Friday, December 31, 2010

laki bini kena pukul polis

utusan malaysia m elaporkan Kejadian berlaku pukul 8.45 malam ketika mangsa, Tan Khoon Hor, 35, berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R) Tapah, Perak, Ahad lalu, untuk ke tandas.

Katanya, ketika insiden dia baru pulang bercuti dari Cameron Highlands dan sedang menuju ke Johor Bahru.

Tambahnya, semasa tiba di R&R terbabit, dia memberhentikan keretanya di belakang kereta kedua-dua lelaki itu kerana tiada tempat letak kenderaan yang kosong.

"Namun semasa hendak ke kereta semula, saya lihat mereka menghampiri isteri saya, Lim Chung Keok, 34, dalam keadaan marah-marah.

"Saya enggan bergaduh lalu menolak lelaki itu perlahan tetapi tiba-tiba mereka menumbuk di muka saya sehingga berdarah dan patah dua batang gigi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, lebih buruk apabila Chung Keok pula datang membantu menyebabkan wanita itu pula ditumbuk sehingga terjatuh dan patah enam batang giginya.

Tambahnya, secara tiba-tiba datang dua lagi lelaki yang tidak dikenali lalu turut sama memukulnya.

"Kami lalu melarikan diri untuk membuat laporan polis dan salah seorang daripada dua lelaki itu mengeluarkan kad kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Dia bagaimanapun tidak memakai pakaian seragam. Kami kemudian ke Balai Polis Tapah untuk membuat laporan seterusnya ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan," katanya.

Katanya, semasa membuat laporan, dia dimaklumkan pegawai polis yang memukulnya itu juga membuat laporan mengenai kejadian sama di R&R Tapah.

"Kami menyatakan kepada salah seorang pegawai di balai berkenaan untuk mencari peguam tetapi dia meminta saya tidak berbuat demikian kerana akan membantu menyelesaikan kes itu," katanya.

Khoon Hor menyifatkan tindakan mereka yang memukulnya sebagai melampaui batas dan meminta agar perkara itu disiasat secara menyeluruh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi hari ini mengesahkan telah menerima laporan tersebut dan pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci mengenai kejadian tersebut.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan dengan sengaja yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.


TAN Khoon Hor (kanan) bersama isterinya, Lim Chung Keok menunjukkan gigi mereka yang patah didakwa kena tumbuk pada sidang akhbar di Rumah Club Cina Jalan Maju Jaya, Taman Pelangi, Johor Bahru, semalam.

Thursday, December 30, 2010

rupanya menteri itu perogolnye....

setelah puas berkeliaran dialam maya selak sana selak sini risik sana risik sini maka terjawablah persoalan siapakah menteri yang dimaksudkan yang merogol amahnya..
Menteri itu memang hebat berpidato...fuih... kalau bercakap macam dunia ni dia yang punya...
siapa sangka ....menteri ni kuat nafsu serakahnya..isterinya msih cantik slim dan menarik tidaklah sejelek bik mama..
siapa pun tak sangka juga kerana menteri ni sering mencadangkan sesuatu hukuman terhadap sesuatu pesalah atau kesalahan....
tak sangka juga...sebab menteri ini ada anak yang pernah mengentot juga...kah..kah..kah..
tapi..semua orang tahu menteri ni cakap tak serupa bikin...
menteri ni umurnya dah agak senja juga diantara menteri kabinet yang sedia ada..
menteri ini arif dalam bidang undang-undang
ha..ha..ha..rupenya dia ni...

nota: kalau nak tahu juga layari Muslimeen-United.blogspot.com

Wednesday, December 29, 2010

SIAPAKAH MENTERI YANG ROGOL AMAHNYA?

Berita yang menyakitkan hati ialah laporan wikileaks mengesahkan keterlibatan seorang menteri Malaysia merogol amahnya yang berasal dari Indonesia. Ianya berlaku semasa pemerintahan rejim Abdullah Badawi.

Kisah seorang pembantu rumah Indonesia dirogol oleh majikannya yang merupakan seorang menteri bermula apabila sebuah badan kebajikan dan hak asasi manusia, Migrant Care, menerima sepucuk surat aduan daripada adik mangsa.

"Kakak saya telah diperkosa oleh majikannya Pak Menteri beberapa kali. Hingga satu hari tanggal 19/02/07, kuasa Allah perbuatan kejinya itu telah terlihat oleh Datin isterinya yang sangat baik melayan semua pembantu rumah. Datin telah hantar kakak saya pulang ke Indonesia keesokannya, tanggal 20/02/07," cerita adik mangsa kepada badan yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia yang bekerja di luar negeri itu.

Melalui surat inilah, Migrant Care telah menyiasat laporan ini dengan menghantar tiga sukarelawannya ke rumah Robengah yang terletak di Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia.


Menurut adiknya, kali terakhir Robengah diperkosa pada 19 Februari 2007 dan kejadian ini telah terbongkar apabila dilihat sendiri oleh isteri menteri ini.

