juri, saya memilih lagu dan lirik yang bagus dan bukan yang popular,” ujarnya lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan yang ditemui berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat kerana segala-galanya adalah terletak di tangan juri.
“Semua kena tanya M.Nasir," katanya

    Saturday, January 8, 2011

    ROBENGAH KU SAYANG

    Siaran Media Migrant CARE

    Menyikapi Perkembangan Kasus Dugaan Perkosaan terhadap PRT Migran oleh Menteri di Malaysia Pada tahun 2007.

    Dalam sepekan terakhir ini, masyarakat Indonesia dikejutkan oleh Wikileaks yang mengungkap beberapa dokumen rahasia dan salah satunya adalah perihal dugaan perkosaan yang dialami oleh PRT migran Indonesia oleh seorang Menteri di Malaysia pada tahun 2007 silam. Di dalam dokumen tersebut, juga menyebutkan tentang Migrant CARE.
     

    Migrant CARE pada pertengahan bulan Juli 2007 silam, memang telah melakukan investigasi mengenai kasus dugaan perkosaan yang dialami oleh RB dengan pelaku majikannya selama menjadi PRT migran di Malaysia. Dan majikannya adalah seorang menteri. Namun pihak korban tidak mau kasus tersebut diungkap ke publik dan tidak menuntut secara hukum. Dan Migrant CARE kemudian menyerahkan hasil investigasi tersebut kepada pihak pemerintah yakni, Mabes Polri dan KBRI Kulalampur.
     

    Hingga kasus ini diungkap oleh Wikileaks pada akhir Desember 2010, Migrant CARE tidak pernah mengungkapkan kasus ini sesuai dengan permintaan korban. Dengan terungkapnya kasus ini, Migrant CARE berharap agar Pemerintah RI bisa menuntaskan kasus ini yang memenuhi rasa keadilan bagi korban. Kasus ini juga memberikan pelajaran kepada pemerintah Indonesia dan Malaysia untuk segera menuntaskan revisi MoU antara Indonesia-Malaysia tentang perlindungan PRT migran. Diharapakan revisi MoU tersebut akan menjadi inastrumen hukum yang melindungi sekaligus meminimalisir kerentanan-kerentanan PRT migran Indonesia terhadap berbagai bentuk pelanggaran HAM, seperti kekerasan fisik, kekerasan seksual dan perkosaan.
     

    Jakarta, 7 Januari 2011
     

    Anis Hidayah, Direktur Eksekutif.
     

    Wahyu Susilo, Policy Analist



    Friday, January 7, 2011

    KEMATIAN TEOH BENG HOCK DICEKIK HANTU?

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  berkata satu suruhanjaya diraja akan diwujudkan dengan terma-terma khusus itu, akan "meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang digunapakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysiasama ada wujud pencabulan hak asasi dalam proses soal siasat mendiang Teoh Beng Hock.

    menurut Najib, punca kematian Teoh tidak akan dimasukkan dalam terma-terma khusus penubuhan suruhanjaya diraja berkenaan.


    Peruntukan suruhanjaya itu akan ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119). memberi kuasa kepada suruhanjaya berkenaan untuk menyiasat SPRM dan "kelakuan mana-mana pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia."


    nota: hantu yang mencekik Beng Hock?

    PM:Kes Rais Yatim - Kenapa baru sekarang




    Apa pun, (kes yang didakwa itu) berlaku pada tahun 2007. Soalnya mengapa baru sekarang (dibangkitkan)?" soal Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mempertikaikan mengapa dakwaan rogol ke atas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, baru dibangkitkan pada waktu ini.


    "Dia dah buat kenyataan, dia pertahankan kenyataan dia, jadi biarlah proses itu berjalan.

    Beliau berkata demikian mengulas dakwaan rogol melibatkan menteri penerangan itu dan seorang pembantu rumah warga Indonesia.{MK}


    Demi menghormati hak seorang amah Indonesia yang didakwa dirogol oleh seorang menteri Malaysia, NGO - Migrant Care yang berpangkalan di Jakarta memutuskan utuk tidak akan membawa perkara berkenaan kepada mahkamah, lapor Kompas.com.

    "Kami berada pada posisi menghormati permintaan mangsa supaya kes ini tidak dihebahkan dan dibawa ke muka pengadilan,” kata penganalis dasar, Migrant Care, Wahyu Susilo, hari ini dalam sidang media di Warung Daun, Cikini, Jakarta.

