skip to main |
skip to sidebar
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata kereta jenis Porsche Panamera berwarna emas itu dilarikan pada kira-kira 9 pagi oleh seorang lelaki yang sebelum itu berpura-pura untuk berjumpa seorang kakitangan di bilik pameran tersebut. "Setelah itu, lelaki berpakaian kemas dan bertopi itu kemudiannya naik ke tingkat satu dan menggeledah meja sebelum menemui sampul sampul surat yang mengandungi kunci kereta berkenaan. "Suspek kemudiannya turun dan keluar dari ruang pameran sambil menekan kunci bagi mengesan lokasi dan setelah menjumpai kereta itu dia terus memecut menuju ke arah Bukit Bintang," katanya. Beliau berkata kereta yang belum didaftarkan itu diletakkan di luar ruang pameran bersama enam lagi kenderaan lain untuk dihantar ke satu lagi pusat pameran di Glenmarie, Shah Alam, Selangor. Berikutan itu, polis sedang mencari Mohd Azri Mohd Kassim, 31, beralamat terakhir di 1801-C1, Blok C, Armanee Condominium, Damansara Perdana dekat sini bagi membantu siasatan. Pemuda itu mempunyai rekod jenayah lampau antaranya tiga kes curi kereta dan dua kes samun dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu curi kenderaan, katanya. - Bernama
halaman
-
Dari Derita ke Kaya Raya: Inilah PKR
-
*"Dulu kata Parti Derita, sekarang dah jadi Parti Kaya Raya. Majlis bukan
lagi di bawah khemah, tapi di hotel mewah. Dari perjuangan rakyat, kini
perjua...
1 month ago
-
ETCサービスご利用者様へ大切なお知らせ
-
________________
ETCサービスをご利用のお客様へ:
インフォメーションMAIL
________________
平素よりETC利用照会サービスをご利用いただき、誠にありがとうございます
今日、ETCに支払情報が変更されたことが発見しました
本人操作確認するため為、一時使用制限を...
2 years ago
-
Perutusan Dari Tun Mahathir
-
PERUTUSAN KHAS
YAB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, PERDANA MENTERI MALAYSIA
PADA 26 FEBRUARI 2020 (RABU)
1. Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada s...
5 years ago
-
-
Lagi Pencalonan Untuk TG Hj Abd Hadi Dan Tuan Ibrahim
-
PRESIDEN PAS DISAMBUT TARIAN SINGA KUALA KRAU: Presiden PAS, Dato' Seri
Tuan Guru Abdul Hadi Awang bukan sahaja kekal dicalonkan sebagai Presiden
untuk ses...
10 years ago
-
No comments:
Post a Comment