Robengah kemudiannya telah dihantar pulang oleh isteri menteri itu pada keesokan harinya iaitu pada 20 Februari 2007.

Selepas membuat penyiasatan dan menemubual mangsa inilah, Migrant Care telah mengeluarkan satu kenyataan media pada 1 Ogos 2007. Ia telah ditandatangani oleh tiga orang iaitu Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director).

Kenyataan ini telah disiarkan kembali oleh Tenaganita, sebuah NGO hak asasi pekerja pada 26 Disember baru-baru ini selepas dokumen siasatan kes ini didedahkan oleh WikiLeaks.

Dokumen siasatan kes pemerkosaan ini dikatakan telah sampai ke kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, kedutaan Amerika di Jakarta dan pejabat Perdana Menteri ketika Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah Perdana Menterinya.

Berdasarkan dokumen dari kedutaan Amerika inilah WikiLeaks mendedahkan kembali kes ini kerana dokumen yang didedahkan oleh WikiLeaks semuanya daripada dokumen yang bocor dari Amerika.

Bermula dari situlah Harakahdaily menyiasat kes ini dan mendapat cerita ini. Menurut maklumat awalnya, menteri ini sudah bersara tetapi selepas disiasat rupanya menteri ini masih kekal dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak sekarang.

nota: Ayoyo...apa cerita ini dei....


Friday, December 10, 2010

PETIKAN SURAT SAC 11 MAT ZAIN IBRAHIM KES MATA LEBAM ANWAR IBRAHIM

Assalamualaikum wbt, Semoga YDH Tan Sri dalam sihat walfiat.

Izinkan saya dengan segala hurmatnya merujuk kepada jawapan YB Menteri Dalam Negeri bertarikh 2.12.2010 kepada persoalan yang ditimbulkan di-Parlimen oleh YB Lim Kit Siang berkaitan isu diatas.

Saya menarik perhatian Tan Sri kepada petikan jawapan tersebut; “Pihak PDRM telah membuat semakan keatas penyiasatan yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes serangan mata-lebam pada 1998.Tiada apa apa keterangan yang boleh menunjukkan berlakunya keterangan palsu dalam penyiasatan tersebut”. Saya memohon maaf kerana terpaksa menyatakan pendapat saya, bahawa pendirian yang PDRM ambil dalam menyediakan jawapan tersebut adalah jauh berbeza, malahan bertentangan dengan pendirian PDRM, ketika menangani siasatan insiden ini pada 1998. Saya wajar menegaskan bahawa pendirian PDRM ketika itu, adalah untuk menjalankan siasatan “without fear or favour; leaving no stone unturned; and to get it over with as soon as possible” dan tidak ada sebarang “cover-up” untuk sesiapa pun. Namun begitu pendirian kali ini nampaknya cenderong kepada melindungi orang-orang tertentu.

Saya berharap pendirian sedemikian yang Tan Sri ambil dalam penyediaan jawapan diatas adalah terbatas yang disebabkan oleh kekurangan bahan rujukan yang sepatutnya berada dalam kertas siasatan kes mata-lebam tersebut. Pada ketika penyiasatan kes ini lagi, beberapa dokumen penting dalam kertas siasatan itu, pernah dihilangkan ketika ditangan Peguam Negara dan kami terpaksa menggantikannya dengan salinan pendua. Malah keseluruhan kertas siasatan berkenaan pernah “dihilangkan” sementara, selama lebih kurang 3 minggu diantara 30.10.1998 hingga 20.11.1998sepertimana yang saya jelaskan dalam perenggan 16 Surat Terbuka saya kepada Tan Sri pada 22.11.2010. Tidak hairan jika berlaku kekurangan kandungan kertas siasatan itu, kerana ianya tersorok lama di-Jabatan Peguam Negara.

Sebelum saya pergi kepada isu pokok surat ini, izinkan saya menegaskan bahawa diari penyiasatan saya dalam kes ini adalah dibuat “as and when the events unfolded”, sama-ada yang saya rakamkan secara detail atau sekadar mencatitkan perkara mustahak setakat membolehkan saya menyegarkan ingatan saya kepada peristiwa berkenaan. Seperti apa yang kita pernah diajar di-Maktab KKB dahulu, “you see... you recognise;you read... you will know; if you write… you will remember forever.” Saya juga ada merakamkan perkara-perkara penting dalam perharian rasmi (official diary) khususnya bagi memelihara kerahsiaan identity individu dan maklumat penting yang saya terima berkaitan siasatan kes ini. Selain daripada diari penyiasatan tersebut saya telah menyediakan summary of evidence dalam minit-minit bertarikh 15.10.1998, 29.10.1998 dan 27.1.1999 yang saya jadikan sebahagian daripada diari penyiasatan, kesemuanya diedarkan mengikut prosidur edaran kertas siasatan, kepada Peguam Negara. Jika terdapat rakaman diari atau minit saya yang palsu atau tidak benar, sudah lama saya telah dikenakan tindakan Mahkamah.

