Tuesday, March 8, 2011

H1N1:6 kes terbaru

 Sebanyak enam kes positif virus Influenza A (H1N1)dilaporkan sehingga hari ini.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Shirlin Abdul Rashid Shirlin, berkata, ia menjadikan jumlah penyakit serupa influenza (ILI) yang dimasukkan ke hospital 301 kes dan 47 atau 15.6 peratus daripadanya positif H1N1.

Bagaimanapun, katanya, kes di unit rawatan rapi (ICU) kekal dua dan tiada kematian dilaporkan.
"Satu kluster ILI di Sekolah Menengah Kebangsaan di Tanah Merah, iaitu lapan kes dengan satu daripadanya positif H1N1 dan sudah mendapatkan antiviral serta discaj dengan selamat.

"Tiada makluman terbaru bagi kes di Sungai Long," katanya ketika dihubungi semalam.

No comments:

Post a Comment

halaman