Bercakap dalam sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Markas Felda Sahabat 16, dekat sini, Ketua polis Negara Ismail Omar menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah terpedaya dan panik dengan maklumat yang tidak
sah berhubung isu pencerobohan di Sabah.
"Kalau maklumat yang tidak disahkan sama ada oleh polis atau tentera, jangan mudah percaya," katanya.
Ismail sekali lagi menegaskan bahawa keadaan keselamatan dan keamanan di kawasan pantai timur negeri itu terkawal dan orang ramai tidak perlu cemas.
Sehingga kini 52 penceroboh militan terbunuh dalam Op Daulat sejak insiden pencerobohan di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari bandar Lahad Datu 12 Februari lepas.
Lapan anggota polis terkorban dalam tempoh itu iaitu dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam kejadian serang hendap di Kampung Simunul, Semporna pada 2 Mac.Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini menafikan khabar angin kononnya 700 penceroboh militan akan memasuki Sabah
untuk mencetuskan huru-hara di negeri itu.
Beliau berkata penyebaran maklumat melalui media sosial dan SMS, kononnya penceroboh militan itu akan memasuki Kota Kinabalu dan Tawau, adalah tidak benar.
"Maklumat yang disebar dalam berita itu meminta pihak polis berhati-hati dan meningkatkan kawalan keselamatan. Di sini saya nyatakan bahawa maklumat itu bukan dikeluarkan oleh polis dan ia tidak betul," katanya.
- Bernama
Mahadi bin Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadibz telah
dimasukkan dalam Investor Alert List oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
-
Mahadi bin Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadibz telah
dimasukkan dalam Investor Alert List oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
8 months ago
No comments:
Post a Comment