Monday, December 6, 2010

sprm sudah tangkap khir toyo dan dakwa dimahkamah

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Isnin, atas tuduhan mendapatkan dua lot tanah di Seksyen 7, di sini pada harga yang lebih rendah daripada nilai pasaran.

Mohd Khir, 45, didakwa mendapatkan tanah tersebut bagi dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat No 8 & 10, Jalan Suara 7/1L, di sini daripada Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni yang diketahui ada hubungan dengan kerja rasminya pada harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah tersebut telah dibeli oleh syarikat tersebut pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Mohd Khir didakwa melakukan kesalahan itu pada 29 Mei 2007, di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7.

Pendakwaan terhadap Mohamad Khir, yang juga seorang doktor gigi dikendalikan sendiri oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain Abdul Gani, turut hadir bagi pihak pendakwaan ialah Ketua Unit Pendakwaan, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan Ketua Unit Pelucuthakan Harta, Jabatan Peguam Negara, Dzukifli Ahmad.

Abdul Gani menawarkan jaminan RM1juta memandangkan kesalahan yang dilakukan oleh Mohamad Khir adalah serius dan melibatkan jumlah yang tinggi.

“Tertuduh adalah seorang wakil rakyat dan menjawat jawatan tertinggi di Selangor pada masa tersebut. Oleh itu, beliau sepatutnya lebih tahu dan tidak melakukan kesalahan tersebut.

“Saya perlu menawarkan jumlah yang dapat memberi jaminan bukan sahaja kepada pihak pendakwaan, tetapi kepada semua untuk memberi jaminan kepada sistem perundangan,”katanya.

Bagaimanapun, peguam M.Athimulan yang mewakili Mohamad Khir merayu supaya jumlah tersebut dikurangkan.

“Tertuduh adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Besar dan beliau tidak akan melarikan diri serta akan menghadiri perbicaraan di mahkamah.

“Tujuan jaminan juga hanya untuk memastikan kehadiran tertuduh di mahkamah dan jumlah jaminan yang terlalu tinggi seolah-olah akan menghukum beliau yang masih belum dibuktikan bersalah,” kata Athimulan. Selain Athimulan, barisan pembelaan turut diwakili peguam Mohd Afifuddin Hafifi.

Azhaniz Teh selepas mempertimbangkan rayuan membenarkan Mohamad Khir dibebaskan dengan jaminan RM750,000 dengan seorang penjamin. Beliau juga membenarkan permohonan Abdul Gani untuk memindahkan kes untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Di mahkamah sama, Shamsuddin, 52, turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat melakukan kesalahan tersebut dengan Mohamad Khir di tempat dan masa yang sama.

Tertuduh yang beralamat di Jalan Gobek 11-9, di sini didakwa mengikut Seksyen 109 kanun sama dan Seksyen 165 kanun sama.

Azhaniz Teh menetapkan jumlah jaminan untuk Shamsuddin pada jumlah yang sama dengan Mohamad Khir, iaitu RM750,000 dengan seorang penjamin.

Turut berada di mahkamah ialah Pengarah Siasatan SPRM Putrajaya, Mustaffa Ali dan Ketua Pengarah SPRM Selangor, Datuk Jaafar Maahad.

Pada sidang media yang diadakan selepas prosiding mahkamah, Abdul Gani berkata, terdapat beberapa saksi yang terlibat dengan kes tersebut kini diletakkan di bawah Program Perlindungan Saksi.

“Sehingga kini, sekurang-kurangnya terdapat 16 saksi dan pihak kami juga akan memohon supaya tarikh awal diberikan bagi memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi dan juga perbicaraan dijalankan dengan segera,” katanya.

Abdul Gani juga menambah, beliau berpuas hati dengan siasatan yang dijalankan oleh SPRM.

“Saya tidak menafikan siasatan oleh SPRM mengambil masa yang agak lama, tetapi saya amat berpuas hati dengan hasilnya yang sangat menyeluruh dan membawa kepada pertuduhan hari ini,” katanya.


Terdahulu, beliau ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 9 pagi ini.

Mohd Khir dijangka didakwa bersama Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni.

Khir didakwa menerima dua tanah lot tersebut daripada Shamsuddin dengan bayaran RM3.5 juta pad

a 29 Mei, 2007 sedangkan lot tersebut dibeli oleh Shamsuddin dengan harga RM6.5 juta pada 2004.

Beliau tiba di Kompleks Mahkamah Shah Alam pada 11.25 pagi diiringi pegawai-pegawai SPRM.



nota hua hua..hua..semakin kecil dunia ketua pemikir umno ni...zaharah pun semakin kecil...

tempe pun semakin tak sedap..

khir cuma pelakon baru sandiwara al-kentut jeblok selepas eric chia dan ling liong sik..kah..kah



No comments:

Post a Comment

halaman