    Menurut Wahyu, Migrant Care berharap kejadian itu dijadikan teladan kepada kerajaan Indonesia supaya tidak mengabaikan nasib pekerjanya di luar negara.

    "Pemerkosaan perlu dibuktikan dan harus ada laporan sebelum membolehkan tindakan lanjut diambil. Tetapi sehingga malam semalam, mangsa masih belum mahu membuat laporan, maka kami hanya menghormati.

    "Saya kira dalam keadaan ini kami tidak boleh ke mahkamah tetapi hanya ingin menegakkan hak asasi manusia dan mahu kes tersebut dijadikan pelajaran kepada kedua-dua kerajaan untuk benar-benar serius soal perlindungan buruh asing,” katanya.

    Wahyu juga mengakui memang tidak ada tindakan yang boleh diambil pihaknya dan kerajaan Indonesia.

    "Mereka (Kerajaan Malaysia) juga tidak boleh berbuat apa-apa, kerana laporan kami sifatnya hanya untuk melindungi mangsa yang saat itu belum ada Lembaga Perlindungan Saksi dan Korban," kata Wahyu.

    Ditanya wartawan mengenai kemungkinan mangsa disogok wang untuk menutup kes berkenaan, Wahyu berkata mereka tidak dimaklumkan mengenainya.

    "... hanya terima gajinya yang jadi haknya. Tidak ada masalah penggajian. Setelah laporan ini dibuat di tahun 2007, kami tidak pernah juga memberitahu atau berhubungan dengan menteri itu," kataya.

    Menurut Wahyu, yang penting, mangsa sekarang berada di tempat yang aman dan sudah kembali ke Indonesia pada tahun 2007. 

    "Tapi lagi-lagi kami tidak boleh memberitahu keadaannya,” kata Wahyu.

    nota: sebab dulu tak ambil pot..pm dulu buat deeek...

    SIAPA ORANG INI

     sesiapa yang mengenali identiti lelaki ini sila emailkan
    ke pejabat YB Suhaimi Shafie ADUN SRI MUDA

    PM tubuh suruhanjaya diraja siasat kematian beng hock

    Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dijangka mengadakan sidang media mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian bekas Setiausaha Politik, Teoh Beng Hock pada tengah hari Jumaat.

    ADUN SRI MUDA YB SUHAIMAI DIUGUT

    Pejabat ADUN Seri Muda Shuhaimi Shafiei di Kota Kemuning, dekat Kota Raja disimbah cat merah awal pagi ini. "Ini satu ugutan terhadap YB. Tetapi sama ada ia berkaitan dengan tulisan di blog, saya tidak boleh komen apa-apa. Kita tunggu siasatan polislah," kata pembantu khasnya Azmizam Zaman Huri.NONE
    Azmizam yang juga naib ketua Pemuda PKR berkata, pihak pejabat kemudiannya membuat panggilan telefon memaklumkan kepada pihak polis.

    Bloger Rocky Bru sudah kena


    Rumah Penasihat Editorial Kumpulan Malay Mail Datuk Ahirudin Attan yang juga dikenali sebagai blogger Rocky's Bru dipecah masuk dan kereta jenis Peugeot 470 miliknya dicuri awal pagi ini di Taman Damai Utama, Puchong.


    Ahirudin, 49, yang juga Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan ketika dihubungi Bernama berkata, kejadian itu berlaku sekitar 3 pagi ketika beliau, isteri dan ibu mentua, dan tiga anak serta tiga anak saudara, sedang tidur.
    "Kejadian itu disedari apabila ibu mentua saya bangun kira-kira pukul 5 pagi dan melihat pintu utama rumah terbuka luas," katanya.
    Ahirudin berkata bahawa sebaik menyedari perkara itu, ibu mentuanya memanggilnya dan beliau mendapati keretanya yang bernilai lebih RM100,000 dilarikan penjenayah.
    Turut dibawa lari jam tangan isterinya yang diletakkan di atas meja diruang tamu.
    "Mungkin barang rumah kami tak banyak, jadi bila nampak kunci kereta mereka terus mengambilnya. Saya bertanya kepada pengawal keselamatan di kawasan perumahan ini dan mereka nampak kereta saya dibawa keluar pukul 3 lebih,"katanya.
    Ahirudin berkata kawasan perumahannya itu yang terletak dalam Bandar Kinrara baru tiga bulan menggunakan perkhidmatan pengawal keselamatan untuk menjaga kawasan itu.
    Ketua Polis Dearah Serdang Supt Abdul Razak Elias ketika dihubungi berkata polis sedang menyiasat kes itu. 

