Thursday, March 11, 2010

36,ooo penganggur diMalaysia

Malaysia telah mencatat kadar pengangguran sebanyak 3.6% dari jumlah penduduk negara ini.
Tok Najib kata ekonomi Malaysia semakin baguih macamana pengangguran semakin bertambah?
Ha....ini mesti kes kelentong lagi! Kerajaan amno/bn kelentong rakyat Malaysia bulat-bulat. Yang duduk kat hulu-hulu ceruk ceruk orang felda felcra..yang noreh getah..yang kerja kilang terlopong dengan bibir manis tok jib. Undilah lagi amno bn..tengok..mana anak-anak muda nak kerja?...padan muka...Otak keris bersilang nak kena cuci...pergi sergah braghim Ali...cakap jer lebih..apa yang diperjuangkan...anak muda tak perkasa sebab takde kerja...lingkup mak bapak kena jual harta.
Puih!...cover line lebih-lebih.

Jumlah penganggur di Malaysia dari Oktober 2008 sehingga Disember tahun lepas mencatatkan sebanyak 36,000 orang atau 3.6 peratus daripada jumlah penduduk negara, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan.

Katanya kebanyakan daripada statistik itu adalah daripada sektor perkilangan ekoran kekurangan pengeksport kerana kemerosotan ekonomi di Amerika Syarikat pada 2008.

Beliau berkata jumlah tersebut bagaimanapun masih berada dalam kawalan berbanding 84,000 penganggur dicatatkan pada krisis ekonomi Asia dalam tempoh yang sama pada 1997.

"Akibat krisis ekonomi melanda di Amerika Syarikat, ramai buruh-buruh yang terdiri daripada golongan dewasa terpaksa diberhentikan kerja secara sementara.

"Syarikat-syarikat dalam sektor perkilangan terpaksa mengecilkan jumlah pengeluaran kerana permintaan yang kurang," katanya.

No comments:

Post a Comment

halaman