Friday, September 14, 2012

Pemilik Butik Dakwa Dipukau Lelaki Arab, Rugi RM7, 000


Seorang pemilik butik mendakwa dipukau seoranglelaki Arab dan kehilangan RM7,000 dalam kejadian di Taman Permint Indah disini, lewat petang Rabu.
Nurlida Mohd Nor, 41, ketika ditemui pemberita di sini, hari ini mendakwalelaki itu melarikan beg tangannya mengandungi wang tersebut yang diletakkan dibawah kaunter bayaran butik miliknya itu.
"Kira-kira pukul 6.30 petang lelaki itu memasuki butik bersama isterinyaberusia lewat 30an serta dua anak perempuannya. Lelaki itu berpura-pura memilih beberapa pakaian wanita untuk dihadiahkan kepada adiknya.
"Lelaki itu tanya sama ada saya terima wang dollar Amerika, saya jawab sayaterima wang ringgit dan lelaki itu yang bertentang mata dengan saya meminta izinkeluar selama 10 minit untuk menukar wang," katanya.
Beliau berkata dirinya kemudian terasa seolah-olah dipukau kerana tidak tahuapa-apa lagi selepas itu, sebelum mendapati keluarga Arab tersebut sudah tiadadalam butiknya.
Nurlida berkata anaknya berusia tujuh tahun yang turut berada di butiknyaberkata dia ternampak beg tangan miliknya dibawa lelaki itu namun tidak mampuberkata apa-apa.
"Saya kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungunkira-kira jam 8 malam (semalam)," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Dahlan Mohd Noor ketikadihubungi berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.
"Saya minta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polisberhampiran," katanya. BERNAMA

No comments:

Post a Comment

halaman