Apabila PDRM baru-baru ini menyatakan, “Tiada apa apa keterangan yang boleh menunjukkan berlakunya keterangan palsu dalam penyiasatan ini”, persoalan yang muncul secara spontan ialah; bagaimana dan dimanakah hendak disorokkan sebanyak tiga(3) laporan perubatan yang telah dipalsukan dalam siasatan tersebut?.Malah dua(2) daripada tiga laporan berkenaan telah dikemukakan dan dipertimbangkan dalam prosiding Suruhanjaya Di Raja menyiasat insiden mata-lebam ini pada tahun 1999,dan laporan Suruhanjaya diistiharkan dokumen public. Laporan-laporan ini pula bukannya sekadar satu atau dua muka surat yang boleh terlepas pandang. Ketiga-tiga laporan ini berjumlah enam puloh lima(65) muka surat kesemuanya. Selain itu ketiga-tiga laporan berkenaan telah saya edarkan kepada;

1. YAB Perdana Menteri sendiri pada 19.2.2009.
2. YA Bhg Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM pada 15.4.2009 dan 7.5.2009
3. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Pengarah Hospital Kuala Lumpur dan Presiden Malaysian Medical Association pada 7.5.2009.
4. Peguam Cara Negara menerusi salinan laporan 15.4.2009 dan 7.5.2009.

Saya percaya Tan Sri masih ingat, bilamana satu helai surat sahaja, bertarikh 21.9.1953 yang ditanda tangani oleh seorang Pemangku Setia Usaha Kerajaan Negeri, menjadi antara sebab utama,maruah dan kedaulatan negara tercemar apabila kita terpaksa menyerahkan Pulau Batu Putih (Pedra Branca) kepada Singapura.Bayangkanlah apa yang boleh enam puloh lima (65) muka surat dokumen yang dipalsukan atas arahan Peguam Negara-Peguam Negara, boleh lakukan terhadap Sistem Keadilan Jenayah kita.

Saya turut yakin Tan Sri mahir dengan case laws berkaitan pemalsuan.Setiap pemalsuan itu adalah dilakukan secara “deliberate”. Tidak ada pemalsuan yang sebegini banyak dilakukan secara tidak sengaja. Saya ingin menegaskan bahawa ketiga-tiga laporan perubatan yang dipalsukan itu dilakukan dengan perancangan, persediaan dan perlaksanaannya dilakukan secara deliberate bagi memenuhi motif-motif yang jelas. Diary penyiasatan saya dan minit-minit berkaitan boleh membantu mengenalpasti sequence of events pemalsuan-pemalsuan ini.

Jika saya yang menjelaskan motif-motif pemalsuan itu dilakukan,mungkin ada pihak yang akan mempertikaikannya atau mungkin ada yang akan mengatakan saya melampau atau bias. Untuk menjauhi tanggapan khilaf sedemikian,apa kata saya jemput Tan Sri menilai sendiri dengan merujuk kepada penemuan Ahli Suruhanjaya Di-Raja Tersebut yang bijaksana, dirakamkan dalam Laporan Volume 1,PART TWO,Item 2 “OVERVIEW” perenggan 2.1.Komen Suruhanjaya ini dibuat berkaitan Press Statement Peguam Negara bertarikh 5.1.1999 yang ditanda tangan sendiri oleh Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham TSMA) khususnya muka surat 5 Press Statement tersebut:

Quote:( 6 baris terakhir muka surat 5 “Overview”)
“Quite simply, this passage meant that Dato Seri Anwar Ibrahim (DSA) had made untrue allegations about several injuries sustained by him but more to the point that it had been proved, to the satisfaction of the Honourable the Attorney-General, that more than one police officer was involved in causing other injuries on certain parts of DSA’s body”. Unquote.

Perkara dalam 2nd limb, quotation diatas yang menyebabkan pertembungan “head-on” antara Tan Sri Abdul Gani Patail (TSGP) dengan saya. Jika saya sebutkan nama-nama pegawai tinggi Polis dan berapa jumlahnya yang TSGP katakan beliau ada kuasa untuk menuduh dan atas kesalahan apa berkaitan insiden mata-lebam ini, mungkin saya akan dianggap sebagai seorang penghasut atau batu api. Tiada faedah untuk saya memainkan script usang ini. Bagaimanapun untuk makluman Tan Sri, pada ketika saya dipanggil memberi keterangan oleh pihak SPRM bulan July 2008 itu, saya disoal juga mengenai “sikap tidak sopan” saya ini. Mungkin ianya tidak penting tetapi sekadar untuk Tan Sri membuat verifikasi jika relevan.

Dalam prosiding Suruhanjaya DiRaja tersebut yang diadakan diantara 22.2.1999 dan 4.3.1999, dua laporan pakar dalam persoalan ini, yang disediakan oleh Dr Rahman Yusof masing-masing yang diarahkan oleh TSGP pada 26.10.1998 dan satu lagi yang diarahkan oleh Allahyarham TSMA, yang dipercayai disediakan diantara 14.12.1998 dan 21.12.1998 (Ekshibit A9) telah dikemukakan dan diteliti oleh Suruhanjaya. Perkara ini dirakamkan dalam Volume 1,PART FOUR,Item 4(B) The Medical Evidence,perenggan 4.11 dan 4.12.