    POLIS sedia siasat semula kes Beng Hock

    Polis sedia membuka kembali kertas siasatan berhubung kes kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock sekiranya terdapat sebarang keterangan baru atau bukti yang memerlukan siasatan dijalankan.

    Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, polis akan menjalankan siasatan jika pihaknya menerima sebarang keterangan baru daripada mana-mana pihak.

    "Berikutan mahkamah telah memutuskan penghakiman terbuka, PDRM akan menyiasat jika ada sebarang keterangan atau bukti baru dikemukakan.

    "Bagaimanapun, sehingga semalam, belum ada pihak yang tampil dengan bukti, keterangan atau laporan baru," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini

    Keputusan mahkamah menolak kemungkinan bahawa Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah itu bagaimanapun tidak diterima oleh ahli keluarga dan penyokong mendiang.

    Thursday, January 6, 2011

    Abby: Mimie dan Norman tinggal serumah

    Pelakon Abby Abadi mahu memberi kesedaran kepada bekas suaminya Norman Hakim dan Memey Suhaiza dengan mendedahkan perbualan telefon di antara dia dengan wanita itu menerusi status Facebook miliknya, Isnin lalu.
    Abby berkata, dia berbuat demikian bukan bertujuan untuk menimbulkan sengketa tetapi sekadar mahu Memey sedar dan rasa bersalah dengan perbuatan dan sikapnya itu.
    “Setiap kali saya telefon bekas suami saya atas urusan anak-anak mesti dia yang akan jawab telefon (milik Norman Hakim) dan beri macam-macam alasan yang menunjukkan Norman ketika itu berada bersamanya. Dia seperti mahu mencabar saya.
    “Saya tulis bukan kerana saya nak buat tuduhan atau cuba timbulkan sengketa tetapi nak bagi perempuan tu (Memey) sedar, faham dan rasa bersalah,” katanya.
    Dalam mStar Online Isnin, Memey meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Abby yang menyerangnya secara peribadi.
    Menerusi Facebook itu juga, Abby turut menyindir Memey sebagai perempuan gatal selain mendakwa Memey seolah-olah begitu berbangga kerana mahu menunjuk mereka tinggal serumah.
    Abby meradang apabila panggilan telefon yang dibuat kepada Norman atas urusan anak sempena sesi persekolahan yang dibuka pada Isnin lalu dijawab oleh Memey.
    Jelas Abby lagi, dia tidak berniat untuk mencetuskan kontroversi dan membangkitkan kembali persengketaan lama. Malah dia tidak mempunyai kepentingan langsung berbuat demikian.
    “Saya tidak faham apa yang cuba dibuktikan sehinggakan segala urusan anak-anak saya pun dia nak sibuk dan masuk campur. Apalah yang dibanggakan sangat dengan status tunangan orang itu?
    Luahan Abby Abadi menerusi Facebook miliknya menimbulkan tanda tanya adakah benar Norman dan Memey tinggal serumah?
    “Kalau boleh memang saya tidak mahu ada kaitan lagi dengan mereka dan sedikit pun tidak ada kepentingan menulis begitu. Saya hanya mahu mereka selesaikan apa yang belum selesai selepas saya dan Norman bercerai,” katanya.
    Dalam pada itu, Abby agak kesal ramai yang menganggap kenyataan yang dibuat kepada media seolah-olah menampakkannya tidak rasional.
    “Saya mengaku disebabkan personaliti Memey yang lemah lembut dan naif membuatkan masyarakat menyalahkan saya. Mereka lihat saya seperti tidak rasional.
    “Cuba mereka meletakkan diri di tempat saya. Saya hanya menuntut hak saya yang mana perkara-perkara tersebut mereka (Norman dan Memey) sudah sedia tahu,” katanya.
    Norman dan Memey bertunang pada 15 September tahun laluu dan sepatutnya bernikah pada 8 Januari ini.

    tahanan mati dilokap

    Ooh Joo Kia, 44, seorang penjaga kedai komputer, disahkan meninggal dunia pada pukul 5.30 pagi selepas rebah di dalam lokap balai Polis Nibong Tebal di Seberang Perai awal hari ini akibat serangan jantung.


