
"Menteri kewangan ini adalah presiden Umno, Umno ialah parti agama bangsa dan negara," katanya lagi.

Seorang pengusaha kedai runcit, Mohd Soffi Jaafar dari Kampung Permatang Kerat Telunjuk, Bandar Baharu berpendapat, tiada sebarang perubahan yang dilakukan oleh Zulkifli sepanjang menjadi Ahli Parlimen kawasan itu. Beliau tidak menafikan segala permasalahan timbul harus dirujuk kepada mana-mana Ahli Majlis, Majlis Daerah Bandar Baharu untuk tindakan lanjut termasuk apabila berlakunya bencana alam seperti banjir dan kebakaran. “Kami sudah lama menolaknya sebagai Ahli Parlimen. Saya cadangkan lebih baik dia letak jawatan sahaja dan jangan buang masa berdrama kepada media. Kami tidak mahu melihat mukanya di Bandar Baharu lagi,” katanya. Seorang peniaga, Tarmizi Majid dari Taman Kelisa, Lubuk Buntar berkata, sejak kemenangannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12, Ahli Parlimen itu jarang turun padang berjumpa dengan rakyat. Menurutnya, sebelum ini ketika Bandar Baharu berhadapan dengan masalah banjir, dia tidak ada di kawasan. “Kami sudah jemu dengan sikapnya, membiarkan permasalahan dialami rakyat begitu sahaja. Sekiranya inilah sikapnya terhadap rakyat, lebih baik dia meletakkan jawatan kerana banyak lagi pemimpin yang berkebolehan,” katanya. Seorang pekebun, Abdul Rahim Abdullah dari Kampung Desa Teruna, Sedim berkata, dia tidak pernah berjumpa atau melihat Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu semenjak dia memenangi PRU 12. “Saya pun sudah lupa macam mana rupanya kerana dulu kami hanya tengok menerusi poster pilihan raya sahaja. Saya berpendapat baiklah dia letak jawatan. Kalau kekal jawatan tapi tak buat kerja pun nak buat apa. Baik berikan kepada orang lain yang nak berkhidmat kepada masyarakat. Sama ada dia ada atau tidak, nasib kami tak berubah tetap macam ini juga,” katanya. |
Jumlah penganggur di Malaysia dari Oktober 2008 sehingga Disember tahun lepas mencatatkan sebanyak 36,000 orang atau 3.6 peratus daripada jumlah penduduk negara, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan.
Katanya kebanyakan daripada statistik itu adalah daripada sektor perkilangan ekoran kekurangan pengeksport kerana kemerosotan ekonomi di Amerika Syarikat pada 2008.
Beliau berkata jumlah tersebut bagaimanapun masih berada dalam kawalan berbanding 84,000 penganggur dicatatkan pada krisis ekonomi Asia dalam tempoh yang sama pada 1997.
"Akibat krisis ekonomi melanda di Amerika Syarikat, ramai buruh-buruh yang terdiri daripada golongan dewasa terpaksa diberhentikan kerja secara sementara.
"Syarikat-syarikat dalam sektor perkilangan terpaksa mengecilkan jumlah pengeluaran kerana permintaan yang kurang," katanya.
TUMPAT, 10 Mac: Mahkamah Majistret Tumpat semalam menangguhkan perbicaraan membabitkan lima pelajar Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Yusufiah, Pondok Banggol Naim, Pasir Mas yang dituduh menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar semasa ditahan polis dalam satu sekatan jalan raya di Kampung Geting pada 27 April 2008 lalu.
Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat menangguhkan kes tersebut esok, pukul 11.00 pagi.
Pada prosiding membela diri hari ini, mahkamah mendengar keterangan saksi yang diberikan Mudir Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Yusufiah, Tuan Guru Awang Yusuf , 61.
Kelima-lima pelajar semasa ditahan kira-kira pukul 12.00 tengah malam itu adalah dalam perjalanan pulang dari menghadiri upacara sembahyang jenazah di Masjid Jar pukul 10.00 malam sebelum menghadiri ceramah Israk Mikraj di Surau Geting, Tumpat.
Mereka ialah Adli Ab Halim, Afizul Mohamed, Ahmad Hafidz Saari, Che Mohd Nor Che Soh dan Mohd Azam Mohd Arifin.
Mereka dituduh di bawah Kaedah 4 (motosikal topi keledar keselamatan) 1973 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 338/87) yang dibaca bersama Seksyen 128 (1) Akta yang sama.
Peguambela Amir Syafiq Venkadesh Narayanan ketika ditemui di luar mahkamah berkata, kelima-lima pelajar yang ditahan polis itu semuanya menunggang motorsikal dengan masing-masing membawa pembonceng.
Menurutnya, semua penunggang itu tidak memakai topi keledar tetapi sebaliknya hanya memakai ‘serban’ dan berjubah putih.