Saya mendapat faham pendedahan dalam prosiding ini telah membuat Allahyarham TSMA merasa cemas. Diberitakan beliau tidak tahu TSGP telah lebih awal melantik Dr Rahman menyediakan laporan pada 26.10.1998. Allahyarham juga dikatakan tidak diberitahu mengenai latar belakang Dr Rahman sepertimana yang saya telah jelaskan kepada TSGP. Saya turut percaya sekiranya Allahyarham TSMA diberitahu mengenai kedua perkara ini, tidak mungkin beliau akan melantik Dr Rahman buat kali kedua oleh kerana sebarang pemalsuan yang dilakukan akan mudah dikesan kerana semua aktibiti siasatan ini dirakamkan secara ketat oleh Pasukan Penyiasat.

Saya kemudiannya diberitahu,TSGP telah memainkan peranannya dibelakang tabir untuk cuba “membetulkan” keadaan.Apa yang boleh saya sahkan ialah Dr Rahman sendiri memohon, malah merayu kepada pembantu-pembantu saya untuk mendapat kerjasama saya memasukkan laporan ketiga pula untuk “neutralise” laporan pertama bertarikh 26.10.1998 dan laporan kedua sepertimana Ekshibit 9, yang saya tolak.

Perkara yang sangat penting yang saya harapkan Tan Sri mengambil perhatian ialah;
Dalam prosiding Suruhanjaya DiRaja tersebut, dua laporan Dr Rahman yang diarahkan oleh Allahyarham TSMA dan TSGP telah dikemukakan; sepertimana disebut dalam perenggan 9 diatas.

Apabila laporan Suruhanjaya tersebut lengkap dicetak dan dipersembahkan kepada SPB Yang Di Pertuan Agong,dan kemudiannya diistiharkan sebagai dokumen public, didapati laporan Dr Rahman yang diarahkan oleh TSGP tidak ada dalam laporan tersebut. Bagaimanapun laporan yang diarahkan oleh Allahyarham TSMA ada sepertimana Ekshibit A9.

Untuk berlaku adil kepada TSGP, saya tiada maklumat mengatakan yang beliau ada peranan sehingga menyebabkan laporan yang beliau arahkan itu digugurkan daripada laporan Suruhanjaya tersebut. Bagaimanapun saya tidak akan terkejut jika beliau terlibat, oleh kerana orang lain tiada mempunyai kepentingan berkaitan laporan ini. Pun begitu saya tidak bimbang dengan ketiadaan dokumen tersebut dalam laporan Suruhanjaya, oleh kerana salinan-salinanya adalah dalam kawalan dan rakaman mengenai pembikinan laporan ini, dalam diari penyiasatan saya adalah lengkap dan jelas.

Apa yang patut dibimbangkan ialah; jika laporan penting sepertimana rekod prosiding Suruhanjaya Di-Raja ini, yang akan dipersembahkan kepada SPB Yang Di Pertuan Agong, pun boleh dimanipulasikan, maka bayangkan apa yang boleh dilakukan terhadap rekod siasatan melibatkan rakyat biasa.

Saya berharap Tan Sri akan menimbangkan semula pendirian yang PDRM ambil dalam isu ini. Perkara mantan IGP,TSRN mengaku bersalah dan mengambil tanggung-jawab dan melalui hukuman yang dikenakan keatasnya, TIDAK sepatutnya diungkit lagi. Perkara yang patut dititikberatkan ialah mengenai pemalsuan-pemalsuan yang dilakukan dalam penyiasatan mata-lebam ini, dan pemalsuan-pemalsuan serta penipuan-penipuan yang dilakukan susulan dari itu dan/atau yang berkaitan dengannya dan mengenalpasti siapa pemain-pemain utamanya.Keterangan mengenainya baik keterangan direct mahupun circumstancial adalah jelas. Saya percaya Tan Sri turut sedar bahawa tidak ada pihak yang mempunyai kuasa untuk indemnify mana-mana individu daripada criminal liability.

Tidak salah untuk saya membawa ingatan Tan Sri kepada Januari 1999, dimana kesan daripada pemalsuan dan penipuan yang terkandung dalam press statement Peguam Negara bertarikh 5.1.1999 telah membawa PDRM to the brink of collapse. Betapa masyarakat memandang rendah dan hinanya kita ketika itu, sehinggakan timbul cakap-cakap yang orang luar dari kalangan PTD pula akan mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara, seolah-olah dalam PDRM tidak ada orang yang layak atau mampu memimpin pasukan. Saya percaya Tan Sri juga ingat situasi ini dan tentunya tahu orang-orang yang terlibat dan bersubahat membawa kita kepada situasi itu.Saya berharap sejarah ini tidak berulang.

