Wednesday, March 9, 2011

SAKSI CELARU; SAIFUL MENGADU KENA RAMAS DADA

Saksi ke-23 kes fitnah liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang Patologis Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Razuin Rahimi menjelaskan kepada mahkamah bahawa beliau menandakan cubaan meliwat pada borang 'pro-forma' berikutan tidak pasti sama ada zakar tertuduh sampai ke rektum.
Razuin seterusnya mengakui tiada perbuatan meliwat sekiranya zakar tidak sampai ke rektum apabila ditanya Karpal Singh.
"Saya keliru. Ada panetrasi pada dubur tapi saya tidak pasti ianya sampai ke rektum. Saiful cakap Anwar mencapai klimaks di dalam duburnya," jelas beliau.

Dalam keterangannya, Razuin yang ketika itu bekerja sebagai pegawai perubatan forensik di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata telah dimaklumkan oleh pegawai perubatan hospital itu pada 28 Jun 2008 tentang mangsa liwat dan seterusnya mengarahkan laporan polis dibuat terlebih dahulu.
Sejurus tiba di HKL, beliau diperkenalkan kepada pengadu Saiful Bukhari Azlan oleh Superintenden Jude Blacious Periera dan kemudian merekodkan kejadian.
Saiful kemudian mendakwa diliwat tiga kali oleh Anwar tanpa rela selain dipaksa melakukan oral seks namun ditolak beliau.

Temubual selama setengah jam tersebut turut mencatit dakwaan Saiful mengalami pendarahan pada kali pertama dan kedua sewaktu diliwat.

"Menurut Saiful, ada pendarahan pada kali pertama dan kedua," katanya ketika mengisi borang tersebut pada 28 Jun 2008.

Namun menurut Razween, tiada sebarang bentuk pendarahan direkodkan pada hari terakhir kejadian dua hari sebelum itu.

Razuin kemudiannya mengarahkan Dr Khairul Nizam Hassan dan Dr Mohd Razali Ibrahim untuk membantu beliau dan Dr Siew Sheue Seng melakukan pemeriksaan fizikal terhadap pengadu.

Beliau menjelaskan borang 'pro-forma' tersebut tidak sesuai untuk kes sodomi dan seterusnya mencatit sebahagian daripada maklumat pada sehelai kertas kosong.
"Saya isi 'pro-forma' tetapi kemudian Dr Siew kata borang ini tidak sesuai untuk kes ini. Selepas itu saya menulis di pada sehelai kertas dan kemudian menyerahkannya nota tersebut bersama 'pro-forma' kepada Dr Siew ," kata beliau di hadapan Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.

Timbalan Pendakwaraya (DPP) Yusof Zainal Abiden merujuk kepada mukasurat lima borang 'pro-forma'.

Razuin berkata beliau dimaklumkan oleh Saiful bahawa pengadu enggan diperlakukan dan badannya menjadi keras.

Beliau yang disoal balas Karpal berkata DSP Jude mengambil keterangannya sebanyak dua kali iaitu pada Januari 2010 dan Februari 2011 berhubung borang 'pro-
forma' yang ditulis sendiri oleh beliau.

No comments:

Post a Comment

halaman