Friday, June 17, 2011

Khir Toyo perdaya saksi


Dr Mohamad Khir Toyo dikatakan mendesak Pengarah syarikat Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni supaya tidak memberikan kenyataan yang boleh melibatkan bekas Menteri Besar Selangor itu kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009.
Shamsuddin mendedahkan perkara itu di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, menambah desakan tersebut berlaku selepas beliau dipanggil oleh SPRM untuk dirakamkan percakapan.
"Saya ada menerima banyak desakan daripada Mohamad Khir untuk tidak melibatkan diri beliau dan kerap kali saya dijanjikan bahawa kes akan dikawal, iaitu tidak akan berlaku pendakwaan terhadap saya dan beliau.
"Saya yakin dan percaya bahawa saya datang ke SPRM sebagai saksi dan bila SPRM datang nak hantar surat, rupa-rupanya mereka datang bawa surat pendakwaan.
"Pada hari orang SPRM datang bawa surat untuk saya didakwa di mahkamah pun, Mohamad Khir masih cakap 'jangan bimbang, kita boleh selesaikan perkara ini'. Itu janji-janji beliau.
"Saya tidak faham mengapa saya didakwa. Saya tidak dapat terima kerana saya bukan mahu aibkan sesiapa," katanya semasa disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamed.
Seterusnya saksi memberitahu telah berbincang dengan isterinya, Rahmah Kassim dan peguam-peguam untuk menceritakan perkara sebenar yang berlaku selepas mengetahui dirinya turut didakwa.

No comments:

Post a Comment

halaman