Apa pun, saya serahkan kepada kebijaksanaan Tan Sri untuk membuat keputusan yang terbaik untuk PDRM dan adil untuk semua pihak. Bagaimanpun saya memelihara hak saya, untuk menyambung atau menghentikan setakat ini sahaja, persuratan berkaitan perkara dalam persoalan ini atau perkara yang berkaitan dengannya.
Salam sejahtera dan selamat maju jaya.Wassalam.

* SAC II G/5776 (Retired) Mat Zain Ibrahim adalah bekas penyiasat kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim.

(Rujukan DCM)

Thursday, December 9, 2010

DBKL MAHU ROBOHKAN SURAU ALFALAH KG KERINCI KL BILA-BILA MASA

“Baru dua bulan DBKL sendiri mengecat bangunan (surau) ini (sehingga) cantik dan indah, malah Ketua Pengarah DBKL sendiri dilaporkan pernah hadir program pada Ramadan lalu... tiba-tiba notis ini dikeluarkan dengan mereka tidak melayan memorandum dan surat-surat ahli kariah ini," kata ahli parlimen lembah pantai Nurul izah dalam sidang medianya di Dewan Rakyat. DBKL telah mengeluarkan notis untuk merobohkan surau tersebut bertarikh 10 November lalu yang berakhir hari ini untuk tujuan pembangunan.

Ekoran notis itu, kira-kira 80 ahli kariah surau tersebut yang bimbang surau itu akan dirobohkan telah bermalam di surau itu sejak malam semalam sehingga pagi ini dan disertai beberapa kumpulan mahasiswa daripada universiti berdekatan.

Tindakan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mahu merobohkan surau Madrasah Al-Falah Kampung Kerinchi, yang berusia lebih 12 tahun amat dikesali , memandangkan tindakan itu jelas gagal memahami perasaan orang ramai terutama dalam perkara yang menyentuh sensitiviti agama.

Penduduk juga, katanya, telah menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada 3 Disember lalu. Bagaimanapun, sehingga hari ini, pihaknya masih belum menerima sebarang maklum balas daripada menteri itu.



hakim mahkamah tinggi syariah ditangkap khalwat

Seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di kuarters kerajaan di Georgetown, Ahad lalu.

Menurut sumber, hakim terbabit yang berusia 40-an ditangkap ketika bersama pasangannya kira-kira jam 2 pagi.

“Sewaktu kejadian, isteri dan anaknya tiada di rumah kerana dikatakan ke ibu kota.

“Pasangan itu ditangkap penguat kuasa agama hasil maklumat diperoleh,”

Hakim terbabit dikatakan berkhidmat di Mahkamah Tinggi Syariah di sebuah negeri di utara Semenanjung sejak lebih setahun lalu.


Sebelum ini, beliau bertugas di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Putrajaya.

Kes berkenaan bagaimanapun masih di peringkat siasatan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan hakim terbabit belum didakwa, sebaliknya dia dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam selama seminggu.

Sumber itu berkata, kes berkenaan agak sulit kerana mempunyai unsur ugutan daripada tertuduh terhadap pegawai penyiasat.

Namun, katanya, pihak penyiasat sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

“Pada masa ini hakim terbabit diberi jaminan penguat kuasa. Tempoh jaminan akan berakhir Isnin depan dan pada hari berkenaan, kes dijangka disebut di mahkamah syariah.

“Beliau sebelum ini dikatakan mengugut pegawai siasatan dan penguat kuasa dengan mengancam untuk mengambil tindakan jika mereka meneruskan kes berkenaan kerana beliau mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan pihak atasan,” katanya.-laporan harian metro


nota; ini kes berat..boleh ugut-ugut pulak

mentang-mentang dia hakim...takkan ntak berani dakwa...

ini hakim haprak..yang sepatutnya menegakkan hukum agama..


suami didakwa dimahkamah bersetubuh dengan isteri sampai cedera

MELAKA - Seorang lelaki tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya ketika mengadakan persetubuhan dua tahun lalu.

Tertuduh Tengku Shaiful Nizam Tengku Abd. Jalal, 30, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh seorang jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Hazri Hanafi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyebabkan kecederaan ketika persetubuhan dengan isterinya yang berumur 29 tahun di sebuah rumah di Jalan Melaka 2/3 Taman Melaka Baru pada pukul 5 pagi, 3 Jun 2008.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 375 A Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara selama lima tahun.

program realiti "sehati berdansa" ada sue

program realiti astro sehati berdansa membawa kecelakaan kepada setiap pasangan yang pernah menyertainya dan pernah menjuarainya.

Juara program realiti Sehati Berdansa musim ketiga itu menjadi pasangan kelapan yang menyertai program itu, disahkan bercerai. Sebelum ini, tujuh pasangan sudah bercerai.

