Friday, March 8, 2013

Betulkah Penceroboh masuk K.Kinabalu dan Tawau

Bercakap dalam sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Markas Felda Sahabat 16, dekat sini, Ketua polis Negara Ismail Omar menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah terpedaya dan panik dengan maklumat yang tidak
sah berhubung isu pencerobohan di Sabah.
    
"Kalau maklumat yang tidak disahkan sama ada oleh polis atau tentera, jangan mudah percaya," katanya.
    
Ismail sekali lagi menegaskan bahawa keadaan keselamatan dan keamanan di kawasan pantai timur negeri itu terkawal dan orang ramai tidak perlu cemas.

Sehingga kini 52 penceroboh militan terbunuh dalam Op Daulat sejak insiden pencerobohan di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari bandar Lahad Datu 12 Februari lepas.
    
Lapan anggota polis terkorban dalam tempoh itu iaitu dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam kejadian serang hendap di Kampung Simunul, Semporna pada 2 Mac.Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini menafikan khabar angin kononnya 700 penceroboh militan akan memasuki Sabah
untuk mencetuskan huru-hara di negeri itu.

Beliau berkata penyebaran maklumat melalui media sosial dan SMS, kononnya penceroboh militan itu akan memasuki Kota Kinabalu dan Tawau, adalah tidak benar.
    
"Maklumat yang disebar dalam berita itu meminta pihak polis berhati-hati dan meningkatkan kawalan keselamatan. Di sini saya nyatakan bahawa maklumat itu bukan dikeluarkan oleh polis dan ia tidak betul," katanya.
    
- Bernama

Sabah: 52 lagi mati.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika bertemu dengan pasukan keselamatan negara di Komtek Sahabat 16 Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) yang siap sedia berjuang dalam Op Daulat di sini, Khamis. -fotoBERNAMA
Penduduk kampung melihat mayat pengganas Sulu yang ditembak mati dalam serangan hendap di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna Sabtu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan jumlah pengganas Sulu yang terbunuh dalam Op Daulat sehingga kini ialah seramai 52 orang.
Menerusi sidang media pada petang Khamis, Ismail berkata anggota keselamatam berjaya menembak mati seramai 31 lagi pengganas bersenjata dalam operasi mopping-up yang dijalankan pada Khamis.
Menurut Ismail, kesemua 52 musuh yang mati itu adalah termasuk sejak pertempuran pertama setelah pasukan keselamatan Malaysia diserang hendap Jumaat minggu lalu di Kampung Tanduo di sini.
Antara yang terbunuh ialah pemimpin pengganas yang berpangkat jeneral namun belum dipastikan sama ada mangsa ialah adik kepada Sultan Sulu iaitu Raja Muda Agbimuddin Kiram yang mengetuai kumpulan itu menceroboh Sabah.

Thursday, March 7, 2013

9 MAYAT DITEMUI ITU SEBELUM OPERASI DAULAT

Panglima angkatan tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menjelaskan bahawa timbunan mayat ditemui dalam satu lahad di Kampung Tanduo adalah korban dalam pertempuran yang berlaku di antara pasukan keselamatan dan penceroboh Filipina sebelum Ops Daulat dilancarkan.
Katanya, 12 penceroboh berkenaan terbunuh ketika pertempuran pada 1 Mac.
NONENamun, pasukan keselamatan hanya menemui sembilan mayat di dalam lahad tersebut, katanya.

Pasukan keselamatan percaya terdapat tiga lagi mayat yang kini sedang dikesan, tambahnya.

Mayat berkenaan mungkin telah dikebumikan atau dibawa ke kawasan lain yang tidak diketahui, katanya dalam satu sidang media di Felda Sahabat Residence petang ini.

Jumlah penceroboh yang dibunuh sejak konflik ini bermula adalah 13 orang, termasuk seorang yang ditembak mati pagi ini.

Terdahulu, dua menteri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan gambar menunjukkan bukti kematian berkenaan dalam satu sidang media petang ini.

 anggota polis yang terbunuh di Kampung Simunul di Semporna pada 2 Mac lalu, ditemui dalam keadaan diperlakukan dengan kejam, kata polis dalam Facebook lewat malam tadi. Ketua Polis Negara , Tan Sri Ismail Omar sebelum ini enggan mengesahkan laporan bahawa ada mangsa dipenggal dan juga mata mereka dikorek keluar.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merujuk kepada insiden tersebut dalam satu sidang akhbar pada hari Selasa dan menyifatkan tindakan penceroboh itu 'sebagai tidak Islamik'.

Insiden mengerikan itu juga dibangkitkan pada mesyuarat tengah malam antara Setiausaha Luar, Albert del Rosario dan Menteri Luar, Datuk Anifah Aman pada hari Isnin di Kuala Lumpur.

Tuesday, March 5, 2013

5.00 ptg 5march 2013: 20 mayat penceroboh ditemui


jam 5ptg hari ini Kira-kira 20 mayat pengganas Sulu setakat ini sudah ditemukan beberapa jam selepas serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh itu di Kampung Tanduo di sini awal pagi.
Sumber Utusan Online memberitahu, operasi pembersihan masih diteruskan bagi mencari saki-baki pengganas.
Ketua Polis negara mengesahkan sehingga kini pasukan keselamatan masih tidak menemui mayat ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie dan pimpinan lain dalam serangan udara yang dilancarkan ATM di Kg Tanduo pagi ini.-Utusan

Monday, March 4, 2013

LAHAD DATU [4.50ptg 4/3/13] : 30 penduduk Tanjung Batu di tawan pemberontak


Oleh : MUTALIB M.D (Sabahkini.net)

Ketua Cawangan UMNO Tg Labian, Kunsul Nahul yang menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi mengesahkan anaknya, Rudy, merupakan salah seorang penduduk yang ditawan.
"Semalam kita sudah sampaikan aduan kepada pegawai kanan polis dan pihak atasan polis, tetapi sepanjang malam penduduk yang ketakutan tidakpun melihat seorang polis yang datang sehinggalah mereka ditawan sekitar jam 9 pagi tadi," kata Kunsul dengan nada kesal.