“Di bawah undang-undang, ada pengecualian di mana seseorang itu tidak perlu memakai topi keledar semasa menunggang motorsikal. Mereka itu ialah (golongan) ‘Haji’, ‘Hajjah’, ‘Lebai’ dan ‘Sikh’. Namun dalam undang-undang itu tidak dijelaskan apakah yang dimaksudkan dengan ‘lebai’, yang (undang-undang itu) terpakai sejak digubal oleh Parlimen.
“Justeru mengikut Kamus Dewan (Edisi Ketiga) dinyatakan bahawa; “Seorang ‘lebai’ itu (ialah) orang yang tahu tentang agama, orang yang mengerja sesuatu yang bersangkutan dengan agama Islam’. Itu saja definisi. Oleh itu, mengikut definisi di sini (adalah) terlalu luas, sesiapa pun boleh digolongkan dalam golongan ‘lebai’, dan untuk membuktikan seseorang itu ‘lebai’ adalah susah,” katanya.
Katanya, kelima-lima OKS (orang kena saman) itu mendakwa bahawa mereka tergolong dalam golongan 'lebai'.
Pendakwaan terhadap kes tersebut telah selesai dan kelima-lima pelajar itu kini dipanggil untuk membela diri.
“Sekarang kita cuba buktikan (bahawa) mereka itu ‘lebai’ dan belum ada apa-apa keputusan lagi (dibuat) oleh kerana perbicaraan kes ini belum selesai,” katanya.
Apa khabar Nasir Safar? Angkasanuri |
Sudah lebih sebulan kes hasutan melibatkan Datuk Nasir Safar orang kepercayaan Perdana Menteri 1Malaysia terhadap orang cina dan India dalam satu program di Melaka berlalu.Berpuluh laporan polis sudah dibuat. Ketua Polis Melaka sebelum ini mengumumkan polis sudah melengkapkan siasatan. |
KULIM, 7 Mac —Umno Bahagian Kulim-Bandar Baharu hari ini mempelawa Zulkifli Nordin yang dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam supaya menjadikan Umno sebagai platform untuknya terus berkhidmat kepada rakyat.
Pelawaan diberikan oleh Ketua Umno Kulim-Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang tewas kepada Zulkifli dalam pilihan raya umum Mac 2008.
Wahai tok senator menteri mengkhianati undi rakyat tu hukumnya apa... jangan ingat rakyat ni semua soljar nak kena ikut cakap macam lembu.
“Mungkin dia (Tuan Ibrahim) berniat dakwah, tapi saya anggap kenyataan itu masih bersifat peribadi yang tidak perlu dipolemikkan,” kata Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS petang tadi selepas menghadiri Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor.
Sehubungan itu, Mahfuz berkata, keterbukaan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempelawa Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Zulkifli Nordin menyertai PAS wajar diteliti terlebih dahulu oleh kepemimpinan tertinggi PAS.
Menurut Mahfuz, PAS seharusnya mengormati etika kepartian yang dipegang secara bersama-sama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.
"Kita tak boleh ambil ahli-ahli yang ditolak oleh parti kawan-kawan kita, apatah lagi kalau seseorang itu ditolak disebabkan mengganggu muafakat Pakatan Rakyat, kerana ini etika yang dipegang bersama," jelasnya.
Sekiranya PAS menerima Zulkifli, Mahfuz berkata, PAS boleh dilihat tidak menghormati ketetapan berupa disiplin yang ditetapkan oleh PKR sendiri.
Ini kerana, dengan penyertaan Zulkifli ke dalam PAS, menurut Mahfuz boleh mengakibatkan isu disiplin yang dialami oleh PKR mungkin berpindah pada PAS pula.
"Selepas PKR, mungkin PAS pula berdepan dengan ahli-ahli yang tidak disiplin, yang akhirnya tidak juga menyelesai masalah pokok (disiplin) dalam Pakatan Rakyat sendiri.
“Orang yang tidak ada disiplin dalam parti kawan kita, tiba-tiba kita (PAS) pula atas nama 'terbuka' nak ambil orang itu masuk ke dalam parti kita,” jelasnya.
Sekiranya Zulkifli dibawa menyertai PAS, Mahfuz menjangkakan bahawa PAS sendiri bakal dilihat serong oleh para pemimpin Pakatan Rakyat serta rakyat sendiri.
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 1 Mac: MCA hari ini membidas sekeras-kerasnya kenyataan Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang mendesak kerajaan menghentikan pemberian projek atau tender istimewa kepada syarikat korporat Cina yang tidak tahu berterima kasih. Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Ti Lian Ker, Pengerusi Biro Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan MCA Bagi beliau, kenyataan Ibrahim berlandaskan ras dan berbau perkauman adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mencetuskan sentimen prasangka perkauman yang semakin menebal dalam negara kita. |