Mereka ialah vokalis kumpulan Def-Gab-C, Asheed dan Sharifah Noor Shima; Atilia dan Ariff Johan Abdul Aziz serta Dira Abu Zahar dan Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd. Shahid. Tiga pasangan lain ialah penyanyi utama kumpulan OAG, Radhi dan Shazlin Sharif; pelakon Sabrina Ali dan Mohamad Shahrin Abdul Halim serta Anne Ngasri dan Abdul Wafi Hassan.

isteri kedua pengerusi syabas fail cerai, anak TS mat taib bercerai

Isteri kedua kepada Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah di kuala lumpur

Permohonan Justynn Cassandra, 25, difailkan pada bulan lalu dan permohonan tersebut disebut di hadapan Hakim Syarie Ab Malik Awang pada Rabu.

Rozali dan Justynn mendirikan rumah tangga pada 2006 di Perlis dan dikurniakan dua orang anak berusia empat dan setahun

Sementara itu juara rancangan realiti, Sehati Berdansa Musim Ketiga, Sein dan Nana bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, pada Rabu.

Sein, 27, yang merupakan anggota kumpulan Ruffedge melafazkan talak pada pukul 2.46 petang, selepas mahkamah membenarkan permohonan Nana, 26, untuk berpisah secara baik.

Wednesday, December 8, 2010

bukan tuduhan rasuah dan dakwaan terhadap khir toyo acah-acah saja.

dakwaan terhadap khir toyo hanyalah acah-acah saja..pelik dan mengelirukan.

sila teliti butir dakwaan yang dikenakan terhadap khir;

Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

betapa kelakarnya pertuduhan tersebut..tiada menyatakan menerima rasuah..sebaliknya khir didakwa membeli harta murah dari harga yang dibeli penjual.(.nilai pasaran?)

mana ada unsur rasuah...jadah apanye
unsurnya penjual bodoh ..
shamsudin beli dengan harga 6.5juta
jual pada khir 3.5 juta..
bengong...



kes Aminurashid: mana ada parang - saksi

NONESaksi utama kes pembunuhan Aminulrasyid Amzah - Azamuddin Omar berkata dia tidak pernah melihat parang yang didakwa polis dijumpai dalam kereta itu selepas kejadian berkenaan.

Apabila ditunjukkan parang itu yang dikemukakan sebagai barang bukti, Azamuddin berkata: "Saya rasa memang takde.”

Azamuddin juga mempertikaikan kedudukan badan Aminulrasyid jelas berlainan dengan apa yang dirakamkan oleh polis forensik. Kali terakhir dia ternampak badan rakannya terdampar di kerusi pemandu dengan kakinya masih di pedal di bawah kerusi.

Monday, December 6, 2010

lawak bodoh utusan

ini lawak bodoh utusan malaysia hari ini
kelakarnya...
mari ketawa berdekah dekah..

khir toyo didakwa dibawah kanun keseksaan?

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata "Jika ia hanya berdasarkan Kanun Keseksaan, ia menjadi kes saman dan anda mendapat waran tangkap, tetapi kita menggunakan Akta SPRM."
NONE
Tetapi tuduhan kami adalah dengan berdasarkan Akta SPRM. Jika anda ada mendengar di mahkamah, saya ada menyebutkan bahawa ini adalah kesalahan yang ditetapkan di bawah Akta SPRM, dan, berdasarkan itu, ia menjadi suatu kesalahan yang boleh dirampas.

Abdul Gani memberitahu wartawan demikian selepas Khir Toyo dan pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Haryoni dihadapkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan rasuah hari ini.

Khir Toyo didakwa membeli dua plot tanah untuk membina kediaman mewah itu dari Shamsudin pada diskaun yang besar. Shamsuddin turut didakwa bersubahat dengan Khir Toyo.
khir toyo mansion 060709 06

sprm sudah tangkap khir toyo dan dakwa dimahkamah

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Isnin, atas tuduhan mendapatkan dua lot tanah di Seksyen 7, di sini pada harga yang lebih rendah daripada nilai pasaran.

Mohd Khir, 45, didakwa mendapatkan tanah tersebut bagi dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat No 8 & 10, Jalan Suara 7/1L, di sini daripada Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni yang diketahui ada hubungan dengan kerja rasminya pada harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah tersebut telah dibeli oleh syarikat tersebut pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Mohd Khir didakwa melakukan kesalahan itu pada 29 Mei 2007, di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7.

Pendakwaan terhadap Mohamad Khir, yang juga seorang doktor gigi dikendalikan sendiri oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain Abdul Gani, turut hadir bagi pihak pendakwaan ialah Ketua Unit Pendakwaan, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan Ketua Unit Pelucuthakan Harta, Jabatan Peguam Negara, Dzukifli Ahmad.

Abdul Gani menawarkan jaminan RM1juta memandangkan kesalahan yang dilakukan oleh Mohamad Khir adalah serius dan melibatkan jumlah yang tinggi.

“Tertuduh adalah seorang wakil rakyat dan menjawat jawatan tertinggi di Selangor pada masa tersebut. Oleh itu, beliau sepatutnya lebih tahu dan tidak melakukan kesalahan tersebut.