Tegas Kunsul, sewajarnya tugas memburu serpihan militan yang digempur di Kampung Tanduo baru-baru ini diserahkan kepada Tentera kerana mereka lebih berpengalaman dalam bidang militan, gerila dan taktikal.

"Penduduk Labian kini terancam kepada serangan lanun kerana PDRM gagal memastikan 13 kampung tradisi di Zon Labian selamat daripada serangan lanun dan militan. Kami tidak yakin kepada pasukan keselamatan setelah insiden yang berlaku di Tanduo dan kini merebak ke Tanjung Batu, Pasusul dan Labian," kata Kunsul yang kesal kerana PDRM tidak sensitif terhadap perasaan dan trauma penduduk kampung.

Sebagai petani dan nelayan biasa, kata Kunsul, penduduk tidak mempunyai kekuatan untuk menumpaskan 50 militan bersenjata berat, apatah lagi menangkis serangan lanun yang mendarat setiap minggu di Tg Labian dan sekitarnya terutama Tanduo.

Dalam pada itu, lima limit lalu, seorang mangsa, Rudy Kunsul, yang berjaya melepaskan diri daripada tawanan militan berkenaan kini berada di Pejabat Komtek PGA Sahabat 16 untuk membuat laporan dan sedang disoal siasat.

Sabahkini.net berjaya menghubungi Rudy melalui telefon dan dapat menemuramah Rudy yang masih dalam nada cemas setelah berjaya melarikan diri dan menumpang kenderaan ke Bandar Sahabat.

"Saya ditawan selama 45 minit dan ketakutan. Tetapi demi menyelamatkan nyawa, ketika militan leka, saya bersama dua rakan saya menyisip keluar daripada rumah Pak Amil, tempat kami dikumpulkan," kata Rudy yang ditawan militan berkenaan ketika sedang meninjau kampung sekitar sekitar jam 9 pagi tadi,

Menurut Rudy, beliau dan rakannya, Ismail Mahmud dan Fred terpaksa menggadai nyawa demi untuk menyelamatkan nyawa 30 penduduk kampung termasuk lima wanita yang masih ditawan pihak militan.

"Saya lihat mereka (militan) menggunakan senjata berat seperti M16, Carbine, Armalite, Garrant dan sebagainya. Sayapun tidak berapa kenal senjata lain. 60 peratus daripada militan berkenaan bersenjata," ujar Rudy sebelum meminta diri kerana tiba gilirannya untuk disoal siasat. - SABAHKINI

gambar wira yang terkorban

Alfatihah...wira negara
Wira yang terkorban....

Mereka ialah Supt Ibrahim Lebar dari Bukit Aman, ASP Michael Fadil dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna, Sarjan Detektif Baharin Hamid dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Sarjan Aziz Sarikun dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau, Kpl Salam Tongiran (IPD Tawau) dan L/Kpl Mohd Azrol Tukiran (PGA Tawau).

22:41 Terkini: 6 polis maut, 6 anggota kumpulan bersenjata terbunuh

Ceroboh Sabah: Anggota pasukan keselamatan diperkukuh dan bersedia
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kanan) bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ketika mengadakan sidang media i, hari ini.

 Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menegaskan bahawa keselamatan di Sabah terutama di tiga lokasi berlaku pencerobohan kumpulan bersenjata adalah terkawal.

"Saya juga telah memanggil Panglima Angkatan Tentera (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin) untuk mengukuhkan kedudukan dengan mengambil kira apa yang berlaku di tiga lokasi itu.

"Mereka juga dalam keadaan bersedia untuk tindakan selanjutnya," katanya pada sidang akhbar di Residental Felda Sahabat kira-kira 130 kilometer dari sini.

Beliau merujuk kepada tiga situasi iaitu penahanan tiga anggota penceroboh yang cuba keluar dari kawasan kepungan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, lima anggota polis mati ditembak di Kampung Seri Jaya Simunul di Semporna dan laporan pencerobohan 10 lelaki di Kampung Lumalong dan Kampung Dasar Lama di Kunak.

Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah Zulkifeli, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Ismail meminta orang ramai agar jangan mempercayai khabar angin dan berita yang tidak disahkan oleh polis tentang apa yang berlaku di negeri ini.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu membuat andaian melainkan disahkan pihak berkuasa terutama jika berdasarkan laporan di media sosial dan komunikasi lain.

Ismail sekali lagi menegaskan bahawa sehingga hari ini polis tidak pernah mengeluarkan perintah berkurung kepada penduduk di negeri ini.

Beliau turut memberi jaminan keselamatan kepada pelancong yang ingin datang ke negeri ini untuk bercuti.

Sementara itu, Zulkifeli dalam sidang akhbar sama berkata penduduk di negeri ini terutama masyarakat setempat di daerah ini tidak perlu bimbang kerana situasi adalah terkawal dan pihaknya berkerjasama rapat dengan polis dalam menangani situasi keselamatan.

"Saya dan Ketua Polis Negara telah merancang sesuatu dan kami boleh tangani situasi ini dengan kawalan keselamatan yang ketat," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya penduduk di daerah ini, Semporna dan Kunak menjalani kehidupan seperti biasa.

Zulkifeli berkata bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan mereka, dua lagi batalion tambahan tentera dihantar hari ini dan ditempatkan di beberapa kawasan di kawasan pantai timur negeri ini. - Bernama

halaman