Wednesday, December 8, 2010

kes Aminurashid: mana ada parang - saksi

NONESaksi utama kes pembunuhan Aminulrasyid Amzah - Azamuddin Omar berkata dia tidak pernah melihat parang yang didakwa polis dijumpai dalam kereta itu selepas kejadian berkenaan.

Apabila ditunjukkan parang itu yang dikemukakan sebagai barang bukti, Azamuddin berkata: "Saya rasa memang takde.”

Azamuddin juga mempertikaikan kedudukan badan Aminulrasyid jelas berlainan dengan apa yang dirakamkan oleh polis forensik. Kali terakhir dia ternampak badan rakannya terdampar di kerusi pemandu dengan kakinya masih di pedal di bawah kerusi.

No comments:

Post a Comment

halaman