“Saya perlu menawarkan jumlah yang dapat memberi jaminan bukan sahaja kepada pihak pendakwaan, tetapi kepada semua untuk memberi jaminan kepada sistem perundangan,”katanya.

Bagaimanapun, peguam M.Athimulan yang mewakili Mohamad Khir merayu supaya jumlah tersebut dikurangkan.

“Tertuduh adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Besar dan beliau tidak akan melarikan diri serta akan menghadiri perbicaraan di mahkamah.

“Tujuan jaminan juga hanya untuk memastikan kehadiran tertuduh di mahkamah dan jumlah jaminan yang terlalu tinggi seolah-olah akan menghukum beliau yang masih belum dibuktikan bersalah,” kata Athimulan. Selain Athimulan, barisan pembelaan turut diwakili peguam Mohd Afifuddin Hafifi.

Azhaniz Teh selepas mempertimbangkan rayuan membenarkan Mohamad Khir dibebaskan dengan jaminan RM750,000 dengan seorang penjamin. Beliau juga membenarkan permohonan Abdul Gani untuk memindahkan kes untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Di mahkamah sama, Shamsuddin, 52, turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat melakukan kesalahan tersebut dengan Mohamad Khir di tempat dan masa yang sama.

Tertuduh yang beralamat di Jalan Gobek 11-9, di sini didakwa mengikut Seksyen 109 kanun sama dan Seksyen 165 kanun sama.

Azhaniz Teh menetapkan jumlah jaminan untuk Shamsuddin pada jumlah yang sama dengan Mohamad Khir, iaitu RM750,000 dengan seorang penjamin.

Turut berada di mahkamah ialah Pengarah Siasatan SPRM Putrajaya, Mustaffa Ali dan Ketua Pengarah SPRM Selangor, Datuk Jaafar Maahad.

Pada sidang media yang diadakan selepas prosiding mahkamah, Abdul Gani berkata, terdapat beberapa saksi yang terlibat dengan kes tersebut kini diletakkan di bawah Program Perlindungan Saksi.

“Sehingga kini, sekurang-kurangnya terdapat 16 saksi dan pihak kami juga akan memohon supaya tarikh awal diberikan bagi memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi dan juga perbicaraan dijalankan dengan segera,” katanya.

Abdul Gani juga menambah, beliau berpuas hati dengan siasatan yang dijalankan oleh SPRM.

“Saya tidak menafikan siasatan oleh SPRM mengambil masa yang agak lama, tetapi saya amat berpuas hati dengan hasilnya yang sangat menyeluruh dan membawa kepada pertuduhan hari ini,” katanya.


Terdahulu, beliau ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 9 pagi ini.

Mohd Khir dijangka didakwa bersama Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni.

Khir didakwa menerima dua tanah lot tersebut daripada Shamsuddin dengan bayaran RM3.5 juta pad

a 29 Mei, 2007 sedangkan lot tersebut dibeli oleh Shamsuddin dengan harga RM6.5 juta pada 2004.

Beliau tiba di Kompleks Mahkamah Shah Alam pada 11.25 pagi diiringi pegawai-pegawai SPRM.



nota hua hua..hua..semakin kecil dunia ketua pemikir umno ni...zaharah pun semakin kecil...

tempe pun semakin tak sedap..

khir cuma pelakon baru sandiwara al-kentut jeblok selepas eric chia dan ling liong sik..kah..kah



ANWAR IBRAHIM TAK BERNASIB BAIK

terkini:Perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim:

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan pihak pembela supaya beliau menarik diri daripada terus mendengar kes tersebut.

Zabidin berkata, berdasarkan kepada transkrip mahkamah yang telah dibacanya, tidak berlaku berat sebelah di pihaknya, dan berikutan itu beliau menolak permohonan tersebut.

berita lanjut menyusul.

demo air dapat air free

Polis telah memberikan air percuma beribu gelen kepada penunjuk perasaan dengan menembak air dengan water canon kepada mereka ketika perhimpunan menghantar memorandum kepada Yang DiPertuan Agong semalam di Masjid Negara

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kesal dengan tindakan polis menangkap kira-kira 50 orang peserta perhimpunan membantah kenaikan harga air di Masjid Negara di ibu negara hari ini.

Selepas menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Khalid menyatakan kekesalannya kerana "polis tidak menunaikan janji untuk membenarkan perhimpunan secara aman"



Suhakam: Tugas polis bukan maki hamun

Menurut Menteri Besar selangor TS Khalid Ibrahim, beliau berjaya menyerahkan memorandum berkenaan kepada Pegawai Akhbar Istana Negara, Khairi Abdul Rahman kira-kira jam 2.15 petang.

suhakamSementara itu, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Mohd Shaani Abdullah berkata, mereka mendapati polis bertindak tidak profesional menangani perhimpunan membantah kenaikan harga air di Selangor hari ini.

