Wednesday, May 23, 2012

Polis tumpaskan geng samun dan curi kereta selangor


Polis menahan lapan lelaki berusia antara 20 hingga 28 tahun dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun dan curi kereta di sekitar Selangor, semalam.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahalan berkata mereka ditahan pada pukul 9.30 pagi di sebuah hotel di Ipoh  dan polis menemui lima buah kereta curi di kawasan letak kereta hotel berkenaan.
Beliau berkata kereta jenis Proton Wira, Toyota Hilux, Mitsubishi dan dua buah BMW yang ditemui itu dilaporkan dicuri dan disamun di Cheras dan Petaling Jaya.
"Sebelum ini, polis trafik yang membuat rondaan di sekitar bandar raya ini mendapati mereka dalam keadaan mencurigakan lalu membuat siasatan dan mendapati mereka terlibat dalam kegiatan menyamun dan mencuri kereta," katanya pada sidang media di Ipoh, hari ini.
Beliau berkata kumpulan itu bergerak dari satu negeri ke negeri lain untuk melakukan samun kerana polis turut menemui beberapa bilah parang di dalam sebuah kereta yang ditemui itu. Mereka direman seminggu untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

halaman