Wednesday, May 11, 2011

Suami bertaklik enggan setubuhi isteri

BARU-baru ini, saya ada melafazkan taklik tidak akan bersama dengan isteri, jika berlaku maka jatuhlah talak. Sekarang kami jarang bergaduh kerana isteri saya tahu kami terikat dengan taklik.
Walaupun saya hidup dalam keadaan bahagia, tetapi apa guna jika tidak dapat bersama. Perkara yang sah dan halal sudah diharamkan. 
Adakah terbaik jika saya mengambil langkah untuk bercerai sehingga tamat idah dan lafaz nikah semula untuk menghapuskan lafaz taklik berkenaan?

NAIM,
Selangor 

Dr.Salam
LAFAZ taklik pertama iaitu ‘tidak akan bersetubuh’ adalah taklik bentuk sumpah. Menurut Ibnu Taymiyyah dan Ibnu Qayyim talak tidak jatuh dengan sebab perlanggaran sumpah itu.

Bagaimanapun jika melanggar taklik sumpah, anda perlu membayar kafarah sumpah, iaitu sama ada pertama, memberi makan 10 orang miskin, kedua memberi pakaian kepada mereka atau ketiga, membebaskan hamba. Jika tidak mampu, hendaklah berpuasa tiga hari (Surah al-Maidah ayat 89).

Langkah terbaik buat saudara ialah membayar kafarah sumpah. Ini kerana hubungan seksual suami isteri adalah halal. Bercerai dan berkahwin semula bukan cara menghapuskan taklik.

No comments:

Post a Comment

halaman