    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Zahruddin Abdullah berkata Ooh ditahan bersama tujuh lelaki lain bagi membantu siasatan kes perjudian berkomputer.


    Beliau berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sungai Bakap mendapati Ooh mati akibat penyakit lemah jantung dan tiada kesan kecederaan ditemui pada badan lelaki itu.

    Kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut, katanya.

    Beliau berkata Ooh yang masih bujang itu mempunyai lebih kurang 10 rekod jenayah berkaitan kes dadah dan perjudian.

    - Bernama

    Wednesday, January 5, 2011

    TEOH BENG HOCK .OH..TEOH BENG HOCK

    Koroner Azmil Muntapha Abas hari ini membuat penghakiman memutuskan kematian Teoh bukan kerana bunuh diri.

    Azmil berkata, ada bukti yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa kecederaan pada leher Teoh berlaku sebelum dia jatuh, tetapi tidak ada bukti untuk mengesahkan bahawa kecederaan itu menyumbang kepada kematiannya.
    Azmil, yang mendengar inkues itu mulai 29 Julai, 2009, juga berkata tidak ada pihak ketiga yang terbabit dengan kematian tersebut.

    RAIS YATIM: SAYA TAK BUAT

    "Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik' kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hari ini.rais yatim pc 020709 01

    Menurut Rais, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.

    harga minyak turun?

    jawapan kepada kenaikan harga minyak; Lan..chow!

    che'gu bard buat report polis menteri rogol amah

    Badrul Hisham Shaharin berkata pihaknya akan membuat satu laporan polis esok berhubung salahlaku seorang menteri di dalam kabinet Malaysia yang didakwa terbabit merogol pembantu rumah warga Indonesia .


    Laporan akan di buat di IPD Seremban Dua, Jam 10.30 pagi.

    Dikendalikan Soladiriti Anak Muda Malaysia(SAMM), Badrul berkata segala dokumen berkaitan akan dedahkan sebagai bukti yang mengaitkan menteri terbabit dan mendesak agar perkara ini dapat dibawa ke muka pengadilan.

    “Terdapat dokumen yang mengaitkan beliau, jadi demi keadilan kepada mangsa dan menteri tersebut, polis harus tampil jalankan siasatan.

    “Kedua, Najib (PM) perlu nyatakan pendirian tegas dalam hal ini dan rakyat Malaysia perlu lakukan sesuatu kalau tidak jangan marah jika orang Indonesia berkumpul dan menyerang identiti negara kerana sekali lagi rakyat Indonesia diperlakukan sebegitu, tanpa pembelaan. Malah diberi perlindungan dan keistimewaan kepada penjenayah itu,” katanya.

    Beliau menyifatkan pihak berkuasa dilihat sengaja menutup mata mengenai kes ini apabila ia mengaitkan menteri kabinet di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

    “Perkara ini lebih kritikal apabila esok kita akan maklumkan dan dedahkan isyarat dari pada keluarga mangsa mereka dalam ketakutan dan kalau boleh jangan dedahkan identiti mangsa kerana mereka takut ‘diAltantyuakan’. Malaysia punya rekod yang terpalit sebegini dan merugikan negara,” jelasnya yang juga Ketua Cabang KEADILAN Rembau.

    Sebelum ini isu yang tersorok selama tiga tahun muncul semula di alam siber sejak beberapa minggu lalu apabila ia didedah oleh laman WikiLeaks.

    Kejadian rogol ini ddakwa berlaku semasa pentadbiran mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bagaimanapun mangsa dan keluarganya merayu agar identiti mereka dirahsiakan.

    Ini kerana mereka bimbang impak skandal itu ke atas mereka dan kemungkinan menteri berkenaan yang kini berkhidmat di bawah pentadbiran perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mempunyai kesan kepada mereka meskipun berada di Indonesia.

    Menurut sepucuk surat yang didakwa ditulis oleh adik perempuan mangsa yang disiarkan di beberapa blog dan dihantar ke kedutaan Indonesia dan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, kejadian rogol itu terus dirahsiakan kerana “menteri berkenaan mempunyai banyak wang dan kenalan di Indonesia.”

    “Adalah dikhuatiri sesuatu akan berlaku kepada keluarga dan kakak saya seperti yang berlaku dalam kes Altantuya di Malaysia,” petik surat adik perempuan mangsa.

    halaman