Wednesday, January 12, 2011

POLIS MENGGANAS?

KES 1
Seorang saksi yang mendakwa melihat seorang lelaki dipukul sehingga mati ketika dalam tahanan polis, hari ini membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.
NONEDengan diiringi peguam daripadaLawyers for Liberty, N Surendran dan Fadiah Nadwa Fikri, saksi berkenaan, A Sargunan tampil di balai polis Dang Wangi membuat laporan, petang tadi.
Krishnan, 36 tahun, seorang juruelektrik ditahan di Taman Miharja pada 3 Januari lalu kerana disyaki terbabit dengan kegiatan dadah dan direman selama empat hari di balai polis Bukit Jalil.
Menurut saksi, mendiang dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, tiga hari kemudian selepas mengadu sakit perut.

Namun, Krishnan diisytiharkan mati keesokan hari. Pihak hospital melaporkan mendiang mati kerana mengalami luka dalam perut.
NONE
Isteri mendiang P Revathi, 38, bagaimanapun menolak laporan itu sebagai mencurigakan.

Selepas meninggal, bedah siasat dibuat tanpa izin saya. Siapa yang benarkan hospital buat post-mortem? Saya ada enam orang anak, siapa mau tanggung mereka sekarang ini?" soal beliau.

Keluarga mangsa memfailkan satu laporan polis di balai Jinjang, semalam.

Menurut Revathi, tiada seorang daripada ahli keluarga yang mengetahui suaminya ditahan polis. Mereka hanya mengetahui mengenai kematian Krishnan daripada seorang saksi kejadian.
Dakwanya, di bilik mayat, beliau terkejut melihat kesan koyak pada rusuk mangsa yang disertai lebam pada mata, dan belakang tubuh yang dipercayai akibat kesan dipijak.

KES 2
Lima anggota polis hari ini dihadapkan ke mahkamah majistret Petaling Jaya hari ini berhubung dakwaan membelasah ahli perniagaan Chia Buang Hing, 35.

NONEDaripada lima anggota itu, empat konstabel didakwa mengikut seksyen 323, Kanun Keseksaan kerana dakwaan mencederakan mangsa.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu ke atas Chia di balai polis Kota Damansara daripada jam 12.30 pagi hingga 3 pagi pada 19 Disember tahun lalu.

Keempat-empat mereka adalah Konstabel Mohd Azwan Hassan, Konstabel Norzali Rosle, Konstabel Ahmad Saifullah Osman dan Konstabel Alizulhafiz Abdul Ghafar.
Mohd Azwan dan Norzali menghadapi pertuduhan kedua atas akta yang sama kerana mencederakan Chia di Jalan PJU 3/15, Persiaran Tropicana, Petaling Jaya antara jam 11.30 malam 18 Disember hingga 12.30 awal pagi hari keesokannya.

Keempat-empat mereka mohon dibicarakan. Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
NONESeorang lagi anggota yang didaakwa adalah lans korporal Mohadi Adam.
Beliau turut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama atas tuduhan mengingkari suatu arahan undang-undang di bawah Seksyen 20 (3) Akta Polis 1967, dengan mengetahui bahawa dengan keingkaran itu telah menyebabkan bencana kepada Chia.

Chia sebelum ini juga mendakwa anggota polis berkenaan bukan sahaja menyerang tetapi merompak wang tunai RM13,000 daripadanya
[MK}

No comments:

Post a Comment

halaman