"Mereka (polis) perlu dilatih lagi. Tugas mereka bukan mendera atau maki hamun orang ramai. Ini tidak dilakukan dengan betul dan mereka sepatutnya profesional menanganginya.

"Ia menyebabkan orang ramai benci pada polis. Mungkin perhimpunan ini tiada permit tetapi mereka tidak patut mengeluarkan kata-kata kesat," katanya kepada pemberita di Masjid Negara selepas tamat perhimpunan baju merah itu.

Sementara itu, ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzukefly Ahmad pula menyifatkan polis bertindak keterlaluan menangani perhimpunan itu.


Saturday, December 4, 2010

bekas permaisuri agong saman uncle seekers

Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman telah memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai "Uncle Seekers" kerana telah bertindak melanggar maklumat peribadi baginda.

Siti Aishah yang bertindak sebagai plaintif turut memfailkan saman ke atas bapa kepada Syed Abdullah iaitu Syed Hussein Al-Attas yang dina

makan sebagai def

endan kedua.

Siti Aishah memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama, Syed Abdullah dan defendan kedua, Syed Hussein untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat mengenai plaintif.

Beberapa portal berita sebelum ini telah memetik laman blog Syed Abdullah yang memaparkan coretan peribadinya berhubung hubungan "cintanya" dengan Siti Aishah sejak beberapa bulan lalu.

Syed Abdullah juga turut memuatkan beberapa keping gambar yang menunjukkan Siti Aishah dan dirinya dalam keadaan yang sangat intim malah beliau berjanji untuk mendedahkan dengan lebih lanjut perhubungan "cintanya" dengan bekas Permaisuri Agung itu.rintah injuksi bagi melarang defendan pertama, Syed Abdullah dan defendan kedua, Syed Hussein untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat mengenai plaintif.


Friday, December 3, 2010

siapa taja ghani patail naik haji?



Pengerusi Majlis Peguam Ragunath Kesavan berkata perkara pertama yang perlu dijawab adalah sama ada benar atau tidak seseorang telah membayar perbelanjaan Abdul Gani dan keluarganya menunaikan ibadat Haji baru-baru ini

Dakwaan hubungan antara Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dan Shahidan Shafie, proxi bekas pengerusi Penerbangan Malaysia, Tan Sri Tajuddin Ramli, perlu diperjelaskan, kata Majlis Peguam.

Ragunath berkata beliau juga menyedari mengenai gambar-gambar lawatan Abdul Gani (kiri) ke rumah Shahidan ketika pengkebumian anaknya seperti yang didedahkan oleh lamanwebMalaysia Today.

Abdul Gani dan Shahidan enggan mengulas dakwaan berkenaan ketika disoal wartawan semalam. Kedua-dua mereka berkata mereka tidak mempunyai sebarang komen.





artis tiada handphone 5 tahun

Penyanyi Dayang Nurfaizah,29, menjelaskan sudah lima tahun tidak menggunakan telefon bimbit selepas telefonnya hilang sebanyak lima kali dalam tempoh dua tahun.
"Jangan salah anggap, saya bukan dikongkong oleh pengurus saya (Shaliza), cuma saya selesa dengan hidup begini.
Tambah Dayang, dia mungkin akan memiliki telefon bimbit jika dirinya sudah mempunyai kekasih.

Thursday, December 2, 2010

GENG MELAYU BODEK CUBA BUAT ONAR DI ISTANA NEGARA


Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) kumpulan anti kerajaan Selangor dengan pakaian hitam
mahu menyerahkan memorandum dan 'bukti penyelewengan 30 perkara' di negeri itu kepada Yang di-Pertuan Agong Ahad ini., antaranya berhubung isu pembelian hutang syarikat Talam Corporation, penutupan Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) dan 'kegagalan' mengutip hasil pasir seperti yang dijanjikan.

Gaps bukan sebuah pertubuhan politik " jelas presidennya Hamidzun Khairuddin (gambar, tidak berikat kepala).NONEmereka tidak memohon permit polis dan hanya memaklumkan kepada pihak berkuasa.





Wednesday, December 1, 2010

Saman trafik diskaun 50%

Berita gembira buat pesalah trafik yang liat untuk membayar saman. Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam mengumumkan akan memberikan insentif istimewa kepada golongan itu dengan diskaun sehingga 50 peratus berkuat kuasa hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di Laman Web Rasmi PDRM, saman yang diselesaikan dalam tempoh 15 hari bermula dari tarikh ia dikeluarkan akan diberikan insentif potongan 50 peratus daripada nilai kompaun.

Saman trafik diskaun 50%

Berita gembira buat pesalah trafik yang liat untuk membayar saman. Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam mengumumkan akan memberikan insentif istimewa kepada golongan itu dengan diskaun sehingga 50 peratus berkuat kuasa hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di Laman Web Rasmi PDRM, saman yang diselesaikan dalam tempoh 15 hari bermula dari tarikh ia dikeluarkan akan diberikan insentif potongan 50 peratus daripada nilai kompaun.

halaman