Wednesday, May 11, 2011

amaran POLis

Amaran Polis, Jangan Timbul Kecoh Bantah Projek Lynas

Polis akan memantau dan bertindak tegas terhadap mana- mana pihak yang membuat bantahan, demonstrasi atau ceramah terhadap pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi di Gebang, Pahang.
Ketua Polis Pahang, Datuk Saifuddin Abdul Ghani berkata polis setakat ini memantau setiap bantahan yang rancak diadakan beberapa pihak sebelum ini.
"Saya minta mana-mana pihak supaya akur pada undang-undang dan jangan buat yang bukan-bukan," katanya
Projek memproses tanah jarang yang dibawa dari Australia itu mendapat tentangan banyak pihak berikutan dikhuatiri mendedahkan bahan radioaktif 'Thorium' kepada alam sekitar dan penduduk setempat.
Thorium merupakan bahan asli radioaktif yang dilombong bagi sebagai 'minyak' reaktor nuklear.
Operasi memproses Thorium dari lombong Mount Weld itu dijadualkan bermula September depan di bawah seliaan Lynas Corporation.
Lynas Corporation adalah syarikat Australia yang mempunyai lombong di Kwinana, Mount Weld, Australia Barat. 
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, kadar 0.16 peratus Thorium atau 61 'becquerel' atau Bq per gram akan berakumulasi seiring dengan masa dan tahap pengeluaran tanah jarang yang diproses.
Maka peratusan pelepasan bahan radioasi itu berkemungkinan akan dihasilkan pada kadar yang lebih banyak. 
Dalam pada itu, Ahli politik Australia, Robin Chapple mengutuk cadangan syarikat Lynas Advanced Materials Plant mahu membuang bahan radioaktif ke kawasan komuniti perikanan di Gebang.
Robin Chapple menegaskan kepimpinan Ketua Menteri Australia Barat, Barnett tidak harus bersubahat dalam membuang sisa radioaktif di negara lain, termasuk Malaysia.
“Saya kutuk cadangan Lynas untuk membuang bahan radioaktif itu ke kawasan komuniti perikanan di Pahang," ujar Chapple.
Chapple yang juga ahli Majlis Perundangan Australia Barat berkata, pengendalian yang tidak betul akan menyebabkan penduduk sekitar akan mengalami radiasi yang diakibatkan oleh mineral Thorium.
Kebimbangan terhadap isu pembuangan sisa bahan radioaktif ini semakin menekan apabila kerajaan persekutuan pimpinan Perana Menteri Najib Razak meluluskan pembinaan loji tersebut.

No comments:

Post a Comment

halaman